Friday, January 25, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Empangan di Brazil runtuh, ramai dikhuatiri maut

Posted: 25 Jan 2019 10:03 AM PST

RIO DE JANEIRO: Ramai mangsa dikhuatiri maut di tenggara Brazil, semalam, selepas sebuah empangan berhampiran bandar Belo Horizonte runtuh.

Zionis tembak mati lelaki Palestin

Posted: 25 Jan 2019 09:13 AM PST

GAZA: Seorang penduduk Palestin terbunuh akibat tembakan Israel dalam tunjuk perasaan di sepanjang sempadan Gaza, semalam, kata Kementerian Kesihatan wilayah terkepung itu.

4 maut helikopter, pesawat bertembung di Itali

Posted: 25 Jan 2019 09:04 AM PST

ROME: Sekurang-kurangnya empat orang maut, semalam, selepas sebuah helikopter dan sebuah pesawat kecil bertembung di banjaran Alps, Itali, lapor media tempatan.

Kepong BC lakar kejutan ke final SSPL

Posted: 25 Jan 2019 08:39 AM PST

GENTING HIGHLANDS: Kelab Badminton (BC) Kepong mengulangi pencapaian musim lalu apabila mara ke pentas final SS Purple League (SSPL) 2018/2019 dengan mengejutkan pasukan pilihan, Ampang Jaya BC dalam aksi separuh akhir di Arena Of Stars, Resorts World Genting, hari ini.

Qatar kejutkan Korea Selatan

Posted: 25 Jan 2019 08:10 AM PST

ABU DHABI: Abdelaziz Hatim meledak jaringan kemenangan lewat permainan ketika Qatar mengejutkan Korea Selatan 1-0 untuk mara ke separuh akhir buat pertama kali sebentar tadi.

Sasar 300,000 lagi penjawat awam sertai CUEPACSCare

Posted: 25 Jan 2019 07:56 AM PST

KLANG: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyasarkan 300,000 lagi penjawat awam di seluruh negara akan menyertai polisi perlindungan takaful CUEPACSCare menjelang akhir tahun ini.

Petronas lancar filem web Tahun Baharu Cina 2019

Posted: 25 Jan 2019 07:21 AM PST

KUALA LUMPUR: Semangat kekeluargaan ditonjolkan Lyann dan ibunya menerusi iklan terbaru Petronas cukup dekat di hati penonton yang sering berdepan dilema bekerja pada musim perayaan.

RM968,400 atasi masalah banjir kilat - EXCO

Posted: 25 Jan 2019 07:15 AM PST

AYER KEROH: Sebanyak RM968,400 diperuntukkan bagi menaik taraf sistem perparitan kawasan Melaka Baru, di sini, yang sering dilanda banjir kilat sejak lebih 10 tahun lalu.

LIMA dapat sambutan luar biasa

Posted: 25 Jan 2019 07:08 AM PST

KUALA LUMPUR: Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA 19) di Langkawi pada 26 hingga 30 Mac ini menerima sambutan luar biasa berikutan tempahan ruang pameran menjangkau 104 peratus.

Lelaki keluar memasang jerat ditemui mati

Posted: 25 Jan 2019 07:06 AM PST

RANAU: Seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas dipercayai keluar untuk memasang jerat di kebun di Kampung Togop Laut, di sini, semalam, ditemui dalam keadaan tertiarap dan disahkan meninggal dunia, hari ini.

Ebola merebak ke kawasan pertempuran di Congo: WHO

Posted: 25 Jan 2019 07:03 AM PST

GENEVA: Wabak Ebola di Republik Demokratik Congo (Congo) kini merebak ke selatan, kawasan dengan risiko tinggi keselamatan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Cabaran menjadi pendidik sejati, disayangi

Posted: 24 Jan 2019 04:21 PM PST

BUKAN semua boleh menjadi pendidik yang baik dan disenangi pelajar, kerana profesion itu sangat mencabar kesabaran dan keimanan jika gagal dihayati sepenuh jiwa dan raga.

Sultan Johor rasmi Karnival Johor Jaya 2019

Posted: 25 Jan 2019 06:31 AM PST

JOHOR BAHRU: Karnival Johor Jaya 2019 yang julung kali diadakan sempena Tahun Baharu Cina mampu mempromosikan Johor sebagai antara destinasi pelancongan menarik di selatan Malaysia.

Warga emas meninggal dunia ketika mengaji

Posted: 25 Jan 2019 06:17 AM PST

TAWAU: Seorang lelaki warga emas meninggal dunia ketika membaca Al-Quran, sementara menunggu solat Jumaat di Masjid Bandar Tawau di sini, pagi tadi.

Pemandu Toyota Vios sedih Yun Peng maut dalam kemalangan

Posted: 25 Jan 2019 05:46 AM PST

BUKIT MERTAJAM: Pemandu kereta Toyota Vios yang terbabit dalam pelanggaran dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terjunam ke laut Ahad lalu menangis apabila mengetahui pemandu SUV yang juga rakannya itu maut dalam kejadian itu.

Selatan Filipina sokong pentadbiran autonomi Islam

Posted: 25 Jan 2019 05:46 AM PST

MANILA: Pengundi sebulat suara meluluskan rantau pentadbiran baharu Islam di selatan Filipina, diharapkan membawa perdamaian selepas berdekad pertempuran yang meragut ribuan nyawa dan menjerumuskannya ke dalam kancah kemiskinan.

Sektor koperasi tempatan digesa tingkatkan perolehan kepada RM55 bilion

Posted: 25 Jan 2019 05:34 AM PST

KELANA JAYA: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) digesa menerajui sektor koperasi untuk meningkatkan perolehannya kepada RM55 bilion daripada sasaran RM50 bilion menjelang 2020.

Lombok bakal jadi hab baharu AirAsia di Indonesia

Posted: 25 Jan 2019 05:28 AM PST

JAKARTA: Lombok dijangka bakal mencatat peningkatan ketibaan pelancong berikutan hasrat AirAsia membangunkan hab baharu di wilayah Nusa Tenggara Barat Indonesia.

RA dan ILS: Singapura terima cadangan balas Malaysia

Posted: 25 Jan 2019 05:23 AM PST

SINGAPURA: Singapura menerima cadangan balas Malaysia bagi perlanjutan tempoh penggantungan bersama pelaksanaan tatacara Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) di Seletar dan pewujudan Kawasan Larangan Kekal (RA) di Pasir Gudang sehingga akhir Mac, bukan akhir Mei seperti cadangan asal republik itu.

'Kami sudah sedia tingkatkan kerjaya Sala'

Posted: 25 Jan 2019 05:18 AM PST

KUALA LUMPUR: Kelab Cardiff City FC tidak sabar untuk mencorakkan kehidupan dan kerjaya pemain bola sepak, Emiliano Sala, yang dilaporkan masih hilang, ke tahap seterusnya, menurut pemilik kelab berkenaan, Tan Sri Vincent Tan.

Bekas penasihat Trump, Roger Stone ditahan

Posted: 25 Jan 2019 05:06 AM PST

WASHINGTON: Bekas penasihat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Roger Stone ditahan hari ini di bawah pendakwaan yang dikeluarkan oleh penasihat khas, Robert Mueller.

Mahkamah tegur Mohd Isa buat permohonan pada saat akhir

Posted: 24 Jan 2019 11:18 PM PST

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, hari ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkan semula pasportnya untuk menunaikan umrah semasa sebutan semula kes pecah amanah dan rasuah yang dihadapinya didengar di Mahkamah Sesyen di sini.

Janji bayar Mac ini - PFA

Posted: 25 Jan 2019 04:49 AM PST

KANGAR: Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) berjanji akan melunaskan hutang gaji tertunggak 18 pemain Perlis Northern Lions 2 (PNL2) selewatnya pada 7 Mac ini.

Enam pelumba basikal para gagal capai KPI

Posted: 25 Jan 2019 04:43 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad basikal para kebangsaan, Johari Nayan, mengesahkan enam anak buahnya tidak diberikan surat tawaran baharu untuk menjadi atlet sepenuh masa di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN) kerana gagal mencapai indeks prestasi utama (KPI) dan isu masalah disiplin.

Lelaki, wanita maut keracunan karbon monoksida dalam kenderaan

Posted: 25 Jan 2019 04:37 AM PST

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dan wanita ditemui maut akibat keracunan karbon monoksida selepas tertidur dalam kenderaan di tempat parkir tingkat 3, sebuah pusat beli-belah, di sini, awal pagi tadi.

MHC 'tak minat' Kevin

Posted: 25 Jan 2019 04:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Latar belakang Kevin Lim yang samar dilihat tidak cukup meyakinkan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) untuk melantik bekas pertahanan skuad hoki kebangsaan itu sebagai ketua jurulatih skuad hoki dalam dewan negara yang dipersiapkan bagi menghadapi Sukan SEA Filipina 2019.

UniKL gagal manfaat 12 pukulan sudut penalti

Posted: 25 Jan 2019 03:56 AM PST

BANGI: Di sebalik melakar kemenangan 3-1 ke atas Nur Insafi pada saingan hoki Liga Perdana hari ini, UniKL dilihat berdepan masalah di dalam menyempurnakan pukulan sudut penalti.

T Jeyaratnam dilantik pengerusi baharu AmInvestment Bank

Posted: 25 Jan 2019 03:36 AM PST

KUALA LUMPUR: AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) melantik veteran perbankan, T Jeyaratnam, sebagai pengerusi baru cabang perbankan pelaburannya, AmInvestment Bank Bhd.

MB Pahang perlu tegas: Dr Xavier

Posted: 25 Jan 2019 03:13 AM PST

PUTRAJAYA: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, perlu serius dan tegas dalam menjalankan tanggungjawab pemeliharaan serta pemuliharaan alam sekitar terutama di kawasan Cameron Highlands.

Sarawak akur keputusan Kerajaan Persekutuan

Posted: 25 Jan 2019 03:10 AM PST

KUCHING: Sarawak menerima setiap keputusan Kerajaan Persekutuan berhubung penyertaan atlet Israel pada Kejohanan Renang Para Dunia yang akan diadakan di sini pada Julai depan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template