BH Online - Terkini |
- Ozil kunci kejayaan Arsenal - Emery
- Sarri belum mahu kibar bendera putih
- Lapor jika kesan penjualan al-Quran tanpa kelulusan KDN - Muhyiddin
- Rombakan Finas perkasakan industri filem negara - Gobind
- Juventus hilang khidmat Khedira sebulan
- Pemuda PH pertahan agenda bina hospital di Semenyih
- Kanak-kanak maut dirempuh kereta berundur
- 8 pusat urut haram, tawar khidmat seks diserbu
- Tafsir al-Quran ikut logik akal perlu dibendung - Agong
- Kecik sedia galas tugas Nor Azam
- Mesir lancar kempen dua anak sudah cukup
- KAFA tak jadi singkir Tarragona
- Kelab Penyokong mahu Kedah terus pulun
- Tribunal Australia tolak permohonan Sirul
- Pengurus Besar PDC bersara
- Abu Sayyaf ugut penggal tebusan Malaysia jika tidak terima wang
- 1 maut, 10 terhumban ke laut pergaduhan atas kapal nelayan
- Safiq tetap hormati JDT
- MSM raih untung sebelum cukai RM60.71 juta
- Sekolah daif: Kabinet lulus hutang RM1 bilion Sarawak
- Gempa bumi 4.9 pada skala Richter landa Utara Thailand
- Suri rumah kecewa 15 kali permohonan pinjaman perumahan ditolak
- KBS tubuh Pusat Atlet di Bukit Jalil
- Tiga MP Konservatif keluar parti
- CIMB Niaga catat untung bersih 3.5 trilion rupiah
- Dua beranak kritikal selepas tidak sedarkan diri di dalam kereta
- Trump didakwa cepatkan jualan teknologi nuklear kepada Arab Saudi
- Jun Hao mahu calar reputasi Zii Jia
- Pengubahan wang haram hampir RM15 juta: Bekas penasihat media Najib didakwa
- UniKL akhirnya kecapi gelaran juara
| Ozil kunci kejayaan Arsenal - Emery Posted: 20 Feb 2019 09:18 AM PST LONDON: Pengurus Arsenal, Unai Emery menuntut Mesut Ozil segera melupakan masalah kecederaannya dan perlu memgembalikan prestasi asalnya untuk membolehkan dia terpilih semula dalam kesebelasan utama The Gunners. |
| Sarri belum mahu kibar bendera putih Posted: 20 Feb 2019 08:48 AM PST LONDON: Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri mengakui ada perancangan jangka panjang memajukan kelab itu meskipun dia diejek ketika ditewaskan 2-0 oleh Manchester United dalam saingan pusingan kelima Piala FA di Stamford Bridge sekali gus menghangatkan semula spekulasi dia bakal dipecat. |
| Lapor jika kesan penjualan al-Quran tanpa kelulusan KDN - Muhyiddin Posted: 20 Feb 2019 08:05 AM PST KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu umat Islam proaktif dan tampil membuat laporan sekiranya mengesan ada penjualan naskhah al-Quran yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN). |
| Rombakan Finas perkasakan industri filem negara - Gobind Posted: 20 Feb 2019 08:21 AM PST KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yakin rombakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dilakukan pada Disember lalu, mampu memperkasakan industri filem di negara ini. |
| Juventus hilang khidmat Khedira sebulan Posted: 20 Feb 2019 08:12 AM PST TURIN: Juventus mengesahkan bakal hilang khidmat pemain tengahnya, Sami Khedira selama sebulan bagi membolehkan tonggak itu menjalani rawatan berkaitan degup jantung tidak teratur, umum kelab itu, hari ini. |
| Pemuda PH pertahan agenda bina hospital di Semenyih Posted: 20 Feb 2019 08:09 AM PST HULU LANGAT: Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mempertahankan kenyataan calon gabungan itu yang akan meneruskan agenda membina hospital di Semenyih jika dipilih sebagai wakil rakyat. |
| Kanak-kanak maut dirempuh kereta berundur Posted: 20 Feb 2019 08:02 AM PST GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak perempuan maut apabila dilanggar sebuah kereta yang merempuh kediamannya di Tanjung Tokong, di sini, petang tadi. |
| 8 pusat urut haram, tawar khidmat seks diserbu Posted: 20 Feb 2019 06:59 AM PST KUALA LUMPUR: Operasi lapan pusat urut haram yang disyaki menawarkan pakej perkhidmatan seks, dilumpuhkan dalam serbuan Banteras Aktiviti Haram (BAH) Siri 2.0 di Setapak, di sini, hari ini. |
| Tafsir al-Quran ikut logik akal perlu dibendung - Agong Posted: 20 Feb 2019 07:22 AM PST KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah tindakan segelintir individu mentafsir al-Quran mengikut logik akal untuk kepentingan peribadi dan kumpulan tertentu, perlu ditangani segera. |
| Kecik sedia galas tugas Nor Azam Posted: 20 Feb 2019 07:18 AM PST KUANTAN: Pemain tengah Pahang, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria atau Kecik tiada masalah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Nor Azam Azih pada aksi Liga Super bertemu Selangor, Ahad ini. |
| Mesir lancar kempen dua anak sudah cukup Posted: 20 Feb 2019 07:12 AM PST SOHAG: Kerajaan Mesir melancar kempen perancangan keluarga pertama 'Dua sudah cukup', hari ini, ketika populasi negara itu menghampiri jumlah 100 juta orang. |
| KAFA tak jadi singkir Tarragona Posted: 20 Feb 2019 07:09 AM PST KOTA BHARU: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) membuat pusingan U apabila terus mengekalkan khidmat import dari Uruguay, Raul Tarragona sebagai penyerang utama The Red Warriors (TRW) bagi mengharungi baki perlawanan Liga Perdana selepas ini. |
| Kelab Penyokong mahu Kedah terus pulun Posted: 20 Feb 2019 07:03 AM PST ALOR SETAR: Kelab Penyokong Bolasepak Kedah mengharapkan skuad Lang Merah dapat terus mengekalkan momentum serta prestasi terbaiknya apabila bertemu skuad PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk aksi ketiga Liga Super Jumaat ini. |
| Tribunal Australia tolak permohonan Sirul Posted: 20 Feb 2019 07:01 AM PST KUALA LUMPUR: Tribunal Rayuan Pentadbiran Australia menolak permohonan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sirul Azhar Umar, supaya dibebaskan daripada menjadi tahanan imigresen. |
| Posted: 20 Feb 2019 05:15 AM PST GEORGETOWN: Pengalaman dan dedikasi berkhidmat selama 29 tahun di bawah pentadbiran empat ketua menteri meninggalkan kesan mendalam bagi Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Datuk Rosli Jaafar, yang bersara wajib, hari ini. |
| Abu Sayyaf ugut penggal tebusan Malaysia jika tidak terima wang Posted: 20 Feb 2019 05:38 AM PST KOTA KINABALU : Militan Abu Sayyaf yang menjadikan nelayan Indonesia dan Malaysia sebagai tebusan mengancam untuk memenggal kesemua mangsa melainkan jika menerima wang tebusan. |
| 1 maut, 10 terhumban ke laut pergaduhan atas kapal nelayan Posted: 20 Feb 2019 06:13 AM PST TAIPEI: Operasi menyelamat dilancarkan selepas pergaduhan menggunakan pisau berlaku di atas kapal nelayan Taiwan di Lautan Hindi, dengan seorang pekerja muat dan beberapa lagi dihumban ke laut, kata pengawal pantai Taiwan hari ini. |
| Posted: 20 Feb 2019 06:03 AM PST MELAKA: Pemain berpengalaman Melaka United (MU), Safiq Rahim menganggap saingan berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Larkin, Sabtu ini, amat mencabar buat skuad berkenaan. |
| MSM raih untung sebelum cukai RM60.71 juta Posted: 20 Feb 2019 05:56 AM PST KUALA LUMPUR: MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) RM60.71 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 (FY2018), naik 400 peratus daripada kerugian sebelum cukai RM19.57 juta yang direkodkan pada tahun sebelumnya. |
| Sekolah daif: Kabinet lulus hutang RM1 bilion Sarawak Posted: 20 Feb 2019 05:54 AM PST KUCHING: Jemaah Menteri hari ini meluluskan dan bersetuju hutang RM1 bilion kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan akan digunakan untuk membaik pulih sekolah daif di negeri itu. |
| Gempa bumi 4.9 pada skala Richter landa Utara Thailand Posted: 20 Feb 2019 05:40 AM PST BANGKOK: Satu gempa bumi berukuran 4.9 pada skala Richter melanda daerah Wang Nuea, dalam wilayah Lampang, di utara Thailand pada jam 4.05 petang waktu tempatan hari ini, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. |
| Suri rumah kecewa 15 kali permohonan pinjaman perumahan ditolak Posted: 20 Feb 2019 05:36 AM PST SEMENYIH: Luahan seorang suri rumah yang menerjah sidang media pelancaran Skim FundMyHome-DepositKu, hari ini, mendapat perhatian Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin. |
| KBS tubuh Pusat Atlet di Bukit Jalil Posted: 20 Feb 2019 05:31 AM PST SHAH ALAM: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menubuhkan Pusat Atlet sebagai medium untuk atlet kebangsaan mengemukakan aduan atau membincangkan perihal lain meliputi bidang akademik dan kerjaya. |
| Tiga MP Konservatif keluar parti Posted: 20 Feb 2019 05:19 AM PST LONDON: Tiga ahli perundangan Konservatif yang pro-Kesatuan Eropah (EU) keluar daripada parti itu sebagai membantah cara kerajaan mengendalikan Brexit hari ini. |
| CIMB Niaga catat untung bersih 3.5 trilion rupiah Posted: 20 Feb 2019 05:16 AM PST KUALA LUMPUR: CIMB Niaga Tbk, cabang CIMB Group di Indonesia, mencatatkan keuntungan bersih lebih kukuh sebanyak 3.5 trilion rupiah Indonesia (Rp) (RM1.01 bilion) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 (FY2018), meningkat 16.9 peratus bagi tahun ke tahun dan diterjemahkan dalam bentuk pendapatan sesaham Rp139.67. |
| Dua beranak kritikal selepas tidak sedarkan diri di dalam kereta Posted: 20 Feb 2019 05:03 AM PST CHUKAI: Seorang lelaki dan anaknya berusia enam tahun dilaporkan kritikal selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta di kawasan parkir Hospital Kemaman, di sini, tengah hari tadi. |
| Trump didakwa cepatkan jualan teknologi nuklear kepada Arab Saudi Posted: 20 Feb 2019 04:42 AM PST WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump didapati memintas Kongres negara itu bagi memudahkan jualan loji janakuasa nuklear kepada Arab Saudi. |
| Jun Hao mahu calar reputasi Zii Jia Posted: 20 Feb 2019 04:28 AM PST KUALA LUMPUR: Leong Jun Hao mahu mencalarkan reputasi Lee Zii Jia sebagai pemain perseorangan lelaki nombor satu negara pada saingan Kejohanan Badminton Kebangsaan yang sedang berlangsung di Ipoh, Perak. |
| Pengubahan wang haram hampir RM15 juta: Bekas penasihat media Najib didakwa Posted: 20 Feb 2019 04:22 AM PST KUALA LUMPUR: Bekas penasihat media Datuk Seri Najib Razak, Paul Stadlen, hari ini didakwa dengan dua tuduhan mengarahkan pengeluaran wang dalam 43 transaksi hasil kegiatan haram berjumlah hampir RM15 juta. |
| UniKL akhirnya kecapi gelaran juara Posted: 20 Feb 2019 04:19 AM PST BANGI: Selepas gagal dalam sembilan percubaan sebelum ini, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) akhirnya berjaya merangkul gelaran sulung Liga Perdana Hoki Malaysia meskipun kempen 2019 masih berbaki satu perlawanan. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment