Saturday, February 2, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Keputusan Liga Perdana Inggeris

Posted: 02 Feb 2019 09:04 AM PST

LONDON: Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris:

Jeneral tentera udara Venezuela isytihar sokong ketua pembangkang

Posted: 02 Feb 2019 09:02 AM PST

CARACAS: Jeneral tentera udara Venezuela menolak pemerintahan Presiden Nicholas Maduro dan muncul sebagai pegawai kanan tentera pertama mengiktiraf pemimpin pembangkang, Juan Guaido sebagai pemangku presiden.

Petaling Jaya dinobat 'Bandar Pembelajaran'

Posted: 02 Feb 2019 08:53 AM PST

KUALA LUMPUR: Petaling Jaya dinobat antara 10 bandar di dunia sebagai penerima Anugerah Bandar Pembelajaran Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi 2019 susulan pencapaian dan kemajuan yang ditempa dalam sektor pendidikan.

2 pemandu bas positif dadah ditahan

Posted: 02 Feb 2019 08:32 AM PST

JOHOR BAHRU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahan dua pemandu bas ekspres selepas dikesan positif dadah jenis methamphetamine dalam Ops Terminal yang dijalankan pada 31 Januari lalu dan hari ini.

3 sesat di Bukit Kiara ditemui selamat

Posted: 02 Feb 2019 08:29 AM PST

KUALA LUMPUR: Tiga individu termasuk seorang wanita berdepan detik cemas apabila sesat dipercayai ketika beriadah di Bukit Kiara, Taman Tun Dr Ismail, di sini, petang tadi.

Melaka menang tipis ke atas PJ City

Posted: 02 Feb 2019 07:36 AM PST

MELAKA: Melaka United (MU) terpaksa bekerja keras sebelum melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas PJ City pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.

Kedah raih tiga mata di Manjung

Posted: 02 Feb 2019 07:31 AM PST

IPOH: Kedah memperoleh tiga mata pada perlawanan pertama Liga Super musim ini selepas menumpaskan PKNP FC 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung sebentar tadi.

Air mata Dul tumpah di konsert Dewa 19

Posted: 02 Feb 2019 07:22 AM PST

SHAH ALAM: Konsert Reunion Dewa 19 malam ini menyentuh hati hampir 7,000 penonton selepas pemain keyboard, Abdul Qodir Jaelani atau Dul, 19, menitiskan air mata ketika membuat persembahan.

Trofi Sumbangsih kekal di Larkin

Posted: 02 Feb 2019 07:20 AM PST

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) mengekalkan kejuaraan aksi Sumbangsih selepas menewaskan Perak 1-0 pada aksi pembuka tirai Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.

Warga Bangladesh maut dihempap jentolak

Posted: 02 Feb 2019 07:05 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang penyelenggara jentera warga Bangladesh maut selepas dihempap sebuah jentolak di Batu 3 1/2, Jalan Emas, ChanSow Lin, di sini, hari ini.

Spurs lonjak ke tangga kedua

Posted: 02 Feb 2019 07:04 AM PST

LONDON: Son Heung-min menjaringkan gol keduanya dalam tempoh empat hari untuk Tottenham Hotspur dalam kemenangan 1-0 ke atas Newcastle United di Wembley dan memintas Manchester City di tangga kedua Liga Perdana Inggeris.

Jumlah kematian empangan runtuh meningkat 115

Posted: 02 Feb 2019 06:59 AM PST

BRUMADINHO (BRAZIL) : Jumlah kematian akibat empangan runtuh di tenggara Brazil meningkat kepada 115 dengan 248 lagi dilaporkan masih hilang.

JDT II bangkit atasi Sabah

Posted: 02 Feb 2019 06:42 AM PST

KOTA KINABALU: Rozaimi Abd Rahman muncul wira Johor Darul Ta'zim II (JDTII) apabila menjaringkan gol kemenangan buat pasukannya ketika menewaskan Sabah 2-1 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Likas sebentar tadi.

Polis siasat motif pelancong Finland elak dirakam CCTV

Posted: 01 Feb 2019 09:14 PM PST

ROMPIN: Tindakan pelancong Finland yang hilang di Pulau Tioman sejak 22 Jan lalu mengelak daripada dirakam kamera litar tertutup (CCTV) ketika berada di pulau peranginan berkenaan menimbulkan tanda tanya dan polis kini menyiasat motif sebenar lelaki tersebut berbuat demikian.

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Posted: 02 Feb 2019 06:46 AM PST

LONDON: Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris:

Bayi lelaki ditinggalkan di surau

Posted: 02 Feb 2019 06:23 AM PST

TAIPING: Bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di hadapan Surau Nur Iman, Kampung Pinang Seberang, Kamunting di sini hari ini.

APMM sah feri Labuan-Menumbok tidak bawa muatan berlebihan

Posted: 02 Feb 2019 06:18 AM PST

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan hari ini mengesahkan bilangan penumpang dan kenderaan yang menaiki feri Labuan-Menumbok semalam, yang menjadi tular di pelbagai platform media sosial, adalah di bawah kapasiti muatan feri berkenaan.

Seludup harimau kumbang dalam kapal terbang

Posted: 02 Feb 2019 06:12 AM PST

NEW DELHI: Seorang penumpang menyeludup seekor anak harimau kumbang dalam satu penerbangan dari Bangkok ke Chennai ditahan, menurut pihak berkuasa India, hari ini.

Murid gagal permohonan RMT diminta buat rayuan

Posted: 02 Feb 2019 06:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Keluarga murid yang gagal dalam permohonan untuk mendapatkan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dinasihatkan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Pendidikan (KPM).

AirAsia, MAHB diarah 'berdamai' luar mahkamah

Posted: 02 Feb 2019 05:46 AM PST

KUALA LUMPUR: AirAsia Berhad dan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) diminta merungkai masalah kedua-dua syarikat berkenaan tanpa membabitkan sebarang prosiding di mahkamah.

Terpulang kepada kerajaan mahu iktiraf atau tidak - Aidi

Posted: 02 Feb 2019 05:35 AM PST

KOTA KINABALU: Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Aidi Moktar, yang dikecam selepas mencadangkan masyarakat Jawa dan Bugis di negeri ini diiktiraf sebagai anak negeri, menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.

CEO PTPTN hanya bercuti menjelang persaraan - Wan Saiful

Posted: 02 Feb 2019 04:38 AM PST

KANGAR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Ahmad Wan Yusoff, sedang bercuti menjelang persaraannya atas kerelaan sendiri, bukan disebabkan tekanan politik.

11 maut rumah pangsa runtuh di Aleppo

Posted: 02 Feb 2019 05:21 AM PST

DAMSYIK: Empat kanak-kanak antara 11 terbunuh apabila sebuah blok rumah pangsa yang rosak akibat peperangan runtuh di bandar Aleppo, Syria hari ini.

TLHT kekal rekod tanpa kalah

Posted: 02 Feb 2019 05:17 AM PST

KUALA LUMPUR: Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) mengekalkan rekod tanpa kalah selepas menewaskan Blue Warriors-PDRM 1-0, pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Tun Razak, hari ini.

Afieq Shazwan terkejut dicop 'anak ikan'

Posted: 02 Feb 2019 04:38 AM PST

KUALA LUMPUR: Gara-gara kerap dikaitkan dengan beberapa artis wanita, Afieq Shazwan, 21, pernah disangka menjadi 'anak ikan' apabila dilihat keluar bergandingan dengan ibunya sendiri.

Jangan gelojoh sangat - Dollah

Posted: 02 Feb 2019 04:37 AM PST

KUALA LUMPUR: "Jauh lagi," kata jurulatih Pahang, Dollah Salleh ketika diminta mengulas mengenai kemampuan anak buahnya mencabar penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali gus menamatkan dominasi lima tahun skuad Harimau Selatan itu dalam saingan liga domestik.

Selangor United kejutkan Kelantan

Posted: 02 Feb 2019 04:32 AM PST

SELAYANG: Ketumpulan jentera serangan menyempurnakan peluang terhidang antara punca kekalahan 1-0 Kelantan di tangan Selangor United pada aksi pertama Liga Perdana di Stadium Selayang, hari ini.

8 maut akibat pertempuran tentera Filipina, militan Abu Sayyaf

Posted: 02 Feb 2019 04:11 AM PST

MANILA: Lima anggota tentera Filipina dan tiga disyaki militan Abu Sayyaf terbunuh dalam insiden berbalas tembakan di pulau terpencil selatan negara itu, menurut tentera semalam.

Tiada istilah kebal di KL - DBKL

Posted: 02 Feb 2019 04:23 AM PST

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini semakin agresif dalam usaha membersihkan bandaraya ini daripada sebarang elemen kesalahan di bawah undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT).

PKR syorkan enakmen khas tangani keganasan terhadap wanita

Posted: 02 Feb 2019 03:06 AM PST

KOTA BHARU: Satu enakmen khas bagi menangani isu keganasan terhadap wanita akan dicadangkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template