Friday, March 15, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Tiga beranak maut kemalangan

Posted: 15 Mar 2019 10:30 AM PDT

MACHANG: Seorang bapa dan dua anaknya maut dalam kemalangan membabitkan bas dan motosikal di Kilometer 1.9 Jalan Machang-Pasir Puteh, malam tadi.

Exco, ADUN bersama anggota keluarga mangsa ke Christchurch

Posted: 15 Mar 2019 09:33 AM PDT

GEORGETOWN: Wakil kerajaan negeri Pulau Pinang akan bersama-sama anggota keluarga Rahimi Ahmad, mangsa yang cedera dalam insiden tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand, ke negara itu, esok.

Jual harga asli tetapi produk tiruan

Posted: 15 Mar 2019 06:03 AM PDT

PUTRAJAYA: Produk dijual pada harga kira-kira sama dengan yang tulen namun ia sebenarnya adalah tiruan.

Bandar Christchurch diarah tutup - Polis New Zealand

Posted: 14 Mar 2019 09:12 PM PDT

CHRISTCHURCH: Polis New Zealand dikerah menutup bandar ini susulan insiden tembakan di sebuah masjid yang sedang penuh sesak di sini, hari ini.

Kenyataan Senator Anning jelik dan tidak masuk akal

Posted: 15 Mar 2019 09:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menyifatkan kenyataan Senator Fraser Anning dari Australia yang menyalahkan program imigresen dan Islam sebagai punca insiden penembakan di Christchurch sebagai tindakan jelik dan tidak masuk akal.

Solskjaer kembali ke Camp Nou bawa misi besar

Posted: 15 Mar 2019 08:36 AM PDT

PARIS: Manchester United akan berdepan Barcelona pada suku akhir Liga Juara-Juara yang akan membawa kembali Ole Gunnar Solskjaer ke Camp Nou, tempat pengendali dari Norway itu membawa United menang kejuaraan pada 1999 dengan menewaskan Bayern Munich.

Remaja Malaysia lari 1.5 km selamatkan diri

Posted: 15 Mar 2019 08:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang remaja Malaysia terpaksa memanjat tembok masjid dan berlari sejauh hampir 1.5 kilometer untuk menyelamatkan diri dalam serangan pengganas di Christchurch, New Zealand, hari ini.

Fasa peralihan monsun bermula Selasa ini

Posted: 15 Mar 2019 07:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka memasuki fasa peralihan monsun mulai Selasa ini, yang lazimnya akan berlaku ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang.

AS sekat visa kakitangan ICC - Pompeo

Posted: 15 Mar 2019 07:50 AM PDT

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan melaksanakan sekatan visa ke atas individu bertanggungjawab terhadap mana-mana siasatan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Lelaki hidap angin ahmar rentung, anak lelaki cedera

Posted: 15 Mar 2019 07:41 AM PDT

KOTA BHARU: Seorang warga emas yang menghidap angin ahmar rentung, manakala anak lelakinya cedera dalam kebakaran lima rumah setinggan di Kampung Panchor, Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

AS harap Pyongyang teruskan rundingan

Posted: 15 Mar 2019 07:39 AM PDT

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo berharap rundingan penghapusan senjata nuklear dengan Korea Utara diteruskan, susulan laporan Pyongyang mungkin menggantung rundingan, hari ini.

Man City 'yakin' berdepan Spurs

Posted: 15 Mar 2019 07:38 AM PDT

LONDON: Pengarah bola sepak Manchester City, Txiki Begiristain berkata hari ini, pendahulu Liga Perdana itu "yakin" mereka boleh menewaskan Tottenham pada suku akhir Liga Juara-Juara tetapi tetap bimbang dengan ancaman boleh diberikan skuad Mauricio Pochettino.

Suami, anak-anak baru dua bulan menetap di Christchurch - Zurinawati

Posted: 15 Mar 2019 07:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Terdapat kemungkinan seorang lagi rakyat Malaysia cedera dalam serangan pengganas di Christchurch pada Jumaat, menjadikan jumlah kesemuanya tiga orang.

Klopp beri amaran hormati Porto

Posted: 15 Mar 2019 07:27 AM PDT

LONDON: Jurgen Klopp menegaskan Liverpool tidak memandang rendah Porto selepas diundi berdepan pasukan bukan pilihan dari Portugal itu pada suku akhir Liga Juara-Juara, hari ini.

Tentera New Zealand letupkan beg dicurigai kandungannya

Posted: 15 Mar 2019 01:17 AM PDT

CHRISTCHURCH: Tentera New Zealand meletupkan dua beg yang dibiarkan berhampiran stesen kereta api Auckland hari ini susulan tahap ancaman keselamatan negara itu yang dinaikkan ke paras tertinggi akibat serangan bersenjata ke atas dua masjid di sini.

Kerajaan Pusat peruntukan RM12 juta atasi masalah air di Chini

Posted: 15 Mar 2019 07:13 AM PDT

KUANTAN: Kerajaan Pusat menyediakan peruntukan sebanyak RM12 juta bagi membantu menyelesaikan masalah bekalan air yang kini dihadapi penduduk di Chini, Pekan menerusi pembinaan sebuah sebuah kolam takungan baharu di Loji Rawatan Air (LRA) Chini.

Perlu ada peraturan sesuai memberi AP - PM

Posted: 15 Mar 2019 07:04 AM PDT

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau masih berpendirian perlu ada peraturan yang sesuai berhubung pemberian Lesen Import (AP) di negara ini.

Bintang All Black doakan mangsa tembakan

Posted: 15 Mar 2019 07:00 AM PDT

CHRISTCHURCH: Bintang ragbi All Blacks, Sonny Bill Williams berkata beliau mendoakan mangsa pembunuhan beramai di masjid Christchurch berada dikalangan 'ahli syurga' dalam satu kiriman video penuh emosi, hari ini.

PKR kutuk serangan pengganas di New Zealand

Posted: 15 Mar 2019 05:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: PKR menzahirkan rasa sedih serta mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam terhadap umat Islam yang sedang menunggu untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood, Christchurch, New Zealand.

Dua wartawan alami Simptom Kim Kim

Posted: 15 Mar 2019 06:10 AM PDT

PASIR GUDANG: Dua wartawan Media Prima Bhd yang membuat liputan pencemaran sisa kimia berbahaya di Sungai Kim Kim, di sini, menjadi mangsa terbaharu kes berkenaan.

Boustead Holdings jual Hotel Royale Chulan Bukit Bintang RM197 juta

Posted: 15 Mar 2019 06:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Boustead Hotel & Resorts Sdn Bhd, anak syarikat milik Boustead Properties Bhd, memeterai perjanjian jual beli dengan Every Room A Home Sdn Bhd, bagi melupuskan asetnya, Hotel Royale Chulan Bukit Bintang dengan nilai tunai RM197 juta.

Ibu, abang Rahimi berlepas ke New Zealand esok

Posted: 15 Mar 2019 06:35 AM PDT

GEORGETOWN: Keluarga salah seorang rakyat Malaysia yang terbabit dalam tragedi tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand, iaitu Rahimi Ahmad, akan diterbangkan ke negara itu esok.

Bahan buangan dipercayai sisa kimia ditemui di Pulau Pinang

Posted: 15 Mar 2019 06:30 AM PDT

BUKIT MERTAJAM: Beberapa timbunan bahan buangan dipercayai sisa kimia ditemui di ladang kelapa sawit, Bukit Teh, di sini.

MFL tamatkan kontrak dengan TM

Posted: 15 Mar 2019 06:23 AM PDT

JOHOR BAHRU: Demi kelangsungan bola sepak negara, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) terpaksa mengambil keputusan berat 'memutuskan hubungan' bersama penaja rasmi, Telekom Malaysia (TM).

Ronald akan letak jawatan Pengerusi PAC jika diminta PM

Posted: 15 Mar 2019 06:19 AM PDT

PUTRAJAYA: Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Ronald Kiandee, berkata beliau hanya akan meletak jawatan jika diminta berbuat demikian oleh Perdana Menteri.

Arsenal jumpa Napoli suku akhir Liga Europa

Posted: 15 Mar 2019 06:20 AM PDT

NYON, Switzerland: Arsenal akan berdepan Napoli dalam pertembungan dua pasukan pilihan untuk memenangi Liga Europa selepas diundi bersama, sebentar tadi.

Projek Track beri atlet pengalaman kerja

Posted: 15 Mar 2019 06:17 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini memperkenalkan Projek Track yang bakal memberikan peluang kepada atlet negara menimba pengalaman pekerjaan sebenar di sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai persediaan selepas persaraan dari bidang sukan.

Menangis dapat berita tembakan di New Zealand

Posted: 15 Mar 2019 06:12 AM PDT

ALOR SETAR: Zarina Shuib, 53, menangis serta merta apabila dimaklumkan adik bongsunya, Mohd Tarmizi, 42 antara yang terbabit dalam kejadian tembakan rambang di New Zealand, hari ini.

Boustead semak semula harga kontrak kapal

Posted: 15 Mar 2019 04:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Boustead Holdings Bhd hari ini mengumumkan semakan terma kontrak bagi pembekalan empat kapal pesisir kepada Tentera Laut Diraja Malaysia.

Seluas 680 meter sudah dibersihkan - Bee Yin

Posted: 15 Mar 2019 05:57 AM PDT

PASIR GUDANG: Kawasan seluas 680 meter daripada 1.5 kilometer paling tercemar di Sungai Kim Kim sudah dibersihkan sehingga jam 4 petang tadi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template