Monday, February 11, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


10 tong bahan kimia bocor

Posted: 11 Feb 2019 09:24 AM PST

SEMENYIH: Kebocoran bahan kimia dikesan membabitkan 10 tong di pekarangan sebuah kilang dekat Kampung Sungai Lalang, di sini, malam tadi.

'Rasa seperti dilatih Ferguson'

Posted: 11 Feb 2019 09:10 AM PST

LONDON: Pertahanan veteran Manchester United, Ashley Young kagum dengan cara kerja Ole Gunnar Solskjaer di Old Trafford yang disifatkan memiliki persamaan dengan pengurus legenda, Sir Alex Ferguson.

Spurs berisiko hilang Son

Posted: 11 Feb 2019 07:51 AM PST

LONDON: Son Heung-Min menarik minat kelab-kelab gergasi Eropah pada jendela perpindahan seterusnya selepas penyerang Tottenham itu tampil dengan prestasi mengagumkan dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim ini.

Perompak larikan RM4.61 juta dari van berperisai

Posted: 11 Feb 2019 07:45 AM PST

BOBIGNY: Pemandu sebuah van berperisai yang membawa wang tunai dianggarkan sejuta euro (RM4.61 juta) dilaporkan hilang di luar Paris hari ini, kata sumber polis yang memberitahu AFP.

Bot rosak langgar tali kapal

Posted: 11 Feb 2019 07:32 AM PST

GEORGETOWN: Enam pemancing selamat tiba di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Batu Maung, dekat sini malam ini.

Pembunuh Siti Masitah sadis, kejam

Posted: 11 Feb 2019 06:05 AM PST

KUALA LUMPUR: Individu yang terbabit dalam kes pembunuhan Siti Masitah Ibrahim, 11, disifatkan sebagai pembunuh sadis dan memiliki rasa simpati dan empati yang sangat rendah.

Pelabur Jepun kembali yakin untuk melabur di Malaysia - Guan Eng

Posted: 11 Feb 2019 07:18 AM PST

BUTTERWORTH: Kalangan pelabur Jepun kini kembali yakin untuk melabur di Malaysia berikutan kedudukan ekonomi negara yang semakin mengukuh dan memberangsangkan, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Scholes teruja kendali Oldham

Posted: 11 Feb 2019 07:15 AM PST

LONDON: Legenda Manchester United dan England, Paul Scholes dilantik sebagai pengurus Oldham Athletic, umum kelab itu, hari ini.

Jupiter One meriahkan LIMA 2019

Posted: 10 Feb 2019 11:44 PM PST

LANGKAWI: Pasukan aerobatik Jupiter One Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) mengesahkan beraksi pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA'19) mulai 26 Mac ini.

'Banyak masalah jika LTdL 2019 ditunda'

Posted: 11 Feb 2019 06:26 AM PST

KUALA LUMPUR: Le Tour de Langkawi 2019 (LTdL 2019) yang dijadual pada 24 hingga 31 Mac ini tidak patut ditunda ke tarikh lain kerana ia akan mendatangkan banyak masalah kepada semua pasukan lumba khususnya sudah membuat pengesahan awal.

Ahmad akui pengsan kali pertama di padang

Posted: 11 Feb 2019 06:25 AM PST

MELAKA: "Inilah kali pertama saya pengsan akibat bermain bola," kata pemain pertahanan Melaka United (MU), Ahmad Khuzaimie Piee mengimbas kejadian yang menimpanya di Shah Alam hujung minggu lalu dalam saingan Liga Super.

Tunggu kebenaran Imigresen bawa anggota keluarga ke Kemboja - Larry Sng

Posted: 11 Feb 2019 06:15 AM PST

KUCHING: Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien kini sedang berusaha mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) bagi membenarkan beberapa anggota keluarga tahanan Malaysia di Kemboja untuk turut serta berangkat ke negara itu, Rabu ini.

6 pemancing ditemui selamat

Posted: 11 Feb 2019 02:36 AM PST

NIBONG TEBAL: Enam pemancing yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Pinang selepas keluar memancing dari jeti nelayan Kampung Dato Keramat, di sini pagi semalam ditemui selamat oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) petang ini.

Tangan hancur tersepit dalam mesin pengisar daging

Posted: 11 Feb 2019 05:41 AM PST

KOTA KINABALU: Tangan kanan seorang lelaki hancur selepas tersepit dalam mesin pengisar daging dan dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), di sini, bersama mesin berkenaan, petang tadi.

KBS setuju bantu YAKEB

Posted: 11 Feb 2019 05:47 AM PST

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 ahli berdaftar Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) kini mampu menarik nafas lega apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersetuju membantu memelihara kebajikan mereka.

'Peningkatan Reds ketara'

Posted: 11 Feb 2019 05:36 AM PST

LONDON: Transformasi Liverpool untuk muncul pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini menggambarkan peningkatan yang dicapai kelab berkenaan, kata pemain tengah Georginio Wijnaldum.

Kim Swee bengang sikap pengendali TFCII

Posted: 11 Feb 2019 05:32 AM PST

KUALA LUMPUR: "Usah tanya apa negara boleh berikan kepada kita tetapi tanya diri sendiri apa yang boleh kita beri kepada negara,".

Rezeki ribuan anak ikan naik ke darat

Posted: 10 Feb 2019 10:36 PM PST

TAWAU: Kehadiran ribuan anak ikan tamban yang muncul secara tiba-tiba dan ada meloncat masuk ke dalam bot di Pelabuhan Tawau dekat sini, Sabtu lalu, menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan pengguna laman sosial selepas video kejadian itu viral di Facebook.

Keluarga kenal suspek bunuh Siti Masitah

Posted: 11 Feb 2019 02:44 AM PST

PEKAN: Diberi susu tetapi dibalas tuba. Itu perumpamaan tepat terhadap suspek yang dipercayai membunuh Siti Masitah Ibrahim yang mayatnya ditemui dalam keadaan ngeri di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, di sini, Sabtu lalu.

Ujian tertutup SuperKIP memberangsangkan

Posted: 11 Feb 2019 05:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Hari pertama ujian tertutup bagi pasukan PETRONAS Sprinta Racing di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berlangsung positif buat pelumba Moto2, Khairul Idham pawi.

Khidmat Teong Kim disambung tanpa KPI

Posted: 11 Feb 2019 05:16 AM PST

KUALA LUMPUR: Adakah khidmat Lim Teong Kim sebagai Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD) masih relevan? Itu persoalan yang timbul apabila khidmatnya terus dikekalkan tanpa diberikan sebarang tanda aras perlu dicapai.

Azizulhasni sedia rampas kembali gelaran raja keirin

Posted: 11 Feb 2019 05:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal kebangsaan, Azizulhasni Awang kini berada di landasan terbaik untuk merampas gelaran raja keirin dunia menerusi penyertaan pada Kejohanan Trek Berbasikal Dunia UCI 2018 di Pruszkow, Poland pada 27 Februari hingga 3 Mac ini.

Bangladesh halang 22 Rohingya lari ke Malaysia

Posted: 11 Feb 2019 04:54 AM PST

COX'S BAZAR: Pasukan keselamatan Bangladesh berjaya menyekat usaha menyeludup 22 etnik Islam Rohingya ke Malaysia menggunakan bot.

Ibu merintih rindukan anak

Posted: 11 Feb 2019 04:45 AM PST

JOHOR BAHRU: "Kalau sayangkan mak, ambillah mak. Mak tak nak duduk sini, biarlah mak tinggal dengan kamu semua," kata Minah (bukan nama sebenar), 67, merayu supaya ada antara tujuh anaknya datang menjemput dia di pusat jagaan orang tua didiaminya dekat bandar raya ini dan membawanya pulang.

Ketua Setiausaha KPDNHEP dilantik Pengerusi SSM

Posted: 11 Feb 2019 04:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Muez Abdul Aziz dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang baharu, berkuat kuasa 9 Januari lalu.

Sanchez idam trofi Liga Juara-Juara

Posted: 11 Feb 2019 04:38 AM PST

LONDON: Alexis Sanchez mengidam kejayaan menjulang trofi Liga Juara-Juara bersama Manchester United dengan Paris Saint-Germain (PSG) menjadi musuh yang perlu ditewaskan di peringkat 16 terbaik.

MAHB catat peningkatan pergerakan penumpang

Posted: 11 Feb 2019 04:38 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan 11.1 juta pergerakan penumpang pada Januari 2019, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gökçen (SGIA) di Istanbul, Turki, peningkatan 3.1 peratus berbanding tempoh yang sama 2018.

Pemandu teksi, kereta sewa, e-hailing wajib daftar PERKESO sebelum Jun

Posted: 11 Feb 2019 04:29 AM PST

ALOR SETAR: Pemandu teksi, kereta sewa dan e-hailing akan dikenakan kompaun sehingga RM4,000 sekiranya masih gagal mendaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebelum Jun ini.

AirAsia jawab tuntutan MAHB

Posted: 11 Feb 2019 04:16 AM PST

SEPANG: AirAsia Bhd memaklumkan telah menerima Surat Tuntutan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) hari ini berhubung tuntutan supaya ia menarik balik kenyataan media yang dibuat sebelum ini.

Majlis Tindakan Ekonomi bakal merancakkan pertumbuhan ekonomi negara

Posted: 11 Feb 2019 04:14 AM PST

PUTRAJAYA: Kerajaan menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi yang akan bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template