BH Online - Terkini |
- Perpaduan kaum penting untuk Malaysia jadi negara maju - TPM
- Perdana Menteri, isteri hadir malam mesra Kelab Tasik
- DAP sokong RCI ditubuhkan
- Syed Saddiq diserang: polis buka kertas siasatan
- Penalti Safiq selamatkan Melaka United
- Kedah garang di Darul Aman
- Hadi mengelak ditemubual media
- 14 pekerja Tunisia diculik di Libya
- Dividen 6.15% Simpanan Konvensional 2018, 5.90% Simpanan Shariah - KWSP
- Kerajaan jumpa peniaga Jalan TAR minggu depan
- Kereta api laju pertama India bertembung lembu
- Sabah benam TFCII
- Lebih 90 peratus pelayar Facebook dan Twitter BH setuju pungutan suara
- Demokrat mungkin gagal cabar pengisytiharan darurat Trump - Pakar
- Saya bersedia menghadap Sultan Johor - Salahuddin
- Pegawai bomba cedera, isteri maut
- Jangan ulangi lagi kesilapan
- Kerajaan negeri tunggu laporan DOSH
- Permohonan status Bumiputera masyarakat Malabari dibawa ke PM
- Sultan Johor murka menteri ceramah dalam masjid
- MFL arah 7 pasukan hantar maklumat tambahan
- Pertempuran strategi iringi saingan Selangor, PKNS
- Keputusan permohonan rayuan haji belum dimuktamadkan
- LTdL lebih mencabar jika ada laluan Genting Highlands
- Polis serbu premis hiburan tawar tarian berahi
- TLHT, Liaoning Infinite Space juara bersama
- Perjuangan kawasan Daesh yang terakhir di timur Syria
- Kim Swee sedar tugas getir di Phnom Penh
- Ketua sindiket dadah ketakutan, serah diri ke polis
- Penduduk dakwa biri-biri dibaham harimau
| Perpaduan kaum penting untuk Malaysia jadi negara maju - TPM Posted: 16 Feb 2019 08:24 AM PST KUALA LUMPUR: Perpaduan kaum menjadi antara faktor penting untuk Malaysia mencapai status negara maju selain kepesatan pembangunan dan ekonomi, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. |
| Perdana Menteri, isteri hadir malam mesra Kelab Tasik Posted: 16 Feb 2019 07:57 AM PST PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, hadir di Malam Mesra Kelab Tasik Putrajaya 2019 di sini malam ini. |
| Posted: 16 Feb 2019 07:48 AM PST SANDAKAN: Penasihat DAP, Lim Kit Siang, menyokong cadangan kerajaan bagi menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap dakwaan terbaru mengenai salah laku hakim-hakim kanan. |
| Syed Saddiq diserang: polis buka kertas siasatan Posted: 16 Feb 2019 07:44 AM PST KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 353, 147 dan 323 Kanun Keseksaan susulan dua laporan polis berhubung insiden serangan ke atas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pagi tadi. |
| Penalti Safiq selamatkan Melaka United Posted: 16 Feb 2019 07:36 AM PST MELAKA: Jaringan penalti Safiq Rahim membantu Melaka United mengikat Pahang 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam ini. |
| Posted: 16 Feb 2019 07:18 AM PST ALOR SETAR: Hasrat Kedah meneruskan rentak konsisten pada perlawanan musim ini sudah menampakkan hasil apabila menundukkan FELDA United 4-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman malam ini. |
| Hadi mengelak ditemubual media Posted: 16 Feb 2019 01:39 AM PST CHUKAI: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengelakkan diri daripada ditemubual media yang mahu mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas menghadiri Majlis Ijtimak Siber Malaysia di sini, sebentar tadi. |
| 14 pekerja Tunisia diculik di Libya Posted: 16 Feb 2019 06:58 AM PST TUNIS: Anggota militan dilaporkan menculik sekumpulan pekerja di kawasan berhampiran ibu negara Libya dan mendesak pembebasan ahlinya yang ditahan di Tunisia. |
| Dividen 6.15% Simpanan Konvensional 2018, 5.90% Simpanan Shariah - KWSP Posted: 15 Feb 2019 08:41 PM PST KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15 peratus untuk Simpanan Konvensional 2018, dengan agihan dividen sebanyak RM43.00 bilion dan 5.90 peratus untuk Simpanan Shariah, dengan agihan dividen RM4.32 bilion. |
| Kerajaan jumpa peniaga Jalan TAR minggu depan Posted: 16 Feb 2019 06:49 AM PST KUALA LUMPUR: Satu perjumpaan dengan peniaga sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) akan diadakan minggu hadapan susulan pengumuman kerajaan menutup jalan itu kepada kenderaan persendirian bermula 15 Mac hadapan. |
| Kereta api laju pertama India bertembung lembu Posted: 16 Feb 2019 04:50 AM PST NEW DELHI: Kereta api separuh laju pertama India tidak berfungsi hari ini selepas bertembung dengan seekor lembu di atas landasan, sehari selepas Perdana Menteri Narendra Modi melancarkan perkhidmatan penumpang baru itu. |
| Posted: 16 Feb 2019 06:25 AM PST KOTA KINABALU: Sabah bangkit daripada ketinggalan satu gol sebelum membenam Terengganu FC II (TFCII) 3-1 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Likas, di sini, malam ini. |
| Lebih 90 peratus pelayar Facebook dan Twitter BH setuju pungutan suara Posted: 16 Feb 2019 06:09 AM PST KUALA LUMPUR: Kira-kira 91 peratus pelayar Facebook BH bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk mengkaji penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap dakwaan terbaru salah laku hakim-hakim kanan negara. |
| Demokrat mungkin gagal cabar pengisytiharan darurat Trump - Pakar Posted: 16 Feb 2019 05:59 AM PST OHIO: Pakar undang-undang di Amerika Syarikat (AS) berkata, cubaan pembuat dasar, negeri dan pihak lain Demokrat untuk mencabar pengisytiharan darurat nasional Presiden Donald Trump di mahkamah dijangka sukar dan mungkin akan kalah. |
| Saya bersedia menghadap Sultan Johor - Salahuddin Posted: 16 Feb 2019 05:57 AM PST JOHOR BAHRU: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, menyatakan kesediaannya untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, untuk memberi penjelasan berhubung isu berceramah di sebuah masjid di sini semalam. |
| Pegawai bomba cedera, isteri maut Posted: 16 Feb 2019 05:51 AM PST ROMPIN: Seorang pegawai bomba parah manakala isterinya maut apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya merempuh lori di Kilometer 139 Jalan Kuantan-Segamat di Muadzam Shah, petang tadi. |
| Posted: 16 Feb 2019 04:05 AM PST KUCHING: Warga Malaysia yang dibebaskan selepas menjadi mangsa penipuan di Kemboja diminta menjadikan pengalaman itu sebagai iktibar supaya tidak sewenang-wenangnya terpedaya di masa depan. |
| Kerajaan negeri tunggu laporan DOSH Posted: 16 Feb 2019 04:37 AM PST BUTTERWORTH: Kerajaan Pulau Pinang masih menunggu laporan siasatan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) sebelum mengambil tindakan ke atas pihak yang bertanggungjawab terhadap kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus yang mengorbankan sembilan pekerja asing, Oktober lalu. |
| Permohonan status Bumiputera masyarakat Malabari dibawa ke PM Posted: 16 Feb 2019 04:34 AM PST SIMPANG RENGGAM: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menyatakan kesediaan untuk menyampaikan permintaan masyarakat Malabari di negara ini mendapatkan status Bumiputera kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. |
| Sultan Johor murka menteri ceramah dalam masjid Posted: 16 Feb 2019 04:21 AM PST JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, murka dengan tindakan seorang menteri yang dikatakan memberi ceramah dalam sebuah masjid di Johor Bahru, semalam. |
| MFL arah 7 pasukan hantar maklumat tambahan Posted: 16 Feb 2019 04:15 AM PST KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengarahkan semua tujuh pasukan yang berdepan masalah tunggakan gaji supaya menghantar maklumat tambahan mengenai status kewangan pasukan dalam tempoh 48 jam berkuatkuasa hari ini. |
| Pertempuran strategi iringi saingan Selangor, PKNS Posted: 16 Feb 2019 03:58 AM PST KUALA LUMPUR: Aksi membabitkan Selangor dan PKNS FC malam esok, bukan sekadar 'pertembungan adik-beradik' kerana ia turut mempertaruhkan reputasi kedua-dua jurulatih pasukan terbabit. |
| Keputusan permohonan rayuan haji belum dimuktamadkan Posted: 16 Feb 2019 03:56 AM PST KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) masih belum memuktamadkan atau mengeluarkan surat tawaran kepada semua pemohon rayuan haji. |
| LTdL lebih mencabar jika ada laluan Genting Highlands Posted: 16 Feb 2019 03:54 AM PST KUALA LUMPUR: Le Tour de Langkawi 2019 (LTdL) menjadi lebih mencabar dan menarik selepas penganjurnya, Human Voyage (M) Sdn Bhd (Human Voyage) dijangka memasukan semula Genting Highlands sebagai satu daripada laluan perlumbaan jelajah terbesar Asia itu. |
| Polis serbu premis hiburan tawar tarian berahi Posted: 16 Feb 2019 03:53 AM PST PETALING JAYA: Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor menahan 27 individu dalam serbuan Ops Noda di sebuah premis hiburan di Kota Damansara di sini, malam tadi. |
| TLHT, Liaoning Infinite Space juara bersama Posted: 16 Feb 2019 03:52 AM PST KUALA LUMPUR: Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) dan Liaoning Infinite Space diumumkan sebagai pemenang bersama Piala Vivian May Soars selepas aksi final di Stadium Tun Razak terganggu akibat hujan lebat sebentar tadi. |
| Perjuangan kawasan Daesh yang terakhir di timur Syria Posted: 16 Feb 2019 03:41 AM PST BAGHOUZ: Angkatan Demokratik Syarikat (SDF) yang disokong Amerika Syarikat (AS) dijangka menawan kubu kecil terakhir kumpulan Daesh di timur Syria, kata komander tempurnya, hari ini. |
| Kim Swee sedar tugas getir di Phnom Penh Posted: 16 Feb 2019 03:40 AM PST KUALA LUMPUR: Pengendali skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee sudah dapat merasakan tugas getir menanti anak buahnya pada aksi pembukaan Kejuaraan B-22 menentang tuan rumah, Kemboja di Stadium Nasional Phnom Penh, Isnin ini. |
| Ketua sindiket dadah ketakutan, serah diri ke polis Posted: 16 Feb 2019 03:39 AM PST TEKNAF: Kira-kira 102 orang penjual dadah jenis syabu menyerah diri kepada pihak berkuasa dalam satu majlis di Bangladesh hari ini, sempena operasi anti dadah ala Filipina, yang membuatkan ramai ketua sindiket dadah negara itu ketakutan. |
| Penduduk dakwa biri-biri dibaham harimau Posted: 16 Feb 2019 03:35 AM PST JELEBU: Bangkai 15 biri-biri ditemui dalam kandang di Kampung Geylang, Simpang Pertang, Jelebu dipercayai dibaham harimau hari ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment