Monday, March 11, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Taman Botani Negara ditutup hingga 31 Mac

Posted: 11 Mar 2019 07:40 AM PDT

SHAH ALAM: Taman Botani Negara di Bukit Cerakah di sini, ditutup kepada pengunjung sehingga 31 Mac ini bagi membolehkan kerja pembersihan dan pemulihan dijalankan susulan ribut yang melanda semalam.

Pencemaran Sungai Kim Kim: 207 individu dilaporkan terkesan

Posted: 11 Mar 2019 10:58 AM PDT

JOHOR BAHRU: Seramai 209 individu dilaporkan terkesan dengan pencemaran gas metana susulan tumpahan bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, sejak Khamis lalu sehingga jam 11 malam tadi.

Pencemaran berulang di 2 sekolah dikesali

Posted: 11 Mar 2019 10:50 AM PDT

JOHOR BAHRU: Insiden pencemaran sungai hingga menyebabkan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih, dekat sini, ditutup tengah hari semalam, di luar jangkaan dan amat dikesali, kata Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.

TERKINI: 104 penuntut PSAS dipindah susulan ribut

Posted: 11 Mar 2019 09:04 AM PDT

BEHRANG: Seramai 104 penuntut wanita Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) di sini dipindahkan dari asrama ke penempatan sementara susulan kejadian ribut di kawasan berkenaan, petang tadi.

Penyokong serang Grealish dipenjara 14 minggu

Posted: 11 Mar 2019 09:34 AM PDT

LONDON: Penyokong yang masuk ke tengah padang dan menyerang pemain tengah Aston Villa Jack Grealish ketika pertemuan tetangga Birmingham, dijatuhkan hukuman penjara 14 minggu hari ini.

Seni dan budaya cerminan ketamadunan negara - PM

Posted: 11 Mar 2019 09:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sesebuah negara bertamadun dibentuk oleh seni dan budaya yang berkembang mekar, dengan sumbangan hebat dan berinovasi yang membangkitkan kualiti terbaik dalam diri manusia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Judi dalam talian berpangkalan di China tumpas

Posted: 11 Mar 2019 07:50 AM PDT

KLANG: Sindiket judi dalam talian yang mengaut keuntungan lebih RM1 juta sehari di Bandar Parklands, di sini, tumpas selepas diserbu polis, kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Najib mahu mahkamah beri arahan kepada orang awam mengenai kesnya

Posted: 11 Mar 2019 05:39 AM PDT

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memohon Mahkamah Rayuan memberi arahan kepada orang awam dan media mengenai apa yang boleh dan dilarang untuk dibincang serta diterbitkan berhubung merit kes jenayah yang dihadapinya.

Gempa sederhana gegar utara Sumatera

Posted: 11 Mar 2019 08:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia, jam 9.26 malam ini.

Presiden Korea Selatan jadi tetamu diraja pertama Yang di-Pertuan Agong

Posted: 11 Mar 2019 08:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dan isteri, Kim Jung-sook akan mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia mulai esok hingga Khamis ini.

10 maut banjir di Mozambique

Posted: 11 Mar 2019 07:54 AM PDT

MAPUTO: Sekurang-kurangnya sepuluh orang maut dalam bencana banjir yang melanda dua wilayah di Mozambique, ketika jabatan meteorologi mengeluarkan amaran ribut taufan.

LPPKN dapat pengerusi baharu

Posted: 11 Mar 2019 07:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melantik Datuk Dr Narimah Awin sebagai Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berkuat kuasa kelmarin.

UPDATE : Seorang lagi murid meninggal dunia kes dirempuh pemandu mabuk

Posted: 11 Mar 2019 07:38 AM PDT

KOTA BELUD: Seorang lagi pelajar yang dirempuh kereta dipandu lelaki disyaki mabuk di Jalan Tempasuk 2, Kampung Tempasuk 2 di sini pagi tadi, meninggal dunia malam ini.

Pengasas Taliban tinggal di sebelah pangkalan AS - Biografi

Posted: 11 Mar 2019 07:34 AM PDT

KABUL: Pengasas Taliban, Mullah Omar tinggal dalam jarak berjalan kaki dari pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan selama bertahun, menurut buku baharu yang merujuk kegagalan memalukan perisikan negara Uncle Sam itu.

Aliran penumpang MAHB meningkat 5.1 peratus pada Februari

Posted: 11 Mar 2019 07:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rangkaian lapangan terbang kendalian Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gökçen Istanbul (SGIA), Turki melaporkan pertumbuhan aliran trafik sebanyak 5.1 peratus kepada 10.6 juta penumpang pada Februari 2019 berbanding 10.1 juta penumpang bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

TMJ beli Valencia?

Posted: 11 Mar 2019 07:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pertemuan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan pemilik kelab Valencia, Peter Lim di Turin beberapa hari lalu mencetuskan pelbagai tanda tanya.

Alam Maritim dapat kontrak carigali Hess bernilai RM40 juta

Posted: 11 Mar 2019 07:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Subsidiari milik penuh Alam Maritim Resources Bhd (Alam), Alam Maritim Sdn Bhd telah dianugerahi kontrak perkhidmatan pemeriksaan bawah air bernilai RM40 juta oleh Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd.

Shah Alam, Putrajaya rekod IPU tidak sihat

Posted: 11 Mar 2019 07:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan dua kawasan iaitu Shah Alam dan Putrajaya, merekodkan udara yang tidak sihat.

Polis sahkan terima laporan berhubung video simbah asid Mujahid

Posted: 11 Mar 2019 07:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini membuat laporan polis berhubung satu video berunsur ugutan mahu menyimbah asid terhadap Menterinya, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Jangan kacau tugas kami - Imam Algeria

Posted: 11 Mar 2019 05:54 AM PDT

ALGIERS: Ulama Algeria meminta Menteri Hal Ehwal Agama negara itu berhenti memaksa mereka membaca khutbah yang menyokong kerajaan.

Menteri kahwin dengan ketua pegawai eksekutif syarikat hartanah

Posted: 11 Mar 2019 07:10 AM PDT

PUTRAJAYA: Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin, melangsungkan perkahwinan dengan Ketua Pegawai Eksekutif IOI Properties Group Bhd, Lee Yeow Seng dalam satu majlis di sini, hari ini.

Tiada niat cetuskan spekulasi - Irfan Haris

Posted: 11 Mar 2019 06:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tidak pernah berdepan kontroversi dan gosip liar, tindakan penyanyi remaja, Irfan Haris memuat naik foto bersama seorang gadis di pelamin, baru-baru ini mencetuskan perdebatan peminat.

Dr Streram calon PH di PRK DUN Rantau

Posted: 11 Mar 2019 04:02 AM PDT

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S Streram, diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, pada 9 April depan.

Pengawal keselamatan cedera ribut di PSAS Behrang

Posted: 11 Mar 2019 06:20 AM PDT

BEHRANG: Seorang pengawal keselamatan cedera selepas ditimpa runtuhan siling bangunan asrama dalam kejadian ribut di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) di sini, petang tadi.

Maut dirempuh ketika bantu suami

Posted: 11 Mar 2019 06:20 AM PDT

JOHOR BAHRU: Seorang wanita maut dilanggar kenderaan belum dikenal pasti ketika cuba membantu suaminya selepas mereka terjatuh dari motosikal di Kilometer 21.1 Lebuhraya LinKedua arah selatan di Johor Bahru, hari ini.

MASkargo guna penyelesaian pengesanan pantau kontena dan palet

Posted: 11 Mar 2019 06:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) menjalin kerjasama dengan TW Control Sdn Bhd (TWC), CORE Transport Technologies (CORE) dan Nordisk Aviation Products (Nordisk) bagi penggunaan penyelesaian pengesanan bagi memantau kontena dan palet MASkargo.

Sariah Ali, seorang daripada kumpulan pertama Pasukan Polis Konstabel Wanita meninggal

Posted: 11 Mar 2019 06:01 AM PDT

TELUK INTAN: Sariah Ali, salah seorang daripada kumpulan pertama Pasukan Polis Konstabel Wanita negara, meninggal dunia di kediamannya di Taman Cecily, di sini, petang tadi.

Polis cari 2 suspek curi tabung masjid

Posted: 11 Mar 2019 06:01 AM PDT

TAWAU: Polis sedang mengesan dua suspek lelaki disyaki terbabit memecah tabung masjid sebuah sekolah menengah di sini, awal pagi tadi.

MRA, USIM jalin kerjasama kemasyarakatan

Posted: 11 Mar 2019 05:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysian Relief Agency (MRA) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi memperkukuh kerjasama dalam kerja kemasyarakatan.

Kelantan dominasi Sirkit Remaja Kebangsaan

Posted: 11 Mar 2019 05:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kontinjen Kelantan berada dalam kelas tersendiri apabila mendominasi saingan lelaki Bawah 16 tahun Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 100PLUS Divisyen Tiga (pusingan pertama) di Putrajaya hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template