Tuesday, January 1, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Singapura mahu bincang Kawasan Larangan Kekal

Posted: 01 Jan 2019 06:23 AM PST

SINGAPURA: Singapura bercadang untuk bertemu dengan Malaysia bagi membincangkan pewujudan Kawasan Larangan Kekal oleh Kuala Lumpur untuk tujuan aktiviti ketenteraan meliputi ruang udara Pasir Gudang, berkuat kuasa esok.

Amaran angin kencang, laut bergelora di Kelantan, Terengganu dan Pahang

Posted: 01 Jan 2019 05:52 AM PST

KUALA LUMPUR: Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer (km) sejam dan laut bergelora serta ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (m) dijangka melanda kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga Sabtu ini.

'Hishammuddin wajar perjelas pendirian'

Posted: 01 Jan 2019 07:37 AM PST

Kuala Lumpur: Hubungan antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berjalan atas dasar profesional.

TMJ tak gentar, 'sekolahkan' KFA

Posted: 01 Jan 2019 05:50 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak gentar sekiranya Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bertegas mahu membawa kes perpindahan Akhyar Rashid ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) atau Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Arsenal ubati episod duka

Posted: 01 Jan 2019 09:39 AM PST

LONDON: Arsenal yang dimalukan pendahulu Liga Perdana, Liverpool bangkit mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Fulham pada aksi tahun baharu di Emirates, sebentar tadi.

Kerjasama AS dan Israel diteruskan - Pompeo

Posted: 01 Jan 2019 09:19 AM PST

BRASILIA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo, semalam, berkata, AS akan meneruskan kerjasama dengan Israel membabitkan Syria dan menangani Iran di Asia Barat walaupun Presiden Donald Trump merancang untuk mengundurkan tentera dari Syria.

Pemandu kereta perisai, penghantar tunai Jerman lancar mogok

Posted: 01 Jan 2019 08:29 AM PST

BERLIN: Salah satu kesatuan sekerja terbesar di Jerman, Ver.di, semalam, menggesa mogok seluruh negara oleh 12,500 pemandu kereta perisai dan pekerja lain yang menghantar tunai ke bank dan rangkaian runcit di seluruh negara, selepas lima pusingan rundingan gaji gagal.

1,500 sertai edisi kedua Bentong Half Marathon

Posted: 01 Jan 2019 07:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Acara larian tahunan Half Marathon dianjurkan Majlis Perbandaran Bentong minggu lalu ternyata memberi impak positif yang tersendiri.

'Juarai Liga Negara-Negara penting buat England'

Posted: 01 Jan 2019 07:08 AM PST

LONDON: Harry Kane percaya jika England menjulang trofi Liga Negara-Negara tahun ini, ia akan melonjakkan keyakinan skuad Three Lions untuk merangkul gelaran di Kejuaraan Eropah (Euro) pada 2020.

Gol Vardy julang Leicester

Posted: 01 Jan 2019 06:57 AM PST

LONDON: Jaringan tunggal Jamie Vardy pada babak kedua permainan cukup buat Leicester untuk menewaskan Everton 1-0 di Goodison Park yang menjadi perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris pada 2019.

Willian harap Luiz kekal

Posted: 01 Jan 2019 06:37 AM PST

LONDON: Pertahanan Brazil, Willian berharap rakan senegara David Luiz kekal lebih lama di Chelsea sekali pun kontraknya akan berakhir pada penghujung musim ini.

Dr Mahathir tinjau projek Menara Maha

Posted: 01 Jan 2019 02:49 AM PST

LANGKAWI: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meninjau projek pembinaan Menara Maha setinggi 138 meter yang terletak di pesisir pantai di bandar Kuah di sini.

Ibu kongsi detik cemas pandu kereta sendiri ke HKL

Posted: 01 Jan 2019 02:16 AM PST

KUALA LUMPUR: Norizan Awang Ngah, 31, yang melahirkan anak ketiganya pada jam 7.17 pagi tadi menceritakan detik cemasnya yang terpaksa memandu sendiri ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Bayi lelaki hidup selepas 35 jam dalam cuaca beku

Posted: 01 Jan 2019 06:00 AM PST

MOSCOW: Seorang bayi lelaki ditemui masih hidup, selepas 35 jam terperangkap dalam cuaca sejuk beku dalam runtuhan blok apartmen di Russia yang runtuh akibat letupan, menurut pegawai penyelamat.

Anak disimbah air panas bukan curi duit tapi habiskan makanan

Posted: 01 Jan 2019 05:28 AM PST

GEORGETOWN: Kes kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang melecur disimbah air panas oleh bapanya dalam kejadian di Flat Kampung Melayu, Air Itam di sini Khamis lepas, bukan disebabkan dia mencuri wang tetapi kerana makanan habis.

Dua kereta musnah dalam kebakaran

Posted: 01 Jan 2019 05:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Dua kereta musnah dalam kebakaran di Jalan Metro Perdana 5, Taman Usahawan, di sini, awal pagi tadi.

Lelaki warga India cetus onar ketika operasi tahun baharu

Posted: 01 Jan 2019 04:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga India membuat onar apabila enggan memberikan kerjasama untuk menandatangani notis sita motosikalnya selepas ditahan dalam sekatan jalan raya, di Stesen LRT Bangsar, dekat Jalan Bangsar, hala ke pusat bandar, di sini, malam tadi.

Sterling optimis Liverpool tumbang di Etihad

Posted: 01 Jan 2019 04:59 AM PST

LONDON: Raheem Sterling percaya Manchester City berupaya meraih kemenangan penting ke atas Liverpool dengan syarat mereka mempamerkan aksi terbaik.

Misi cari mangsa tanah runtuh diteruskan

Posted: 01 Jan 2019 04:54 AM PST

JAKARTA: Pasukan penyemat meneruskan usaha mencari mangsa terselamat di barat Indonesia, hari ini, susulan insiden tanah runtuh disebabkan hujan lebat.

Sumbangan kebajikan 20 tahun di Kemboja diiktiraf

Posted: 01 Jan 2019 04:47 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican menerima Anugerah Khas Tokoh Kemanusiaan dan Kebajikan serta Tokoh NGO Antarabangsa atas sumbangan berterusan 20 tahun membantu fakir miskin di Kemboja.

Kirandeep aset baharu PKS Uniten

Posted: 01 Jan 2019 04:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Dalam usaha mempertahankan kejuaraan Liga Hoki Wanita yang bermula 10 Januari ini, PKS Uniten mengorak langkah dengan menyambar pemain berstatus kebangsaan, Kirandeep Kaur.

Cabaran lebih besar menanti Harimau Malaya

Posted: 01 Jan 2019 03:49 AM PST

KUALA LUMPUR: Selepas mempamerkan kebangkitan sepanjang 2018, Harimau Malaya dijangka berdepan cabaran lebih hebat tahun ini dengan harapan lebih tinggi pasti diletakkan seluruh peminat bola sepak tanah air.

586 korban di Kashmir pada 2018, tertinggi sejak sedekad

Posted: 01 Jan 2019 03:40 AM PST

SRINAGAR: Kashmir yang dikuasai India merekodkan jumlah kematian paling ramai pada 2018 dan pakar menjangkakan masa depan wilayah dipertikaikan itu bakal menjadi lebih teruk.

KFA tetap berkeras, lancar tabung khas

Posted: 01 Jan 2019 03:35 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tetap berkeras mahu mengheret isu perebutan pemain mudanya, Akhyar Rashid dan kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), meskipun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar.

80 peratus netizen setuju premis dobi, hotel jadi kawasan larangan merokok

Posted: 01 Jan 2019 03:21 AM PST

KUALA LUMPUR: Kira-kira 80 peratus daripada lebih 25,000 netizen bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan yang mahu memperluaskan pewartaan kawasan larangan merokok membabitkan premis dobi layan diri dan hotel dalam tempoh terdekat.

Tidak perlu larangan merokok di kedai dobi

Posted: 01 Jan 2019 03:20 AM PST

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan Kementerian Kesihatan memperluaskan pewartaan kawasan larangan merokok membabitkan premis kedai dobi dan hotel.

Lelaki mabuk tembak mati 6 anggota keluarga

Posted: 31 Dec 2018 08:17 PM PST

BANGKOK: Seorang lelaki yang berasa dihina keluarga mentua menembak mati enam anggota keluarga termasuk dua anaknya pada parti menjelang Tahun Baharu sebelum menembak diri sendiri.

Meja Bantuan berkaitan sesi persekolahan 2019

Posted: 31 Dec 2018 10:47 PM PST

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan menyediakan khidmat Meja Bantuan (HelpDesk) di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi membantu ibu bapa yang memerlukan penjelasan atau maklumat mengenai perkara-perkara tertentu yang berkaitan dengan sesi persekolahan tahun 2019.

Larangan merokok: 319 premis diperiksa, 22 notis amaran dikeluar di Johor

Posted: 01 Jan 2019 02:58 AM PST

JOHOR BAHRU: Sehingga jam 3 petang pada hari pertama penguatkuasaan kawasan larangan merokok, Jabatan Kesihatan Negeri Johor memeriksa 319 premis dan mengeluarkan 22 notis amaran terhadap individu yang tidak mematuhi arahan merokok di kawasan larangan.

Abdul Rashid perlu digugur daripada ERC - Naib Presiden MCA

Posted: 01 Jan 2019 03:05 AM PST

KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman perlu digugurkan daripada Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC), susulan cadangannya mengembalikan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template