BH Online - Terkini |
- Peladang diarah bayar ganti rugi RM2.2 juta
- Remaja Palestin maut ditembak tentera Israel
- Klopp percaya Solskjaer bakal pengurus United
- JAWI jangka tempatkan mesin ATM beras di 85 Masjid
- PM alu-alukan kunjungan Menteri Perdagangan dan Perindustrian Norway
- Pochettino jangka Spurs perit lawan Burnley
- Lebuh raya SUKE siap 52 peratus
- Indonesia anjur MotoGP di Lombok 2021
- Peluang United 'berbudi' pada jiran di Manchester
- Nahas trak bawa asid ragut 20 nyawa
- Zonjic bantu TFC raih kemenangan sulung
- Angka kematian minum arak beracun meningkat 41 orang
- Rakyat Malaysia ditahan di Palembang sukarelawan perubatan alternatif
- Putera Naruhito janji kekal rapat dengan rakyat
- Phnom Penh beri pengajaran - Kim Swee
- Kedah boleh senyum di persada liga
- Bantuan Yayasan B4U rentasi sempadan dunia
- Peng Soon-Liu Ying selangkah tambah gelaran
- Chelsea, Arsenal dapat tuah awal
- Pandu Puteri didik Permaisuri Agong jadi pemimpin
- Jepun bergelut tangani wabak campak terburuk
- Skuad Kim Swee terkandas biarpun menang
- RON97, RON95 naik 10 sen
- 3.2 juta keluarga tinggal di kawasan berisiko tinggi salah guna dadah
- 25 pemetik teh India maut minum arak beracun
- MIDF jangka inflasi pada 2.2 peratus tahun ini
- Pusat operasi judi dalam talian di kondo mewah diserbu
- 'Mereka yang mengkritik akhirnya akur'
- Takaful Malaysia perkenal pelan jangka langsung sedia perlindungan berpatutan
- AFC hargai sumbangan Al-Sultan Abdullah
| Peladang diarah bayar ganti rugi RM2.2 juta Posted: 22 Feb 2019 09:35 AM PST VIENNA: Seorang peladang Austria diarah membayar ganti rugi sebanyak AS$555,000 (RM2.2 juta) kepada duda seorang wanita yang dipijak sehingga mati oleh sekawan lembunya pada 2014. |
| Remaja Palestin maut ditembak tentera Israel Posted: 22 Feb 2019 09:10 AM PST GAZA CITY: Seorang remaja Palestin terkorban terkena tembakan Israel ketika pertempuran di sempadan Gaza, kata Kementerian Kesihatan wilayah ditadbir Hamas itu. |
| Klopp percaya Solskjaer bakal pengurus United Posted: 22 Feb 2019 09:02 AM PST LONDON: Bos Liverpool, Jurgen Klopp percaya Ole Gunnar Solskjaer akan dilantik sebagai pengurus kekal Manchester United penghujung musim ini. |
| JAWI jangka tempatkan mesin ATM beras di 85 Masjid Posted: 22 Feb 2019 08:47 AM PST KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjangka 85 masjid di Wilayah Persekutuan bakal dilengkapi mesin ATM beras, khusus bagi membantu 23,000 asnaf yang berdaftar dengan pihaknya menerima beras secara percuma. |
| PM alu-alukan kunjungan Menteri Perdagangan dan Perindustrian Norway Posted: 22 Feb 2019 08:43 AM PST KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengalu-alukan kunjungan Menteri Perdagangan dan Perindustrian Norway, Thorbjørn Røe Isaksen ke Malaysia minggu depan untuk meninjau bidang kerjasama baharu dan mengukuhkan lagi kerjasama dua hala. |
| Pochettino jangka Spurs perit lawan Burnley Posted: 22 Feb 2019 08:38 AM PST LONDON: Pengendali Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino menjangkakan anak buahnya akan berdepan tugas sukar bertemu Burnley meskipun pasukan lawan sudah menjarakkan diri daripada zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL). |
| Lebuh raya SUKE siap 52 peratus Posted: 22 Feb 2019 05:26 AM PST KUALA LUMPUR: Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) kini sudah memasuki 52 peratus proses pembinaan. |
| Indonesia anjur MotoGP di Lombok 2021 Posted: 22 Feb 2019 08:31 AM PST LOMBOK, Indonesia: Indonesia bakal menjadi tuan rumah MotoGP mulai musim 2021 di Lombok, umum Agensi Pembangunan Pelancongan negara itu, semalam. |
| Peluang United 'berbudi' pada jiran di Manchester Posted: 22 Feb 2019 08:30 AM PST Kali terakhir Liverpool dan Manchester United membuat perhitungan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah di Anfield pada 17 Disember lalu. Keputusan seperti yang diketahui, berkesudahan menyebelahi The Reds, 3-1. |
| Nahas trak bawa asid ragut 20 nyawa Posted: 22 Feb 2019 08:29 AM PST KINSHASA: Sekurang-kurangnya 20 maut Rabu lalu apabila trak membawa asid ke lombong Mutanda di Republik Demokratik Congo bertembung dengan dua kenderaan lain, kata syarikat perlombongan itu, Glencore, semalam. |
| Zonjic bantu TFC raih kemenangan sulung Posted: 22 Feb 2019 08:23 AM PST CHERAS: Pertahanan Terengganu FC (TFC), Igor Zonjic melunaskan 'hutangnya' apabila jaringan tunggalnya membolehkan TFC menang tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), sebentar tadi. |
| Angka kematian minum arak beracun meningkat 41 orang Posted: 22 Feb 2019 07:59 AM PST GUWAHATI: Angka kematian pemetik teh di India akibat meminum arak beracun meningkat kepada 41 orang, manakala 45 lagi termasuk 20 yang masih kritikal dirawat di hospital. |
| Rakyat Malaysia ditahan di Palembang sukarelawan perubatan alternatif Posted: 22 Feb 2019 07:46 AM PST KUALA LUMPUR: Enam belas rakyat Malaysia yang ditahan di Palembang oleh pihak berkuasa Indonesia atas dakwaan menyalahguna visa sosial ke republik berkenaan dipercayai kakitangan sebuah agensi yang menawarkan perkhidmatan perubatan alternatif. |
| Putera Naruhito janji kekal rapat dengan rakyat Posted: 22 Feb 2019 07:51 AM PST TOKYO: Bakal Maharaja Jepun, Putera Naruhito, berjanji akan mengekalkan hubungan rapat istana dengan rakyat ketika beliau bersiap sedia mewarisi takhta dalam masa dua bulan lagi. |
| Phnom Penh beri pengajaran - Kim Swee Posted: 22 Feb 2019 07:34 AM PST PHNOM PENH, Kemboja: Pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee percaya anak buahnya meraih pengajaran berguna sepanjang kempen Piala LG B-22 AFF kali ini walaupun gagal melangkah lebih jauh apabila tersekat di peringkat kumpulan. |
| Kedah boleh senyum di persada liga Posted: 22 Feb 2019 07:16 AM PST PETALING JAYA: Kedah terus mengukuhkan kedudukan di puncak Liga Super selepas menundukkan Petaling Jaya (PJ) City FC 2-0 di Stadium Bandaraya Petaling Jaya, sebentat tadi. |
| Bantuan Yayasan B4U rentasi sempadan dunia Posted: 22 Feb 2019 06:53 AM PST KUALA LUMPUR: Memegang portfolio sebagai ketua pengurusan kewangan di sebuah bank antarabangsa sebelum ini membuatkan wanita ini menghabiskan hampir 90 peratus masanya di pejabat sehingga pernah dikejarkan ke hospital akibat mendapat tekanan darah tinggi yang teruk. |
| Peng Soon-Liu Ying selangkah tambah gelaran Posted: 22 Feb 2019 06:53 AM PST IPOH: Pasangan beregu campuran profesional Malaysia, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying hanya selangkah untuk merangkul gelaran juara buat kali kedua pada Kejohanan Badminton Kebangsaan 2019. |
| Chelsea, Arsenal dapat tuah awal Posted: 22 Feb 2019 06:43 AM PST NYON, Switzerland: Dua kelab Liga Perdana Inggeris Chelsea dan Arsenal mendapat tuah awal diundi beraksi di laman sendiri peringkat 16 terbaik saingan Liga Europa dengan Chelsea bakal berdepan Dynamo Kiev manakala Arsenal menanti kunjungan Rennes sebaik undian liga itu selesai dilakukan di sini, sebentar tadi. |
| Pandu Puteri didik Permaisuri Agong jadi pemimpin Posted: 22 Feb 2019 06:37 AM PST KOTA BHARU: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, bertitah Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) bertanggungjawab membentuk diri baginda menjadi seorang pemimpin. |
| Jepun bergelut tangani wabak campak terburuk Posted: 22 Feb 2019 06:28 AM PST TOKYO: Pihak berkuasa kesihatan di Jepun memerangi wabak campak terburuk negara itu sejak beberapa tahun lalu dengan kebanyakan jangkitan bertumpu di kalangan peserta pameran Hari Valentine dan kumpulan agama menentang vaksin. |
| Skuad Kim Swee terkandas biarpun menang Posted: 22 Feb 2019 05:41 AM PST PHNOM PENH, Kemboja: Langkah skuad bawah 22 (B-22) tahun negara pada kempen Kejuaraan Piala AFF B-22 akhirnya terhenti di peringkat Kumpulan B meskipun berjaya meraih tiga mata penuh apabila menewaskan Myanmar 1-0 di Stadium RSN, di sini, sebentar tadi. |
| Posted: 22 Feb 2019 04:04 AM PST PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 naik 10 sen masing-masing meningkat kepada RM2.38 dan RM2.08 seliter, manakala diesel kekal RM2.18 seliter, mulai tengah malam ini. |
| 3.2 juta keluarga tinggal di kawasan berisiko tinggi salah guna dadah Posted: 22 Feb 2019 06:13 AM PST PUTRAJAYA: Kira-kira 3.2 juta keluarga di negara ini tinggal di kawasan berisiko tinggi apabila elemen persekitaran kehidupan tidak kondusif menjadi penyumbang kepada penyalahgunaan dadah. |
| 25 pemetik teh India maut minum arak beracun Posted: 22 Feb 2019 06:06 AM PST GUWAHATI: Dua puluh lima pemetik teh India, termasuk 15 wanita, meninggal dunia dalam masa beberapa jam selepas meminum alkohol beracun, kata polis hari ini. |
| MIDF jangka inflasi pada 2.2 peratus tahun ini Posted: 22 Feb 2019 06:01 AM PST KUALA LUMPUR: MIDF Research berkata, kadar inflasi pada tahun ini dijangka pada 2.2 peratus, dengan kadar inflasi teras pada purata 2.2 peratus berbanding 1.0 peratus pada 2018. |
| Pusat operasi judi dalam talian di kondo mewah diserbu Posted: 22 Feb 2019 05:43 AM PST PETALING JAYA: Cubaan sindiket judi dalam talian berselindung dengan beroperasi dalam unit kondominium mewah gagal apabila diserbu anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di Kota Damansara, di sini, hari ini. |
| 'Mereka yang mengkritik akhirnya akur' Posted: 22 Feb 2019 05:41 AM PST SHAH ALAM: Tindakan beberapa bekas ahli UMNO di Sabah menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), disifatkan sebagai 'akur' dengan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) kini. |
| Takaful Malaysia perkenal pelan jangka langsung sedia perlindungan berpatutan Posted: 22 Feb 2019 05:38 AM PST KUALA LUMPUR: Takaful Malaysia memperkenalkan pelan jangka langsung berpatutan, Takaful myTerm, yang menyediakan perlindungan kewangan terhadap sebarang peristiwa tidak dijangka dengan terma perlindungan fleksibel untuk disesuaikan dengan keadaan dan keperluan kewangan pelanggan individu. |
| AFC hargai sumbangan Al-Sultan Abdullah Posted: 22 Feb 2019 05:14 AM PST KUALA LUMPUR: Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas jasa dan khidmat baginda selepas baginda meletakkan jawatan selaku Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment