BH Online - Terkini |
- Anggota PASKAL maut terkena bom ikan
- Tentera jangan campur urusan politik - Mahkamah Agung Pakistan
- Jurudawai hilang di laut
- MHC bida anjur Piala Dunia Lelaki
- Jazeman letak syarat
- Sengaja dakwa ada rombakan Kabinet untuk cetus ketegangan dalam PH - Anwar
- Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama
- Sultan, Sultanah Kedah berangkat ke majlis santapan malam
- Hadi mula tunjuk belang di Jepun
- Suspek bakar bangunan Paris baharu keluar wad psikiatri
- Macam ada yang tarik Ain - bapa
- Sri Lanka masih belum jumpa tukang gantung pesalah
- Separuh tentera AS keluar Afghanistan menjelang April
- Kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas
- Jepun bunuh babi elak penularan wabak
- Wanita Britain dipenjara 6 bulan tampar pegawai imigresen
- Marquez terpantas di Sepang
- Emma sah buka tudung
- 'Terima kasih IPC'
- Kian Meng-Pei Jing belum mengalah
- Adik maut, abang cedera
- Luluh hati bapa lihat 3 anak perempuan terbaring atas jalan
- Wanita maut cuba tahan kereta gelongsor
- Gol sulung lonjak semangat Shakir
- Masih di ICU, Mamat Khalid mula buka mata
- Pendaki wanita cedera diselamatkan
- Saranan Maninderjit buat MHC
- Pendatang Bangladesh ditemui di Medan mahu cari kerja di Malaysia
- Teliti kriteria calon presiden persatuan negeri
- Dasar pendidikan sedia ada kekal
| Anggota PASKAL maut terkena bom ikan Posted: 06 Feb 2019 09:07 AM PST PERMAISURI: Seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut selepas terkena bom ikan ketika memukat ikan bersama tiga ahli keluarganya di Sungai Pengkalan Merbau, Sungai Tong, di sini, petang tadi. |
| Tentera jangan campur urusan politik - Mahkamah Agung Pakistan Posted: 06 Feb 2019 08:57 AM PST ISLAMABAD: Mahkamah tertinggi Pakistan memberi amaran kepada tentera dan agensi risikan, semalam, supaya tidak melampaui mandat dan campur tangan dalam hal politik. |
| Posted: 06 Feb 2019 08:15 AM PST BACHOK: Kegembiraan 35 ahli keluarga menyambut Hari Keluarga sempena cuti perayaan berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas dalam kejadian di Sudara Beach Resort di sini, petang tadi. |
| MHC bida anjur Piala Dunia Lelaki Posted: 06 Feb 2019 08:26 AM PST KUALA LUMPUR: Malaysia sah mengemukakan tawaran membida untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Hoki Piala Dunia Lelaki akan datang. |
| Posted: 06 Feb 2019 07:50 AM PST KUALA LUMPUR: Biarpun dengan berat hati terpaksa melupakan perlumbaan siri Kejuaraan Endurance Dunia (WEC) yang berbaki tiga pusingan lagi, pemandu negara, Jazeman Jaafar bakal mengumumkan perancangan barunya pada bulan hadapan. |
| Sengaja dakwa ada rombakan Kabinet untuk cetus ketegangan dalam PH - Anwar Posted: 06 Feb 2019 08:18 AM PST KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan desas-desus rombakan Kabinet yang dikatakan bakal berlaku selepas sambutan Tahun Baharu Cina sebagai isu sengaja dihangatkan pihak tertentu bagi menimbulkan ketegangan dalam Pakatan Harapan (PH). |
| Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama Posted: 06 Feb 2019 08:04 AM PST KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama masih dilaporkan bergerak perlahan setakat jam 10.30 malam ini. |
| Sultan, Sultanah Kedah berangkat ke majlis santapan malam Posted: 06 Feb 2019 07:44 AM PST ALOR SETAR: Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kedah di sini malam ini. |
| Hadi mula tunjuk belang di Jepun Posted: 06 Feb 2019 06:09 AM PST KUALA LUMPUR: Pemain pertama negara yang beraksi secara profesional di Jepun, Hadi Fayyadh Abdul Razak mula menunjukkan taringnya pada aksi pramusim bersama pasukan divisyen dua Liga Jepun (J2), Fagiano Okayama. |
| Suspek bakar bangunan Paris baharu keluar wad psikiatri Posted: 06 Feb 2019 06:42 AM PST PARIS: Wanita yang disyaki memulakan kebakaran di bangunan pangsapuri di ibu kota Perancis di sini yang menyebabkan 10 maut, baharu dibebaskan dari sebuah wad psikiatri, kata sumber rapat dengan siasatan hari ini. |
| Macam ada yang tarik Ain - bapa Posted: 06 Feb 2019 06:34 AM PST KOTA TINGGI: "Di celah-celah batu itu dia (abangnya) nampak macam ada orang yang tarik Ain," kata Sajali Nin, 48, bapa kepada kanak-kanak perempuan, Nurul Ain, 8, dikhuatiri lemas ketika bermain air dalam tragedi di Pantai Tanjung Balau di sini, petang tadi. |
| Sri Lanka masih belum jumpa tukang gantung pesalah Posted: 06 Feb 2019 06:18 AM PST COLOMBO: Jabatan penjara Sri Lanka masih gagal mencari tukang gantung untuk melaksanakan hukuman penjara di negara itu walaupun iklan jawatan terbabit sudah diterbitkan, sejak tahun lalu. |
| Separuh tentera AS keluar Afghanistan menjelang April Posted: 06 Feb 2019 06:08 AM PST MOSCOW/WASHINGTON: Taliban yang menghantar delegasinya ke Moscow untuk berunding berkata hari ini, Amerika Syarikat (AS) memberi jaminan mengundurkan separuh daripada tenteranya di Afghanistan menjelang April, lapor agensi berita RIA. |
| Kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas Posted: 06 Feb 2019 05:00 AM PST KOTA TINGGI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dikhuatiri lemas ketika bermain air dalam tragedi di Pantai Tanjung Balau di sini, petang tadi. |
| Jepun bunuh babi elak penularan wabak Posted: 06 Feb 2019 05:58 AM PST TOKYO: Pihak berkuasa Jepun hari ini sedang bergelut dengan virus selsema babi selepas ia dikesan di beberapa wilayah di Jepun. |
| Wanita Britain dipenjara 6 bulan tampar pegawai imigresen Posted: 06 Feb 2019 05:55 AM PST DENPASAR: Sebuah mahkamah Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas seorang wanita Britain kerana menampar pegawai imigresen di Bali selepas bertengkar mengenai bayaran denda susulan visanya tamat tempoh. |
| Posted: 06 Feb 2019 05:37 AM PST SEPANG: Juara dunia MotoGP, Marc Marquez tampak segar selepas mengharungi pembedahan bahu apabila merekodkan masa terpantas pada hari pertama sesi ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini. |
| Posted: 06 Feb 2019 12:38 AM PST KUALA LUMPUR: Selepas hampir lima tahun berhijab, pelakon, Emma Maembong, mengesahkan dirinya tidak lagi bertudung sejak tiga hari lalu. |
| Posted: 06 Feb 2019 05:06 AM PST KUALA LUMPUR: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) kerana menghargai pencapaian luar biasa Mohamad Ridzuan Puzi. |
| Kian Meng-Pei Jing belum mengalah Posted: 06 Feb 2019 04:48 AM PST KUALA LUMPUR: Masa semakin mencemburui beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing untuk kembali sekurang-kurangnya berada dalam kelompok 20 terbaik dunia menjelang pusingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang bermula 1 Mei depan. |
| Posted: 06 Feb 2019 04:44 AM PST TAPAH: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut manakala abangnya yang juga anggota TUDM cedera selepas kereta Proton Saga dinaiki mereka terbabas di Kilometer 319.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini, hari ini. |
| Luluh hati bapa lihat 3 anak perempuan terbaring atas jalan Posted: 06 Feb 2019 04:19 AM PST PASIR MAS: "Sebaik tiba di lokasi kemalangan, saya terduduk melihat ketiga-tiga anak perempuan sedang terbaring atas jalan raya dalam keadaan ditutup dengan kain batik," kata bapa kepada tiga mangsa kemalangan maut di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas, Mohd Asri Zakaria. |
| Wanita maut cuba tahan kereta gelongsor Posted: 06 Feb 2019 03:46 AM PST ALOR GAJAH: Tindakan seorang wanita yang cuba menahan keretanya daripada menggelongsor berakhir tragedi apabila dia maut digilis dalam kejadian di Solok Air Manggis, Kampung Rembia, di sini, tengah hari tadi. |
| Gol sulung lonjak semangat Shakir Posted: 06 Feb 2019 04:11 AM PST ALOR SETAR: Pemain import Kedah, Shakir Hamzah menganggap jaringan pertamanya di Liga Malaysia (Liga M) ketika menewaskan PKNP FC, Sabtu lalu sebagai suntikan motivasi untuknya bersama skuad itu musim ini. |
| Masih di ICU, Mamat Khalid mula buka mata Posted: 06 Feb 2019 04:00 AM PST KUALA LUMPUR: Selepas 12 hari ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Petaling Jaya, Mamat Khalid membuka mata buat kali pertama, Isnin lalu. |
| Pendaki wanita cedera diselamatkan Posted: 06 Feb 2019 03:45 AM PST RANAU: Seorang pendaki wanita yang cedera akibat tergelincir di puncak Kilometer 8, Gunung Kinabalu, diselamatkan pasukan bomba dan Pasukan Bomba Bantuan (MoSAR). |
| Posted: 06 Feb 2019 03:40 AM PST KUALA LUMPUR: Bekas pemain hoki negara, Maninderjit Singh percaya Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) perlu merombak dan menetapkan peraturan lebih standard membabitkan polisi insurans pegawai teknikal, pengadil dan pemain yang mewarnai kancah Liga Hoki Malaysia (MHL). |
| Pendatang Bangladesh ditemui di Medan mahu cari kerja di Malaysia Posted: 06 Feb 2019 03:37 AM PST MEDAN: Hampir 200 lelaki dikenal pasti polis Indonesia sebagai warga Bangladesh ditemui bersesak dalam sebuah rumah kedai di sini, kata pihak berkuasa hari ini. |
| Teliti kriteria calon presiden persatuan negeri Posted: 06 Feb 2019 03:33 AM PST ARAU: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disaran untuk lebih teliti dalam penetapan kriteria calon presiden persatuan bola sepak negeri supaya masa depan badan induk itu lebih terjamin. |
| Dasar pendidikan sedia ada kekal Posted: 06 Feb 2019 03:25 AM PST KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan kononnya ada 'pasukan de facto DAP' dalam kementerian itu mahu mengubah subjek Sejarah di sekolah rendah dan menengah. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment