BH Online - Terkini |
- 115 maut banjir di selatan Afrika
- Juruterbang lapor masalah kawalan pesawat - Jurucakap Ethiopian Airlines
- Jiran selamatkan warga emas didera dan dikurung
- Statut Rome: Menteri Luar menghadap Agong perjelas manfaat
- Dasar AP Terbuka rancak industri automotif usahawan Bumiputera
- Pertubuhan kebajikan wanita Rohingya diiktiraf dunia
- 'Pengewapan, cuaca luaskan kawasan tercemar'
- Calon SPM ambil keputusan di PPD Pasir Gudang
- Indah pujuk ibu bapa tinggalkan Pasir Gudang
- Semua 111 sekolah di Pasir Gudang diarah tutup
- 'Adik masih hidup'
- SKMM, Media Prima, 3 syarikat telekomunikasi lancar hab 'JomStudi' di Labu
- E! News sasar Gen Y
- Pelarian Rohingya dipindah di Bhashan Char bulan depan
- 'Robin Hood' misteri muncul di Sepanyol
- Bekas pemain hoki dalam dewan bimbang
- Mahkamah benarkan Razali batal saman Synergy Promenade
- 100 murid sekolah dikhuatiri terperangkap
- 'Terima kasih abang polis'
- Johor, Selangor, Sabah kuasai Divisyen 1
- Tambahkan keluasan TKPM di negeri
- Bakal pengantin maut rempuh jentera bomba
- <img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> Eksklusif: Siri Akhir Laporan Khas Harga Tiket Wayang - Tonton Filem Di Pawagam Aktiviti Mewah?
- Lelaki warga Filipina berbogel di Bukit Bintang
- 'Turun naik pasaran luar kawalan kerajaan'
- Empat penduduk tanah wakaf halang, cederakan penjawat didakwa esok
- Tukang sapu ditahan dera kanak-kanak
- Gomez berminat kembali ke Liga M
- Syakilla dapat sokongan Syed Saddiq
- MOM cadang bida Sukan Asia 2030
| 115 maut banjir di selatan Afrika Posted: 13 Mar 2019 10:57 AM PDT MAPUTO: Sekurang-kurangnya 115 orang maut di Mozambique, Malawi dan Afrika Selatan akibat hujan lebat sehingga menjejaskan 843,000 mangsa di seluruh tenggara Afrika, menurut pihak berkuasa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). |
| Juruterbang lapor masalah kawalan pesawat - Jurucakap Ethiopian Airlines Posted: 13 Mar 2019 10:48 AM PDT GORA-BOKKA: Juruterbang pesawat syarikat penerbangan Ethiopian Airlines yang terhempas sehingga mengorbankan 157 orang melaporkan masalah kawalan dalaman, syarikat itu, semalam. |
| Jiran selamatkan warga emas didera dan dikurung Posted: 13 Mar 2019 09:59 AM PDT BUKIT MERTAJAM: Seorang warga emas bukan saja didera sehingga mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan malah wanita itu turut dikurung di dalam rumah oleh anak dan menantunya dalam kejadian di Flat Sri Desa Wawasan, di sini. |
| Statut Rome: Menteri Luar menghadap Agong perjelas manfaat Posted: 13 Mar 2019 09:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Keputusan Malaysia memeterai Statut Rome pada 4 Mac lalu dipersetujui Jemaah Menteri selepas berpuas hati bahawa kedudukan dan kekebalan Yang di-Pertuan Agong kekal terpelihara. |
| Dasar AP Terbuka rancak industri automotif usahawan Bumiputera Posted: 13 Mar 2019 09:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Dasar Baharu Lesen Import (AP) Terbuka yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sejak 1 Januari lalu dijangka akan merancakkan lagi industri automotif di kalangan usahawan Bumiputera. |
| Pertubuhan kebajikan wanita Rohingya diiktiraf dunia Posted: 13 Mar 2019 07:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Calon Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) 2019 menyifatkan pencalonan itu sebagai pengiktirafan dunia kepada badan kebajikan di negara ini. |
| 'Pengewapan, cuaca luaskan kawasan tercemar' Posted: 13 Mar 2019 06:34 AM PDT PASIR GUDANG: Pencemaran sisa kimia berbahaya haram di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang menjangkau ke kawasan seluas 15 kilometer dari sungai berkenaan akibat pengewapan haba, angin kencang dan hujan. |
| Calon SPM ambil keputusan di PPD Pasir Gudang Posted: 13 Mar 2019 07:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari sekolah yang ditutup susulan bencana pencemaran sisa bahan kimia boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang selepas jam 10 pagi, esok. |
| Indah pujuk ibu bapa tinggalkan Pasir Gudang Posted: 13 Mar 2019 07:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi Indah Ruhaila risau mengenangkan nasib ibu bapa yang menetap di Pasir Gudang, Johor, sejak kes pembuangan sisa kimia berbahaya secara haram di Sungai Kim Kim, kecoh. |
| Semua 111 sekolah di Pasir Gudang diarah tutup Posted: 13 Mar 2019 08:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan mengarahkan semua 111 sekolah di daerah Pasir Gudang ditutup berkuat kuasa serta merta mulai hari ini hingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. |
| Posted: 13 Mar 2019 08:50 AM PDT PASIR GUDANG: "Anak saya masih hidup," kata Noor Atikah Daud, |
| SKMM, Media Prima, 3 syarikat telekomunikasi lancar hab 'JomStudi' di Labu Posted: 13 Mar 2019 09:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) komited memupuk kemahiran pengekodan dan robotik bagi memenuhi keperluan Revolusi Industri 4,0 (IR4.0). |
| Posted: 13 Mar 2019 08:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Media Prima Berhad (MPB) melalui platform digital dan TV3 membawakan saluran popular Hollywood, E! bagi menarik perhatian penonton dalam kalangan generasi muda (Gen Y). |
| Pelarian Rohingya dipindah di Bhashan Char bulan depan Posted: 13 Mar 2019 08:10 AM PDT DHAKA: Bangladesh mengumumkan proses pemindahan puluhan ribu pelarian Rohingya ke Bhashan Char, iaitu sebuah pulau di Teluk Bengal akan dimulakan bulan depan. |
| 'Robin Hood' misteri muncul di Sepanyol Posted: 13 Mar 2019 08:09 AM PDT MADRID: Penduduk di sebuah kampung kecil di Sepanyol tertanya-tanya, selepas seorang penderma misteri meninggalkan sampul surat mengandungi wang dalam peti surat atau di bawah pintu rumah mereka. |
| Bekas pemain hoki dalam dewan bimbang Posted: 13 Mar 2019 07:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas pemain hoki dalam dewan wanita negara, Nor Izaidah Ibrahim menyuarakan kebimbangan mengenai peluang pasukan Malaysia untuk meraih pingat pada Sukan SEA Filipina apabila menyaksikan terlalu ramai pemain muda diketengahkan kali ini. |
| Mahkamah benarkan Razali batal saman Synergy Promenade Posted: 13 Mar 2019 05:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim untuk membatalkan saman fitnah difailkan terhadapnya oleh syarikat pemaju perumahan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB). |
| 100 murid sekolah dikhuatiri terperangkap Posted: 13 Mar 2019 07:11 AM PDT LAGOS: Kira-kira 100 kanak-kanak dikhuatiri terperangkap, selepas sebuah bangunan yang turut menempatkan sekolah rendah runtuh di Lagos, Nigeria. |
| 'Terima kasih abang polis' Posted: 13 Mar 2019 07:06 AM PDT PERMAISURI: Tindakan pantas polis menyekat laluan keluar di Terminal Bas Bandar Permaisuri di sini, dapat mematahkan cubaan curi sebuah kenderaan dalam tempoh kurang 15 minit selepas ia dilarikan dari kawasan berhampiran stesen minyak Caltex di Sungai Tong, di sini, tengah hari tadi. |
| Johor, Selangor, Sabah kuasai Divisyen 1 Posted: 13 Mar 2019 05:34 AM PDT KUALA LUMPUR: Johor, Selangor dan Sabah masing-masing merangkul tiga kejuaraan pada aksi final Divisyen Satu Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 100PLUS yang berlangsung di Pulau Pinang, hari ini. |
| Tambahkan keluasan TKPM di negeri Posted: 13 Mar 2019 05:59 AM PDT SEREMBAN: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meminta setiap negeri menambah 2,000 hektar Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) bagi mengurangkan pengimportan makanan. |
| Bakal pengantin maut rempuh jentera bomba Posted: 13 Mar 2019 06:39 AM PDT KOTA BHARU: Seorang bakal pengantin maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh jentera bomba di persimpangan lampu isyarat Batu 4, Jalan Kuala Krai, di sini, petang tadi. |
| Posted: 13 Mar 2019 05:18 AM PDT Isu caj tontonan filem di pawagam yang dilihat tidak seragam membuka kepada cadangan agar diperkenalkan harga siling bagi tiket wayang. |
| Lelaki warga Filipina berbogel di Bukit Bintang Posted: 13 Mar 2019 04:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang individu dikesan berbogel sambil melakukan aksi lucah di hadapan sebuah pusat beli belah di sekitar Jalan Imbi, berhampiran persimpangan lampu isyarat Bukit Bintang, di sini, hari ini. |
| 'Turun naik pasaran luar kawalan kerajaan' Posted: 13 Mar 2019 02:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia masih kekal kukuh meskipun berdepan dengan situasi turun naik pasaran saham, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. |
| Empat penduduk tanah wakaf halang, cederakan penjawat didakwa esok Posted: 13 Mar 2019 05:57 AM PDT KEPALA BATAS: Empat individu yang ditahan kerana cuba menghalang operasi merobohkan rumah di Tanah Wakaf Abdul Cauder di Butterworth dan mencederakan seorang anggota polis Khamis lalu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok. |
| Tukang sapu ditahan dera kanak-kanak Posted: 13 Mar 2019 05:44 AM PDT LIMBANG: Seorang wanita yang bekerja sebagai tukang sapu ditahan polis bagi membantu siasatan kes dera membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang berada di bawah jagaannya. |
| Gomez berminat kembali ke Liga M Posted: 13 Mar 2019 05:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT) Mario Gomez mendedahkan ada pasukan Liga Malaysia (Liga M) menghubunginya. |
| Syakilla dapat sokongan Syed Saddiq Posted: 13 Mar 2019 05:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi akur kepada desakan atlet apabila bersetuju untuk memenuhi permintaan ratu karate negara, Syakilla Salni Jafry Krishnan menjalani latihan di Latvia pula. |
| MOM cadang bida Sukan Asia 2030 Posted: 13 Mar 2019 05:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan negara menganjurkan Sukan Komanwel 1998 dan juga beberapa kali muncul tuan rumah Sukan SEA, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini merasakan sudah tiba masanya negara menjadi penganjur tuan rumah Sukan Asia buat pertama kali pada edisi 2030 nanti. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment