Friday, February 8, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Tidak timbul selepas selamatkan sekeluarga daripada lemas

Posted: 08 Feb 2019 09:20 AM PST

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita, anak perempuannya serta dua cucunya diselamatkan oleh tiga pemancing yang segera terjun ke Sungai Terengganu dekat Pulau Warisan, selepas kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm yang mereka naiki menggelungsur ke dalam sungai itu.

Tentera Zionis tembak mati remaja Palestin

Posted: 08 Feb 2019 08:47 AM PST

GAZA: Tentera Zionis menembak mati dua remaja Palestin termasuk seorang remaja lelaki berusia 14 tahun semasa bantahan di sempadan Gaza semalam, kata pegawai kesihatan Palestin.

10 maut kebakaran pusat latihan Flamengo

Posted: 08 Feb 2019 08:44 AM PST

RIO DE JANEIRO: Pihak berkuasa Brazil mengesahkan 10 mangsa maut dalam kebakaran yang menimpa pusat latihan kelab Flamengo di sini, lapor akhbar tempatan, semalam.

Cendol Musang King RM38 semangkuk memang berpatutan

Posted: 08 Feb 2019 08:28 AM PST

MELAKA: "Tidak tahu apa niat dia, tetapi ingin dimaklumkan yang harga itu memang berpatutan kerana itu cendol Musang King bukannya cendol biasa," kata pemilik Raja Cendol Taming Sari, Muhammad Ariff Qayyum Mohd Zambri, 25.

Tangani isu gaji tertunggak segera

Posted: 08 Feb 2019 08:05 AM PST

MELAKA: Kemelut isu gaji tertunggak dalam kalangan pemain di Liga Malaysia perlu ditangani segera memandangkan ia menjejaskan imej bola sepak Malaysia.

Liverpool untung berlipat ganda

Posted: 08 Feb 2019 07:59 AM PST

LONDON: Liverpool mengumumkan keuntungan pra cukai berjumlah 125 juta pound (RM680 juta) tahun lalu hasil kemaraan ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara serta penjualan bintang Brazil, Philippe Coutinho.

Perak, Kedah kongsi mata

Posted: 08 Feb 2019 07:37 AM PST

IPOH: Sokongan padu kira-kira 27,000 penonton yang dibekalkan tiket percuma gagal dimanfaatkan pasukan Perak dalam meraih mata penuh menentang Kedah dalam saingan Liga Super  di Stadium Perak, di sini malam ini.

Kelantan, Sabah 'liat' di Kota Bharu

Posted: 08 Feb 2019 07:25 AM PST

KOTA BHARU: Kelantan gagal bangkit di laman sendiri apabila sekadar seri 3-3 dengan Sabah dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, sebentar tadi. 

Selangor United terus malang

Posted: 08 Feb 2019 07:19 AM PST

KUALA TERENGGANU: Jaringan penalti Akanni Sunday Wasiu membolehkan skuad Terengganu FC II (TFC II) meneruskan rentak kemenangan selepas menumpaskan pendatang baharu, Selangor United 1- 0  pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sebentar tadi.

JDT mudah jinakkan KL

Posted: 08 Feb 2019 07:12 AM PST

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar kemenangan kedua berturut-turut selepas tidak berdepan masalah untuk menjinakkan Kuala Lumpur 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.

Perlis bangkit di Shah Alam

Posted: 08 Feb 2019 07:04 AM PST

SHAH ALAM: Perlis kembali memperagakan aura selaku pencabar Liga Perdana apabila 'memberi kuliah' kepada UiTM FC menerusi kemenangan 3-0 pada aksi kedua Liga Perdana di Stadium UiTM Shah Alam, hari ini.

Aliran trafik beberapa lebuh raya perlahan

Posted: 08 Feb 2019 07:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih perlahan setakat jam 9 malam ini.

7 dipenggal, 3 remaja perempuan diculik di utara Mozambique

Posted: 08 Feb 2019 06:54 AM PST

MAPUTO: Tujuh orang dipenggal dan tiga remaja perempuan diculik lelaki bersenjata di wilayah utara Cabo Delgado, Mozambique, awal Khamis, lapor Radio Mozambique (RM).

United fokus aksi Fulham

Posted: 08 Feb 2019 06:33 AM PST

MANCHESTER, United Kingdom: Ole Gunnar Solskjaer memberi amaran kepada pemain Manchester United agar tidak terlalu memberi tumpuan terhadap aksi Liga Juara-Juara berdepan Paris Saint-Germain. sebaliknya fokus mengekalkan prestasi terbaik Liga Perdana Inggeris berdepan Fulham malam esok.

Kontroversi eratkan hubungan Elvina, suami

Posted: 08 Feb 2019 06:29 AM PST

SHAH ALAM: Kontroversi yang melanda rumah tangga pelakon, Datin Elvina Mohamad, ketika sedang berpantang penghujung tahun lalu banyak mematangkan dirinya.

Pelakon Albert Finney meninggal dunia

Posted: 08 Feb 2019 06:30 AM PST

LONDON: Pelakon Britain, Albert Finney, meninggal dunia pada usia 82 tahun, kata jurucakap keluarganya hari ini.

Pemain jangan kecil hati - Dollah

Posted: 08 Feb 2019 06:25 AM PST

KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh tidak mahu anak buahnya berkecil hati apabila tidak disenaraikan dalam 18 pemain pada setiap perlawanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Keluarga Sala mula berkabung

Posted: 08 Feb 2019 06:16 AM PST

PARIS: Keluarga pemain Cardiff City Emiliano Sala berkata semalam, mereka sudah mula berkabung selepas mayat pemain itu dikenalpasti susulan penemuan bangkai pesawat itu di Selat Inggeris.

UiTM Lions pertaruh 21 pemain baharu

Posted: 08 Feb 2019 06:16 AM PST

SHAH ALAM: Pasukan Ragbi Univesiti Teknologi MARA (UiTM) Lions mempertaruhkan 21 muka baharu untuk beraksi dalam Kejohanan Liga Ragbi Premier Malaysia 2019, yang akan membuka tirai pada 17 Februari ini. 

Chong Wei buat kemunculan semula di Terbuka Malaysia

Posted: 08 Feb 2019 06:03 AM PST

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei hampir pasti membuat kemunculan semula pada saingan Terbuka Malaysia, April depan selepas berehat panjang susulan kanser hidung yang dihidapinya.

919 unit PPRT akan dibina guna teknologi IBS

Posted: 08 Feb 2019 05:49 AM PST

SEREMBAN: Sebanyak 60 peratus atau 919 unit kediaman baharu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) akan dibina di seluruh negara menggunakan teknologi Sistem Binaan Industri (IBS).

Kanak-kanak perempuan 11 tahun dihalang kahwin

Posted: 08 Feb 2019 05:45 AM PST

BUKIT MERTAJAM: Laporan polis yang dibuat seorang pengarah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini berjaya menggagalkan cubaan perkahwinan bawah umur membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Taman Senangin dekat sini, hari ini.

Bangladesh halang cubaan 30 pelarian Rohingya ke Malaysia

Posted: 08 Feb 2019 05:33 AM PST

TEKNAF: Pasukan keselamatan Bangladesh menghalang 30 pelarian Rohingya daripada diseludup ke Malaysia dengan bot, kata pegawai hari ini, ketika kebimbangan meningkat laut tenang mungkin menarik mereka yang tinggal di kem sesak untuk ke negara itu.

Dakwaan ijazah palsu: PPBM belum tahu perkara sebenar

Posted: 08 Feb 2019 05:25 AM PST

GEORGETOWN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih belum mengetahui perkara sebenar berhubung isu membabitkan kelayakan akademik Timbalan Menteri Luar, Senator Datuk Marzuki Yahya, yang didakwa palsu.

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur susulan jualan berterusan

Posted: 08 Feb 2019 05:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini berikutan jualan berterusan membabitkan saham-saham berkaitan indeks, didorong oleh kelemahan sentimen belian akibat prestasi serantau yang suram, kata peniaga.

Peneroka haram diarah baiki struktur tanah Bukit Kledang

Posted: 08 Feb 2019 05:08 AM PST

IPOH: Kerja-kerja membaiki struktur tanah di kawasan tanah milik Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) dan kerajaan negeri berhampiran Bukit Kledang yang diteroka secara haram, akan bermula dalam masa terdekat.

Husam tegaskan tidak dipanggil SPRM

Posted: 08 Feb 2019 05:05 AM PST

KOTA BHARU: Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Husam Musa, menegaskan beliau tidak pernah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung siasatan PAS didakwa menerima RM90 juta menerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib minta tangguh bicara kes SRC

Posted: 08 Feb 2019 04:58 AM PST

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram berhubung dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd (SRC) dihadapi Datuk Seri Najib Razak akan bermula Selasa ini seperti ditetapkan Mahkamah Tinggi.

Gempa bumi magnitud 6 landa Filipina

Posted: 08 Feb 2019 04:54 AM PST

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 6 pada skala Richter berlaku 146 kilometer (km) timur dari Surigao City, yang terletak di timur laut Pulau Mindanao, Filipina pada jam 7.55 malam ini.

Malaysia tempat kedua di Asia Tenggara dalam indeks IP antarabangsa

Posted: 08 Feb 2019 04:44 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia diletakkan di kedudukan kedua di Asia Tenggara oleh Global Innovation Policy Centre (GIPC) Dewan Perniagaan Amerika Syarikat dalam indeks harta intelek (IP) antarabangsa tahunan ketujuhnya.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template