Tuesday, January 15, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


O'Neill dilantik pengurus Nottingham 

Posted: 15 Jan 2019 09:44 AM PST

LONDON: Nottingham Forest, hari ini menamakan bekas pemain dan bekas jurulatih skuad kebangsaan Ireland, Martin O'Neill sebagai pengurus baharu kelab Liga Kejuaraan itu.

Spurs tidak boleh cuai - Lloris

Posted: 15 Jan 2019 09:42 AM PST

LONDON: Hugo Lloris mengakui Tottenham kini perlu berwaspada terhadap pasukan yang turut mengejar kedudukan empat teratas Liga Perdana.

Liverpool terpaksa sisih Alexander-Arnold

Posted: 15 Jan 2019 09:40 AM PST

LONDON: Pemain Liverpool, Trent Alexander-Arnold dijangka terpaksa diketepikan selama sebulan susulan kecederaan lutut, sekali gus meningkatkan masalah pendahulu Liga Perdana itu di posisi pertahanan.

MU lega tumbangkan Sai Gon FC

Posted: 15 Jan 2019 07:51 AM PST

MELAKA: Melaka United (MU) akhirnya melakar kemenangan pada aksi pramusim di Vietnam selepas menewaskan Sai Gon FC 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Ba Ria City, hari ini.

UMNO serah writ saman kepada 2 bekas Ahli Parlimen

Posted: 15 Jan 2019 07:40 AM PST

TANAH RATA: Dua bekas Ahli Parlimen UMNO yang meninggalkan parti itu sudah diberikan writ saman, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Jesus bersemangat hambat Liverpool

Posted: 15 Jan 2019 07:26 AM PST

MANCHESTER: Gabriel Jesus berkata keyakinannya kian memuncak selepas kembali meledak gol dan menegaskan Manchester City tidak akan memperlahankan langkah untuk menghambat pendahulu Liga Perdana, Liverpool.

Kementerian Pertahanan nafi menteri guna kenderaan rasmi untuk berkempen

Posted: 15 Jan 2019 07:21 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan menafikan gambar tular memaparkan menterinya, Mohamad Sabu menggunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

PKR Johor kesal Putrajaya diam Singapura 'buli' MB Johor

Posted: 15 Jan 2019 05:38 AM PST

JOHOR BAHRU: PKR Johor kesal dengan sikap berdiam diri pemimpin Persekutuan dan negeri yang tidak mempertahankan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian daripada tuduhan menceroboh perairan Singapura.

Model dakwa simpan rahsia Trump dihantar pulang

Posted: 15 Jan 2019 05:54 AM PST

PATTAYA: Seorang model warga Belarus yang mendakwa mempunyai bukti usaha Russia membantu kemenangan Donald Trump dijangka akan dihantar pulang selepas didapati bersalah menyertai 'kursus latihan seks' di Thailand setahun lalu.

Cech gantung but hujung musim

Posted: 15 Jan 2019 06:33 AM PST

LONDON: Penjaga gol Arsenal, Petr Cech mengumumkan persaraannya hujung musim ini.

Patrick dalam rundingan akhir ke Malaysia

Posted: 15 Jan 2019 06:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengesahkan mereka berada pada rundingan fasa akhir untuk membawa dua jurulatih luar negara, David Patrick bagi acara pecut dan berpagar serta Bedros Bedrosian bagi acara lompatan.

MFL tuntut penjelasan KLFA 

Posted: 15 Jan 2019 06:10 AM PST

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menafikan akan mengambil tindakan menyekat geran tahunan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) tanpa meminta sebarang penjelasan daripada persatuan itu.

Tekanan mula hantui Soon Huat-Shevon

Posted: 15 Jan 2019 06:05 AM PST

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie mengakui keputusan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mencetus lebih tekanan buat mereka.

Agrobank umum pelantikan CFO dan CHRO

Posted: 15 Jan 2019 05:58 AM PST

KUALA LUMPUR: Agrobank mengumumkan pelantikan Kamarul Azman Kamarozaman @ Amir sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dan Mohamed Parrish Ersalle Abdul Hameed, sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia Agrobank (CHRO) yang baharu.

Perodua Aruz dilancar

Posted: 15 Jan 2019 05:53 AM PST

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) hari ini secara rasmi melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharunya, iaitu Perodua Aruz untuk pasaran tempatan.

Jenazah bayi didera dikebumi malam ini

Posted: 15 Jan 2019 05:49 AM PST

SIBU: Jenazah bayi lelaki, Aariz Harraz Zahin Azman yang meninggal dunia akibat didera pengasuhnya Ahad lalu, dikebumikan malam ini.

Lelaki warga Pakistan maut kemalangan

Posted: 15 Jan 2019 05:47 AM PST

TAWAU: Lelaki warga Pakistan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya bertembung dengan sebuah trailer di Batu 25 Jalan Apas, di sini, petang tadi.

Pemberian 'wang minyak' untuk dorong raih undi satu kesalahan

Posted: 15 Jan 2019 05:41 AM PST

KUALA LUMPUR: Sebarang pemberian dalam bentuk wang tunai mahu pun ganjaran termasuk wang minyak yang diberikan kepada pengundi dengan niat untuk mendapatkan undi adalah kesalahan yang termaktub dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Lelaki menyamar 'ASP Bukit Aman' diberkas

Posted: 15 Jan 2019 05:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki 'menayangkan' jaket lutsinar (vest) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kereta yang dipandunya membawa padah selepas dia ditahan polis kerana didapati dalam keadaan mencurigakan di Jalan Kuari, Cheras, di sini, awal pagi semalam.

Jaringan keselamatan kewangan penting bagi aliran modal - BNM

Posted: 15 Jan 2019 05:36 AM PST

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menyambut baik sebarang usaha untuk memperkukuh jaringan keselamatan kewangan serantau dan global bagi menangani impak negatif globalisasi kewangan serta memastikan aliran modal yang lebih selamat.

6 Ahli Parlimen keluar UMNO buat pusingan U

Posted: 15 Jan 2019 05:32 AM PST

KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mengumumkan keluar UMNO bulan lalu dijangka akan memohon kembali sebagai ahli parti itu.

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah gelaran rasmi Sultan Pahang

Posted: 14 Jan 2019 09:42 PM PST

PEKAN: Sultan Pahang keenam, Sultan Abdullah, akan memakai gelaran rasmi sebagai Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Pogba tabik Solsjkaer

Posted: 15 Jan 2019 05:06 AM PST

LONDON: Bintang tengah Perancis, Paul Pogba berkata kehadiran Ole Gunnar Solskjaer selaku pengurus sementara Manchester United bukan saja mengembalikan prestasinya, malah membuatkannya kembali mengukir senyuman.

Djokovic mula langkah kanan

Posted: 15 Jan 2019 05:05 AM PST

MELBOURNE: Novak Djokovic memulakan kempen untuk menjulang gelaran ketujuh Terbuka Australia dengan bergaya apabila menyingkirkan pemain ranking ke-230 dunia dari Amerika Syarikat (AS), Mitchell Krueger 6-3, 6-2, 6-2 di pusingan pertama, hari ini.

Serena laung amaran awal

Posted: 15 Jan 2019 05:02 AM PST

MELBOURNE: Serena Williams melaungkan amaran awal pada Terbuka Australia apabila menyingkirkan lawannya di pusingan pertama dalam tempoh 49 minit, hari ini.

Syarikat import sisa plastik akan dikenakan cukai

Posted: 15 Jan 2019 04:58 AM PST

PUTRAJAYA: Syarikat pengimport sisa plastik akan dikenakan bayaran fi bagi lesen, verifikasi serta caj bagi setiap tan sisa plastik yang diimport mereka.

Tiada cadangan bubar ESSCOM

Posted: 15 Jan 2019 04:55 AM PST

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menafikan wujud cadangan untuk membubarkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Tun M berkongsi pengalaman membangun Malaysia di ICEA-III

Posted: 15 Jan 2019 04:51 AM PST

DAKAR, Senegal: Tun Dr Mahathir Mohamad, satu-satunya pemimpin dari luar Afrika yang diberi penghormatan berkongsi pengalaman pada Persidangan Antarabangsa Kemunculan Afrika Ke-3 (ICEA-III) semepena lawatan kerja dua hari ke republik ini yang bermula esok.

Gempa bumi lemah landa Ranau

Posted: 15 Jan 2019 04:49 AM PST

KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter melanda Kundasang, Ranau pada jam 2.15 petang tadi.

MIMOS bentuk konsortium pacu inovasi AR/VR

Posted: 15 Jan 2019 03:26 AM PST

KUALA LUMPUR: Agensi penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara, MIMOS Bhd membentuk satu konsortium bagi memacu inovasi dalam bidang Realiti Tertambah dan Realiti Maya atau AR/VR serta reka bentuk produk bagi industri di Malaysia.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template