BH Online - Terkini |
- Wisma Putra masih tunggu maklumat nasib Haziq
- Ular 'tumpang tidur' di tingkat 14
- Majikan, 2 rakan dipercayai bunuh pekerja
- Pemandu Itali marah bakar bas sekolah penuh pelajar
- Lapangan Saujana unik, sukar buat pemain Eropah - Harrington
- Gavin optimis hadapi Kejohanan Golf Maybank 2019
- Pelajar bunuh profesor anjur majlis campur jantina
- Telefon bimbit saksi rakam kejadian hilang
- Cukai hiburan rencat jualan tiket GP Malaysia
- Klopp mahu Salah jadikan Mane inspirasi
- Jenayah perang Bosnia, Karadzic dipenjara seumur hidup
- Ditahan kerana hisap rokok pelik
- Kejohanan Pemain Golf Amatur Dunia dilancar
- Industri keselamatan swasta turut menyumbang ekonomi negara
- Singapura ranap impian Harimau Malaya
- Siti Rahmah timbang tukar kerjaya
- Wajib menang temu India
- Dua kementerian bincang kerjasama urus hospital pengajar universiti awam
- Belasah, bakar isteri kerana cemburu
- Pekerja Dubai dipecat rai kematian mangsa Christchurch
- Buruh mengaku guna kekerasan jenayah terhadap isteri
- Malaysia mudah jinak Macau
- Permusuhan kelab tiada di kem England - Kane
- Rashidi, Vanidah bercerai Ogos tahun lalu
- Muhammad Hilman jadi Ikon Muda Koperasi
- Kakitangan MAHB dikebumikan di Batu Gajah
- Bumbung rumah diterbangkan puting beliung
- Jaguh dunia dominasi calon Anugerah SAM-100PLUS 2018
- Lelaki sesak nafas dalam pesawat meninggal dunia
| Wisma Putra masih tunggu maklumat nasib Haziq Posted: 20 Mar 2019 10:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Luar masih menunggu maklumat rasmi mengenai nasib remaja Malaysia, Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang dilaporkan hilang ketika insiden tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu. |
| Ular 'tumpang tidur' di tingkat 14 Posted: 20 Mar 2019 10:50 AM PDT KUALA TERENGGANU: Tidur seorang remaja perempuan terganggu selepas dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa sepanjang dua meter di atas katil rumahnya di Tingkat 14, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran di sini, semalam. |
| Majikan, 2 rakan dipercayai bunuh pekerja Posted: 20 Mar 2019 10:27 AM PDT BUKIT MERTAJAM: Helah seorang majikan cuba memalsukan punca kematian pekerjanya gagal apabila dia ditahan selepas dipercayai membunuh mangsa di Taman Chai Leng, Perai di sini, malam tadi. |
| Pemandu Itali marah bakar bas sekolah penuh pelajar Posted: 20 Mar 2019 10:13 AM PDT MILAN: Seorang pemandu membakar bas yang penuh dengan kanak-kanak sekolah di pinggir Milan, semalam, sebagai protes terhadap insiden pendatang lemas di Mediterranean, kata pihak berkuasa Itali. |
| Lapangan Saujana unik, sukar buat pemain Eropah - Harrington Posted: 20 Mar 2019 10:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Kapten pasukan Eropah bagi Piala Ryder 2020, Padraig Harrington menganggap lapangan Kelab Saujana Golf & Country (yang menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Golf Maybank 2019 menawarkan ujian getir buat pemain dari benua berkenaan. |
| Gavin optimis hadapi Kejohanan Golf Maybank 2019 Posted: 20 Mar 2019 10:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Gavin Kyle Green mengharungi prestasi naik turun sejak kebelakangan ini namun dia bersedia mengubah nasibnya apabila Kejohanan Golf Maybank 2019 menyingkap tirai di Kelab Saujana Golf & Country, esok. |
| Pelajar bunuh profesor anjur majlis campur jantina Posted: 20 Mar 2019 09:57 AM PDT ISLAMABAD: Seorang pelajar di Pakistan ditahan, semalam, selepas menikam seorang profesor sehingga mati kerana menganjurkan majlis yang membenarkan pengunjung lain jantina bercampur. |
| Telefon bimbit saksi rakam kejadian hilang Posted: 20 Mar 2019 03:37 AM PDT SHAH ALAM: Telefon bimbit yang digunakan untuk merakam kejadian membabitkan dua kenderaan bomba ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ Subang, November tahun lalu, hilang semalam. |
| Cukai hiburan rencat jualan tiket GP Malaysia Posted: 20 Mar 2019 09:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Penetapan kerajaan Selangor mengenakan cukai hiburan sebanyak 25 peratus kepada semua tiket sukan permotoran di Sirkit Antarabangsa Sepang (SIC) sedikit sebanyak 'mengganggu' jualan tiket Grand Prix (GP) Malaysia yang dijadual, 3 November ini. |
| Klopp mahu Salah jadikan Mane inspirasi Posted: 20 Mar 2019 09:41 AM PDT LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata Mohamed Salah seharusnya menjadikan Sadio Mane sebagai inspirasi bagi mengembalikan semangat bintang Mesir itu selepas mengharungi musim tidak konsisten. |
| Jenayah perang Bosnia, Karadzic dipenjara seumur hidup Posted: 20 Mar 2019 09:37 AM PDT THE HAGUE: Bekas pemimpin Bosnia Serbia, Radovan Karadzic akan menghabiskan sisa hayatnya dalam penjara atas 'kekejaman sistematik besar-besaran' dalam perang yang memecahbelahkan negaranya, 25 tahun lalu, kata panel hakim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini. |
| Ditahan kerana hisap rokok pelik Posted: 20 Mar 2019 08:42 AM PDT LANGKAWI: Tindakan pelancong lelaki warga China menghisap rokok menggunakan peralatan pelik di khalayak ramai di sini, mengundang padah apabila ditahan polis, semalam. |
| Kejohanan Pemain Golf Amatur Dunia dilancar Posted: 20 Mar 2019 08:34 AM PDT KUALA LUMPUR: Kejohanan Pemain Golf Amatur Dunia (WAGC) bagi musim 2019 dilancarkan dengan meriah di TPC Kuala Lumpur di sini, dengan sasaran untuk mencari lima pemain terbaik bagi mewakili Malaysia pada saingan final dunia di Kota Kinabalu, pada Oktober ini. |
| Industri keselamatan swasta turut menyumbang ekonomi negara Posted: 20 Mar 2019 08:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, industri keselamatan swasta penting dalam menyumbang kepada ekonomi negara secara langsung dan tidak langsung. |
| Singapura ranap impian Harimau Malaya Posted: 20 Mar 2019 08:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Hasrat Malaysia menjulang Piala Airmarine pada penganjuran sulung gagal direalisasikan selepas tewas 1-0 kepada negara jiran, Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. |
| Siti Rahmah timbang tukar kerjaya Posted: 20 Mar 2019 07:58 AM PDT KUALA TERENGGANU: Srikandi silat negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir sedia menukar kariernya daripada seorang atlet kepada jurulatih silat kebangsaan dalam masa terdekat. |
| Posted: 20 Mar 2019 06:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Perlawanan menentang India pada aksi peringkat kumpulan Piala Sudirman dianggap sebagai penentu buat skuad badminton negara bagi melayakkan diri ke suku akhir kejohanan berpasukan campuran itu. |
| Dua kementerian bincang kerjasama urus hospital pengajar universiti awam Posted: 20 Mar 2019 07:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan mengadakan perbincangan dua hala bagi mewujudkan kerjasama strategik dalam pengurusan hospital pengajar universiti (HPU) awam. |
| Belasah, bakar isteri kerana cemburu Posted: 20 Mar 2019 07:30 AM PDT SUNGAI PETANI: Seorang lelaki bukan saja membelasah isterinya, malah turut menyimbah petrol sebelum bertindak membakar wanita itu di kediaman mereka di Kampung Permatang Gedung, di sini, semalam. |
| Pekerja Dubai dipecat rai kematian mangsa Christchurch Posted: 20 Mar 2019 07:19 AM PDT DUBAI: Seorang lelaki yang bekerja untuk sebuah syarikat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dipecat dan dihantar pulang ke negara asal, hari ini, selepas meraikan kematian mangsa serangan pelampau berkulit putih di New Zealand. |
| Buruh mengaku guna kekerasan jenayah terhadap isteri Posted: 20 Mar 2019 07:13 AM PDT KUALA TERENGANU: Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap isterinya. |
| Posted: 20 Mar 2019 07:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Seperti diramal, skuad badminton negara tidak berdepan masalah untuk melakar kemenangan sulung dalam aksi Kumpulan D Kejohanan Berpasukan Campuran Asia selepas menewaskan Macau 5-0, sebentar tadi. |
| Permusuhan kelab tiada di kem England - Kane Posted: 20 Mar 2019 06:56 AM PDT LONDON: Semangat berpasukan England yang padu di bawah kendalian Gareth Southgate membantu pemain untuk mengetepikan 'permusuhan' di peringkat kelab ketika melapor tugas bersama skuad kebangsaan, kata kapten Harry Kane. |
| Rashidi, Vanidah bercerai Ogos tahun lalu Posted: 20 Mar 2019 06:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Teki-teki status perkahwinan pasangan selebriti, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran, terjawab apabila aktor terbabit mengesahkan mereka bercerai di Mahkamah Syariah di sini, 9 Ogos tahun lalu. |
| Muhammad Hilman jadi Ikon Muda Koperasi Posted: 20 Mar 2019 06:51 AM PDT KUALA TERENGGANU: Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Terengganu 2018, Muhammad Hilman Nor Azmi, akan diangkat sebagai Ikon Muda Koperasi oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). |
| Kakitangan MAHB dikebumikan di Batu Gajah Posted: 20 Mar 2019 05:34 AM PDT BATU GAJAH: Kakitangan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan dengan pesawat persendirian di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Changkat Belengkor di sini hari ini. |
| Bumbung rumah diterbangkan puting beliung Posted: 20 Mar 2019 06:37 AM PDT LANGKAWI: "Dentuman pada bahagian bumbung bilik tidur cukup kuat dan bila dongak nampak langit terpelahang (terbuka luas) kerana sebahagian atap sudah tiada," kata Ramlah Putih, 79. |
| Jaguh dunia dominasi calon Anugerah SAM-100PLUS 2018 Posted: 20 Mar 2019 06:36 AM PDT PETALING JAYA: Jaguh dunia mendominasi senarai pencalonan merebut Anugerah Atlet Terbaik pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus 2018. |
| Lelaki sesak nafas dalam pesawat meninggal dunia Posted: 20 Mar 2019 06:34 AM PDT TAWAU: Seorang lelaki yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang meninggal dunia dalam pesawat AirAsia di Lapangan Terbang Tawau, petang tadi. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment