Thursday, February 28, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Pakistan tutup ruang udara sehingga jam 1 tengah hari

Posted: 28 Feb 2019 03:15 PM PST

LONDON: Ribuan pelancong di seluruh dunia terkandas semalam selepas Pakistan menutup ruang udaranya berikutan ketegangan meningkat dengan India.

Sia-sia kalau undi BN di Semenyih - Dr Mahathir

Posted: 28 Feb 2019 09:17 AM PST

SEMENYIH: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sia-sia sahaja sekiranya pengundi di Semenyih memilih calon Barisan Nasional (BN) atau parti lain pada pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, Sabtu ini.

UMNO yakin tiada lagi Ahli Parlimen lompat parti

Posted: 28 Feb 2019 09:02 AM PST

HULU LANGAT: UMNO yakin tidak ada lagi mana-mana Ahli Parlimen daripada parti itu yang akan melompat keluar untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) seperti diharapkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar, jangan terus fitnah PAS - Tuan Ibrahim

Posted: 28 Feb 2019 08:58 AM PST

HULU LANGAT: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan supaya tidak terus memfitnah PAS dengan mendakwa parti itu membayar RM1.4 juta kepada Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Kurikulum sekolah pondok, tahfiz terus diperkasa

Posted: 28 Feb 2019 08:52 AM PST

BANGI: Kerajaan akan membangunkan Model Pondok Moden Malaysia sebagai inisiatif untuk menyelaras kurikulum sekolah pondok di negara ini.

Vinicius dapat panggilan Brazil

Posted: 28 Feb 2019 08:50 AM PST

RIO DE JANEIRO: Penyerang muda sensasi Real Madrid, Vinicius Junior dipanggil buat kali pertama untuk mewakili skuad Brazil kendalian Tite, hari ini bagi persiapan terakhir menjelang Copa America.

Leclerc catat masa terpantas ujian F1

Posted: 28 Feb 2019 08:31 AM PST

BARCELONA: Pemandu Ferrari, Charles Leclerc mencatat masa sepusingan terpantas dalam pramusim Formula Satu (F1) di Circuit de Catalunya, malam ini.

Remaja lemas selepas elak dilanggar kereta api

Posted: 28 Feb 2019 08:25 AM PST

TUMPAT: Tindakan seorang remaja yang terjun ke dalam sungai bagi mengelak dari dilanggar kereta api berakhir tragedi, apabila dia ditemui lemas.

PH kerja keras tunai janji, kurangkan kos sara hidup

Posted: 28 Feb 2019 08:19 AM PST

HULU LANGAT: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan pimpinannya bekerja keras untuk menunaikan semua janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

BN sudah 'mati', era Najib berakhir - Tun M

Posted: 28 Feb 2019 08:18 AM PST

HULU LANGAT: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih kali ini adalah perbuatan yang sia-sia kerana parti itu sudah 'mati' angkara pemimpinnya sendiri.

JAKIM lancar tafsir al-Quran dalam e-Braille, bahasa Mandarin

Posted: 28 Feb 2019 07:46 AM PST

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mewujudkan kerjasama bagi memasukkan Tafsir Pimpinan Ar Rahman ke dalam e-Braille untuk dimanfaatkan kepada orang kurang upaya (OKU) penglihatan bagi memahami dan menguasai al-Quran.

PRK Semenyih bukan medan konfrontasi kaum, agama

Posted: 28 Feb 2019 07:34 AM PST

SEMENYIH: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih adalah medan untuk memilih calon dan parti yang lebih baik bagi menyelesaikan masalah rakyat dan tidak sepatutnya menjadi medan konfrontasi kaum dan agama.

Lori mengundur sendiri, 10 kereta rosak teruk

Posted: 28 Feb 2019 07:30 AM PST

RAWANG: Sebanyak 10 kereta dan sebuah motosikal rosak dilanggar sebuah lori rosak yang mengundur di Kilometer 16 Jalan Kuala Lumpur- Ipoh menghala Rawang berhampiran susur masuk ke Amansiara, dekat sini, petang tadi.

Bakal pengantin maut kereta terbabas

Posted: 28 Feb 2019 06:17 AM PST

KOTA BHARU: Seorang ibu meraung di sisi jasad anak lelakinya yang meninggal dunia selepas kereta dinaiki melanggar tiang laluan bertingkat berhampiran lampu isyarat di Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini, malam ini.

Penyokong Perlis anggap penyingkiran jalan terbaik

Posted: 28 Feb 2019 06:00 AM PST

KANGAR: Keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menyingkirkan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) dari kancah Liga Perdana Malaysia 2019 dilihat jalan terbaik untuk badan induk itu.

Perak anjur EPIC

Posted: 28 Feb 2019 05:49 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perak bersedia menjadi hab sukan elektronik (e-sports) di negara ini bagi membantu merancakkan lagi sukan ini pada masa depan.

Pemeriksaan pasport jemaah haji Malaysia dilaksana lebih awal

Posted: 28 Feb 2019 05:47 AM PST

KUALA LUMPUR: Jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini, tidak perlu lagi menunggu lama untuk pemeriksaan pasport di Arab Saudi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Zukri Samat.

8,836 terima rebat elektrik RM40 sebulan

Posted: 28 Feb 2019 05:45 AM PST

SHAH ALAM: Seramai 8,836 ketua isi rumah di Selangor layak menerima rebat elektrik sebanyak RM40 setiap bulan.

Mayat dipercayai mangsa bunuh ditemui dalam longkang

Posted: 28 Feb 2019 05:44 AM PST

TANJUNG MALIM: Mayat dipercayai seorang wanita mangsa bunuh ditemui dalam longkang di Jalan Besar Behrang Hulu - Proton City dekat sini petang semalam.

SKM ubah imej 'kekampungan' koperasi

Posted: 28 Feb 2019 05:43 AM PST

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bakal mewujudkan Bandar Koperasi (Co-op City), April ini.

Untung bersih Time Dotcom meningkat kepada RM289 juta

Posted: 28 Feb 2019 05:36 AM PST

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Time Dotcom Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 melonjak kepada RM288.67 juta berbanding RM175.36 juta pada FY17.

Tentera Pakistan lancar operasi menyelamat dua pendaki Nanga Parbat

Posted: 28 Feb 2019 05:16 AM PST

ISLAMABAD : Tentera Pakistan melancarkan operasi mencari menggunakan helikopter penyelamat bagi mengesan dua pendaki Britain dan Itali yang terkandas di gunung dikenali sebagai 'Killer Mountain'.

Kerajaan tak kata tiada kenaikan harga selepas SST - Guan Eng

Posted: 27 Feb 2019 10:34 PM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menafikan wujudnya masalah dalam pelaksanaan cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kerana ia dilakukan dalam tempoh yang begitu singkat bagi menggantikan cukai Barangan dan Jualan (GST).

Malaysia harap konflik India-Pakistan diselesai cara baik

Posted: 28 Feb 2019 05:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia berharap India-Pakistan dapat mencari jalan perundingan untuk menyelesaikan konflik antara dua negara berkenaan.

IPO QSR Brands masuki fasa akhir

Posted: 28 Feb 2019 05:11 AM PST

KUALA LUMPUR: QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) berada di landasan tepat untuk melancarkan tawaran awam permulaannya (IPO) menjelang separuh pertama tahun ini.

Kerajaan, rakyat Johor perlu perjuang hak - PM

Posted: 28 Feb 2019 03:22 AM PST

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mahu kerajaan Johor dan rakyatnya turut memperjuangkan hak mereka dalam isu penjualan air kepada Singapura.

DRB-Hicom kembali catat untung

Posted: 28 Feb 2019 05:08 AM PST

KUALA LUMPUR: DRB-Hicom Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM73.02 juta pada suku ketiga berakhir 31 Disember 2018, berbanding kerugian bersih RM70.03 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

Akhlak pengguna media sosial lambangkan status hati

Posted: 28 Feb 2019 04:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Umat Islam yang berinteraksi dan berkongsi maklumat dalam media sosial bukan hanya perlu mengikut etika seperti difahami Barat, sebaliknya berlandaskan akhlak serta adab dalam pandangan alam Islam.

WCT catat untung bersih RM111.78 juta

Posted: 28 Feb 2019 04:56 AM PST

KUALA LUMPUR: WCT Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 yang lebih rendah kepada RM111.78 juta daripada RM228.17 juta pada 2017.

Pakistan bebas juruterbang India esok

Posted: 28 Feb 2019 04:53 AM PST

ISLAMABAD : Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membebaskan juruterbang Tentera Udara India, Komander Abhinandan Varthaman esok.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template