BH Online - Terkini |
- Dua pejalan kaki cedera diserang menggunakan pisau
- Perbincangan Perjanjian Air 1962 dibayangi isu ruang udara, maritim - Kementerian Luar Singapura
- Tujuh kanak-kanak maut dalam kebakaran
- 10 ditimbus runtuhan salji di Swiss Alps
- 4 penunggang motosikal berteduh di bawah jejambat cedera dirempuh
- Filem terbaru Keira Knightley tekan soal kemanusiaan
- Nasrullah tekad rantai Comvalius, De Paula
- Bekas jurulatih TCFC tuntut FAM bayar wang hadiah
- Warga tempatan disyaki dalang sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja
- Husam beri keterangan hampir dua jam di SPRM
- Husam hadir di pejabat SPRM
- Afif tak kecil hati dengan Dollah
- Saya akan tentukan bila cuti berakhir - Ahmad Zahid
- Huawei tidak kongsi data pelanggan dengan China
- Mayat dengan leher terjerut ditemui di sungai
- Alia terjemahkan sifat wanita perkasa dalam jaket Captain Marvel
- Model wakaf pertahanan relevan di Malaysia
- Aidil Sholeh idam pikat Misbun di Ipoh
- Jurutera kusut dengan masalah dilaporkan hilang
- Dakwaan Malaysia dikuasai DAP hanya naratif PAS - Guan Eng
- Husam dipanggil SPRM
- Peladang temui bom mortar dipercayai peninggalan perang dunia
- Kes hina nabi, hukuman jadi pengajaran
- Perlu 3 hingga 5 tahun lahir pengganti Nicol
- Kebakaran pusat tahfiz dikategorikan 'Bencana Ramai Mangsa' - Pakar forensik
- PKBM minta timbang penamat LTdL di Langkawi
- Persaraan Nicol kehilangan besar buat negara - Jijoe
- <img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> Jenama Blancheur ke seantero dunia
- Zul Ariffin nafi nikahi gadis Ukraine
- Williams terlepas ujian pertama di Catalunya
| Dua pejalan kaki cedera diserang menggunakan pisau Posted: 19 Feb 2019 09:21 AM PST MARSEILLE: Dua pejalan kaki nyaris maut selepas seorang lelaki menyerang mereka menggunakan pisau di selatan bandar Marseille, Perancis hari ini sebelum dia cedera ditembak polis, kata pegawai. |
| Perbincangan Perjanjian Air 1962 dibayangi isu ruang udara, maritim - Kementerian Luar Singapura Posted: 19 Feb 2019 09:09 AM PST SINGAPURA: Perbincangan mengenai Perjanjian Air 1962 antara Singapura dengan Malaysia dibayangi isu maritim dan ruang udara, menurut Kementerian Luar (MFA) Singapura. |
| Tujuh kanak-kanak maut dalam kebakaran Posted: 19 Feb 2019 08:59 AM PST MONTREAL: Tujuh kanak-kanak sekeluarga maut dalam kebakaran di rumah mereka di pantai Atlantik, Kanada, kata polis semalam. |
| 10 ditimbus runtuhan salji di Swiss Alps Posted: 19 Feb 2019 08:48 AM PST GENEVA: Sekurang-kurangnya 10 orang ditimpa runtuhan salji yang berlaku di di stesen ski di Swiss Alps, lapor media tempatan semalam, manakala polis menyatakan 'beberapa pengunjung' tertimbus. |
| 4 penunggang motosikal berteduh di bawah jejambat cedera dirempuh Posted: 19 Feb 2019 08:36 AM PST TAIPING: Empat penunggang motosikal cedera, termasuk dua parah, dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika berteduh di bawah jejambat di Kilometer 204.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Kamunting, di sini, kelmarin. |
| Filem terbaru Keira Knightley tekan soal kemanusiaan Posted: 19 Feb 2019 08:29 AM PST LONDON: Aktres kelahiran Britain, Keira Knightley, berkata filem terbarunya, Aftermath, memberi pengajaran penting mengenai pembinaan hubungan yang amat relevan kepada masyarakat hari ini yang berpecah-belah. |
| Nasrullah tekad rantai Comvalius, De Paula Posted: 19 Feb 2019 08:25 AM PST KUALA TERENGGANU: Pertahanan Terengganu FC (TFC), Nasrullah Hanif Johan sudah bersedia merantai penyerang Kuala Lumpur diketuai pemain kelahiran Belanda, Sylvano Comvalius dan penyerang Brazil, Guilherme de Paula apabila kedua-dua pasukan berentap di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Jumaat ini. |
| Bekas jurulatih TCFC tuntut FAM bayar wang hadiah Posted: 19 Feb 2019 08:23 AM PST KUALA TERENGGANU: Tidak tahan menanggung derita tanpa gaji sejak Julai lalu, bekas jurulatih pasukan Terengganu City FC (TCFC), Mohd Noor Md Derus menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan segera wang kemenangan merangkul Piala FAM 2018. |
| Warga tempatan disyaki dalang sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja Posted: 19 Feb 2019 08:19 AM PST KUCHING: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak sudah mengenal pasti beberapa warga tempatan disyaki terbabit sindiket penipuan pekerjaan yang mengakibatkan 47 rakyat Malaysia ditahan di Kemboja pada 11 Disember lalu. |
| Husam beri keterangan hampir dua jam di SPRM Posted: 19 Feb 2019 07:43 AM PST KOTA BHARU: Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Husam Musa, memberi keterangan hampir dua jam di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, malam ini. |
| Posted: 19 Feb 2019 06:16 AM PST KOTA BHARU: Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Husam Musa, hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, malam ini. |
| Afif tak kecil hati dengan Dollah Posted: 19 Feb 2019 06:51 AM PST KUANTAN: Pemain pertahanan Pahang, Afif Amiruddin tidak berkecil hati apabila namanya tidak berada dalam kesebelasan utama pada tiga perlawanan Liga Super setakat ini. |
| Saya akan tentukan bila cuti berakhir - Ahmad Zahid Posted: 19 Feb 2019 07:56 AM PST HULU LANGAT: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih berteka-teki berhubung tempoh cutinya sebagai Presiden UMNO selepas menyerahkan tugas itu kepada timbalannya pada Disember tahun lalu. |
| Huawei tidak kongsi data pelanggan dengan China Posted: 19 Feb 2019 07:58 AM PST WASHINGTON: Pengasas dan ketua eksekutif Huawei Technologies Co Ltd berjanji tidak akan berkongsi sebarang maklumat pelanggan dengan kerajaan China, menegaskan mereka tidak pernah melakukannya sebelum ini, dalam temubual dengan CBS News yang disiarkan hari ini. |
| Mayat dengan leher terjerut ditemui di sungai Posted: 19 Feb 2019 07:19 AM PST KLUANG: Satu mayat dalam keadaan hampir reput dan lehernya terjerut, ditemui di Sungai Parit Haji Hashim, Simpang Renggam, dekat sini, hari ini. |
| Alia terjemahkan sifat wanita perkasa dalam jaket Captain Marvel Posted: 19 Feb 2019 07:08 AM PST KUALA LUMPUR: Pereka fesyen tanah air, Alia Bastamam, muncul sebagai pereka wanita pertama bekerjasama dengan syarikat minyak dan gas, Petron Malaysia menerusi rekaan jaket watak adi wira wanita terkenal, Captain Marvel. |
| Model wakaf pertahanan relevan di Malaysia Posted: 18 Feb 2019 07:06 PM PST WAKAF mengikut Wahbah al-Zuhayli dalam kitabnya al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu didefinisikan sebagai menahan harta yang kekal zatnya yang boleh digunakan manfaatnya untuk tujuan kebajikan, sebagai usaha taqarrub kepada Allah SWT. |
| Aidil Sholeh idam pikat Misbun di Ipoh Posted: 19 Feb 2019 06:53 AM PST KUALA LUMPUR: Pemain muda, Aidil Sholeh Ali Sadikin menyifatkan saingan Kejohanan Badminton Kebangsaan di Ipoh, sebagai medan untuk dia memikat hati ketua jurulatih perseorangan lelaki, Datuk Misbun Sidek bagi mengesahkan tempat dalam skuad negara. |
| Jurutera kusut dengan masalah dilaporkan hilang Posted: 19 Feb 2019 06:48 AM PST KOTA BHARU: Seorang jurutera dilaporkan hilang selepas gagal dikesan ahli keluarganya sejak Khamis lalu. |
| Dakwaan Malaysia dikuasai DAP hanya naratif PAS - Guan Eng Posted: 19 Feb 2019 05:31 AM PST KLANG: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, menyifatkan dakwaan bahawa Malaysia dikuasai parti itu adalah naratif PAS yang memainkan isu perkauman serta ekstremisme agama. |
| Posted: 19 Feb 2019 05:48 AM PST KOTA BHARU: Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Husam Musa dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, di sini, malam ini. |
| Peladang temui bom mortar dipercayai peninggalan perang dunia Posted: 19 Feb 2019 06:11 AM PST KLUANG: Seorang peladang menemui sebutir bom mortar lama di ladang sawit berhampiran Kampung Orang Asli Pengkalan Tereh, dekat sini, hari ini. |
| Kes hina nabi, hukuman jadi pengajaran Posted: 19 Feb 2019 06:08 AM PST KUALA LUMPUR: Penahanan seorang suspek selepas dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW menerusi penghasilan karikatur perlu didakwa mengikut akta sedia ada sebagai pengajaran kepada masyarakat berbilang agama di Malaysia, sekali gus mengelak kes sama berulang. |
| Perlu 3 hingga 5 tahun lahir pengganti Nicol Posted: 19 Feb 2019 06:08 AM PST KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga lima tahun untuk melahirkan semula pemain skuasy yang mampu menghuni tangga ke-10 terbaik dunia, susulan persaraan Datuk Nicol David. |
| Kebakaran pusat tahfiz dikategorikan 'Bencana Ramai Mangsa' - Pakar forensik Posted: 19 Feb 2019 06:07 AM PST KUALA LUMPUR: Tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang meragut nyawa 23 penghuninya, termasuk dua guru, dua tahun lalu, dikategorikan sebagai Bencana Ramai Mangsa. |
| PKBM minta timbang penamat LTdL di Langkawi Posted: 19 Feb 2019 05:59 AM PST PETALING JAYA: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berharap penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019, Human Voyage (M) Sdn Bhd mempertimbangkan keputusan mereka untuk menamatkan perlumbaan berbasikal berprestij Asia itu pada 13 April ini di Pulau Langkawi. |
| Persaraan Nicol kehilangan besar buat negara - Jijoe Posted: 19 Feb 2019 05:57 AM PST KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang menyifatkan keputusan ratu skuasy negara, Datuk Nicol David untuk bersara merupakan satu tamparan hebat untuk sukan negara. |
| Posted: 22 Jan 2019 04:46 AM PST APABILA disebut jenama pakaian Blancheur, pasti ramai menganggap ia adalah produk luar negara kerana perkataan itu adalah dari bahasa Perancis yang membawa erti suci. |
| Zul Ariffin nafi nikahi gadis Ukraine Posted: 10 Jan 2019 11:47 PM PST KUALA LUMPUR: Pelakon, Zul Ariffin, menafikan khabar angin kononnya dia mengahwini gadis kelahiran Ukraine, Tanya Glembotska, yang pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengannya, tahun lalu. |
| Williams terlepas ujian pertama di Catalunya Posted: 17 Feb 2019 06:16 PM PST LONDON: Pasukan formula satu Williams terlepas sesi ujian pertamanya semalam susulan kelewatan jurutera mereka menyiapkan kereta lumba berkenaan, umum pasukan itu. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment