Monday, March 18, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Pusat Pengajian Universiti Oxford Asia Tenggara pemangkin kembangkan ilmu

Posted: 18 Mar 2019 11:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah penubuhan Pusat Pengajian Universiti Oxford Asia Tenggara diharap dapat menjadi pemangkin dalam mengembangkan ilmu pengetahuan mengenai rantau ini ke seluruh dunia.

Terkini: Suspek tembakan Utrecht berjaya diberkas

Posted: 18 Mar 2019 10:57 AM PDT

UTRECHT: Polis Belanda menahan seorang lelaki keturunan Turki yang disyaki terbabit dalam insiden tembakan di Utrecht, semalam, sehingga mengorbankan tiga mangsa dan mencederakan lima yang lain, kata pihak berkuasa.

Jasad 2 mangsa gempa bumi Lombok dibawa pulang hari ini

Posted: 18 Mar 2019 10:54 AM PDT

JAKARTA: Jasad dua rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian gempa bumi dan tanah runtuh di Lombok kelmarin, dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5.10 petang hari ini.

Rakyat Malaysia cerita detik tembakan di Utrecht

Posted: 18 Mar 2019 10:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Keadaan agak kecoh dengan bunyi siren polis dan ambulans selain bunyi helikopter lalu-lalang sekitar lokasi kejadian.

Bekalan air terjejas akibat gangguan elektrik di Seri Kembangan

Posted: 18 Mar 2019 10:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekalan air di 59 kawasan Petaling, Hulu Langat dan Sepang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik menyebabkan beberapa rumah pam di kawasan sekitar Seri Kembangan, dekat sini, terhenti operasi lewat petang semalam.

Serangan tembakan di Belanda disebabkan isu keluarga

Posted: 18 Mar 2019 10:18 AM PDT

ANKARA: Suspek 37 tahun dalam insiden tembakan 'bermotifkan keganasan' dalam sebuah tram di bandar Utrecht, Belanda dikatakan menyasarkan salah seorang ahli keluarganya, lapor beberapa media Turki.

PAS, UMNO tak akan 'berkahwin'

Posted: 18 Mar 2019 09:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS dan UMNO tidak akan 'berkahwin' kerana kerjasama kedua-dua parti itu umpama ikatan adik-beradik yang diharamkan melangsungkan perkahwinan.

SKMM tubuh jawatankuasa khas perkasa industri pos, kurier

Posted: 18 Mar 2019 10:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memperkasa dan meneliti dasar baharu dalam memastikan industri pos dan kurier negara dapat bersaing secara mampan.

Tuduhan penderaan seks kakitangan PBB meningkat

Posted: 18 Mar 2019 09:46 AM PDT

NEW YORK: Sebuah laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diterbitkan, semalam, menunjukkan dakwaan penderaan seks dan salah laku seks oleh kakitangan badan dunia itu kian meningkat.

BERNAS perlu sahut cabaran giatkan teknologi pertanian

Posted: 18 Mar 2019 09:27 AM PDT

SERI KEMBANGAN: Agensi Padiberas Nasional Malaysia (BERNAS) dinasihatkan tidak berasa terlalu selesa dengan kejayaan yang dikecapi dalam membantu golongan petani dan pesawah membangunkan industri padi dan beras negara.

Ketua balai polis, pegawai bomba ditahan lindungi rumah urut

Posted: 18 Mar 2019 09:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang ketua balai polis antara 16 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima wang sogokan untuk melindungi premis urut di sekitar ibu kota.

Azizulhasni, Siti Rahmah terima anugerah

Posted: 18 Mar 2019 09:08 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang dan pesilat kebangsaan, Siti Rahmah Mohamed Nasir masing-masing dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Terengganu 2018 pada Majlis Anugerah Sukan Terengganu (AST) di Dewan Arena Stadium Tertutup Gong Badak, sebentar tadi.

Duta AS ketuai tunjuk perasaan bela Israel

Posted: 18 Mar 2019 09:04 AM PDT

GENEVA: Duta Amerika Syarikat (AS) ke Jerman mengetuai bantahan di luar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menentang kebencian terhadap Israel di Majlis Hak Asasi Manusia, ketika negara dunia membahaskan resolusi untuk mengutuk negara Yahudi itu.

Mangsa gempa di Lombok jalani pembedahan, lepas tahap kritikal

Posted: 18 Mar 2019 08:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keadaan Shen Pek Chan, seorang mangsa yang cedera parah dalam kejadian gempa bumi dan tanah runtuh di Lombok, semalam, dilaporkan sudah melepasi tahap kritikal selepas menjalani pembedahan otak di Hospital Lombok hari ini.

Hutan Bukit Berapit terbakar

Posted: 18 Mar 2019 08:47 AM PDT

BUKIT MERTAJAM: Kawasan hutan seluas 0.4 hektar di Bukit Berapit, di sini, terbakar petang tadi.

JAS diarah siasat lokasi baharu pembuangan sisa kimia - MB Johor

Posted: 18 Mar 2019 08:38 AM PDT

PASIR GUDANG: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor diarah untuk segera menyiasat lokasi baharu pembuangan sisa kimia.

LIMA'19: Pesawat Ilyushin IL-76 tiba di Langkawi

Posted: 18 Mar 2019 08:33 AM PDT

LANGKAWI: Pesawat pengangkut strategik serbaguna Russia, Ilyushin IL-76 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di sini, hari ini.

Suspek kes buang sisa minyak ditahan

Posted: 18 Mar 2019 08:29 AM PDT

KLANG: Polis petang tadi berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pembuangan sisa minyak di Sungai Klang berdekatan Taman Eng Ann, Khamis lalu.

Terkini - Polis Belanda buru lelaki Turki tembak 3 mangsa

Posted: 18 Mar 2019 08:00 AM PDT

UTRECHT: Seorang penyerang bersenjata menembak mati tiga orang dan mencederakan sembilan lain dalam sebuah tram di bandar Belanda di sini hari ini dan polis berkata, mereka memburu lelaki Turki berusia 37 tahun dalam serangan dianggap berunsur keganasan.

Tunisia mohon ekstradisi adik ipar bekas presiden

Posted: 18 Mar 2019 07:43 AM PDT

TUNIS: Tunisia memohon ekstradisi adik ipar presiden disingkir Zine El-Abidine Ben Ali, Belhassen Trabelsi, yang ditahan di Perancis dan dikehendaki negaranya atas tuduhan penipuan.

Nestle perkenal kiosk aiskrim berkuasa solar pertama di dunia

Posted: 18 Mar 2019 07:12 AM PDT

PETALING JAYA: Nestle Ice Cream hari ini melancarkan kiosk aiskrim berkuasa solar di Malaysia, pertama di dunia, sejajar dengan usaha syarikat itu untuk menangani perubahan iklim.

Terapung hampir 10 jam di laut

Posted: 18 Mar 2019 07:02 AM PDT

ROMPIN: Lapan pemancing terpaksa mengharungi kepenatan dan kesejukan selepas terapung hampir 10 jam di tengah laut sebelum diselamatkan oleh sebuah bot pukat jerut.

Tiada asas salahkan YTL

Posted: 18 Mar 2019 06:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: YTL Corporation Berhad (YTL) berkata tiada asas untuk membuat kesimpulan bahawa syarikat itu bertanggungjawab terhadap kelemahan projek marina awam Pulau Mentagor, Perak.

Mahkamah junta siasat dakwaan pembunuhan Rohingya

Posted: 18 Mar 2019 06:29 AM PDT

YANGON: Junta Myanmar berkata hari ini, ia menubuhkan sebuah mahkamah tentera untuk menyiasat tindakan ke atas minoriti Islam Rohingya pada 2017 yang memaksa lebih 730,000 pelarian berkenaan lari ke negara jiran Bangladesh.

Tong dipercayai berisi sisa kimia ditemui di Sungai Masai pula

Posted: 18 Mar 2019 06:28 AM PDT

PASIR GUDANG: Selepas Sungai Kim Kim dan Sungai Sembilang, satu lagi lokasi baharu iaitu Sungai Masai, di sini, dipercayai menjadi tempat pembuangan sisa kimia berbahaya.

'Saya sedia undur jika gagal'

Posted: 18 Mar 2019 05:05 AM PDT

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sentiasa meletakkan sasaran tertinggi buat skuad kebangsaan dan berpegang teguh dengan pendirian untuk memikul tanggungjawab terhadap apa yang berlaku.

Terima pencalonan bukan kejar populariti

Posted: 18 Mar 2019 06:10 AM PDT

PETALING JAYA: Keputusan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menerima pencalonan merebut jawatan Exco Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tidak hanya mengejar populariti semata-mata.

Les' Copaque tandatangani MoU dengan BAGIA

Posted: 18 Mar 2019 06:05 AM PDT

SHAH ALAM: Les' Copaque Production (LCP) Sdn Bhd hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Beijing Animation and Gaming Industry Association (BAGIA) bagi mewujudkan kerjasama berkaitan industri animasi dan permainan video.

Terlepas hukuman mati bunuh bekas isteri, anak tiri

Posted: 18 Mar 2019 05:58 AM PDT

SANDAKAN: Seorang lelaki warga Indonesia terlepas hukuman mati selepas dakwaan membunuh ditukar kepada membunuh tanpa niat di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Pesawat Boeing terbabit nahas ada 'persamaan jelas'

Posted: 18 Mar 2019 05:55 AM PDT

NEW YORK: Perakam data penerbangan yang ditemui pada bangkai Boeing 737 MAX yang terhempas di Habsyah dan Indonesia menunjukkan 'persamaan jelas', menurut kenyataan Addis Ababa semalam.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template