Friday, January 18, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Gempa bumi 6.2 magnitud di Pulau Clipperton

Posted: 18 Jan 2019 09:51 AM PST

RESTON: Gempa bumi 6.2 magnitud melanda Pulau Clipperton di Lautan Pasifik, semalam, menurut Peninjau Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Lelaki bakar diri di Prague

Posted: 18 Jan 2019 09:36 AM PST

PRAGUE: Seorang lelaki membakar diri di tengah sebuah dataran di Prague, semalam, ketika penduduk Republik Czech menyambut ulang tahun ke-50 insiden pelajar bakar diri memprotes penjajahan Kesatuan Soviet yang mematahkan Kebangkitan Prague.

Arsenal tiada pilihan bertemu Chelsea

Posted: 18 Jan 2019 08:50 AM PST

KOLUM APA KATA EPL

5 maut runtuhan salji di Kashmir

Posted: 18 Jan 2019 08:46 AM PST

SRINAGAR: Sekurang-kurangnya lima orang maut, selepas runtuhan salji menimbus trak yang mereka naiki di Kashmir, semalam, dengan lima mangsa lain hilang, kata pihak berkuasa.

Kerajaan PH komited lindungi hak Orang Asli

Posted: 18 Jan 2019 08:13 AM PST

KUALA LUMPUR: Tindakan undang-undang yang difailkan oleh pejabat Peguam Negara bagi pihak masyarakat Orang Asli Temiar terhadap kerajaan negeri Kelantan menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited melindungi hak masyarakat Orang Asli.

Pahang seperti kampung saya - Nwakaeme

Posted: 18 Jan 2019 07:52 AM PST

KUANTAN: Kurang 24 jam selepas tiba di negara ini, Dickson Nwakaeme turun menjalani latihan bersama skuad Pahang di padang Taman Gelora, di sini petang tadi. 

Kerber tenggelamkan sorakan Australia

Posted: 18 Jan 2019 07:44 AM PST

MELBOURNE: Angelique Kerber yang menyambut hari lahirnya hari ini menyingkirkan pemain wildcard tuan rumah, Kimberly Birrell 6-1, 6-0 untuk mara ke pusingan keempat tenis Terbuka Australia, sebentar tadi.

Pembantu Mourinho, Rui Faria kemudi kelab Al Duhail

Posted: 18 Jan 2019 07:40 AM PST

DOHA: Rui Faria, yang menjadi pembantu Jose Mourinho mengemudi beberapa kelab besar di Eropah dilantik sebagai ketua jurulatih kelab Liga Qatar, Al Duhail, umum kelab itu sebentar tadi.

Malaysia meluat dengan kenyataan Israel

Posted: 18 Jan 2019 07:03 AM PST

PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menyatakan rasa sangat meluat dengan kenyataan jurucakap Kementerian Luar Israel yang menuduh Malaysia tidak mempunyai semangat Olimpik dan melabel Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai anti-Yahudi.

Wujudkan undang-undang bahan khayal, tindakan wajar

Posted: 18 Jan 2019 06:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk mewujudkan rang undang-undang bahan khayal disifatkan sebagai langkah tepat dalam menangani isu ketagihan dadah dalam kalangan remaja.

Tak perlu dipujuk kembali ke pangkuan UMNO - Tengku Razaleigh

Posted: 18 Jan 2019 06:43 AM PST

GUA MUSANG: UMNO perlu menolak semua enam Ahli Parlimen yang keluar parti itu dan membuat pusingan 'U' dengan memohon semula untuk menjadi ahli UMNO.

Baiti Jannati bawa keselesaan kepada ibu tunggal 3 anak

Posted: 18 Jan 2019 06:36 AM PST

PORT DICKSON: "Setiap kali musim hujan, saya dan anak-anak resah kerana rumah kami yang uzur dan bumbung bocor."

Satu lagi mati akibat rabies

Posted: 18 Jan 2019 06:32 AM PST

KUCHING: Seorang warga emas berusia 80 tahun dari Kampung Sungai Du'uh, Serian disahkan meninggal dunia akibat jangkitan Rabies atau Anjing Gila.

Lebih 100 askar Nigeria dibunuh Boko Haram

Posted: 18 Jan 2019 06:12 AM PST

GENEVA: Militan bersenjata membunuh lebih 100 anggota tentera dan merampas sebahagian besar senjata dalam pertembungan di timur laut Nigeria sejak 26 Disember lalu, kata laporan oleh kumpulan agensi bantuan hari ini.

PRK DUN Semenyih dijangka saksi saingan calon Melayu

Posted: 18 Jan 2019 06:11 AM PST

KUALA LUMPUR : Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dijangka mempertaruhkan calon Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, 2 Mac ini.

SUV terbabas ke dalam gaung

Posted: 18 Jan 2019 05:56 AM PST

TAPAH: Tiga cedera selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Kampung Batu 9, Jalan Pahang-Cameron Highlands, di sini lewat petang tadi.

Hak pemilikan SESB akan dikembalikan kepada kerajaan Sabah

Posted: 18 Jan 2019 12:52 AM PST

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memulangkan semula hak pemilikan syarikat pembekal elektrik, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kepada kerajaan negeri.

Satu slot final milik Malaysia

Posted: 18 Jan 2019 05:50 AM PST

KUALA LUMPUR: Satu slot final acara beregu lelaki pada saingan Masters Malaysia sudah pasti menjadi milik pasangan negara.

Tentera Myanmar bunuh 13 pemberontak Rakhine

Posted: 18 Jan 2019 05:42 AM PST

NAYPYIDAW: Tentera Myanmar mendakwa membunuh 13 pejuang etnik Rakhine dalam serangan balas selepas kumpulan bersenjata itu menjalankan serbuan maut ke atas balai polis awal bulan ini.

HONOR View20 akan mula dijual di Malaysia pada 26 Januari ini

Posted: 18 Jan 2019 05:37 AM PST

KUALA LUMPUR: Menjelang pelancaran di peringkat antarabangsa, HONOR, e-jenama telefon pintar terkemuka mengumumkan peranti dinanti-nantikan sekian lama, HONOR View20 yang akan mula dijual secara rasmi di Malaysia bermula 26 Januari ini.

Daren, Jin Wei, Ee Yi-Yew Sin tumbangkan jaguh dunia

Posted: 18 Jan 2019 05:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Tiga wakil negara yang dilabel 'underdog' mencuri tumpuan pada suku akhir Masters Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil, hari ini selepas masing-masing berjaya melakar kejutan menyingkirkan pilihan utama.

Faktor menggalakkan akan menyokong pasaran ekuiti Malaysia

Posted: 18 Jan 2019 05:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Walaupun keadaan ekonomi dan geopolitik global akan memberi impak kepada pasaran Malaysia tahun ini, Manulife Asset Management Services Bhd melihat beberapa faktor yang menggalakkan untuk menyokong ekuiti Malaysia pada masa depan.

Bintang Korea bantu THT menang selesa

Posted: 18 Jan 2019 04:38 AM PST

Foto Rozainah Zakaria

Jabatan Peguam Negara fail tindakan sivil berhubung tanah adat Orang Asli Temiar

Posted: 18 Jan 2019 03:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara telah memfailkan tindakan sivil di Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi pihak Kerajaan Persekutuan, antara lain untuk mendapatkan pengiktirafan hak tanah adat Orang Asli Temiar di Pos Simpor berdekatan Gua Musang.

Nizam tenang kendali FELDA United

Posted: 18 Jan 2019 04:31 AM PST

KUALA LUMPUR: Tugas berat menanti pengendali baharu FELDA United, Nizam Jamil apabila beliau menggunakan hampir 60 peratus pemain muda hasil program pembangunan FELDA dalam mengharungi kempen Liga Super musim ini.

Jokowi arah ulama dibebaskan

Posted: 18 Jan 2019 04:29 AM PST

JAKARTA: Presiden Joko 'Jokowi' Widodo' hari ini mengumumkan pembebasan ulama yang dikatakan pemimpin kumpulan dianggotai pengebom Bali atas sebab kesihatan.

Nadal singkirkan sensasi tuan rumah

Posted: 18 Jan 2019 04:25 AM PST

MELBOURNE: Rafael Nadal melabelkan Alex de Minaur sebagai 'antara pemain terbaik dunia', - apabila remaja tuan rumah itu memberikan saingan sengit sebelum tersingkir di pusingan ketiga Terbuka Australia, sebentar tadi.

Bahu kanak-kanak tertusuk kayu

Posted: 18 Jan 2019 04:15 AM PST

SEMPORNA: Seorang kanak-kanak lelaki berdepan keadaan mengerikan apabila sebatang kayu tertusuk pada bahu kirinya di Kampung Terusan Tengah, Pulau Bum Bum, dekat sini, petang tadi.

Singapura beli jet pejuang F-35 buatan AS

Posted: 18 Jan 2019 04:07 AM PST

SINGAPURA: Republik ini memilih jet pejuang F-35 buatan Amerika Syarikat (AS) untuk menggantikan pesawat perang usang miliknya, berbanding model Eropah dan China, kata Kementerian Pertahanan hari ini.

Manogaran kesal PH dihalang guna dewan atas alasan politik

Posted: 17 Jan 2019 11:52 PM PST

CAMERON HIGHLANDS: Calon Pakatan Harapan (PH), M Manogaran, kesal dengan tindakan kerajaan negeri tidak membenarkan PH menggunakan Dewan Serbaguna Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Tringkap bagi menjayakan Majlis Makan Malam Mengumpul Dana Pilihan Raya PH yang dijadualkan malam esok, atas alasan politik.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template