BH Online - Terkini |
- Tunjukkan Islam sebagai rahmat dalam bernegara
- Mat Sabu dijangka menghadap Sultan Kedah, Sultan Terengganu dan Raja Perlis
- Siti Nurhaliza sambut hari jadi ke-40
- Jordan ke pusingan kalah mati
- Syazwan tidak tertakluk pampasan RM1.6j
- Rancang wujudkan pemetaan lokasi jenayah terhadap kanak-kanak dan buang bayi
- Anwar tak bimbang tidak dipilih jadi PM
- 22 maut dalam bantahan anti-kerajaan Sudan
- Jaringan 'Messi Jay' Thailand benam Bahrain
- Wanita Nepal, 2 anak lelaki maut dalam 'pondok haid'
- Sultan Johor kongsi pertemuan dengan Dr Mahathir di laman sosial
- 'Vest MONYET' undang reaksi berbeza NGO
- Individu hina Agong wajar dipenjara
- Ramsey dilapor sedia sertai Juventus
- Maxx 'N Go sedia khidmat penyelenggaraan kereta
- Buka UiTM untuk bukan Bumiputera, tapi hanya untuk pengajian pascasiswazah - Arshad
- Tindakan hina Agong boleh ancam keselamatan negara - Timbalan KPN
- 32 anggota keselamatan Afghanistan maut diserang Taliban
- Pengatur bon samurai diumum minggu depan
- Kerajaan kaji semula dasar perluas teknologi tanpa wayar
- Dasar Keusahawanan Negara garis hala tuju nasional
- FedEx rancang buka dua kemudahan baharu di Malaysia
- Anwar, Modi adakan pertemuan bincang kerjasama dua hala
- Penurunan harga jalur lebar capai sasaran
- PRK Cameron Highlands: Peluang PH, BN agak seimbang
- Kaji semula COLA pegawai kerajaan - Kulasegaran
- HSBC, BNM bincang usaha realisasi platform blockchain
- 'Ninja' Malaysia harumkan nama negara di England
- Mourinho boleh kembali ke Real
- Shah Firdaus raih perak, Azizulhasni kelima
| Tunjukkan Islam sebagai rahmat dalam bernegara Posted: 10 Jan 2019 02:25 PM PST <b>Oleh Zamri Hashim |
| Mat Sabu dijangka menghadap Sultan Kedah, Sultan Terengganu dan Raja Perlis Posted: 10 Jan 2019 07:22 AM PST KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Mohamad Sabu akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dalam masa terdekat. |
| Siti Nurhaliza sambut hari jadi ke-40 Posted: 10 Jan 2019 08:14 AM PST KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, hari ini menyambut hari jadi ke-40 dalam suasana serba indah diiringi kasih sayang keluarga, sanak-saudara, teman dan peminat tersayang. |
| Posted: 10 Jan 2019 09:27 AM PST AL-AIN, Emiriah Arab Bersatu: Jordan menang 2-0 mengatasi Syria untuk menjadi pasukan pertama mara ke pusingan kalah mati Piala Asia malam tadi. |
| Syazwan tidak tertakluk pampasan RM1.6j Posted: 10 Jan 2019 07:21 AM PST MELAKA: Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) menganggap tuntutan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) bernilai RM1.6 juta tidak terpakai bagi pelepasan Syazwan Andik bagi menyertai mana-mana pasukan. |
| Rancang wujudkan pemetaan lokasi jenayah terhadap kanak-kanak dan buang bayi Posted: 10 Jan 2019 07:18 AM PST KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mewujudkan pemetaan bagi kawasan-kawasan yang dikesan berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi. |
| Anwar tak bimbang tidak dipilih jadi PM Posted: 10 Jan 2019 06:26 AM PST INDIA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan beliau tidak bimbang jika sekali lagi tidak dipilih untuk menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri yang seterusnya dalam tempoh dua tahun akan datang. |
| 22 maut dalam bantahan anti-kerajaan Sudan Posted: 10 Jan 2019 06:11 AM PST KHARTOUM: Bantahan anti-kerajaan yang menggegarkan Sudan menyebabkan 22 terkorban, kata pihak berkuasa hari ini, selepas tiga penunjuk perasaan maut beberapa jam selepas ribuan bersorak untuk Presiden Omar al-Bashir dalam satu perhimpunan lawan di sini. |
| Jaringan 'Messi Jay' Thailand benam Bahrain Posted: 10 Jan 2019 05:58 AM PST DUBAI: Chanathip 'Messi Jay' Songkrasin meledak jaringan bagi memastikan Thailand kemenangan kedua pada Piala Asia sepanjang sejarah mereka hari ini ketika pasukan itu menewaskan Bahrain 1-0 bagi menghidupkan peluang dalam kempen berkenaan. |
| Wanita Nepal, 2 anak lelaki maut dalam 'pondok haid' Posted: 10 Jan 2019 05:50 AM PST KATHMANDU: Seorang wanita dan dua anak lelakinya lemas sehingga maut di Nepal selepas dipaksa tidur dalam pondok tanpa tingkap ketika datang haid, kata polis hari ini, mangsa terbaharu amalan lama Hindu yang diharamkan lebih sedekad lalu. |
| Sultan Johor kongsi pertemuan dengan Dr Mahathir di laman sosial Posted: 10 Jan 2019 05:39 AM PST JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berkongsi pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad petang ini, dalam laman Facebook dan Instagram rasmi baginda. |
| 'Vest MONYET' undang reaksi berbeza NGO Posted: 10 Jan 2019 04:13 AM PST KOTA KINABALU: Badan bukan kerajaan (NGO) bercanggah pendapat berhubung keputusan Majlis Daerah Semporna memakaikan pesalah 'vest' tertera tulisan 'MONYET' sebagai sebahagian daripada hukuman kerana membuang sampah sesuka hati. |
| Individu hina Agong wajar dipenjara Posted: 10 Jan 2019 05:15 AM PST SEREMBAN: Tindakan tegas termasuk hukuman penjara wajar dikenakan terhadap individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong. |
| Ramsey dilapor sedia sertai Juventus Posted: 10 Jan 2019 05:32 AM PST LONDON: Pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey dijangka akan berhijrah ke pasukan juara Itali, Juventus apabila kontraknya tamat bersama Gunners pada musim panas ini, menurut laporan hari ini. |
| Maxx 'N Go sedia khidmat penyelenggaraan kereta Posted: 10 Jan 2019 05:23 AM PST KUALA LUMPUR: Aplikasi mudah alih penyedia perkhidmatan penjagaan kereta, Maxx 'N Go menyasar untuk mencapai sejuta muat turun pengguna di pasaran Asia Tenggara menjelang 2020. |
| Buka UiTM untuk bukan Bumiputera, tapi hanya untuk pengajian pascasiswazah - Arshad Posted: 10 Jan 2019 05:01 AM PST KUALA LUMPUR: Kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) boleh dibuka kepada bukan Bumiputera, namun hanya untuk kursus pengajian pascasiswazah bagi menjamin keseimbangan persaingan antara pelbagai kaum di negara ini. |
| Tindakan hina Agong boleh ancam keselamatan negara - Timbalan KPN Posted: 10 Jan 2019 02:32 AM PST KUALA LUMPUR: Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat tiga individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V menggunakan Akta Hasutan, adalah sebagai langkah menjaga keselamatan negara. |
| 32 anggota keselamatan Afghanistan maut diserang Taliban Posted: 10 Jan 2019 05:00 AM PST KABUL: Taliban melancarkan siri serangan ke atas pusat pemeriksaan keselamatan di empat wilayah Afghanistan awal hari ini, mengorbankan 32 anggota pasukan keselamatan dan militia pro-kerajaan, kata pegawai wilayah. |
| Pengatur bon samurai diumum minggu depan Posted: 10 Jan 2019 04:53 AM PST PUTRAJAYA: Menteri Kewangan Lim Guan Eng akan mengumumkan nama pengatur bagi bon Samurai bernilai 200 bilion yen (AS$1.9 bilion) minggu depan. |
| Kerajaan kaji semula dasar perluas teknologi tanpa wayar Posted: 10 Jan 2019 04:51 AM PST PETALING JAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang mengkaji semula beberapa dasar terutama mengenai spektrum dan struktur industri, dalam usaha meluaskan teknologi tanpa wayar, kata Menterinya Gobind Singh Deo. |
| Dasar Keusahawanan Negara garis hala tuju nasional Posted: 10 Jan 2019 04:27 AM PST KUALA LUMPUR: Dasar Keusahawanan Negara yang akan dilancarkan pada pertengahan suku kedua tahun ini akan menggariskan hala tuju bagi pertumbuhan sektor keusahawanan nasional, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof. |
| FedEx rancang buka dua kemudahan baharu di Malaysia Posted: 10 Jan 2019 04:25 AM PST GEORGETOWN: Syarikat pengangkutan ekspres terbesar dunia, FedEx Express (FedEx) menyasarkan untuk membuka dua lagi kemudahan logistik terbaharunya di Malaysia pada tahun ini. |
| Anwar, Modi adakan pertemuan bincang kerjasama dua hala Posted: 10 Jan 2019 04:14 AM PST NEW DELHI: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi, hari ini antara lain, membincangkan mengenai kerjasama dua hala dan serantau. |
| Penurunan harga jalur lebar capai sasaran Posted: 10 Jan 2019 04:12 AM PST PETALING JAYA: Pengurangan harga perkhidmatan jalur lebar di Malaysia mencapai sasaran seperti yang ditetapkan pada tahun lalu iaitu sekurang-kurangnya 25 peratus, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo. |
| PRK Cameron Highlands: Peluang PH, BN agak seimbang Posted: 10 Jan 2019 04:11 AM PST KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands disifatkan pertandingan cukup menarik dan mencabar, dengan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang agak seimbang. |
| Kaji semula COLA pegawai kerajaan - Kulasegaran Posted: 10 Jan 2019 04:06 AM PST KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia akan mempertimbangkan untuk mengkaji semula elaun kos sara hidup (COLA) bagi pegawai kerajaan, kata Menterinya M Kulasegaran hari ini. |
| HSBC, BNM bincang usaha realisasi platform blockchain Posted: 10 Jan 2019 04:05 AM PST KUALA LUMPUR: HSBC Malaysia sentiasa berbincang dengan pihak pengawal selia Malaysia, khususnya Bank Negara Malaysia (BNM) dalam usaha merealisasikan platform kewangan perdagangan berasaskan blockchain. |
| 'Ninja' Malaysia harumkan nama negara di England Posted: 10 Jan 2019 03:58 AM PST KUALA LUMPUR: Kesungguhan Kelab Hoki East Grinstead untuk mendapatkan semula khidmat Farah Ayuni Yahya bagi baki saingan Liga Perdana England membuktikan betapa saham penjaga gol hoki nombor satu negara itu kian meningkat. |
| Mourinho boleh kembali ke Real Posted: 10 Jan 2019 03:56 AM PST LONDON: Jose Mourinho boleh kembali ke Real Madrid selepas Manchester United dilaporkan membayarnya 15 juta pound (RM78.42 juta), sebagai pampasan selepas dipecat bulan lalu, menurut media British, hari ini. |
| Shah Firdaus raih perak, Azizulhasni kelima Posted: 10 Jan 2019 03:51 AM PST KUALA LUMPUR: Harapan untuk menyaksikan kilauan emas dalam acara keirin menerusi Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom tidak kesampaian pada Kejohanan Trek Asia di Velodrom Antarabangsa Jakarta, sebentar tadi. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment