Thursday, March 14, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


5 maut, 36 cedera jambatan runtuh di Mumbai

Posted: 14 Mar 2019 10:59 AM PDT

MUMBAI: Lima orang maut dan 36 mangsa lain cedera, selepas sebahagian jambatan pejalan kaki runtuh, ketika waktu sibuk di ibu wilayah kewangan India, Mumbai, semalam.

Ikat jamin kes aktres rasuah AS$1 juta

Posted: 14 Mar 2019 10:53 AM PDT

LOS ANGELES: Aktres Lori Loughlin tampil di mahkamah persekutuan di pinggir Los Angeles, semalam, selepas didapati mempunyai kaitan dengan kes penipuan kemasukan kolej besar-besaran membabitkan ramai selebriti dan Ketua Eksekutif utama industri di Amerika Syarikat (AS).

Hutan di Taman Bukit Mewah, Kajang terbakar

Posted: 14 Mar 2019 09:57 AM PDT

KAJANG: Kawasan hutan seluas dua hektar di Jalan Bukit Mewah, Taman Bukit Mewah, di sini, terbakar malam tadi.

Lelaki nyaris maut rumah kedai terbakar

Posted: 14 Mar 2019 09:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga negara Indonesia yang terperangkap di dalam sebuah unit rumah kedai yang terbakar di Taman Gemilang, di sini, berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Lelaki maut dilanggar selepas disyaki curi pisang

Posted: 14 Mar 2019 09:00 AM PDT

KUANTAN: Seorang lelaki yang dikatakan terbabit dalam kejadian curi, maut selepas dilanggar anak pemilik kebun pisang di Kampung Paya Lang, Mengkuang, Bera di sini, hari ini.

FELCRA akan minta Malaysia haramkan produk EU

Posted: 14 Mar 2019 08:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: FELCRA Bhd (FELCRA) akan meminta kerajaan menyekat kemasukan produk dan perkhidmatan Kesatuan Eropah (EU) sebagai tindakan balas terhadap keputusan kesatuan itu yang mengklasifikasikan minyak sawit bukan bahan api hijau.

Pelajar cemerlang SPM maut nahas motosikal

Posted: 14 Mar 2019 08:26 AM PDT

JITRA: Seorang pelajar lelaki yang memperoleh 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan hari ini, meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 33.6 berhampiran susur keluar Bandar Darulaman, di sini.

Program Pro Du-it diperluas ke seluruh negara

Posted: 14 Mar 2019 08:29 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan menjalin kerjasama dengan Johor Corporation (JCorp) bagi mengembangkan inisiatif celik kewangan Pro Du-It ke seluruh negara.

Sisa kimia dikesan di Sungai Klang

Posted: 14 Mar 2019 06:54 AM PDT

KLANG: Sebahagian daripada Sungai Klang di sini dikesan dicemari dengan bahan kimia yang masih belum dikenal pasti, dipercayai dilakukan pihak tertentu.

Miskin tidak halang cemerlang SPM

Posted: 14 Mar 2019 07:31 AM PDT

LANGKAWI: Berstatus anak yatim dan dipelihara ibu yang bekerja pembantu tukang masak tidak menghalang Mubarak Musa mencatatkan keputusan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Negara lain tuntut hak jika gagal pertahankan seni

Posted: 14 Mar 2019 07:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kegagalan mempertahankan seni budaya warisan seperti makyung dan wayang kulit mungkin menyebabkan ia menjadi milik negara lain.

OKU pendengaran menang peraduan Jom Selawat BH

Posted: 14 Mar 2019 04:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Peserta orang kelainan upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 29, dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama peraduan Jom Selawat yang diadakan sempena kempen #JomCintaNabi.

Kesusahan keluarga pendorong cemerlang SPM

Posted: 14 Mar 2019 07:04 AM PDT

ALOR SETAR: Kesusahan menjaga ibu akibat strok tidak menghalang seorang anak mendapat 9A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Presiden Palestin selar AS cuba putar belit fakta

Posted: 14 Mar 2019 07:00 AM PDT

RAMALLAH: Jurucakap Presiden Palestin, Mahmud Abbas mengutuk tentera Amerika Syarikat (AS) untuk tidak lagi merujuk Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Bukit Golan sebagai wilayah dijajah dalam laporan hak asasi manusia tahunannya.

Tiada keperluan isytihar darurat, pindah penduduk - PM

Posted: 14 Mar 2019 05:40 AM PDT

PASIR GUDANG: Perdana Menteri menegaskan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Pasir Gudang susulan pencemaran bahan kimia dan kerajaan tiada rancangan untuk memindahkan penduduk kawasan itu.

Jangan menilai, ia hanya pertemuan biasa

Posted: 14 Mar 2019 06:56 AM PDT

BANGI: Pertemuan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, dengan pendakwah kontroversi, Zakir Naik semalam, adalah pertemuan biasa.

Pegawai TLDM direman bantu siasatan kes rasuah

Posted: 14 Mar 2019 06:42 AM PDT

IPOH: Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat Leftenan Komander dibenarkan reman selama enam hari oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah.

AmInvestment gondol enam anugerah serantau

Posted: 14 Mar 2019 06:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: AmInvestment Bank Bhd telah memenangi enam anugerah serantau setakat ini.

Diejek kerana cacat tidak halang dapat 9A

Posted: 14 Mar 2019 06:34 AM PDT

KUALA PILAH: Ejekan rakan sekolah terhadap kecacatan fizikal dialami tidak menghalang pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Tuanku Jaafar mendapat 9A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

UMNO, PAS Perak bertemu secara rasmi bincang muafakat

Posted: 14 Mar 2019 06:32 AM PDT

IPOH: UMNO dan PAS Perak secara rasmi mengadakan mesyuarat bersama kali pertama malam semalam bagi membincangkan persetujuan dan permuafakatan membabitkan dua parti itu sebagaimana yang sudah dilaksanakan di peringkat pusat.

31 pengganas maut serangan udara di Afghanistan

Posted: 14 Mar 2019 06:24 AM PDT

GHAZNI: Seramai 31 militan kebanyakannya dipercayai pejuang Al-Qaeda terbunuh dalam serangan udara di tenggara Afghanistan, menurut pihak berkuasa negara itu, hari ini.

Pertimbang hukuman lebih berat - PM

Posted: 14 Mar 2019 06:14 AM PDT

PASIR GUDANG: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan mempertimbangkan keperluan mengkaji semula semula undang-undang berkaitan alam sekitar bagi memberi hukuman lebih berat, susulan kejadian pencemaran gas di Pasir Gudang.

Indonesia mahu hantar bantuan siasat nahas Ethiopian Airlines

Posted: 14 Mar 2019 06:10 AM PDT

JAKARTA : Indonesia bercadang menghantar bantuan berupa inspektor penerbangan dan pegawai dari agensi keselamatan pengangkutan negara itu ke Habsyah bagi membantu siasatan nahas pesawat Boeing 737 MAX 8.

PAC cadang kerajaan sedia SOP selenggara aset KSNBJ

Posted: 14 Mar 2019 04:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan kerajaan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) penyelenggaraan secara menyeluruh bagi memastikan aset Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil (KSNBJ) dapat digunakan dengan baik dalam jangka masa panjang.

Hafizh rujuk Zarco baiki prestasi

Posted: 14 Mar 2019 05:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengakui dia menjadikan Johann Zarco sebagai sumber rujukan dalam usaha memperbaiki prestasi selepas bergelut dalam aksi pembukaan Grand Prix Qatar, Ahad lalu.

TPA-M13 selamat kembali di tanah air

Posted: 14 Mar 2019 05:35 AM PDT

SUBANG: Tim Pemantau Antarabangsa-Mindanao (TPA-M13) yang dianggotai 16 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi keselamatan negara ini selamat tiba di sini, hari ini, selepas setahun berkhidmat di Filipina.

'Kami pindah sendiri sebab bimbangkan keselamatan'

Posted: 14 Mar 2019 05:31 AM PDT

JOHOR BAHRU: Penduduk Taman Pasir Putih, di sini yang terjejas akibat pencemaran gas kimia berpunca dari Sungai Kim Kim, mengambil tindakan berpindah sementara atas inisiatif sendiri.

SIC bimbang isu status AAM

Posted: 14 Mar 2019 05:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali bimbang dengan isu menyelubungi Persatuan Automobil Malaysia (AAM) selepas Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) dilaporkan melucutkan status badan sukan berkenaan.

Murid, pelajar terjejas dapat pampasan

Posted: 14 Mar 2019 03:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Murid dan pelajar yang terjejas dan dimasukkan ke hospital kesan pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor akan memperoleh pampasan.

Kerah lebih banyak aset ke kawasan terjejas

Posted: 14 Mar 2019 03:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan sedia untuk menggerakkan lebih banyak aset dan keupayaannya ke kawasan terjejas susulan pencemaran toksid di Sungai Kim Kim Pasir Gudang, Johor.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template