Sunday, January 27, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Galak anak muda, pesara menjadi sukarelawan hospital

Posted: 27 Jan 2019 09:54 AM PST

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan menggalakkan golongan anak muda dan pesara menjadi sukarelawan hospital atau mana-mana badan dalam usaha membawa kebahagiaan kepada kumpulan sasar.

Lelaki warga Ireland dilapor hilang

Posted: 27 Jan 2019 08:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga Ireland yang dilaporkan hilang di ibu negara sejak akhir Disember lalu.

Kraljevic kembali selepas 25 tahun berkelana

Posted: 27 Jan 2019 08:04 AM PST

KOTA BHARU: Selepas 25 tahun meninggalkan Kelantan, Marko Kraljevic sangat teruja apabila diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu Kelantan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang akan membuka tirai 2 Februari ini.

15 maut tanah runtuh di Peru

Posted: 27 Jan 2019 07:37 AM PST

LIMA: Sekurang-kurangnya 15 orang maut di tenggara Peru, hari ini, selepas runtuhan lumpur dan batu menimbus sebuah hotel, menurut pihak berkuasa.

Malaysia tetap dengan pendirian

Posted: 27 Jan 2019 06:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia tetap dengan pendiriannya untuk tidak membenarkan atlet Israel menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019, di Kuching.

12 cedera puting beliung landa pusat peranginan

Posted: 27 Jan 2019 06:50 AM PST

ANKARA: Puting beliung melanda pusat peranginan Antalya di Turki, menyebabkan 12 cedera, bas terbalik dan merosakkan kapal terbang di lapangan terbang dengan pegawai memberi amaran risiko cuaca buruk.

Kantoi bawa 75 kg ketum dalam kereta

Posted: 27 Jan 2019 05:56 AM PST

KLANG: Tindakan pemandu sebuah kereta cuba melarikan diri daripada ditahan polis membawa kepada penemuan 75 kilogram (kg) daun ketum di Jalan Haji Abdul Manan, Meru, awal pagi tadi.

Komited tumpu kebajikan rakyat

Posted: 27 Jan 2019 06:26 AM PST

KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) komited untuk terus memberi tumpuan kepada kebajikan dan kehidupan rakyat sebagai asas perjuangan.

Anak sulung Maria Chin cedera ditikam

Posted: 27 Jan 2019 06:21 AM PST

KUALA LUMPUR: Anak sulung kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, dilaporkan cedera akibat ditikam ketika sedang berjoging di Taman Bukit Mayang Emas di sini, petang tadi.

Empangan kedua bakal runtuh, 24,000 penduduk diarah berpindah

Posted: 27 Jan 2019 06:08 AM PST

BRUMADINHO: Jabatan bomba Brazil mengarahkan pemindahan kira-kira 24,000 penduduk dari kawasan yang terjejas akibat empangan runtuh, Jumaat lalu, selepas satu lagi empangan di kawasan sama juga berisiko akan runtuh.

Netizen tidak kisah IPC batal hak penganjuran

Posted: 27 Jan 2019 05:35 AM PST

KUALA LUMPUR : Rata-rata netizen tidak kisah tindakan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019,

Pasukan perlu bantu MFL, ubah mentaliti  

Posted: 27 Jan 2019 05:20 AM PST

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Abd Aziz Yeop Jamaluddin menyifatkan langkah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk melaksanakan sistem kuota perbelanjaan ke atas pasukan Liga Malaysia adalah sesuatu yang positif.

Meriam, mortar berusia lebih 200 tahun ditemukan di Kota Cornwallis

Posted: 27 Jan 2019 05:07 AM PST

GEORGETOWN: Selaras meriam dan selaras mortar ditemukan semasa kerja-kerja pengorekan dijalankan pada struktur pertahanan luar dan terusan yang mengelilingi Kota Cornwallis, di sini akan melengkapkan data sejarah awal mengenai kota lama itu.

Faktor kemenangan di Cameron Highlands jadi 'ramuan' di Semenyih

Posted: 27 Jan 2019 03:02 AM PST

MARANG: Faktor kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands akan menjadi 'ramuan' untuk pemilihan calon yang bakal menandingi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Djokovic raih gelaran ketujuh Terbuka Australia

Posted: 27 Jan 2019 04:22 AM PST

MELBOURNE: Novak Djokovic mencipta rekod tersendiri selepas merangkul Kejuaraan Terbuka Australia buat kali ketujuh dengan menumbangkan Rafael Nadal 6-3, 6-2, 6-3 menerusi aksi tenis sempurna.

Peminat Hobin Jang Hobin 'serbu' pelancaran jersi baharu 

Posted: 27 Jan 2019 01:57 AM PST

SEREMBAN: Lebih 2,000 peminat hadir bagi memeriahkan majlis memperkenalkan jersi baharu pasukan bola sepak Negeri Sembilan untuk musim 2019 di sini, hari ini.

MSN minta PBBM kemuka perancangan

Posted: 27 Jan 2019 04:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) melihat secara positif permintaan atlet bina badan negara, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah yang meminta pertimbangan untuk membantunya mempersiapkan diri mempertahankan gelaran Mr Universe dan Asia pada tahun ini.

Kekalahan PH sebagai peringatan rakyat

Posted: 27 Jan 2019 04:17 AM PST

ARAU: Kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands adalah satu peringatan rakyat kepada Kerajaan Persekutuan supaya segera mengatasi masalah yang timbul masa ini.

Institusi khusus bantu isu pembandaran perlu diwujudkan - Lam Thye

Posted: 27 Jan 2019 03:58 AM PST

KUALA LUMPUR: Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye, menggesa penubuhan satu institusi dibiayai kerajaan sebagai pemudah cara kepada proses pembandaran dalam negara yang berlangsung dengan cukup pesat ketika ini.

Kerajaan tubuh RCI siasat isu pemerdagangan manusia, kubur di Wang Kelian

Posted: 27 Jan 2019 03:42 AM PST

ARAU: Kerajaan bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pemerdagangan manusia dan kubur di kawasan berbukit Wang Kelian, lebih tiga tahun lalu.

Roberto Carlos, Eric Cantona beraksi di Langkawi

Posted: 27 Jan 2019 03:40 AM PST

LANGKAWI: Peminat sukan bola sepak pantai negara bakal berpeluang melihat aksi dua bekas bintang bola sepak antarabangsa, Roberto Carlos dan Eric Cantona pada 'Langkawi International Beach Soccer Tournament 2019' (LIBS 2019) yang julung kali diadakan pada 24-28 Ogos depan.

Putera Philip minta maaf akhirnya

Posted: 27 Jan 2019 03:32 AM PST

LONDON: Suami Ratu Elizabeth II meminta maaf kepada seorang wanita yang cedera dalam kemalangan kereta membabitkan beliau lebih seminggu lalu, menurut laporan Sunday Mirror.

Vroom Vroom capai sejuta tontonan

Posted: 27 Jan 2019 03:31 AM PST

KUALA LUMPUR: Kontroversi atau gimik, video muzik single terbaru Nabila Razali berjudul Vroom Vroom sudah menerima lebih sejuta tontonan selepas empat hari dilancarkan, Rabu lalu.

IPC batal hak penganjuran Malaysia

Posted: 27 Jan 2019 03:18 AM PST

LONDON: Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang akan diadakan di Kuching pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini.

'Saya tak nak nangis hadapan suami'

Posted: 27 Jan 2019 02:02 AM PST

KUALA LUMPUR: Penyanyi Dayangku Intan, 54, berhasrat membukukan pengalaman sebagai penderma ginjal bagi menyuntik kesedaran orang ramai terhadap amalan derma organ.

Tambah baik program untuk jamin kebolehpasaran pelatih KV

Posted: 27 Jan 2019 02:47 AM PST

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan akan menambah baik program yang ditawarkan di Kolej Vokasional (KV) dikendalikan kementerian bagi memastikan setiap program memperoleh akreditasi yang sewajarnya, melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), sekali gus meningkatkan tahap kebolehpasaran pelatih.

267 bas tambahan sempena Tahun Baharu Cina

Posted: 27 Jan 2019 03:10 AM PST

KUALA LUMPUR: Sebanyak 267 bas tambahan disediakan Di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk kemudahan orang ramai pulang ke kampung pada musim perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) bulan depan.

Djokovic rangkul gelaran Terbuka Australia

Posted: 27 Jan 2019 03:09 AM PST

MELBOURNE: Pemain nombor satu dunia Novak Djokovic membelasah Rafael Nadal dari Sepanyol 6-3 6-2 6-3 untuk memenangi gelaran Terbuka Australia ketujuhnya dan mahkota Grand Slam ke-15 dirinya.

Dua maut makan manisan tercemar

Posted: 27 Jan 2019 02:54 AM PST

BANGALORE: Dua wanita meninggal dunia dan sembilan lagi termasuk dua kanak-kanak mendapatkan rawatan selepas memakan makanan tercemar di sebuah kuil Hindu di selatan India.

ILS: Singapura guna kaedah konvensional

Posted: 27 Jan 2019 02:48 AM PST

KUALA LUMPUR: Pesawat yang mendarat dan berlepas di Lapangan Terbang Seletar kini perlu menggunakan kaedah pendaratan secara visual susulan penggantungan pelaksanaan tatacara Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) di Seletar dan pewujudan Kawasan Larangan Kekal (RA) di Pasir Gudang

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template