BH Online - Terkini |
- 13 pemain tempatan warnai Kejuaraan Maybank
- Jepun benam Vietnam untuk ke separuh akhir
- PKNS FC kekal warna tradisi
- Usaha mencari Emiliano Sala dihentikan
- Mayat tanpa pakaian
- Trump setuju tangguh ucapan sehingga penutupan kerajaan tamat
- 16 maut kemalangan lombong emas di Ghana
- Ahok akhirnya bebas, mahu kahwini teman wanita
- TCFC sudah jatuh ditimpa tangga
- Malaysia tertarik komitmen Thailand tangani isu kanak-kanak terbiar
- Siasatan 1MDB: Firma guaman mainkan peranan terhad
- Tropicana cadang beli 12 firma hartanah bernilai RM1.85 bilion
- Mana pergi RM14,662?
- Malaysia-Thailand setuju percepatkan pembinaan dua Jambatan Persahabatan
- Najib akui 1MDB masalah
- Kepong BC ke separuh akhir SS Purple League
- Bunuh, kerat mayat kawan sendiri
- TLHT cemas sebelum atasi PKS-Uniten
- KFA dalam fasa terakhir isu Akhyar
- Nadal ke final Terbuka Australia
- Polis rakam keterangan bekas pengawal Najib kes Altantuya
- TNB beri pulangan besar kepada rakyat
- CEO Airbus beri amaran 'keputusan berbahaya' bagi pekerjaan di UK
- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
- Saksi sahkan gambar Altantuya, Razak dan timbalan perdana menteri
- Berang dengan Hamas, Netanyahu ikrar tindakan 'bahaya' di Gaza
- Batu nisan Kesultanan Melayu Melaka ditemui
- Kerajaan negeri sembah tahniah atas pelantikan Yang di-Pertuan Agong ke-16
- LPT2 'bunuh' KETENGAH
- 'Mengendap' wajar dianggap sebagai jenayah - Menteri
| 13 pemain tempatan warnai Kejuaraan Maybank Posted: 24 Jan 2019 08:39 AM PST SHAH ALAM: Jaguh golf negara, Gavin Kyle Green mengetuai senarai 13 pemain tempatan yang akan berentap pada saingan edisi keempat Kejuaraan Maybank di Saujana Golf & Country Club bermula 21 hingga 24 Mac nanti. |
| Jepun benam Vietnam untuk ke separuh akhir Posted: 24 Jan 2019 08:37 AM PST DUBAI: Ritsu Doan menjaringkan penalti pertama pada Piala Asia yang diberikan menerusi video bantuan pengadil (VAR) ketika Jepun menewaskan Vietnam 1-0 untuk mara ke separuh akhir malam tadi. |
| Posted: 24 Jan 2019 08:05 AM PST SHAH ALAM: Warna oren terus menjadi warna tradisi selepas PKNS FC mengekalkan warna terbabit untuk jersi pertama pasukan itu bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) 2019. |
| Usaha mencari Emiliano Sala dihentikan Posted: 24 Jan 2019 08:00 AM PST LONDON : Usaha mencari dan menyelamat pemain bola sepak Liga Premier Inggeris, Emiliano Sala yang hilang sejak tiga hari lalu di Selat Inggeris dihentikan hari ini. |
| Posted: 24 Jan 2019 07:57 AM PST BACHOK: Pengunjung Pantai Melawi, di sini gempar dengan penemuan satu mayat lelaki tanpa pakaian yang ditemui berhampiran Seri Pantai Chalet, Melawi, di sini, petang tadi. |
| Trump setuju tangguh ucapan sehingga penutupan kerajaan tamat Posted: 24 Jan 2019 07:29 AM PST WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengalah dalam pertelingkahan dengan Demokrat semalam berhubung ucapan negaranya, bersetuju menangguhkannya sehingga penutupan kerajaan tamat, walaupun kebuntuan lebih sebulan itu berlarutan. |
| 16 maut kemalangan lombong emas di Ghana Posted: 24 Jan 2019 06:53 AM PST ACCRA (GHANA) : Seramai 16 orang maut dalam satu kemalangan di tapak melombong emas di utara Ghana, kata pegawai tempatan Khamis lalu, menyebabkan pihak berkuasa melancarkan siasatan. |
| Ahok akhirnya bebas, mahu kahwini teman wanita Posted: 24 Jan 2019 06:51 AM PST JAKARTA: Bekas gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok dibebaskan hari ini selepas menjalani hukuman penjara hampir dua tahun atas kesalahan menghina Islam. |
| TCFC sudah jatuh ditimpa tangga Posted: 24 Jan 2019 06:41 AM PST Oleh Malik Muhamad |
| Malaysia tertarik komitmen Thailand tangani isu kanak-kanak terbiar Posted: 24 Jan 2019 05:55 AM PST BANGKOK: Malaysia boleh belajar sesuatu daripada kaedah yang dilaksanakan Thailand dalam menangani isu bayi dan kanak-kanak terbiar serta anak-anak yang tidak mempunyai kerakyatan di negara itu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. |
| Siasatan 1MDB: Firma guaman mainkan peranan terhad Posted: 24 Jan 2019 06:15 AM PST KUALA LUMPUR: Firma guaman Rahmat Lim & Partners menegaskan pihaknya memainkan peranan terhad sebagai peguam Goldman Sachs membabitkan isu bon yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). |
| Tropicana cadang beli 12 firma hartanah bernilai RM1.85 bilion Posted: 24 Jan 2019 06:10 AM PST KUALA LUMPUR: Tropicana Corporation Bhd (TCB) menandatangani 12 perjanjian pembelian saham bersyarat dengan Tan Sri Tan Chee Sing (TSDT) dan/atau individu yang mempunyai pertalian dengannya untuk cadangan mengambil alih 12 syarikat pemegangan bernilai RM1.85 bilion. |
| Posted: 24 Jan 2019 06:01 AM PST KUALA LUMPUR: Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) memberi tujuh hari kepada bekas presidennya, Datuk S Subramaniam untuk menyerahkan kembali duit persatuan yang hilang berjumlah RM14,662. |
| Malaysia-Thailand setuju percepatkan pembinaan dua Jambatan Persahabatan Posted: 24 Jan 2019 05:24 AM PST BANGKOK: Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal bersama bagi membincangkan dengan lebih terperinci cadangan pembinaan Jambatan Persahabatan antara Malaysia dan Thailand akan diadakan di Kuala Lumpur pada Mac ini. |
| Posted: 24 Jan 2019 05:17 AM PST KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mempunyai masalah, namun ia bukan penyebab kepada ekonomi negara menjadi teruk. |
| Kepong BC ke separuh akhir SS Purple League Posted: 24 Jan 2019 05:44 AM PST GENTING HIGHLANDS: Kelab Badminton (BC) Kepong menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir SS Purple League (SSPL) 2018/2019. |
| Bunuh, kerat mayat kawan sendiri Posted: 24 Jan 2019 05:43 AM PST MUMBAI: Seorang lelaki di India ditahan polis selepas dituduh membunuh kawannya dengan cara mengerat sebelum mengepam cebisan mayat di dalam lubang tandas, kata polis hari ini. |
| TLHT cemas sebelum atasi PKS-Uniten Posted: 24 Jan 2019 05:41 AM PST KUALA TERENGGANU: Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) bangkit daripada ketinggalan sebelum meneruskan rentak kemenangan dengan menumbangkan juara bertahan, PKS-Uniten 3-2 pada aksi keenam Liga Hoki Wanita Malaysia (MWHL) di Stadium Batu Burok, Kuala Terengganu, sebentar tadi. |
| KFA dalam fasa terakhir isu Akhyar Posted: 24 Jan 2019 05:39 AM PST KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) kini dalam fasa terakhir sebelum mengheret kes perpindahan kontroversi pemain muda negara, Akhyar Rashid ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). |
| Nadal ke final Terbuka Australia Posted: 24 Jan 2019 05:36 AM PST MELBOURNE: Rafael Nadal memberikan pengajaran berguna buat bintang baharu, Stefanos Tsitsipas apabila menang 6-2, 6-4, 6-0 pada separuh akhir Terbuka Australia sebentar tadi. |
| Polis rakam keterangan bekas pengawal Najib kes Altantuya Posted: 24 Jan 2019 05:35 AM PST KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah merakam kenyataan bekas pengawal Datuk Seri Najib Razak, Deputi Superintendan Musa Safri bagi membantu siasatan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu. |
| TNB beri pulangan besar kepada rakyat Posted: 24 Jan 2019 05:28 AM PST KUALA LUMPUR: Dari segi sejarah dan tradisi, Tenaga Nasional Bhd (TNB) amat dekat di hati kebanyakan rakyat Malaysia kerana bagi tempoh hampir 70 tahun 'menyalurkan tenaga kepada negara', sekali gus mewarnai dan mempengaruhi kehidupan mereka. |
| CEO Airbus beri amaran 'keputusan berbahaya' bagi pekerjaan di UK Posted: 24 Jan 2019 05:20 AM PST PARIS: Airbus memberi amaran ia boleh menukar haluan keluar daripada Britain jika berlaku ketidaklancaran pengasingan daripada Kesatuan Eropah (EU) dengan menjangkakan 'keputusan yang amat bahaya' bagi operasinya di negara itu. |
| Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS Posted: 24 Jan 2019 05:17 AM PST KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini walaupun harga minyak mentah meningkat dan didagangkan melebihi AS$60 setong, kata seorang peniaga. |
| Saksi sahkan gambar Altantuya, Razak dan timbalan perdana menteri Posted: 23 Jan 2019 12:27 AM PST SHAH ALAM: Sepupu kepada wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu mengesahkan pernah melihat sekeping foto yang menunjukkan mendiang bersama penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda dan seorang lelaki yang didakwa sebagai timbalan perdana menteri. |
| Berang dengan Hamas, Netanyahu ikrar tindakan 'bahaya' di Gaza Posted: 24 Jan 2019 04:41 AM PST BANDAR GAZA: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran kepada kumpulan Islam Palestin, Hamas, semalam berhubung reaksi 'berbahaya' terhadap sebarang keganasan diperbaharui Palestin di sempadan Gaza. |
| Batu nisan Kesultanan Melayu Melaka ditemui Posted: 24 Jan 2019 04:15 AM PST MELAKA: Empat batu nisan lama, dipercayai berasal dari zaman Kesultanan Melayu Melaka ditemui penduduk di Lorong Bukit Ranting, Kampung Bukit Duyong, di sini. |
| Kerajaan negeri sembah tahniah atas pelantikan Yang di-Pertuan Agong ke-16 Posted: 24 Jan 2019 04:01 AM PST PORT DICKSON: Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun merafak sembah tahniah atas pelantikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah, yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16. |
| LPT2 'bunuh' KETENGAH Posted: 24 Jan 2019 03:59 AM PST DUNGUN: Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bercadang membina lebuh raya baharu yang menghubungkan wilayah itu dengan Pantai Barat, sekali gus mampu melonjakkan pembangunan di wilayah itu. |
| 'Mengendap' wajar dianggap sebagai jenayah - Menteri Posted: 23 Jan 2019 10:22 PM PST PUTRAJAYA: Perbuatan 'mengintai' atau 'mengendap' termasuk menerusi media sosial, wajar diklasifikasi sebagai perbuatan jenayah kerana boleh mengundang perasaan terancam dan tidak selamat kepada mangsa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment