Sunday, January 20, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Korban kebakaran paip minyak Mexico sudah 79 orang

Posted: 20 Jan 2019 09:35 AM PST

TLAHUELILPAN: Jumlah korban letupan paip minyak petrol di Mexico meningkat kepada sekurang-kurangnya 79 orang, semalam dan bencana itu menyaksikan kerajaan menumpukan strategi menghalang pencurian minyak.

2 maut, 25 cedera pusat peranginan ski terbakar

Posted: 20 Jan 2019 09:17 AM PST

LYON: Dua orang maut sementara 25 mangsa lain cedera dalam insiden kebakaran di pusat peranginan ski Courchevel, banjaran Alps Perancis, semalam, kata pihak berkuasa.

China bangkit singkir Thailand

Posted: 20 Jan 2019 08:37 AM PST

AL-AIN: China bangkit di babak kedua untuk menewaskan Thailand 2-1 dan mara ke suku akhir Piala Asia.

Man City atasi Huddersfield

Posted: 20 Jan 2019 08:29 AM PST

HUDDERSFIELD, United Kingdom: Manchester City kembali merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris Liverpool kepada empat mata selepas menewaskan kelab tercorot Huddersfield Town 3-0.

Dr Mahathir tiba di Vienna, lawatan kerja 3 hari

Posted: 20 Jan 2019 07:39 AM PST

VIENNA: Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Vienna petang ini untuk menghadiri dua forum antirasuah iaitu Persidangan Tahunan ke-10 dan Mesyuarat Agung Pertubuhan Pihak Berkuasa Pencegahan Rasuah Antarabangsa (IAACA) serta menyampaikan syarahan di International Anti Corruption Academy (IACA).

'Sudah-sudahlah... Kita fikir positif'

Posted: 20 Jan 2019 02:25 AM PST

KUALA LUMPUR: 'Ibarat sudah berkahwin baharu, cukup-cukuplah.'

Lelaki pandu kereta curi ditahan

Posted: 20 Jan 2019 07:10 AM PST

BUKIT KAYU HITAM: Polis menahan seorang lelaki berusia 33 tahun kerana memandu kereta curi Toyota Alphard dan menggunakan nombor pendaftaran palsu, hari ini.

Gavin makin selesa di Jelajah Eropah

Posted: 20 Jan 2019 06:43 AM PST

KUALA LUMPUR: Pada permulaan musim baharunya di Jelajah Eropah, pemain golf nombor satu negara, Gavin Green menamatkan saingan di tempat ke-32 pada Kejuaraan HSBC Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menawarkan hadiah keseluruhan RM29 juta.

Vietnam ke suku akhir Piala Asia

Posted: 20 Jan 2019 06:41 AM PST

DUBAI: Pemain muda Vietnam menewaskan Jordan 4-2 menerusi sepakan penalti untuk mara ke suku akhir Piala Asia selepas perlawanan terikat 1-1 yang disusuli masa tambahan di Stadium Al Maktoum, hari ini.

Penerbit 'Rambo' meninggal dunia

Posted: 20 Jan 2019 06:36 AM PST

BUDAPEST: Penerbit filem Hungary, Andrew G Vajna, yang bertanggungjawab menerbitkan 'Rambo', 'Evita' dan beberapa filem terkenal antarabangsa, meninggal dunia di kediamannya di ibu kota negara itu hari ini kerana sakit.

'Manusia Pokok' kembali dapatkan rawatan

Posted: 20 Jan 2019 06:26 AM PST

DHAKA: Lelaki Bangladesh yang digelar 'Manusia Pokok' kerana ketumbuhan pada tubuhnya kembali ke hospital hari ini selepas keadaannya semakin buruk.

Malaysia, Thailand setuju lanjut tempoh waktu operasi ICQS di Bukit Kayu Hitam dan CIQ di Sadao

Posted: 20 Jan 2019 06:21 AM PST

PUTRAJAYA: Malaysia dan Thailand bersetuju melanjutkan waktu operasi harian Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam serta Kompleks Imigresen, Kastam, dan Kuarantin (CIQ) di Sadao, daripada 18 jam kepada 24 jam bagi tempoh percubaan selama tiga bulan mulai April ini.

Mohamad akan hantar notis tuntutan kepada KJ

Posted: 20 Jan 2019 06:16 AM PST

GEORGETOWN: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu melalui peguam peribadinya akan menghantar notis tuntutan kepada Khairy Jamaluddin dalam tempoh terdekat berhubung kenyataan Ahli Parlimen Rembau hari ini yang didakwa memfitnah.

Syria halang serangan Israel di Bukit Golan

Posted: 20 Jan 2019 06:05 AM PST

BEIRUT/MOSCOW: Tentera udara Syria menyekat serangan Israel hari ini, menembak jatuh beberapa peluru berpandu menyasar sebuah lapangan terbang di tenggara Damsyik, kata Pusat Kawalan Pertahanan Kebangsaan Russia, dipetik agensi berita RIA.

Pemandu kereta terhumban dalam laut dikenal pasti

Posted: 20 Jan 2019 03:49 AM PST

GEORGETOWN: Polis berjaya mengenal pasti pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna putih yang terhumban ke dalam laut berikutan kemalangan di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang di sini, awal pagi tadi.

Thaipusam satu lagi peristiwa perpaduan kaum - Dr Mahathir

Posted: 20 Jan 2019 05:26 AM PST

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perayaan Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu esok, adalah satu lagi peristiwa menggambarkan perpaduan kaum di Malaysia.

Malaysia dijangka ketengah dua inisiatif perangi rasuah

Posted: 20 Jan 2019 04:38 AM PST

VIENNA: Malaysia akan mencadangkan dua inisiatif antarabangsa dalam usaha memerangi rasuah di peringkat global yang lebih menyeluruh dan berkesan.

ADUN bergelar Datuk ditahan SPRM

Posted: 20 Jan 2019 04:35 AM PST

KUALA TERENGGANU: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM500,000.

Penyelesaian isu FELDA diumum Mac ini

Posted: 20 Jan 2019 04:06 AM PST

LIPIS: Kemelut dihadapi peneroka FELDA ketika ini dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh dua bulan lagi.

Gerhana bulan menakjubkan di AS esok malam

Posted: 20 Jan 2019 04:06 AM PST

NEW YORK: Peminat astronomi di seluruh Amerika Syarikat berpeluang menyaksikan gerhana bulan penuh yang mengagumkan, jika tidak dihalang oleh keadaan cuaca.

Dua maut nahas di LPT

Posted: 19 Jan 2019 07:46 PM PST

MARAN: Perjalanan empat sekeluarga bercuti ke Terengganu bertukar tragedi apabila dua daripadanya maut selepas kereta dinaiki terbabas sebelum melanggar tebing bukit di Kilometer 165.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di sini, semalam.

Marcus-Kevin terlalu istimewa - Paulus

Posted: 20 Jan 2019 03:52 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Paulus Firman mengakui Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo adalah gandingan paling istimewa ketika ini dan banyak pasangan lain sedang mencuba mencapai ke tahap yang sama.

KKM terus pantau wabak rabies di Sarawak

Posted: 20 Jan 2019 12:51 AM PST

LIPIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan wabak rabies tidak merebak seperti 2017.

Perhebat misi cari, selamatkan kenderaan terhumban ke dalam laut

Posted: 20 Jan 2019 12:45 AM PST

GEORGETOWN: Misi mencari dan menyelamat sebuah kenderaan yang dilaporkan terhumban ke dalam laut di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang selepas terbabit dalam kemalangan pada awal pagi tadi, diperhebatkan.

5 tahun tunggu berbunga

Posted: 19 Jan 2019 11:43 PM PST

PUTRAJAYA: Kaedah penjagaannya tidak sukar dan sama seperti orkid lain, namun untuk melihat ia berbunga, perlu menunggu malah ada yang mengambil masa sehingga lima tahun.

Dera anak tiri, tukang rumah dipenjara 20 tahun

Posted: 20 Jan 2019 12:55 AM PST

KUALA TERENGGANU: Seorang tukang rumah dijatuhi hukuman penjara 20 tahun di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan mendera anak tirinya berusia lima tahun sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak terbabit pada Jun 2017.

Satu tan daun ketum bernilai RM50,000 dirampas

Posted: 19 Jan 2019 11:14 PM PST

BUKIT KAYU HITAM: Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kedah merampas kira-kira satu tan daun ketum dianggarkan bernilai RM50,000 dalam serbuan di Kampung Lam Din, Naka, di sini, malam tadi.

Operasi SAR cari kenderaan terhumban ke laut disambung esok

Posted: 20 Jan 2019 03:39 AM PST

GEORGETOWN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah kenderaan bersama pemandunya yang terhumban ke dalam laut dari Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang, awal pagi tadi ditamatkan kira-kira jam 7 malam hari ini berikutan keadaan cuaca yang semakin gelap.

Saya tetap pertahan kenyataan - Muhammad Khalil

Posted: 20 Jan 2019 03:32 AM PST

KUALA TERENGGANU: Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, beliau tidak akan berganjak dan akan terus mempertahankan kenyataannya dalam ceramah di Kampung Keledek dekat Jelai, Pahang, Jumaat lalu.

Mesti tumbangkan Kitchee di Ipoh

Posted: 20 Jan 2019 03:28 AM PST

KUALA LUMPUR: Perak harus menggunakan sepenuhnya kelebihan aksi di laman sendiri pada pusingan kelayakan kedua, Liga Juara-Juara Asia (ACL) bertemu Kitchee FC dari Hong Kong di Stadium Perak pada 12 Februari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template