Tuesday, January 22, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


HONOR View20 tampil hebat dengan lensa ultra 48MP

Posted: 22 Jan 2019 09:12 AM PST

PARIS: HONOR, e-jenama telefon pintar terkemuka hari ini melancarkan model  terbarunya, HONOR View20 dengan menawarkan kamera utama resolusi tinggi 48 megapixel (MP) dan dikuasakan dengan pemproses generasi baru 7nm Kirin 980.

Korea Selatan mara ke suku akhir

Posted: 22 Jan 2019 08:49 AM PST

DUBAI: Korea Selatan yang diperkuat Son Heung-min terpaksa bertarung hingga ke masa tambahan untuk menewaskan Bahrain 2-1 dan mara ke suku akhir Piala Asia.

Irfan mahu penyelesaian, bukan perang

Posted: 22 Jan 2019 08:45 AM PST

SEPANG: "Saya bukan hendak berperang, saya mahukan jalan penyelesaian."

Mayat mangsa runtuhan lantai berjaya dikeluarkan

Posted: 22 Jan 2019 08:17 AM PST

PETALING JAYA: Mayat seorang pekerja binaan warga Bangladesh yang terperangkap di bawah timbunan besi perancah dan bancuhan simen dalam insiden lantai bangunan runtuh di Taman Hi-Tech Subang di sini, berjaya dikeluarkan malam ini.

Penumpang mabuk desak pesawat ubah haluan ditahan

Posted: 22 Jan 2019 08:12 AM PST

MOSCOW : Seorang penumpang yang mabuk dalam satu penerbangan domestik memaksa pesawat itu mengubah haluan ke Afghanistan, menyebabkan juruterbang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Siberia, hari ini.

'Beri ruang kepada kami lalui saat sukar'

Posted: 22 Jan 2019 08:05 AM PST

BUTTERWORTH: Ahli keluarga Moey Yun Peng, penuntut kolej swasta yang maut setelah kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terhumban ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang di sini, Ahad lalu, mahu siasatan kejadian itu dijalankan dengan adil.

Sala dikhuatiri terkorban, pencarian diteruskan

Posted: 22 Jan 2019 07:57 AM PST

NANTES, Perancis: Pemain baharu kelab Liga Perdana Inggeris Cardiff City, Emiliano Sala dari Argentina, dikhuatiri terkorban selepas pesawat ringan dinaikinya hilang ketika merentasi Selat Inggeris.

Keputusan Piala Asia

Posted: 22 Jan 2019 07:46 AM PST

DUBAI: Berikut keputusan pusingan kalah mati Piala Asia:

Terbabit penipuan cukai, Ronaldo disaman RM16.8 juta

Posted: 22 Jan 2019 07:39 AM PST

MADRID : Bintang handalan Juventus, Cristiano Ronaldo terlepas dari hukuman penjara hari ini namun diarahkan oleh mahkamah Sepanyol untuk membayar denda berjumlah 3.57 juta euro (RM16.8 juta) kerana melakukan penipuan cukai ketika masih beraksi bersama Real Madrid.

Kerajaan jamin keselamatan pengamal media

Posted: 22 Jan 2019 07:19 AM PST

KOTA BHARU: Kerajaan memberi jaminan keselamatan kepada pengamal media dalam menjalankan tugas bagi memastikan kebebasan media terpelihara, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Shazlee Shith.

Anak pegawai pengurusan SSM serah dokumen kepada SPRM

Posted: 22 Jan 2019 06:38 AM PST

KUALA LUMPUR: Anak kepada pegawai pengurusan tertinggi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, hari ini bagi menyerahkan dokumen berkaitan siasatan ke atas SSM.

Bekas pengurus kanan ditahan SPRM berkaitan rasuah RM2 juta

Posted: 22 Jan 2019 06:35 AM PST

PUTRAJAYA: Seorang bekas pengurus kanan sebuah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes menerima suapan dianggarkan bernilai lebih RM2 juta.

Alhamdulillah, dua beradik hilang ditemui

Posted: 22 Jan 2019 06:10 AM PST

KOTA BHARU: Dua beradik berusia sembilan dan 12 tahun yang hilang sejak tiga hari lalu ditemui di Narathiwat, Thailand, hari ini.

PA enggan terima bantuan AS, bimbang disaman

Posted: 22 Jan 2019 06:11 AM PST

BAITULAHAM: Kerajaan Palestin akan menolak semua bantuan kerajaan Amerika Syarikat (AS) bimbang dikenakan tindakan undang-undang, kata pihak berkuasa hari ini, sekali gus bakal merencatkan projek penyelarasan keselamatan yang sedang berjalan.

Letupan mercun: 1 lagi ditahan bantu siasatan

Posted: 22 Jan 2019 06:04 AM PST

GOMBAK: Seorang lagi individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden letupan mercun ketika sambutan Thaipusam berhampiran Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves di sini, semalam.

Sapura Energy raih RM4 bilion daripada terbitan hak

Posted: 22 Jan 2019 05:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Sapura Energy Bhd memperoleh kira-kira RM4 bilion daripada terbitan hak yang menyaksikan Permodalan Nasional Bhd menjadi pemegang saham terbesarnya.

Ucapan TPM mengenai EM-IIG tanpa kebenaran

Posted: 22 Jan 2019 12:13 AM PST

PUTRAJAYA: Pejabat Timbalan Perdana Menteri menegaskan laporan berita yang memetik ucapan daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkaitan projek jalur lebar berkelajuan tinggi Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia Yang Dipertingkat (EM-IIG) yang dibangunkan Xiddig Cellular Communications Sdn Bhd adalah tidak benar.

Polis KL tumpu 10 lokasi panas dalam Op Selamat 14

Posted: 22 Jan 2019 02:47 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur akan memberikan tumpuan pengawasan terhadap 10 laluan atau lokasi panas yang dikesan kerap berlaku kemalangan sepanjang tempoh Op Selamat 14, yang bermula 29 Januari hingga 12 Februari.

2 maut, pesawat pengebom Russia terhempas

Posted: 22 Jan 2019 05:40 AM PST

MOSCOW: Dua kru pesawat pengebom Russia dilaporkan maut manakala dua lagi juruterbangnya cedera selepas terhempas semasa latihan penerbangan, hari ini kata kementerian pertahanan Moscow.

Mayat sempurna walau terperangkap hampir 3 hari

Posted: 22 Jan 2019 05:32 AM PST

GEORGETOWN: Polis mengesahkan identiti mangsa yang ditemui dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 sebagai Moey Yun Peng.

Shapawi sedia jumpa trio compound

Posted: 22 Jan 2019 05:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail menyambut baik kesediaan trio memanah compound negara mengadakan pertemuan dengannya dalam masa terdekat bagi menyelesaikan kemelut antara mereka.

Risiko diintip: Kanada wajar larang Huawei bekal peralatan 5G

Posted: 22 Jan 2019 04:31 AM PST

OTTAWA: Kanada wajar mengharamkan syarikat China, Huawei Technologies Co Ltd (Huawei) daripada membekalkan peralatan kepada rangkaian 5G negara itu kerana risiko keselamatannya terlalu besar, kata seorang bekas ketua perisik dalam artikel diterbitkan semalam.

Petra lebur impian tuan rumah

Posted: 22 Jan 2019 05:18 AM PST

MELBOURNE: Pemain pilihan kelapan, Petra Kvitova meleburkan cabaran pemain tuan rumah, Ashleigh Barty untuk mara ke separuh akhir Terbuka Australia hari ini sekali gus prestasi terbaiknya dalam Grand Slam selepas pulih daripada kecederaan.

Doakan yang terbaik - Al Sultan Abdullah

Posted: 22 Jan 2019 12:39 AM PST

PEKAN: "Doakan yang terbaik," titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah mengenai mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16, Khamis ini.

Pemimpin Parti Buruh cuba kuasai Brexit daripada May

Posted: 22 Jan 2019 05:12 AM PST

LONDON: Pemimpin pembangkang Parti Buruh British, Jeremy Corbyn semakin hampir membuka jalan ke arah satu lagi pungutan suara mengenai keanggotaan Kesatuan Eropah (EU) apabila beliau cuba menggunakan parlimen untuk menguasai Brexit daripada Perdana Menteri Theresa May.

Faktor keselamatan sebabkan usaha naikkan kereta terhumban ambil masa lama

Posted: 22 Jan 2019 05:08 AM PST

GEORGETOWN: Usaha mengeluarkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mazda CX5 dari laut selepas terhumban ke dalamnya dari Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang Ahad lalu mengambil masa lebih 24 jam berikutan faktor keselamatan penyelam operasi menyelamat itu.

'Apam kuih lah...'

Posted: 21 Jan 2019 10:31 PM PST

KUALA LUMPUR: Sejak beberapa hari lalu, laman sosial kecoh apabila produk span diberi nama, 'Apam Che Ta' yang diusahakan Rozita Che Wan, dikritik netizen atas alasan berbaur lucah.

AS akan mohon perintah ekstradisi eksekutif Huawei

Posted: 22 Jan 2019 04:59 AM PST

OTTAWA: Amerika Syarikat (AS) akan meneruskan proses ekstradisi rasmi eksekutif Huawei Technologies Co Ltd (Huawei), Meng Wanzhou dari Kanada, kata dutanya di AS kepada akhbar The Globe and Mail, dalam tindakan yang pastinya meningkatkan ketegangan dengan China.

Watak Roseyatimah ilham nama anak

Posted: 22 Jan 2019 12:41 AM PST

KUALA LUMPUR: Selepas 22 hari bersalin, barulah pelakon Nadiya Nisaa berkongsi berita dirinya selamat melahirkan cahaya mata kedua yang diberi nama Aminah Rose.

Prestariang akur pembatalan projek Skin

Posted: 22 Jan 2019 04:55 AM PST

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan e-kerajaan, Prestariang Bhd (Prestariang) berkata ia menerima keputusan kerajaan untuk membatalkan projek bernilai RM3.5 bilion dengan Jabatan Imigresen.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template