Tuesday, January 29, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Guna kekayaan tingkat martabat agama

Posted: 29 Jan 2019 02:17 PM PST

Oleh Dr Mohd Ali Muhamad Don

9 maut, 21 cedera penyerang serang balai polis

Posted: 29 Jan 2019 09:55 AM PST

QUETTA: Sekurang-kurangnya sembilan maut dan 21 lagi cedera apabila penyerang menyerang balai polis di barat daya Pakistan semalam ketika calon menduduki peperiksaan kemasukan pasukan polis.

Morata teruja sertai Atletico

Posted: 29 Jan 2019 09:10 AM PST

MADRID: Penyerang Chelsea dari Sepanyol, Alvaro Morata mengakui gembira kembali ke kelab zaman remajanya, Atletico Madrid selepas menyempurnakan perpindahan secara pinjaman selama 18 bulan.

Qatar belasah UAE, layak final jumpa Jepun

Posted: 29 Jan 2019 09:03 AM PST

ABU DHABI: Qatar membelasah tuan rumah Emiriah Arab Bersatu (UAE) 4-0 pada pertembungan separuh akhir yang dicemari tingkah laku penyokong, sebentar tadi untuk mara ke final Piala Asia buat kali pertama.

Pemandu lori balak maut dihempap balak

Posted: 29 Jan 2019 08:12 AM PST

PEKAN: Seorang pemandu lori balak maut dihempap kayu balak di Pusat Pengumpulan Balak Matau Sri Makmur, Paloh Hinai di sini, kelmarin.

Banjir, ribut pasir landa Arab Saudi

Posted: 29 Jan 2019 06:48 AM PST

JEDDAH: Hujan lebat dan ribut pasir di Arab Saudi menyebabkan bencana banjir, penutupan sekolah dan penglihatan tahap rendah, kata pihak berkuasa semalam sambil menggesa orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga semasa cuaca buruk itu berlaku.

Keputusan Piala Asia

Posted: 29 Jan 2019 08:05 AM PST

ABU DHABI: Berikut keputusan aksi separuh akhir kejohanan bola sepak Piala Asia, sebentar tadi:

Caceres sertai Juventus kali ketiga

Posted: 29 Jan 2019 07:35 AM PST

TURIN: Juara Itali, Juventus menerima semula kehadiran Jose Martin Caceres selepas pertahanan Uruguay itu tiba secara pinjaman dari kelab pencabar Serie A, Lazio, menurut kelab itu hari ini.

Sabah ikat pemain Serbia, Korea

Posted: 29 Jan 2019 07:31 AM PST

KOTA KINABALU: Sabah akan diperkuatkan dua pemain import baharu iaitu pemain tengah dari Serbia, Luka Milunovic dan pertahanan Korea Selatan, Park Tae Su bagi menghadapi saingan Liga Perdana yang bermula minggu ini.

Menteri Iran bantah sekat Instagram

Posted: 29 Jan 2019 07:26 AM PST

TEHRAN: Menteri Teknologi Maklumat Iran berkata sekatan ke atas aplikasi Instagram cuma akan mencetuskan masalah baru kepada negara itu.

Pejuang hamba seks tentera Jepun, Kim Bok-dong meninggal dunia

Posted: 29 Jan 2019 06:58 AM PST

SEOUL: Pejuang nasib hamba seks tentera Jepun, Kim Bok-dong meninggal dunia semalam pada usia 93 tahun ketika kontroversi 'wanita penenang' Korea Selatan yang dipaksa bekerja di rumah pelacuran ketika zaman perang Jepun, terus memuncak.

Kali akhir jumpa masa hantar kad kahwin - Rakan

Posted: 29 Jan 2019 06:36 AM PST

KUALA LUMPUR: "Kali terakhir saya bertemu dengan arwah ialah pada 13 Januari ketika dia datang ke pejabat saya di Putrajaya untuk hantar kad jemputan kahwin," kata rakan kepada Norwahidah Abdul Hamid yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang semalam.

Pelajar maut digilis bas sekolah

Posted: 29 Jan 2019 06:29 AM PST

SEGAMAT: Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di sini, maut selepas digilis bas sekolah dinaikinya dalam kejadian di Jalan Mutiara 8, Taman Tenang, petang tadi.

AS dakwa Huawei langgar sekatan, curi teknologi

Posted: 29 Jan 2019 06:20 AM PST

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan pertuduhan jenayah terhadap Huawei Technologies Co Ltd, China sekali gus menegangkan lagi hubungan dengan gergasi peralatan telekomunikasi terbesar dunia itu.

Letupan bom kemungkinan serangan nekad - Duterte

Posted: 29 Jan 2019 06:06 AM PST

MANILA: Presiden Rodrigo Duterte hari ini berkata dua letupan yang mengorbankan 20 orang di gereja di selatan Filipina hujung minggu lalu berkemungkinan serangan nead, memetik taklimat yang diberikan kepada beliau oleh komander tentera.

PRK Semenyih: PH tidak akan main isu perkauman - Anwar

Posted: 29 Jan 2019 05:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) bersedia berdepan kerjasama UMNO-PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada 2 Mac ini dengan kemungkinan mereka memainkan sentimen perkauman dan agama untuk meraih undi.

Hormati keputusan Kizierowski

Posted: 29 Jan 2019 05:38 AM PST

SHAH ALAM: Keputusan bekas perenang Olimpik warga Poland, Bart Kizierowski yang menolak menjadi jurulatih pasukan renang kebangsaan negara ini perlu dihormati.

Polis klasifikasi kes suami isteri mati dalam kebakaran sebagai kes bunuh

Posted: 29 Jan 2019 05:33 AM PST

KUALA LUMPUR: Kes pasangan suami isteri yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Desa Vista, Sepang, semalam diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat

Adi Raimie mahu pecah rekod peribadi

Posted: 29 Jan 2019 05:24 AM PST

KUALA LUMPUR: Pelumba basikal trek para negara, Muhammad Adi Raimie Amizazahan meletakkan sasaran mengatasi rekod catatan peribadi terbaik dalam acara pecut  3,000 meter (m) dan 1,000m ujian masa (1km) di Kejohanan Basikal Para Dunia di Belanda, pada Mac depan.

Minimumkan kesilapan pengadil

Posted: 29 Jan 2019 05:16 AM PST

KUALA LUMPUR: Penubuhan badan bebas Pegawai Perlawanan Profesional Malaysia (PMOM) mampu meningkatkan mutu pengadilan bola sepak tempatan yang selalu menjadi pertikaian dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M).

PRK Semenyih: Calon PH mesti bijak, cergas - Tun M

Posted: 29 Jan 2019 05:10 AM PST

PETALING JAYA: Calon mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih mesti sangat bijak dan cergas, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terengganu dijangka sesak Tahun Baharu Cina

Posted: 29 Jan 2019 05:06 AM PST

MARANG: Sebanyak 150,000 kenderaan dijangka masuk ke Terengganu sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina dengan peningkatan tiga kali ganda berbanding hari biasa.

Status projek ECRL belum muktamad - PM

Posted: 29 Jan 2019 04:45 AM PST

PETALING JAYA: Keputusan penamatan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diterajui China Communications Construction Group Ltd (CCCC) belum muktamad, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

ANGKASA perkenal BA100 bantu ringan beban sara hidup

Posted: 29 Jan 2019 04:52 AM PST

KELANA JAYA: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan memperkenalkan Barang Asas 100 (BA100), satu program yang menawarkan produk pada harga antara 10 hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran bagi membantu meringankan beban pengguna.

25 konsesi lebuh raya tawar diskaun tol

Posted: 29 Jan 2019 03:28 AM PST

GOMBAK: Sebanyak 25 konsesi lebuh raya menawarkan diskaun tol antara 10 hingga 30 peratus sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 5 Februari ini.

Kertas Putih Pertahanan tiada maklumat sensitif pertahanan negara

Posted: 29 Jan 2019 04:47 AM PST

KUALA LUMPUR: Kertas Putih Pertahanan (KPP) bersifat umum dan tidak mengandungi maklumat sulit dan sensitif berhubung keselamatan negara.

Malaysia raih trofi Piala Dunia Pastri 2019

Posted: 29 Jan 2019 04:40 AM PST

CHASSIEU (Perancis): Malaysia berjaya meraih trofi Piala Dunia Pastri 2019, berikutan kejayaan tiga chef pastrinya menewaskan wakil dari Jepun dan Itali dalam pusingan akhir yang berlangsung semalam

Laporan pembunuhan Khashoggi dibentang Mei

Posted: 29 Jan 2019 03:18 AM PST

ISTANBUL: Pakar perundangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditugaskan menyiasat pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi, akan membentangkan laporannya menjelang akhir Mei ini.

ANGKASA sumbang kepada Tabung Kemanusiaan Rohingya Media Prima

Posted: 29 Jan 2019 04:22 AM PST

KELANA JAYA: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menyerahkan sumbangan sebanyak RM92,040.20 kepada Tabung Kemanusiaan Rohingya Media Prima hari ini.

Lebih 50 peratus bab RCEP telah dimuktamad

Posted: 29 Jan 2019 04:20 AM PST

KUALA LUMPUR: Lebih 50 peratus daripada bab yang terkandung dalam rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) telah dimuktamadkan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template