Wednesday, January 30, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


8 pengusaha van sekolah haram berdepan tindakan mahkamah

Posted: 30 Jan 2019 09:37 AM PST

KEMAMAN: Akibat menyalahgunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM), lapan pengusaha van sekolah haram bakal berdepan hukuman mahkamah apabila kegiatan mereka berjaya dihidu anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Istiadat keberangkatan Agong bermula jam 6.30 pagi

Posted: 30 Jan 2019 01:50 AM PST

KUANTAN: Istiadat memuliakan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Istana Abdulaziz, di sini, akan bermula jam 6.30 pagi esok.

Bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dinaikkan di Istana Abdulaziz

Posted: 30 Jan 2019 09:25 AM PST

KUANTAN: Bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dinaikkan di kediaman rasmi Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Istana Abdulaziz di sini tepat jam 12 tengah malam tadi.

Banduan Itali dibenarkan hubungan keluarga menerusi video

Posted: 30 Jan 2019 09:07 AM PST

ROME: Banduan Itali dibenarkan untuk berhubung dengan ahli keluarga menerusi panggilan video Skype maksimum enam kali setiap bulan, menurut Kementerian Keadilan negara itu, semalam.

Wilayah Midwest lebih sejuk daripada Antartika

Posted: 30 Jan 2019 08:37 AM PST

CHICAGO: Gelombang kesejukan melampau yang mengancam nyawa melanda wilayah Midwest Amerika Syarikat semalam, apabila cuaca lebih dingin daripada Antartika menyebabkan penerbangan ditangguhkan, gangguan kepada perjalanan dan urusan seharian puluhan juta penduduk terhenti.

Maria tarik diri cedera bahu

Posted: 30 Jan 2019 08:22 AM PST

SAINT PETERSBURG: Masalah kecederaan bahu berterusan dialami Maria Sharapova memaksanya menarik diri daripada kejohanan di Saint Petersburg, menurut penganjur semalam.

MP Russia ditangkap di Parlimen berhubung kes bunuh

Posted: 30 Jan 2019 08:16 AM PST

MOSCOW: Seorang ahli perundangan Russia ditahan semalam ketika sesi Dewan Negara dan dibawa untuk disoal siasat berhubung dua pembunuhan selepas gagal melarikan diri dari Parlimen.

Pemain Cardiff cuak naik pesawat

Posted: 30 Jan 2019 08:03 AM PST

LONDON: Kehilangan pesawat yang membawa penyerang Emiliano Sala menyebabkan beberapa pemain Cardiff bimbang untuk menaiki pesawat, menurut kapten kelab Sol Bamba.

AFC siasat insiden baling sandal

Posted: 30 Jan 2019 06:33 AM PST

ABU DHABI: Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) melancarkan siasatan mengenai insiden membaling objek termasuk sandal terhadap pemain Qatar pada separuh akhir Piala Asia menentang Emiriah Arab Bersatu di sini, malam tadi.

12 terbunuh dalam banjir kilat di Arab Saudi

Posted: 30 Jan 2019 05:14 AM PST

RIYADH: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh akibat banjir selepas hujan lebat melanda bahagian utara Arab Saudi sepanjang minggu ini, kata agensi pertahanan awam hari ini.

Pemandu diselamatkan, sekolah ditutup, banjir di Arab Saudi

Posted: 29 Jan 2019 10:07 PM PST

JEDDAH: Hujan lebat dan ribut pasir di Arab Saudi menyebabkan banjir, memaksa sekolah ditutup selain jarak penglihatan teruk, kata pihak berkuasa kelmarin ketika mereka menggesa orang ramai mengambil langkah berhati-hati berikutan cuaca buruk.

Daim tegur menteri gemar gaduh sesama sendiri

Posted: 29 Jan 2019 11:12 PM PST

SHAH ALAM: Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin, menegur sikap sesetengah menteri yang gemar bergaduh sesama sendiri secara terbuka.

Dortmund tolak hasrat Weigl sertai PSG

Posted: 30 Jan 2019 07:53 AM PST

BERLIN: Pemain tengah Jerman, Julian Weigl mengesahkan laporan kelab pendahulu Bundesliga, Borussia Dortmund menolak permintaannya untuk berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG) pada jendela perpindahan ketika ini.

Eksport negara cecah hampir RM1 trilion

Posted: 30 Jan 2019 01:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Nilai eksport Malaysia berkembang kukuh tahun lalu apabila mencatatkan pertumbuhan 6.7 peratus kepada RM998.01 bilion daripada RM934.92 bilion pada 2017.

Biodata Tengku Ampuan Pahang Kelima

Posted: 28 Jan 2019 07:48 PM PST

PEKAN: Berikut adalah biodata rasmi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang dikeluarkan Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Biodata Tengku Mahkota Pahang

Posted: 29 Jan 2019 01:05 AM PST

PEKAN: Berikut adalah biodata rasmi Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dikeluarkan oleh Istana Abu Bakar, di sini hari

Serah siasatan kepada polis - Bapa Norwahidah

Posted: 29 Jan 2019 09:07 PM PST

JERLUN: Bapa kepada Norwahidah Abdul Hamid, menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terhadap kematian anaknya setelah kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Jangan diperalat DAP - Abu Zahar

Posted: 07 May 2018 05:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Rafidah Aziz, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Dr Rais Yatim dinasihati tidak diperalatkan DAP dalam meraih sokongan pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pahang: Parlimen Bera kekal milik BN

Posted: 09 May 2018 10:48 AM PDT

BERA: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertahankan kerusi Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dengan majoriti 2,311 undi.

Seorang lagi suspek bunuh tukang cuci ditahan

Posted: 05 Nov 2018 09:31 PM PST

KULAI: Seorang lagi suspek lelaki berusia 28 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang tukang cuci wanita dan rakan lelakinya di sebuah flat di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), Skudai, Khamis lalu.

Pokok tajam belat berbuah besar ditemui

Posted: 23 Dec 2018 06:29 PM PST

JERANTUT: "Selepas lebih 21 tahun melakukan kerja hutan dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), ini kali pertama saya menemui pokok tajam belat buah besar yang begitu lebat berbuah.

Korea Selatan dakwa 8 warga Malaysia seludup dadah RM161 juta

Posted: 30 Jan 2019 07:15 AM PST

INCHEON: Lapan warga Malaysia ditahan dan didakwa atas beberapa tuduhan cuba menyeludup dadah jenis syabu dianggarkan bernilai 44 bilion won (RM161.87 juta) ke Korea Selatan, menurut pendakwa raya negara itu, semalam.

8TV CNY Grand Bazaar berjaya tarik 400,000 pengunjung

Posted: 30 Jan 2019 06:53 AM PST

KUALA LUMPUR: Program 8TV CNY Grand Bazaar 2019 yang diadakan di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini berjaya menarik lebih 400,000 pengunjung pelbagai kaum sepanjang 19 hari penganjurannya, berakhir esok.

Laluan terhalang akibat kemalangan di Km 329.7 Lebuhraya PLUS

Posted: 30 Jan 2019 04:50 AM PST

TAPAH: Seorang pemandu treler cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer (Km) 329.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dan selatan di sini, hari ini.

Lelaki berjubah cetus provokasi depan Guan Eng

Posted: 30 Jan 2019 06:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Laungan provokasi daripada seorang lelaki berjubah berhampiran Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, hampir mencetuskan kekecohan pada Majlis Penutup 8TV CNY Grand Bazaar di tempat letak kereta Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini.

Tiga penembak bawa kes ke Mahkamah Sesyen

Posted: 30 Jan 2019 06:36 AM PST

KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun berusaha akhirnya kes saman membabitkan bekas tiga penembak negara - Muslifah Zulkifli, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Nur Suryani Taibi terhadap Institut Sukan Negara (ISN) akan dibawa ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan.

UMNO Sabah sedia terima bekas pemimpin, ahli - Bung Moktar

Posted: 29 Jan 2019 11:41 PM PST

KOTA KINABALU: UMNO Sabah masih mengalu-alukan kemasukan semula bekas pemimpin dan ahlinya yang keluar meninggalkan parti itu sebelum ini.

Kami underdog, anda semua legenda - TMJ

Posted: 30 Jan 2019 06:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pasukan lain tidak perlu bimbang dengan status juara Liga Super lima kali berturut-turut yang kini dipegang skuad Harimau Selatan.

Sarri tak sekat Hazard tinggalkan Chelsea

Posted: 30 Jan 2019 06:10 AM PST

LONDON: Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri percaya Eden Hazard boleh meninggalkan kelab itu untuk memenuhi potensinya ketika pemain Belgium itu menarik minat Real Madrid.

Neymar rehat 10 minggu

Posted: 30 Jan 2019 06:07 AM PST

PARIS: Penyerang Paris Saint-Germain, Neymar akan terlepas kedua-dua aksi pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Manchester United selepas kelab Perancis itu mengesahkan hari ini pemain termahal dunia itu terpaksa diketepikan selama 10 minggu kerana kecederaan metatarsal.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template