BH Online - Terkini |
- Kabinet Israel dijangka lulus eksport ganja perubatan
- Jururawat lelaki AS ditahan rogol pesakit sehingga beranak
- Mahkamah Israel beku harta Arafat di Baitulmaqdis Timur
- 20,000 kanak-kanak, wanita Nigeria dipaksa jadi pelacur
- Bale semakin pulih
- Bomba bantu turunkan jenazah wanita obesiti
- Tiada kompromi pegawai rasuah, salah guna kuasa
- Solskjaer jadikan Man Utd 'sangat bahaya'
- Malaysia beri keutamaan lindungi kepentingan Palestin
- Chelsea semakin hampir dapatkan Higuain
- DAP sedia beri kerjasama isu bekas ADUN ditahan SPRM
- Dr Xavier arah KSU Kementerian siasat isu guna aset kerajaan
- Kanak-kanak 11 tahun maut, abang cedera dilanggar teksi
- Anggota tentera parah rempuh kereta ditinggalkan di tengah jalan
- Lineker berang tindakan Ronaldo
- Pemilik premis boleh memohon status kawasan larangan merokok
- Nabila kecewa video lagu baharu 'tiada tontonan'
- Gempa bumi sederhana landa Rantau Sumba, Indonesia
- Jangan cuba ugut FAM
- Teresa Kok tuntut permohonan maaf dan ganti rugi RM30 juta daripada Ketua Pemuda PAS Selangor
- Sunway, Hoi Hup bangunkan projek kondominium RM1.32 bilion di Singapura
- Penyerang Afghanistan perkasa cabaran TRW
- Priyanka Gandhi ceburi politik menjelang pilihan raya India
- Ambil peluang dalami al-Quran di Masjidilharam
- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
- Pemain muda mampu galas tugas
- Polis KL bersih unsur gangsterisme, kongsi gelap - Mazlan
- Kes kemalangan di Jambatan Pulau Pinang: pemandu serah diri
- Pouille puji Mauresmo
- Kanak-kanak perempuan maut akibat pistol angin
| Kabinet Israel dijangka lulus eksport ganja perubatan Posted: 23 Jan 2019 10:10 AM PST BAITULMAQDIS: Kabinet Israel dijangka meluluskan rang undang-undang yang membenarkan eksport ganja perubatan, menurut Kementerian Kewangan negara itu, semalam, dalam perkembangan yang bakal merangsang pendapatan negara terbabit. |
| Jururawat lelaki AS ditahan rogol pesakit sehingga beranak Posted: 23 Jan 2019 10:08 AM PST LOS ANGELES: Seorang jururawat lelaki ditahan di Arizona atas tuduhan melakukan serangan seks terhadap seorang wanita sehingga mangsa melahirkan bayi, ketika dalam keadaan koma jangka panjang, menurut polis Amerika Syarikat (AS). |
| Mahkamah Israel beku harta Arafat di Baitulmaqdis Timur Posted: 23 Jan 2019 10:05 AM PST BAITULMAQDIS: Mahkamah Israel merampas hartanah yang dimiliki bersama oleh Allahyarham pemimpin Palestin, Yasser Arafat di sini untuk dijadikan sebagai cagaran terhadap saman sivil berhubung satu saman ganti rugi terhadap Pihak Berkuasa Palestin. |
| 20,000 kanak-kanak, wanita Nigeria dipaksa jadi pelacur Posted: 23 Jan 2019 07:59 AM PST LAGOS: Seramai 20,000 wanita dan kanak-kanak perempuan dikhuatiri diseludup dari Nigeria ke Mali di mana mereka dipaksa menjadi pelacur, kata ketua agensi anti penyeludupan manusia Nigeria, hari ini. |
| Posted: 23 Jan 2019 08:18 AM PST MADRID: Gareth Bale semakin hampir untuk kembali selepas pulih daripada ketegangan di bahagian betis, kata jurulatih Real Madrid, Santiago Solari. |
| Bomba bantu turunkan jenazah wanita obesiti Posted: 23 Jan 2019 08:16 AM PST KOTA BHARU: Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu terpaksa dipanggil bagi membantu menurunkan jenazah seorang wanita obesiti seberat 190 kilogram ke dalam liang lahad. |
| Tiada kompromi pegawai rasuah, salah guna kuasa Posted: 23 Jan 2019 08:14 AM PST PORT DICKSON: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai yang terbabit melakukan salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam kementerian berkenaan. |
| Solskjaer jadikan Man Utd 'sangat bahaya' Posted: 23 Jan 2019 08:10 AM PST LONDON: Pengurus Arsenal, Unai Emery berkata Ole Gunnar Solskjaer menjadikan Manchester United pasukan yang lebih berbahaya sejak mengambil alih daripada Jose Mourinho. |
| Malaysia beri keutamaan lindungi kepentingan Palestin Posted: 23 Jan 2019 08:06 AM PST KUALA LUMPUR: Malaysia memberi keutamaan paling atas untuk melindungi kepentingan Palestin dan rakyatnya, dan keputusan tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di negara ini adalah tepat. |
| Chelsea semakin hampir dapatkan Higuain Posted: 23 Jan 2019 07:57 AM PST LONDON: Chelsea sudah berada pada peringkat akhir untuk menandatangani penyerang Juventus, Gonzalo Higuain, kata ketua jurulatih Maurizio Sarri hari ini, ketika dia tampak mahu memperkuatkan barisan depannya. |
| DAP sedia beri kerjasama isu bekas ADUN ditahan SPRM Posted: 23 Jan 2019 06:15 AM PST SHAH ALAM: DAP Selangor akan memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan terhadap bekas wakil rakyatnya yang kini ditahan atas tuduhan membuat tuntutan palsu. |
| Dr Xavier arah KSU Kementerian siasat isu guna aset kerajaan Posted: 23 Jan 2019 12:31 AM PST KUALA LUMPUR: Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, sudah mengarahkan siasatan segera dilakukan berhubung isu penggunaan kereta pacuan empat roda milik Jabatan Perhutanan oleh timbalannya untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands. |
| Kanak-kanak 11 tahun maut, abang cedera dilanggar teksi Posted: 23 Jan 2019 05:44 AM PST KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya maut selepas motosikal diboncengnya dilanggar sebuah teksi ketika kenderaan itu membelok untuk ke Jalan Tanduk dari Jalan Maarof di sini, pagi tadi. |
| Anggota tentera parah rempuh kereta ditinggalkan di tengah jalan Posted: 23 Jan 2019 05:38 AM PST TEMERLOH: Seorang anggota tentera parah selepas motosikal ditunggangi merempuh bahagian belakang kereta di FELDA Bukit Damar, Jalan Pekan FELDA Lakum, di sini, semalam. |
| Lineker berang tindakan Ronaldo Posted: 23 Jan 2019 05:57 AM PST LONDON: Gary Lineker mengkritik Cristiano Ronaldo kerana berswafoto dari dalam pesawat peribadinya sejurus Emiliano Sala hilang bersama pesawat dinaikinya ke Cardiff. |
| Pemilik premis boleh memohon status kawasan larangan merokok Posted: 23 Jan 2019 05:48 AM PST KUALA LUMPUR: Semua premis perniagaan boleh membuat permohonan kepada Kementerian Kesihatan untuk diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok. |
| Nabila kecewa video lagu baharu 'tiada tontonan' Posted: 23 Jan 2019 05:40 AM PST KUALA LUMPUR: Penyanyi, Nabila Razali, mengakui agak kecewa dan ralat apabila video muzik rasmi single terbarunya, Vroom Vroom, di YouTube berdepan masalah. |
| Gempa bumi sederhana landa Rantau Sumba, Indonesia Posted: 23 Jan 2019 05:18 AM PST KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter melanda Rantau Sumba, Indonesia pada jam 8.36 malam ini. |
| Posted: 23 Jan 2019 05:18 AM PST KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap dengan pendirian tidak membenarkan Terengganu City FC (TCFC) beraksi dalam saingan Liga Perdana 2019 berikutan wujud kebimbangan kemungkinan masalah tunggakan gaji akan terus berulang pada musim ini. |
| Teresa Kok tuntut permohonan maaf dan ganti rugi RM30 juta daripada Ketua Pemuda PAS Selangor Posted: 23 Jan 2019 05:16 AM PST KUALA LUMPUR: Menteri Industri Utama, Teresa Kok hari ini menuntut permohonan maaf dan RM30 juta pampasan daripada Ketua Pemuda PAS Selangor terhadap satu artikel yang dianggapnya fitnah yang mendakwa Kok sebagai menentang Islam atau berhadapan dengan tindakan undang-undang. |
| Sunway, Hoi Hup bangunkan projek kondominium RM1.32 bilion di Singapura Posted: 23 Jan 2019 05:14 AM PST KUALA LUMPUR: Sunway Bhd dan Hoi Hup Realty Pte Ltd memperoleh tender bagi cadangan pembangunan perumahan kondominium eksekutif berkeluasan 2.5 hektar di Tampines, Singapura bernilai S$434.45 juta (RM1.32 bilion). |
| Penyerang Afghanistan perkasa cabaran TRW Posted: 23 Jan 2019 05:04 AM PST KOTA BHARU: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengikat bekas pemain kebangsaan Afghanistan, Mustafa Zazai bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. |
| Priyanka Gandhi ceburi politik menjelang pilihan raya India Posted: 23 Jan 2019 05:02 AM PST NEW DELHI: Priyanka Gandhi, adik kepada pemimpin parti Kongres, Rahul Gandhi secara rasmi menyertai politik menjelang pilihan raya umum di India. |
| Ambil peluang dalami al-Quran di Masjidilharam Posted: 23 Jan 2019 04:51 AM PST KUALA LUMPUR: Jemputan sebagai tetamu ke bumi Makkah seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin supaya mendapat keberkatan berganda. Selain mengerjakan haji dan umrah, peluang harus digunakan untuk memperbanyakkan amal ibadah yang lain. |
| Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS Posted: 23 Jan 2019 04:16 AM PST KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini berikutan tiada permintaan terhadap unit tempatan, menurut peniaga. |
| Posted: 23 Jan 2019 04:14 AM PST KUANTAN: Penjaga gol FELDA United FC, Norazlan Razali tidak bimbang dan percaya kelab itu mampu memberi cabaran dalam mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim ini. |
| Polis KL bersih unsur gangsterisme, kongsi gelap - Mazlan Posted: 23 Jan 2019 04:08 AM PST KUALA LUMPUR: Tiada anggota polis daripada kontinjen Kuala Lumpur terbabit dengan unsur gangsterisme atau kumpulan kongsi gelap, tegas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim. |
| Kes kemalangan di Jambatan Pulau Pinang: pemandu serah diri Posted: 22 Jan 2019 10:05 PM PST GEORGETOWN: Pemandu kereta Toyota Vios hitam yang terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 putih terjunam dalam laut menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), hari ini. |
| Posted: 23 Jan 2019 03:56 AM PST MELBOURNE: Lucas Pouille hari ini memuji jurulatih baharunya, Amelie Mauresmo kerana memberinya "banyak keyakinan" selepas menjadi pemain Perancis pertama mara ke separuh akhir Terbuka Australia sejak Jo-Wilfried Tsonga pada 2010. |
| Kanak-kanak perempuan maut akibat pistol angin Posted: 23 Jan 2019 03:56 AM PST KAOHSIUNG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut, selepas paru-parunya meletup disebabkan hos angin tekanan tinggi yang disyaki dimasukkan ke dalam mulut mangsa di sebuah stesen minyak di Taiwan. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment