Thursday, February 7, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Jumlah kematian apartmen runtuh naik 10 orang

Posted: 07 Feb 2019 10:22 AM PST

ISTANBUL: Jumlah kematian akibat apartmen runtuh di Istanbul meningkat kepada 10 orang, semalam, ketika lebih banyak mayat dikeluarkan daripada runtuhan, menurut pihak berkuasa Turki.

Ayuh bangkit The Gunners!

Posted: 07 Feb 2019 08:58 AM PST

LONDON: Unai Emery mengakui Arsenal tidak memiliki alasan jika berterusan gagal memperbaiki rekod di gelanggang lawan apabila bertemu kelab tercorot, Huddersfield, Sabtu ini.

Kerbau kesayangan Syukur akan disembelih

Posted: 07 Feb 2019 08:51 AM PST

MARANG: Tongkol, kerbau kesayangan Muhammad Syukur Khamis, 14, akan disembelih sempena meraikan majlis sambut menantu dua abang remaja digelar 'Mowgli Malaysia' itu, pagi ini.

Peluang PFA perjelas kemelut

Posted: 07 Feb 2019 08:25 AM PST

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) diberi tempoh sehingga 15 Februari untuk mengemukakan dokumen kewangan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Lelaki maut ditetak dipercayai rakannya sendiri

Posted: 07 Feb 2019 08:10 AM PST

SHAH ALAM: Seorang lelaki ditemui mati akibat ditetak dengan parang oleh individu dipercayai rakannya di Batu 5, Jalan Kampung Jawa di sini, petang tadi.

'Kami tunggu hingga aksi kedua...'

Posted: 07 Feb 2019 07:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Pasukan yang ditimpa pelbagai masalah, Perlis dilihat enggan isu yang membelenggu mereka mengganggu fokus untuk aksi kedua Liga Perdana bertemu UiTM FC, malam esok.

Jururawat Denmark ketagih darah anak

Posted: 07 Feb 2019 07:50 AM PST

COPENHAGEN: Mahkamah di Denmark, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap seorang jururawat atas kesalahan penderaan serius kerana didapati bersalah mengambil separuh liter darah daripada anak lelakinya setiap minggu selama lima tahun.

Cabrera idam tiga mata di Larkin

Posted: 07 Feb 2019 07:43 AM PST

JOHOR BAHRU: Kelebihan beraksi di laman sendiri akan digunakan sepenuhnya pemain sayap kiri Johor Darul Ta'zim (JDT), Gonzalo Cabrera bagi memburu kemenangan kedua berturut-turut apabila berdepan Kuala Lumpur pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok.

Solskjaer terbaik!

Posted: 07 Feb 2019 07:39 AM PST

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer mengembalikan 'Manchester United yang lama' dan Jesse Lingard percaya kelab itu boleh mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim depan.

Agong berangkat ke majlis bacaan Yasin di Istana

Posted: 07 Feb 2019 07:11 AM PST

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin, solat hajat dan tahlil di Surau Istana Negara di sini, malam ini.

Tragedi di Sungai Pedu: Penduduk bantu selamatkan mangsa

Posted: 07 Feb 2019 07:04 AM PST

PADANG TERAP: "Saya menepuk belakang mangsa untuk keluarkan air. Tidak lama kemudian, dia tersedak sehingga muntah air dan makanan," kata Jaafar Saad, 56.

Jangan terburu-buru laksana e-undi - Ka Siong

Posted: 07 Feb 2019 06:58 AM PST

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu meneliti semasak-masaknya pelaksanaan pengundian secara elektronik (e-undi), dengan mengambil kira terlebih dulu persediaan dan kefahaman pengundi sebelum ia dilaksanakan.

Lelaki kurang siuman parah selepas curi lori

Posted: 07 Feb 2019 06:54 AM PST

MARAN: Seorang lelaki kurang siuman patah kedua tangannya apabila terbabit dalam kemalangan ketika cuba melarikan diri daripada ditahan orang ramai selepas dipercayai terbabit melarikan lori tiga tan di FELDA Jengka 9, Bandar Pusat Jengka, di sini, kelmarin.

Pesawat Norway patah balik susulan ancaman bom

Posted: 07 Feb 2019 06:40 AM PST

STOCKHOLM: Pesawat Norwegian Air Shuttle yang dalam perjalanan ke bandar Perancis di Nice kembali semula ke bandar Sweden di sini selepas menerima ancaman bom sejurus berlepas hari ini, kata syarikat penerbangan itu.

'Saya sempat jerit minta mereka naik cepat'

Posted: 07 Feb 2019 06:20 AM PST

KUALA NERANG: Ibu kepada dua mangsa lemas di Sungai Pedu berdekatan Bukit Sena, tengah hari tadi, hanya mampu melihat tangan anaknya terkapai-kapai sebelum mereka dibawa arus deras.

TPM bimbang peningkatan catatan palsu di media sosial

Posted: 07 Feb 2019 06:15 AM PST

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah catatan palsu di media sosial sejak kebelakangan ini, terutama yang membabitkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Permaisuri Johor ziarah keluarga Nurul Ain

Posted: 07 Feb 2019 06:13 AM PST

PASIR GUDANG: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan berangkat menziarahi keluarga mangsa lemas, Nurul Ain Sajali di Kampung Sepakat, Masai hari ini

Penerokaan haram di Bukit Kledang

Posted: 07 Feb 2019 06:10 AM PST

IPOH: Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) mengesahkan berlaku penerokaan tanah secara haram berhampiran Bukit Kledang, di sini bagi tujuan perladangan kelapa sawit.

Wisma Putra kemuka Nota Diplomatik kepada Kemboja

Posted: 07 Feb 2019 05:49 AM PST

PUTRAJAYA: Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh sudah mengemukakan Nota Diplomatik kepada Kementerian Luar Kemboja memohon supaya 47 tahanan warga Malaysia yang ditahan di negara itu dibebaskan.

Ringgit naik sedikit berbanding dolar AS semasa ditutup

Posted: 07 Feb 2019 05:38 AM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi hari ini berikutan mata wang tempatan mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak dan perbincangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China minggu depan, kata seorang peniaga.

Arab Saudi sedia rawat kembar Siam Yaman

Posted: 07 Feb 2019 05:04 AM PST

RIYADH: Pasukan perubatan Arab Saudi menawar diri merawat sepasang kembar Siam dari Yaman susulan rayuan daripada doktor di ibu kota ditawan pemberontak itu supaya bayi berkenaan menerima penjagaan pakar di luar negara.

TERKINI: Mayat Nur Ain ditemui

Posted: 07 Feb 2019 04:48 AM PST

KOTA TINGGI: Mayat kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri lemas ketika bermain air dalam tragedi di Pantai Tanjung Balau, dekat sini, semalam, ditemui orang awam jam 4.32 petang tadi.

Penerbangan lama penyebab berlaku pembekuan darah, risiko strok

Posted: 07 Feb 2019 04:19 AM PST

Duduk terlalu lama dalam kapal terbang untuk perjalanan jauh meningkatkan risiko strok, walaupun keadaan sedemikian jarang berlaku.

PPj pantau ancaman anjing liar

Posted: 07 Feb 2019 04:24 AM PST

PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya (PPj) akan memantau masalah ancaman anjing liar di pusat pentadbiran kerajaan di sini bagi menjamin keselamatan orang ramai.

'Peti sejuk' peniaga Rohingya ditunda DBKL

Posted: 06 Feb 2019 07:05 PM PST

KUALA LUMPUR: Taktik segelintir peniaga Rohingya menjadikan kenderaan tersadai sebagai stor penyimpanan sayur untuk dijual di pasar borong terbongkar selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan operasi menunda kenderaan tersadai, semalam.

TLHT gah juarai liga

Posted: 07 Feb 2019 03:48 AM PST

KUALA LUMPUR: Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) gah menjuarai Liga Hoki Wanita Malaysia (LHWM) 2019 ketika saingan masih berbaki satu perlawanan selepas menjinakkan KL Wipers 3-0 di Stadium Tun Razak, di sini, hari ini.

25 maut akibat demam campak di Filipina

Posted: 07 Feb 2019 03:39 AM PST

MANILA: Penularan wabak demam campak di Filipina sudah mengorbankan sekurang-kurangnya 25 orang pada hujung bulan lepas, kata pegawai hari ini.

Bongkak punca UMNO tewas - Mohamad

Posted: 07 Feb 2019 03:34 AM PST

SHAH ALAM: Tindakan mengetepikan pandangan golongan muda ketika mentadbir kerajaan antara faktor utama kejatuhan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Kementerian Luar sahkan 47 warga Malaysia ditahan di Kemboja

Posted: 07 Feb 2019 03:32 AM PST

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan laporan berhubung penahanan 47 rakyat Malaysia di Poi Pet, Bantey Meanchey, Kemboja sejak 11 Disember lalu atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian secara haram.

TERKINI: 3 sekeluarga lemas di Sungai Pedu

Posted: 07 Feb 2019 03:00 AM PST

PADANG TERAP: Tiga sekeluarga lemas, manakala seorang selamat selepas dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Pedu berdekatan Kampung Bukit Sena, tengah hari tadi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template