Sunday, February 24, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Muslihat sasterawan perangkap isteri di rumah sakit jiwa

Posted: 23 Feb 2019 11:49 PM PST

LONDON: Sebagai novelis ulung dan wartawan berketrampilan, Charles Dickens menutup ketat kisah penceraian dengan isterinya pada 1858, sekali gus menjadi pengalaman paling mengaibkan dalam sejarah hidupnya.

Jalan Rampai, Setapak meriah

Posted: 24 Feb 2019 08:02 AM PST

KUALA LUMPUR: Bahang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara dua seteru ketat, Manchester United dan Liverpool di Old Trafford, Manchester turut dirasai peminat kedua-dua kelab gergasi itu di beberapa lokasi di sekitar ibu negara malam ini.

Jelius masih tak puas hati aksi Tambadau

Posted: 24 Feb 2019 09:18 AM PST

KOTA KINABALU: Walaupun mencatat kemenangan dua kali berturut-turut dalam aksi Liga Perdana selepas menewaskan Sarawak di Kuching, pada Sabtu, pengendali Sabah, Jelius Ating, menegaskan masih banyak lagi kelemahan yang perlu diatasi.

Gunners pintas United di tangga keempat

Posted: 24 Feb 2019 09:13 AM PST

LONDON: Arsenal menewaskan Southampton 2-0 menerusi gol awal babak pertama jaringan Alexandre Lacazette dan Henrikh Mkhitaryan di Stadium Emirates, di sini, sebentar tadi, untuk sekali gus melonjak kembali ke kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Liverpool kembali rampas takhta liga

Posted: 24 Feb 2019 08:30 AM PST

MANCHESTER, United Kingdom: Liverpool kembali melonjak ke persada Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun sekadar terikat 0-0 dengan Manchester United pada saingan di Old Trafford, sebentar tadi.

Matic tersisih 2 minggu akibat cedera

Posted: 24 Feb 2019 07:33 AM PST

MANCHESTER, United Kingdom: Perancang Manchester United, Nemanja Matic yang tidak disenaraikan pada aksi Manchester United menentang Liverpool di Old Trafford, hari ini, bakal tersisih selama dua minggu akibat cedera.

UMNO dan PAS tidak akan 'bernikah'

Posted: 24 Feb 2019 08:42 AM PST

MELAKA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan parti itu tidak akan membentuk satu gabungan dengan UMNO, namun kekal bersatu memperjuangkan satu agenda yang sama.

Lelaki cuba rampas pesawat ditembak mati komando Bangladesh

Posted: 24 Feb 2019 08:51 AM PST

CHITTAGONG: Seorang lelaki yang cuba merampas pesawat penumpang semasa dalam penerbangan menuju ke Dubai, ditembak mati komando Bangladesh, hari ini.

Keputusan aksi Serie A Itali

Posted: 24 Feb 2019 08:45 AM PST

MILAN: Berikut rangkuman keputusan aksi Serie A Itali yang berakhir sebentar tadi:

Keputusan aksi Liga Super, Liga Perdana

Posted: 24 Feb 2019 08:43 AM PST

KUALA LUMPUR: Berikut rangkuman keputusan perlawanan Liga Super dan Liga Perdana yang berlangsung malam tadi:

Kes penipuan kerja: Beberapa lagi suspek diburu

Posted: 23 Feb 2019 10:43 PM PST

KUCHING: Polis sudah mengenal pasti dan sedang memburu beberapa lagi suspek kes penipuan pekerjaan yang mengakibatkan 47 rakyat Malaysia ditahan di Kemboja, Disember lalu.

Keputusan aksi EPL

Posted: 24 Feb 2019 08:21 AM PST

LONDON: Berikut rangkuman keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berakhir sebentar tadi.

United, Liverpool kongsi mata di Old Trafford

Posted: 24 Feb 2019 08:07 AM PST

MANCHESTER, United Kingdom: Berikut keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Manchester United dan Liverpool di Old Trafford yang berakhir sebentar tadi.

Pahang, Selangor kongsi mata di Kuantan

Posted: 24 Feb 2019 07:29 AM PST

KUANTAN: Pasukan Pahang gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri apabila terikat 1-1 dengan Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, di sini, sebentar tadi.

Dua maut dalam kemalangan di Bintulu

Posted: 24 Feb 2019 07:26 AM PST

BINTULU: Seorang wanita penjawat awam serta seorang wanita warga Indonesia maut setelah dua kenderaan pacuan empat roda bertembung di Batu 19, Jalan Bintulu-Miri petang tadi.

United, Liverpool buntu separuh masa

Posted: 24 Feb 2019 07:08 AM PST

MANCHESTER: Berikut keputusan separuh masa pertama perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Manchester United dan Liverpool di Old Trafford sebentar tadi.

Azizulhasni harap malang tidak berulang di Poland

Posted: 24 Feb 2019 06:28 AM PST

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal kebangsaan, Azizulhasni Awang berharap masalah jangkitan virus seperti dihadapinya tahun lalu tidak akan berulang pada Kejohanan Trek Berbasikal Dunia UCI di Poland, mulai 28 Mac ini.

Semua penumpang pesawat cuba dirampas selamat

Posted: 24 Feb 2019 06:05 AM PST

CHITTAGONG: Semua penumpang pesawat dalam penerbangan ke Dubai selamat selepas seorang lelaki cuba merampas kapal terbang itu hari ini, kata ketua penerbangan sivil kebangsaan.

Jalan utama ditutup sempena Pesta Perayaan Chingay

Posted: 24 Feb 2019 06:25 AM PST

JOHOR BAHRU: Beberapa jalan utama di sekitar bandar raya ini ditutup secara berperingkat sempena Pesta Perayaan Chingay, bermula semalam hingga Selasa ini.

KBS terus lobi skuasy dipertandingkan di Olimpik

Posted: 24 Feb 2019 06:21 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kecewa terhadap keputusan Paris selaku tuan rumah Sukan Olimpik 2024 tidak menyenarai pendek skuasy untuk dipertimbangkan pada temasya terbesar dunia itu.

Nurul Wardatul kuasai 200m Perak All-Comers

Posted: 24 Feb 2019 06:18 AM PST

IPOH: Atlet muda negara, Nurul Wardatul Huwaida Hamka bangkit daripada kecederaan hamstring untuk mengungguli acara 200 meter wanita pada hari terakhir Kejohanan Olahraga Perak All-Comers di Stadium Perak, di sini, hari ini.

'Potong mata aksi babit Perlis tak adil'

Posted: 24 Feb 2019 06:13 AM PST

KUALA LUMPUR: Selepas penyingkiran Perlis daripada saingan Liga Malaysia (Liga M), kini timbul persoalan mengenai keputusan tiga perlawanan membabitkan pasukan itu yang sudah pun berlangsung setakat ini.

Farah Ayuni ceriakan kelab hoki East Grinstead

Posted: 24 Feb 2019 06:11 AM PST

KUALA LUMPUR: Penjaga gol hoki negara, Farah Ayuni Yahya menepati statusnya selaku 'pakar penyelamat pukulan strok' apabila ketangkasannya menepis pukulan itu memastikan Kelab Hoki East Grinstead kembali meraih kemenangan aksi Liga Perdana England.

Syafiq Ali cemerlang Cabaran Toyota Vios

Posted: 24 Feb 2019 06:10 AM PST

KUALA LUMPUR: Hari terakhir perlumbaan dua pusingan ketiga Cabaran Toyota Vios di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang menyaksikan pelumba M7 Racing Team, Syafiq Ali mengungguli kelas Super Sporting.

Johor sokong syor wajibkan vaksin

Posted: 24 Feb 2019 06:02 AM PST

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor menyokong cadangan mewajibkan pengambilan suntikan vaksin sebagai perlindungan kepada kanak-kanak.

Universiti mesti tegas kuat kuasa larangan merokok

Posted: 24 Feb 2019 06:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Universiti awam dan swasta digesa melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di kawasan universiti secara lebih tegas tahun ini.

106 PATI ditahan dalam serbuan di hutan

Posted: 24 Feb 2019 05:57 AM PST

KOTA TINGGI: Polis menahan 106 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia disyaki cuba menyusup masuk dan keluar negara ini, dalam serbuan di kawasan hutan berhampiran sebuah resort di Bandar Penawar, di sini, semalam.

Tiga dikhuatiri maut pesawat terhempas

Posted: 24 Feb 2019 05:56 AM PST

NEW YORK: Tiga anak kapal pesawat kargo Boeing 767 dikhuatiri terbunuh selepas pesawat itu terhempas di sebuah teluk berhampiran Lapangan Terbang Intercontinental George Bush semalam, kata polis dan pegawai.

Sesak nafas sebelum meninggal dunia

Posted: 24 Feb 2019 05:53 AM PST

PENDANG: Seorang lelaki maut manakala dua anggota polis cedera dalam kemalangan di Kilometer (KM) 58 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini, petang tadi.

20 penduduk awam maut periuk api meletup di Syria

Posted: 24 Feb 2019 05:50 AM PST

DAMSYIK: Lebih 20 orang awam terbunuh di wilayah Hama hari ini apabila periuk api yang ditinggalkan militan Daesh dilaporkan meletup di bawah sebuah van, kata agensi berita tempatan, SANA.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template