Tuesday, January 8, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Ribut, salji ranapkan khemah pelarian Syria di Lubnan

Posted: 08 Jan 2019 10:03 AM PST

LUBNAN: Hujan lebat dan salji tebal mengakibatkan beberapa khemah yang menempatkan pelarian Syria runtuh di Lubnan sekali gus menyebabkan ribuan pelarian terdesak memerlukan bantuan kecemasan.

Piala Asia peluang Qatar bukti kemampuan

Posted: 08 Jan 2019 08:51 AM PST

AL AIN, Emiriah Arab Bersatu: Qatar akan beraksi bagi membuktikan mereka layak berada di Piala Dunia buat kali pertama pada 2022 apabila membuka saingan kempen Piala Asia hari ini.

Berang kerana ditegur, juruwang wanita jadi mangsa

Posted: 08 Jan 2019 08:48 AM PST

GEORGETOWN: Berang kerana tidak dapat membeli tiga paket minyak masak, seorang lelaki menampar dan mengugut juruwang wanita di sebuah kedai serbaneka di Bayan Lepas, hari ini.

Najib sangkal 6 tuduhan WSJ

Posted: 08 Jan 2019 08:41 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyangkal enam tuduhan dalam laporan Wall Street Journal (WSJ), yang antara lain mendakwa China menawarkan untuk 'menyelamatkan' 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekiranya projek besar dianugerahkan kepada negara itu.

Tarif air dijangka naik - Dr Xavier

Posted: 08 Jan 2019 08:09 AM PST

KUALA LUMPUR: Kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.

Polis cari waris mayat ditemui dalam beg

Posted: 08 Jan 2019 07:53 AM PST

TELUK INTAN: Polis sedang mengesan waris seorang lelaki tanpa identiti dipercayai mangsa bunuh yang mayatnya ditemui dalam beg di kolam takungan air sawit di sini, 22 Disember lalu.

Gempa di Sukabumi, tiada laporan mangsa rakyat Malaysia

Posted: 08 Jan 2019 07:28 AM PST

KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Jakarta mengesahkan tiada laporan diterima mengenai rakyat Malaysia yang terjejas disebabkan gempa yang melanda daerah Sukabumi, Jawa Barat, Indonesia, jam 4.54 petang tadi.

Kakitangan TNB hina institusi Raja digantung tugas

Posted: 08 Jan 2019 07:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap institusi diraja digantung tugas serta-merta.

SPRM tahan 'Datuk' berkaitan kes Tourism Malaysia

Posted: 08 Jan 2019 07:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang individu bergelar 'Datuk' ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung Tourism Malaysia, membabitkan siasatan satu kontrak bernilai lebih RM90 juta.

Pusat hiburan dibenar operasi ikut syarat lesen - Khalid

Posted: 08 Jan 2019 07:09 AM PST

KUALA LUMPUR: Pusat hiburan di ibu negara yang sebelum ini memiliki lesen beroperasi sehingga jam 3 atau 5 pagi akan dibenarkan meneruskan operasi masing-masing.

Maut di Bukit Beruntung

Posted: 08 Jan 2019 06:28 AM PST

KUALA LUMPUR: Dua penunggang motosikal maut dalam dua kemalangan berasingan di Bukit Beruntung dan Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Sungai Buloh.

Mesir tutup sempadan dengan Palestin

Posted: 08 Jan 2019 05:53 AM PST

GAZA CITY: Lintasan di sempadan Mesir ditutup untuk penduduk Palestin yang mahu meninggalkan Gaza hari ini, kata pegawai, ketika perbalahan antara parti di wilayah itu semakin memuncak.

Aksi ghairah di kolam gemparkan netizen

Posted: 08 Jan 2019 05:49 AM PST

KOTA KINABALU: Gambar dua individu dipercayai lelaki dan wanita sedang mandi sambil berpelukan dalam keadaan bogel di kolam air pancut di Jalan Gaya di sini yang viral di laman sosial, menimbulkan kemarahan netizen.

Peng Soon-Liu Ying harap pertimbangan MSN

Posted: 08 Jan 2019 05:44 AM PST

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying berharap Majlis Sukan Negara (MSN) menimbang untuk menyenaraikan semula mereka dalam program sistem 'tier' yang dirombak menjelang Sukan Olimpik 2020 Tokyo.

Proses pemilihan lebih ketat sertai temasya sukan

Posted: 08 Jan 2019 05:43 AM PST

KUALA LUMPUR: Tidak akan ada lagi 'penumpang' dalam temasya sukan selepas ini susulan kelulusan rombakan yang dibuat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) terhadap proses pemilihan dan kriteria.

Tangani isu beg plastik dengan serius

Posted: 08 Jan 2019 05:40 AM PST

KUALA LUMPUR: Kontraktor landskap dan pembersihan di ibu negara dan Selangor perlu mengelak daripada menggunakan karung plastik kerana tindakan itu bertentangan dengan kempen penggunaan bahan mesra alam.

10 orang awam dibunuh kejam di Congo

Posted: 08 Jan 2019 05:38 AM PST

BENI: Sepuluh orang awam termasuk kanak-kanak serta saudara mara anggota tentera dibunuh lelaki bersenjata dalam serbuan ke atas sebuah perkampungan terpencil di timur Republik Demokratik Congo (DRC), semalam.

<img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> Taktik Ariff Bahran nyanyi lagu saduran menjadi

Posted: 08 Jan 2019 05:17 AM PST

KUALA LUMPUR: Sekadar muncul dengan single hit tahun lalu tidak cukup untuk mengukuhkan kedudukan diri.

Tempoh kritikal cari penyelesaian terbaik

Posted: 08 Jan 2019 04:41 AM PST

JOHOR BAHRU: Tempoh sebulan penggantungan Kawasan Larangan Kekal (RA) di ruang udara Pasir Gudang dan pelaksanaan tatacara Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) di Lapangan Terbang Seletar, Singapura perlu dimanfaatkan sepenuhnya kerajaan.

Filem Upin &amp; Ipin dapat suntikan teknologi luar

Posted: 08 Jan 2019 04:57 AM PST

KUALA LUMPUR: Filem animasi Upin &amp; Ipin: Keris Siamang Tunggal mengambil masa selama lima tahun untuk disiapkan bagi mendapatkan kualiti terbaik untuk tontonan peminat.

UMNO gesa rakyat hormat Majlis Raja-Raja

Posted: 08 Jan 2019 04:48 AM PST

SEREMBAN: UMNO menghormati dan akur dengan keputusan Sultan Muhammad V yang meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong lambang permuafakatan

Posted: 07 Jan 2019 07:00 PM PST

Yang di-Pertuan Agong, Institusi Beraja peringkat Persekutuan yang disempurnakan sempena penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957, menjadi kebanggaan dan maruah negara serta simbol agung kedaulatan kita.

PKR lahirkan kesyukuran atas jasa, khidmat Sultan Muhammad V

Posted: 07 Jan 2019 11:57 PM PST

KUALA LUMPUR: PKR melahirkan rasa syukur dan terima kasih tidak terhingga atas jasa dan khidmat Sultan Muhammad V kepada rakyat dan negara selama bertugas sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Kerajaan lancar kempen &#039;Sayangi Minyak Sawitku&#039;

Posted: 08 Jan 2019 04:44 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Industri Utama hari ini mengumumkan kempen "Sayangi Minyak Sawitku" bagi sepanjang tahun ini untuk memerangi kempen anti-sawit yang mengancam kehidupan rakyat,

CEO baharu FGV belum muktamad

Posted: 08 Jan 2019 04:44 AM PST

KUALA LUMPUR: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan yang beliau masih belum menerima sebarang cadangan nama individu yang berpotensi dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu FGV Holdings Bhd (FGV).

PPj tak maklumkan cadangan naik sewa - Khalid

Posted: 08 Jan 2019 04:43 AM PST

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad, menafikan pihaknya mengetahui mengenai tindakan Perbadanan Putrajaya (PPj) yang sebelum ini mengeluarkan notis mahu menaikkan kadar sewa kuarters Blok F dan G di Presint 11, Putrajaya.

Hasrat bina pangkalan tentera Amerika Syarikat perlu kajian teliti

Posted: 08 Jan 2019 04:40 AM PST

SAO PAULO: Menteri Pertahanan Brazil berkata, tiada alasan untuk membenarkan pembinaan pangkalan tentera Amerika Syarikat di negara itu, ketika Presiden Jaie Bolsonaro dilaporkan bersedia untuk membincangkan idea berkenaan.

Bapa remaja Arab Saudi tiba di Bangkok

Posted: 08 Jan 2019 04:38 AM PST

BANGKOK: Bapa kepada gadis Arab Saudi berusia 18 tahun yang melarikan diri ke Thailand kerana bimbang dibunuh keluarganya, tiba di Bangkok dan mahu bertemu anak perempuannya itu, kata ketua imigresen Thailand hari ini.

Segera lantik Pengerusi PKR PP sebelum timbul masalah - Dr Afif

Posted: 08 Jan 2019 04:14 AM PST

BUTTERWORTH: Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh, Dr Afif Bahardin, mempersoalkan peringatan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, terhadap dirinya berhubung gesaan untuk melantik Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Taliban, AS bincang rundingan damai tanpa Afghanistan

Posted: 08 Jan 2019 04:13 AM PST

KABUL: Wakil Taliban Afghanistan dan pegawai Amerika Syarikat akan duduk berbincang mengenai rundingan damai di Qatar selama dua hari bermula esok tetapi pegawai kerajaan Afghanistan tidak terbabit, kata anggota kanan Taliban.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template