BH Online - Terkini |
- Menteri ramai ke Semenyih bukan isu - Azmin
- MAIWP sasar RM710 juta kutipan zakat tahun ini
- Hafizul Hakim wira Perak singkir Kitchee
- PAS kemuka penyata akaun kepada SPRM - Takiyuddin
- Jantung Billy terhenti 10 minit - Lana Nodin
- Tun M mahu F1 kembali ke Sepang
- Nenek kerat, simpan organ penyewa dalam peti sejuk
- Wanita dipaksa lakukan hubungan seks untuk vaksin Ebola
- Pemain Dortmund lupa pasport
- AMANAH tak risau wakil rakyat BERSATU makin ramai
- Thailand gantung saluran TV dikait dengan Thaksin
- AS didakwa cuba sekat dana Palestin
- Isu landa PAS akibat 'perbuatan dalam gelap' - Mohamad Sabu
- Keputusan mereka tidak rencat agenda UMNO - Tok Mat
- 5 bekas pegawai kanan FGV fail tuntutan saman balas
- UiTM FC ikrar bebas rasuah
- Hafizh rangkul dua anugerah
- Hoki Piala Vivian: Liaoning kejutkan Blue Warriors
- Tiada atlet `tangkap muat' ke Sukan SEA Filipina
- Lelaki maut diseret lori tangki
- Petisyen diteruskan walaupun sertai BERSATU
- Kedah tubuh pasukan bertindak jaga Tanah Simpanan Melayu
- Kereta mewah hilang semasa sidang APEC di PNG
- Bekas Pengerusi Kohama serta 2 isteri sekali lagi didakwa pengubahan wang haram RM3.5 juta
- Ahli politik memang perlu bersifat 'mobile' - Dr Mahathir
- Wira Piala Dunia England meninggal
- Serba Dinamik International peroleh projek bernilai RM448.09 juta
- 6 bekas Ahli Parlimen UMNO masuk BERSATU
- Pendengaran kes saman SPR Selasa depan
- Unit Kerjaya peroleh kontrak pembinaan bernilai RM280 juta
| Menteri ramai ke Semenyih bukan isu - Azmin Posted: 12 Feb 2019 09:26 AM PST SEMENYIH: Kehadiran ramai menteri ke kawasan Semenyih sejak kebelakangan ini bukanlah suatu isu dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih kerana mereka berkhidmat sepanjang masa tanpa mengira berlaku pilihan raya atau tidak. |
| MAIWP sasar RM710 juta kutipan zakat tahun ini Posted: 12 Feb 2019 09:23 AM PST KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyasarkan kutipan zakat RM710 juta tahun ini berbanding RM650 juta tahun lalu, yakni kutipan tertinggi berbanding lain-lain negeri. |
| Hafizul Hakim wira Perak singkir Kitchee Posted: 12 Feb 2019 08:22 AM PST IPOH: Juara Piala Malaysia 2018, Perak berjaya membuktikan kewibawaan mereka apabila berjaya melangkah ke pusingan ketiga Liga Juara-Juara Asia (ACL) menewaskan wakil Hong Kong, Kitchee SC dalam perlawanan yang diheret sehingga ke penentuan penalti selepas kedua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan penuh dramatik yang berlangsung di Stadium Perak sebentar tadi. |
| PAS kemuka penyata akaun kepada SPRM - Takiyuddin Posted: 12 Feb 2019 08:55 AM PST KUALA LUMPUR: PAS mengemukakan semua penyata akaun bank parti itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan penyiasatan kes membabitkan beberapa pemimpin PAS yang didakwa menerima RM90 juta daripada syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). |
| Jantung Billy terhenti 10 minit - Lana Nodin Posted: 12 Feb 2019 08:37 AM PST KUALA LUMPUR: Pelakon Lana Nodin dan suami berdepan detik cemas apabila jantung bayi mereka, William Daud McKienzie terhenti 10 minit ketika doktor membuat persediaan memulakan pembedahan membetulkan injap jantungnya di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, petang tadi. |
| Tun M mahu F1 kembali ke Sepang Posted: 12 Feb 2019 08:01 AM PST KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu perlumbaan berprestij dunia, Formula Satu (F1) kembali ke Sirkit Antarabangsa Sepang (SIC). |
| Nenek kerat, simpan organ penyewa dalam peti sejuk Posted: 12 Feb 2019 07:33 AM PST KHABAROVSK: Seorang wanita berusia 80 tahun ditahan di Russia atas tuduhan membunuh, selepas beberapa bahagian mayat penyewa lelakinya ditemui kanak-kanak dalam keadaan sudah dikerat. |
| Wanita dipaksa lakukan hubungan seks untuk vaksin Ebola Posted: 12 Feb 2019 06:56 AM PST BENI: Wanita didakwa dipaksa melakukan hubungan seks untuk mendapatkan vaksin Ebola di Republik Demokratik Congo, lapor laman berita DailyMail, hari ini. |
| Posted: 12 Feb 2019 06:44 AM PST DORTMUND: Jadon Sancho menyebabkan penerbangan skuad Borussia Dortmund ke London untuk pertembungan Liga Juara-Juara dengan Tottenham tergendala selepas dia terlupa membawa pasport. |
| AMANAH tak risau wakil rakyat BERSATU makin ramai Posted: 12 Feb 2019 06:32 AM PST KOTA KINABALU: Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak bimbang dengan pertambahan kerusi dimiliki Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berikutan kemasukan ramai bekas pemimpin UMNO ke dalam parti itu. |
| Thailand gantung saluran TV dikait dengan Thaksin Posted: 12 Feb 2019 06:30 AM PST BANGKOK: Suruhanjaya Penyiaran dan Telekomunikasi Kebangsaan Thailand (NBTC) hari ini menggantung lesen operasi sebuah saluran televisyen yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, beberapa minggu menjelang pilihan raya umum, atas faktor kebimbangan keselamatan negara. |
| AS didakwa cuba sekat dana Palestin Posted: 12 Feb 2019 06:21 AM PST RAMALLAH: Amerika Syarikat (AS) didakwa memberi tekanan kepada bank supaya berhenti berurusan dengan kerajaan Palestin, bagaimanapun Washington menafikan tuduhan itu. |
| Isu landa PAS akibat 'perbuatan dalam gelap' - Mohamad Sabu Posted: 12 Feb 2019 06:12 AM PST KOTA KINABALU: Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa isu melanda PAS yang dikaitkan dengan penerimaan dana daripada UMNO berpunca perbuatan 'dalam gelap' pemimpin parti itu yang membuat keputusan tanpa melalui amalan musyawarah. |
| Keputusan mereka tidak rencat agenda UMNO - Tok Mat Posted: 12 Feb 2019 06:04 AM PST KUALA LUMPUR: UMNO menyifatkan tindakan enam bekas Ahli Parlimennya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak akan merencatkan kelangsungan dan agenda perjuangan UMNO. |
| 5 bekas pegawai kanan FGV fail tuntutan saman balas Posted: 12 Feb 2019 05:54 AM PST KUALA LUMPUR: Lima bekas pegawai kanan FGV Holdings Bhd (FGV) mengemukakan tuntutan saman balas terhadap syarikat itu berhubung dakwaan kerugian dialami membabitkan pemerolehan Asia Plantation Ltd (APL) pada 2014. |
| Posted: 12 Feb 2019 05:51 AM PST SHAH ALAM: Kelab Bola Sepak Universiti Teknologi MARA (UiTM FC) mengambil langkah kehadapan dalam mencorak keseluruhan pasukannya ke arah memupuk nilai integriti dan menolak sebarang gejala rasuah dalam permainan. |
| Posted: 12 Feb 2019 05:46 AM PST KUALA LUMPUR: El-Pescao atau Hafizh Syahrin Abdullah sekali lagi menerima penghargaan dalam majlis Anugerah PETRONAS SIC Motorsports Association of Malaysia (MAM) malam tadi apabila dinobatkan selaku Pelumba Antarabangsa Terbaik, sebentar tadi . |
| Hoki Piala Vivian: Liaoning kejutkan Blue Warriors Posted: 12 Feb 2019 05:30 AM PST KUALA LUMPUR: Juara bertahan, Blue Warriors berdepan halangan sukar untuk mempertahankan gelaran dimenangi tahun lalu apabila tewas 2-1 kepada pasukan jemputan dari China, Liaoning Infinite Space dalam aksi separuh akhir pertama Piala Vivian May Soars di Stadium Tengku Abdullah, sebentar tadi. |
| Tiada atlet `tangkap muat' ke Sukan SEA Filipina Posted: 12 Feb 2019 05:16 AM PST KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan memastikan tiada amalan `tangkap muat' dalam proses pemilihan atlet negara yang akan mewakili Malaysia ke Sukan SEA di Filipina pada November ini. |
| Lelaki maut diseret lori tangki Posted: 12 Feb 2019 05:02 AM PST SUNGAI BULOH: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki di Kilometer 453 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berdekatan susur keluar Hospital Sungai Buloh, di sini, hari ini. |
| Petisyen diteruskan walaupun sertai BERSATU Posted: 12 Feb 2019 04:45 AM PST PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan meneruskan petisyen pilihan raya mencabar kemenangan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya walaupun bekas Ahli Parlimen UMNO itu diterima masuk ke dalam BERSATU, |
| Kedah tubuh pasukan bertindak jaga Tanah Simpanan Melayu Posted: 12 Feb 2019 04:35 AM PST ALOR SETAR: Satu pasukan bertindak diwujudkan di bawah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah khusus bagi menjaga kepentingan hak status Tanah Simpanan Melayu negeri, sekali gus mengelakkan daripada berlakunya kehilangan tanah berstatus itu. |
| Kereta mewah hilang semasa sidang APEC di PNG Posted: 12 Feb 2019 04:32 AM PST PORT MORESBY: Beberapa buah kereta Masereti yang dibeli semasa penganjuran sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Papua New Guinea (PNG), tahun lepas dilaporkan hilang. |
| Bekas Pengerusi Kohama serta 2 isteri sekali lagi didakwa pengubahan wang haram RM3.5 juta Posted: 12 Feb 2019 04:30 AM PST PETALING JAYA: Bekas Pengerusi Eksekutif Koperasi Hartanah Malaysia Bhd (Kohama) dan dua isterinya sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 25 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM3.5 juta. |
| Ahli politik memang perlu bersifat 'mobile' - Dr Mahathir Posted: 12 Feb 2019 04:21 AM PST PUTRAJAYA: Ahli politik perlu bersifat 'mobile' (anjal) bukan tetap, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. |
| Wira Piala Dunia England meninggal Posted: 12 Feb 2019 04:16 AM PST LONDON: Wira Piala Dunia England, Gordon Banks meninggal dunia pada usia 81 tahun. |
| Serba Dinamik International peroleh projek bernilai RM448.09 juta Posted: 12 Feb 2019 04:14 AM PST KUALA LUMPUR: Unit Serba Dinamik Holdings Bhd iaitu Serba Dinamik International Ltd, memperoleh tiga kontrak operasi dan penyelenggaraan keseluruhannya bernilai RM448.09 juta. |
| 6 bekas Ahli Parlimen UMNO masuk BERSATU Posted: 12 Feb 2019 02:16 AM PST PUTRAJAYA: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan penyertaan enam bekas Ahli Parlimen UMNO ke dalam parti itu. |
| Pendengaran kes saman SPR Selasa depan Posted: 12 Feb 2019 04:08 AM PST SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam sudah menetapkan tarikh pendengaran kes saman seorang pengundi di Semenyih terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengerusinya dan Kerajaan Persekutuan, pada jam 9 pagi Selasa minggu depan. |
| Unit Kerjaya peroleh kontrak pembinaan bernilai RM280 juta Posted: 12 Feb 2019 04:06 AM PST KUALA LUMPUR: Unit Kerjaya Prospek Group Bhd (Kerjaya), Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd, menerima surat tawaran daripada HCK Builders Sdn Bhd untuk melaksanakan kerja-kerja bangunan utama bagi cadangan projek bernilai RM280 juta di Subang Jaya, Selangor. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment