BH Online - Terkini |
- Kanak-kanak, bayi maut cuaca sejuk melampau di Syria
- Man United setuju Fellaini ke Shandong
- Kagawa dipinjam ke Besiktas
- Martial sambung kontrak di Old Trafford
- 16 penumpang dan pemandu bas ekspres cedera kemalangan dengan treler
- China tawar kurangkan hampir separuh kos pembinaan ECRL
- Kementerian Kerja Raya pelopori sistem Convene
- Dana keselamatan AS kepada Palestin dipotong hari ini
- Guru maut kereta rempuh tembok konkrit plaza tol
- ISN bakal terima CEO muda
- "Saya tetap presiden KOM" - Karim
- Gabby tak kejar populariti
- Usaha sama Vizione raih kontrak infrastruktur mega bernilai RM815 juta
- Pemuda UMNO tempelak MCA isu IPC
- Malaysia remit bayaran penangguhan HSR - Kementerian Pengangkutan Singapura
- Azmin Ali Pengerusi MTNg Kelantan
- Hafizh mahu manfaat ujian di SIC
- Arul, Jiwa diheret ke Lembaga Disiplin MHC
- Giovinco hentam Toronto selepas setuju ke Al-Hilal
- Jabatan Imigresen pandang serius dakwaan kelewatan pembaharuan PLKS
- Wolves ikat Otto secara tetap
- Kerajaan akan tamatkan duti anti-lambakan gegelung rata dari China, Indonesia
- Yoshida intai kejuaraan kelima
- Pengurus kanan PASDEC ditahan disyaki pecah amanah RM320,000
- Syed Saddiq nafi Human Voyage kroni
- Pelajar tahfiz santuni warga emas pelbagai kaum, agama
- Dr Amalina terima anugerah Darzi Academic Clinical Fellowship
- RHB lantik CEO baharu bagi operasi Singapura, Kemboja
- Starbucks Malaysia rancang buka tiga Starbucks Reserve setiap tahun
- Kemalangan bas dan treler: laluan PLUS arah utara ditutup sementara
| Kanak-kanak, bayi maut cuaca sejuk melampau di Syria Posted: 31 Jan 2019 05:20 AM PST GENEVA: Sekurang-kurangnya 29 kanak-kanak dan bayi baharu lahir dilaporkan maut dalam kem penuh sesak di timur laut Syria sejak lapan minggu lalu, berikutan hipotermia, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini. |
| Man United setuju Fellaini ke Shandong Posted: 31 Jan 2019 08:15 AM PST LONDON: Manchester United bersetuju dengan kelab Liga Super China, Shandong Luneng bagi perpindahan pemain tengah Marouane Fellaini, namun ia mungkin tertangguh ketika pasaran perpindahan China ditutup hingga 28 Februari depan, lapor media Britain. |
| Posted: 31 Jan 2019 08:07 AM PST ISTANBUL: Pemain tengah Borussia Dortmund, Shinji Kagawa dijangka menyertai Besiktas secara pinjaman hingga hujung musim ini, lapor media Turki, hari ini. |
| Martial sambung kontrak di Old Trafford Posted: 31 Jan 2019 07:19 AM PST LONDON: Anthony Martial menandatangani kontrak baharu yang menyaksikan dia kekal bersama Manchester United hingga Jun 2024, menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu, hari ini. |
| 16 penumpang dan pemandu bas ekspres cedera kemalangan dengan treler Posted: 31 Jan 2019 07:16 AM PST GOPENG: Seramai 16 penumpang dan seorang pemandu cedera selepas bas ekspres dinaiki terbabit kemalangan dengan treler di Kilometer 305, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Gua Tempurung di sini, hari ini. |
| China tawar kurangkan hampir separuh kos pembinaan ECRL Posted: 31 Jan 2019 07:11 AM PST KUALA LUMPUR: China menawarkan untuk mengurangkan hampir separuh kos pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai AS$20 bilion dalam usaha menyelamatkan mercu tanda projek pembangunannya di Asia Tenggara, kata dua sumber hari ini. |
| Kementerian Kerja Raya pelopori sistem Convene Posted: 31 Jan 2019 06:54 AM PST KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya bakal menerajui sistem Convene dalam mengendalikan mesyuarat pasca Kabinet dan mesyuarat utama kementerian secara digital. |
| Dana keselamatan AS kepada Palestin dipotong hari ini Posted: 31 Jan 2019 06:39 AM PST RAMALLAH: Bantuan keselamatan Amerika Syarikat (AS) untuk Pihak Berkuasa Palestin (PA) dipotong hari ini selepas ia menolak wang itu berikutan bimbang terdedah kepada tindakan undang-undang anti-keganasan di negara terbabit. |
| Guru maut kereta rempuh tembok konkrit plaza tol Posted: 31 Jan 2019 06:33 AM PST KAJANG: Seorang guru maut selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh tembok konkrit Plaza Tol Sri Putra Bangi, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, semalam. |
| Posted: 31 Jan 2019 06:17 AM PST KUALA LUMPUR: Institut Sukan Negara (ISN) akan menerima ketua pegawai eksekutif (CEO) yang muda dan berpengalaman dalam bidang sukan. |
| "Saya tetap presiden KOM" - Karim Posted: 31 Jan 2019 06:12 AM PST KUALA LUMPUR: "Saya masih lagi Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM). Tiada apa yang berubah," kata Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim. |
| Posted: 31 Jan 2019 06:11 AM PST KUALA LUMPUR: Sekalipun teruja dengan kepulangan kali keduanya ke PKNS FC namun Gabriel Guerra menegaskan kemenangan secara berpasukan lebih penting berbanding rekod peribadi. |
| Usaha sama Vizione raih kontrak infrastruktur mega bernilai RM815 juta Posted: 31 Jan 2019 06:08 AM PST KUALA LUMPUR: Syarikat usaha sama 50:50 Vizione Holdings Bhd dengan Vertice Construction Bhd, Buildmarque Construction Sdn Bhd, menerima kontrak daripada Consortium Zenith Construction Sdn Bhd bernilai tetap RM815 juta. |
| Pemuda UMNO tempelak MCA isu IPC Posted: 31 Jan 2019 05:56 AM PST KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menempelak MCA kerana menganggap Malaysia mengamalkan diskriminasi dalam sukan apabila melarang atlet Israel memasuki negara ini. |
| Malaysia remit bayaran penangguhan HSR - Kementerian Pengangkutan Singapura Posted: 31 Jan 2019 05:51 AM PST SINGAPURA: Malaysia sudah meremitkan bayaran kepada Singapura sebagai 'abortive cost' (kos menarik diri) berikutan penangguhan Projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR). |
| Azmin Ali Pengerusi MTNg Kelantan Posted: 31 Jan 2019 05:27 AM PST PUTRAJAYA: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dilantik sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan berkuatkuasa 1 Januari lalu. |
| Hafizh mahu manfaat ujian di SIC Posted: 31 Jan 2019 05:25 AM PST SEPANG: Hafizh Syahrin Abdullah mahu memanfaatkan tempoh ujian pramusim selama enam hari di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula esok untuk lebih memahami jentera baharunya, KTM RC16. |
| Arul, Jiwa diheret ke Lembaga Disiplin MHC Posted: 31 Jan 2019 05:15 AM PST KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Arul Selvaraj dan pemain Nur Insafi, Jiwa Mohan dirujuk kepada Lembaga Disiplin Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) susulan kenyataan dalam media baru-baru ini. |
| Giovinco hentam Toronto selepas setuju ke Al-Hilal Posted: 31 Jan 2019 05:07 AM PST LOS ANGELES: Penyerang Itali, Sebastian Giovinco menyatakan dia 'seakan tidak lagi diperlukan' di Toronto FC selepas pasukan Major League Soccer (MLS) itu mengambil keputusan melepaskannya ke kelab Arab Saudi, Al- Hilal. |
| Jabatan Imigresen pandang serius dakwaan kelewatan pembaharuan PLKS Posted: 31 Jan 2019 05:03 AM PST PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen memandang serius dakwaan kelewatan pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang di laporkan dalam sebuah portal berita baru-baru ini. |
| Posted: 31 Jan 2019 04:57 AM PST LONDON: Wolverhampton Wanderers mengikat pertahanan Sepanyol, Jonny Otto dari Atletico Madrid dengan rekod perpindahan kelab, menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini. |
| Kerajaan akan tamatkan duti anti-lambakan gegelung rata dari China, Indonesia Posted: 31 Jan 2019 04:54 AM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menamatkan duti anti-lambakan ke atas import gegelung rata besi keluli menggunakan proses celupan panas yang berasal, atau dieksport dari China dan Indonesia berkuat kuasa 9 Febuari 2019. |
| Yoshida intai kejuaraan kelima Posted: 31 Jan 2019 04:50 AM PST ABU DHABI: Maya Yoshida percaya jika berjaya memenangi Piala Asia buat kali kelima ia mampu melonjakkan lagi bola sepak Jepun serta pemain muda yang baharu bertapak di pentas bola sepak antarabangsa. |
| Pengurus kanan PASDEC ditahan disyaki pecah amanah RM320,000 Posted: 31 Jan 2019 04:49 AM PST KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan seorang pengurus kanan kewangan PASDEC Holdings Sdn Bhd (PASDEC) yang dipercayai terbabit dalam kes pecah amanah membabitkan wang sebanyak RM320,000. |
| Syed Saddiq nafi Human Voyage kroni Posted: 31 Jan 2019 04:48 AM PST KUALA LUMPUR: Bukan kroni. Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan syarikat pengurusan acara, Human Voyage (M) Sdn Bhd dipilih menganjurkan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 berdasarkan faktor kos perbelanjaan kompetitif dan tajaan besar dikemukakan syarikat itu. |
| Pelajar tahfiz santuni warga emas pelbagai kaum, agama Posted: 31 Jan 2019 04:45 AM PST TAIPING: Pusat Pengajian Tahfiz Ar-Rahman, Selama, mencipta kelainan apabila menyantuni golongan warga emas pelbagai kaum dan agama menerusi pelbagai program santai di Rumah Seri Kenangan di sini, hari ini. |
| Dr Amalina terima anugerah Darzi Academic Clinical Fellowship Posted: 31 Jan 2019 04:43 AM PST KUALA LUMPUR: Dr Nur Amalina Che Bakri yang pernah mencatat sejarah dengan kejayaan meraih 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004 terpilih menerima Darzi Academic Clinical Fellowship di Imperial College London, baru-baru ini. |
| RHB lantik CEO baharu bagi operasi Singapura, Kemboja Posted: 31 Jan 2019 04:37 AM PST KUALA LUMPUR: RHB Banking Group (RHB) hari ini mengumumkan pelantikan ketua pegawai eksekutif (CEO) baharu bagi operasi Singapura dan Kemboja, berkuat kuasa 1 Februari 2019. |
| Starbucks Malaysia rancang buka tiga Starbucks Reserve setiap tahun Posted: 31 Jan 2019 04:34 AM PST KUALA LUMPUR: Starbucks Malaysia, yang merasmikan cawangan Starbucks Reserve ke-lapan hari ini, merancang untuk membuka dua atau tiga lagi kedai berkonsep premium pada setiap tahun bagi menangani peningkatan minat pelanggan ke atas keunikan dunia kopi. |
| Kemalangan bas dan treler: laluan PLUS arah utara ditutup sementara Posted: 31 Jan 2019 04:28 AM PST IPOH: Laluan arah utara di Kilometer 305.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat Gua Tempurung, ditutup sementara selepas berlaku kemalangan membabitkan bas ekspres dan treler. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment