Wednesday, January 9, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Jepun hampir dikejutkan Turkmenistan

Posted: 09 Jan 2019 09:38 AM PST

ABU DHABI: Kapten Jepun, Maya Yoshida mengakui bekas juara itu gagal membuat kajian mendalam terhadap Turkmenistan selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menang perlawanan pembukaan Piala Asia 3-2 malam ini.

MU sedia sambar Syazwan Andik

Posted: 09 Jan 2019 09:35 AM PST

MELAKA: Melaka United (MU) sedia menawarkan tempat kepada pemain pertahanan kebangsaan, Muhammad Syazwan Andik bagi mewakili skuad terbabit musim ini.

3 pegawai PAID ditahan SPRM Selangor

Posted: 09 Jan 2019 07:13 AM PST

SHAH ALAM: Tiga pegawai Penguatkuasa Agama Islam Daerah (PAID) di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah membabitkan RM600.

UMNO pertahankan Cameron Highlands?

Posted: 09 Jan 2019 08:58 AM PST

KUALA LUMPUR: UMNO memberi bayangan calon untuk mempertahankan kerusi Cameron Highlands sudah memperoleh 'restu' parti komponen Barisan Nasional (BN).

Dua beradik mangsa bunuh dikebumi satu liang

Posted: 09 Jan 2019 04:10 AM PST

YAN: Jenazah dua beradik yang maut ditetak dan dikelar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Abdul Rahman Putra Al Haj jam 7.20 malam ini.

Bukan bala tapi ujian - Abd Wahab

Posted: 09 Jan 2019 07:12 AM PST

SEPANG: Rakyat Malaysia yang terkandas di Krabi, Thailand selepas terbabit dalam kemalangan pada 19 Disember lalu, Abd Wahab Yahaya, 56, berkata tragedi yang menimpanya bukan satu bala atau bencana, sebaliknya Allah hanya menguji keimanannya.

Higuain dijangka sertai Chelsea

Posted: 09 Jan 2019 07:02 AM PST

MILAN: Penyerang AC Milan, Gonzalo Higuain sudah "bersetuju dengan syarat" dan dijangka akan berpindah ke kelab Liga Perdana, Chelsea, lapor akhbar harian Itali, Gazzetta Dello Sport hari ini.

Polis Suriname rampas dua tan kokain

Posted: 09 Jan 2019 07:00 AM PST

PARAMARIBO (Suriname): Polis Suriname mendakwa berjaya membuat rampasan dadah terbesar dalam sejarah negara itu, apabila menemui kokain seberat 2,000 kilogram.

Pertemuan empat mata Sultan Ibrahim - Dr Mahathir esok

Posted: 09 Jan 2019 06:07 AM PST

JOHOR BARU: Pertemuan antara Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dijadualkan berlangsung esok susulan jemputan daripada Istana Johor.

Nasib Sumareh 16 Januari ini

Posted: 09 Jan 2019 06:17 AM PST

KUALA LUMPUR: Status Mohamadou Sumareh untuk didaftarkan sebagai pemain tempatan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini hanya diketahui 16 Januari ini apabila ahli lembaga pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dijangka bersidang.

Trio pecut sumbang gangsa hari pertama

Posted: 09 Jan 2019 06:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Trio pecut negara diketuai Azizulhasni Awang memastikan kedudukan podium pada hari pertama Kejohanan Trek Asia di Velodrom Antarabangsa Jakarta, sebentar tadi.

Bayi 7 bulan maut di rumah pengasuh

Posted: 09 Jan 2019 06:04 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala ketika dijaga pengasuhnya di sebuah rumah di Kampung Setia Jaya, Setapak di sini, semalam.

Anzalna hamil empat bulan

Posted: 09 Jan 2019 05:52 AM PST

KUALA LUMPUR: Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Anzalna Nasir, 31, mengesahkan dirinya hamil empat bulan.

Hasanah tarik balik permohonan pindah kes ke Mahkamah Tinggi

Posted: 09 Jan 2019 05:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Pihak pembelaan dalam kes membabitkan bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid, membuat pusingan U dengan membantah permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.

Hudson-Odoi makin hampir sertai Bayern

Posted: 09 Jan 2019 05:38 AM PST

DOHA: Bayern Munich yang menyasarkan pemain muda mengesahkan minat mendalam terhadap pemain remaja Inggeris, Callum Hudson-Odoi, 18, walaupun terdapat laporan juara Jerman itu telah mencapai persetujuan dengan Chelsea mengenai yuran perpindahan pemain itu.

PRK Cameron Highlands kayu ukur tawan Pahang

Posted: 09 Jan 2019 05:32 AM PST

LIPIS: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands akan menjadi kayu ukur dan ujian kepada Pakatan Harapan (PH) menguasai Pahang.

BH tiada kaitan laporan palsu peletakan jawatan Waytha Moorthy

Posted: 09 Jan 2019 05:05 AM PST

KUALA LUMPUR: Laporan yang tular melalui media sosial bertajuk 'Menteri Perpaduan, Waytha Moorthy Akhirnya Letak Jawatan' yang menggunakan format 'online' Berita Harian (BH) tiada kaitan dengan akhbar ini.

Bumi Armada, Corib Holdings tubuh JV

Posted: 09 Jan 2019 05:17 AM PST

KUALA LUMPUR: Bumi Armada Offshore Holdings Ltd (BAOHL), anak syarikat milik penuh Bumi Armada Bhd memeterai perjanjian bersama Cosmarq International Ltd dan Corib Holdings Inc bagi menubuhkan syarikat usaha sama (JV) Abaco Offshore Ltd (AOL).

Hunus pisau selepas gagal ujian memandu

Posted: 09 Jan 2019 05:14 AM PST

NILAI: Akibat tertekan gagal ujian memandu buat kali keempat, seorang penuntut kolej bertindak menghunuskan pisau kepada seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di persimpangan lampu isyarat di Batang Benar, Mantin, di sini, semalam.

Tragedi Bukit Kukus: Pulau Pinang tunggu laporan DOSH

Posted: 09 Jan 2019 05:13 AM PST

GEORGETOWN: Kerajaan negeri akan menunggu laporan dan keputusan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), sebelum semua hasil siasatan kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan lebuh raya di Bukit Kukus didedahkan kepada umum.

Permintaan khidmat penerbangan dijangka meningkat

Posted: 09 Jan 2019 05:05 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengekalkan pertumbuhan permintaan penumpang sebanyak enam peratus tahun ini, di tengah-tengah ketidaktentuan daripada perang perdagangan, tarif perlindungan dan Brexit.

Penculik minta RM42 juta bebas isteri jutawan

Posted: 09 Jan 2019 04:55 AM PST

OSLO: Isteri jutawan harta tanah dan sektor tenaga Norway disahkan diculik, selepas dilaporkan hilang dari kediamannya di Lorenskog, kira-kira 20 kilometer dari sini, kira-kira 10 minggu lalu.

Pelanggan AmBank boleh pindah wang guna DuitNow

Posted: 09 Jan 2019 01:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Pelanggan AmBank kini boleh memindahkan wang secara pantas dan selamat dengan hanya memasukkan nombor telefon mudah alih penerima menerusi perkhidmatan DuitNow yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd.

Makkah `diserang' ribuan cengkerik

Posted: 09 Jan 2019 04:27 AM PST

MAKKAH: Ribuan cengkerik 'menyerang' Masjidil Haram sejak beberapa hari lalu hingga mengganggu jemaah yang mengerjakan umrah dan beribadat di kota suci itu.

PBB sahkan remaja Arab Saudi pelarian

Posted: 09 Jan 2019 12:18 AM PST

SYDNEY: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati remaja perempuan yang melarikan diri dari Arab Saudi adalah pelarian sah dan meminta Australia menerima beliau, kata pegawai di Canberra hari ini.

AirAsia perkukuh perniagaan kargo dan logistik

Posted: 09 Jan 2019 04:33 AM PST

Cabang perniagaan kargo dan logistik AirAsia Group Bhd, RedCargo Logistics Sdn Bhd, menjalin kerjasama langsung pertama dengan penyedia khidmat penghantaran, Tasco Bhd berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.

Pakistan larang tayang adegan intim

Posted: 09 Jan 2019 04:31 AM PST

ISLAMABAD: Saluran televisyen Pakistan tidak boleh lagi menayangkan 'saat intim' antara pasangan atau 'adegan atas katil', menurut pengumuman pengawal selia media negara itu.

60 bekas pegawai JASA sertai BERSATU

Posted: 09 Jan 2019 04:13 AM PST

SHAH ALAM: Kira-kira 60 bekas pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Selangor menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), hari ini.

Tiada 'double standard' tangkapan anak Mat Sabu

Posted: 09 Jan 2019 04:02 AM PST

KUALA LUMPUR: Siasatan polis terhadap anak Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, yang ditahan kerana didapati positif dadah, Sabtu lalu dibuat secara saksama dan telus tanpa 'double standard' atau pilih kasih.

Harga minyak global meningkat

Posted: 09 Jan 2019 03:57 AM PST

LONDON: Harga minyak meningkat dua peratus pada Rabu apabila rundingan antara Amerika Syarikat (AS)-China diteruskan hari ini, meningkatkan harapan bahawa dua ekonomi terbesar dunia itu akan menamatkan pertikaian perdagangan antara mereka.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template