Friday, March 22, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Kanak-kanak maut dilanggar van sekolah

Posted: 22 Mar 2019 07:40 AM PDT

GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak lelaki tujuh tahun maut selepas dipercayai dilanggar van sekolah yang dinaikinya di Paya Terubong, dekat sini, petang tadi.

Bas bawa 21 penumpang jatuh gaung di Taiping

Posted: 22 Mar 2019 06:33 AM PDT

IPOH: Sebuah bas ekspres dipercayai terbabas dan jatuh ke dalam gaung di Kilometer 228.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, selepas Hentian Rehat dan Rawat Bukit Gantang, petang tadi.

Qari Selangor, qariah Negeri Sembilan muncul johan tilawah al-Quran

Posted: 22 Mar 2019 09:07 AM PDT

SEREMBAN: Qari dari Selangor, Abdul Khair Jalil dan qariah dari Negeri Sembilan, Nor Farhatul Fairuzah Panut masing-masing dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1440H/ 2019M yang diumumkan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), di sini, malam ini.

Melaka perintis projek perumahan untuk belia - Adly Zahari

Posted: 22 Mar 2019 09:20 AM PDT

ALOR GAJAH: Melaka menjadi perintis kepada program perumahan untuk golongan belia di bawah kategori isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang berusia antara 18 hingga 35 tahun.

Nurul Izzah letak jawatan anggota PAC

Posted: 22 Mar 2019 09:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengesahkan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

TERKINI: Seorang penumpang maut bas jatuh gaung

Posted: 22 Mar 2019 07:44 AM PDT

TAIPING: Seorang maut manakala 20 cedera termasuk tiga parah apabila sebuah bas persiaran terhumban ke dalam gaung di Kilometer 228.4 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dekat Bukit Berapit, petang tadi.

Skuad B-23 negara mula langkah kanan

Posted: 22 Mar 2019 07:59 AM PDT

SHAH ALAM: Pemain sensasi, Akhyar Rashid membuktikan 'tag harga' RM12 jutanya apabila cemerlang membantu skuad Bawah 23 tahun negara (B-23) meraih kemenangan 3-0 ke atas Filipina pada aksi Kumpulan J Kelayakan Kejuaraan B-23 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Pelepasan 70 anak penyu Lipas tarik perhatian pengunjung

Posted: 22 Mar 2019 06:59 AM PDT

BALIK PULAU: Program pelepasan 70 anak penyu spesies Lipas di Pantai Pasir Belanda di Gertak Sanggul di sini, hari ini, menarik perhatian puluhan penduduk dan pengunjung pantai itu.

Tinggal Nicholas, Gavin kibar cabaran

Posted: 22 Mar 2019 07:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hanya dua daripada 13 wakil Malaysia melepasi cut pada hari kedua Kejohanan Golf Maybank 2019 yang menyaksikan Nicholas Fung muncul sebagai pemain terbaik negara.

Syarikat Malaysia, Pakistan meterai perjanjian pelaburan

Posted: 22 Mar 2019 07:21 AM PDT

ISLAMABAD: Syarikat Malaysia dan Pakistan memeterai Memorandum persefahaman (MoU) membabitkan kerjasama dalam sektor telekomunikasi dan automotif sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ke negara ini.

Projek ECRL dijangka dimuktamadkan awal April - Daim

Posted: 22 Mar 2019 07:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka memuktamadkan perjanjian projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada awal April dengan penjimatan kos lebih RM10 bilion, kata bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

Aliran trafik perlahan di lebuh raya malam ini

Posted: 22 Mar 2019 07:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan dilaporkan bergerak perlahan setakat jam 8.30 malam ini sempena cuti persekolahan.

Luiz bakal akhiri zaman bujang

Posted: 22 Mar 2019 07:13 AM PDT

LONDON: Pertahanan Chelsea, David Luiz bukan saja terkenal dengan gayanya yang 'gila-gila' di atas padang, tetapi kehidupan peribadinya juga boleh dianggap menghiburkan.

Mural gergasi sambut pengunjung LIMA'19

Posted: 22 Mar 2019 12:58 AM PDT

LANGKAWI: Mural gergasi pada dinding rumah kedai di Kuah, bakal menjadi tarikan baharu di pulau ini terutama kepada pengunjung Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA'19).

Polis Bali tembak mati penjenayah Russia

Posted: 22 Mar 2019 07:05 AM PDT

DENPASAR: Polis Bali menembak mati seorang lelaki Russia yang terbabit merompak sebuah agensi penukaran wang dan turut menahan dua suspek lain.

Stadium Shah Alam lebih meriah

Posted: 22 Mar 2019 06:37 AM PDT

SHAH ALAM: Lebih ramai daripada saingan Piala Airmarine 2019!

Negara Islam perlu sasar status maju

Posted: 22 Mar 2019 06:53 AM PDT

ISLAMABAD: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, negara Islam perlu berusaha mencapai visi bergelar negara maju agar tidak ketinggalan, baik dari segi pembangunan atau ekonomi.

Agong zahirkan takziah, simpati kepada keluarga Muhammad Haziq

Posted: 22 Mar 2019 06:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, remaja Malaysia yang terkorban dalam insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand Jumaat lepas.

Dr Mahathir negarawan Malaysia, dunia Islam - Imran Khan

Posted: 22 Mar 2019 06:29 AM PDT

ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, menyifatkan rakan sejawatnya, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai negarawan Islam yang merubah Malaysia menjadi sebuah model teladan untuk dunia Islam.

Filipina hentikan sementara import minyak sawit Indonesia, Malaysia

Posted: 22 Mar 2019 06:18 AM PDT

MANILA: Jabatan Pertanian Filipina hari ini memohon pemberhentian sementara import minyak sawit dari Indonesia dan Malaysia.

MAHB, Bousted bangunkan taman teknologi tinggi, aeroangkasa

Posted: 22 Mar 2019 06:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Boustead Projects Ltd yang disenaraikan di Singapura akan membangunkan secara bersama taman berteknologi tinggi dan aeroangkasa di Subang Aerotech Park di Selangor.

KRG membolehkan guru bertenang, berehat

Posted: 22 Mar 2019 05:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kalangan pendidik menyambut baik cadangan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik supaya sekolah menyediakan Kawasan Rehat Guru (KRG) yang kondusif untuk guru santai dan berehat selang atau selepas waktu mengajar.

Malanjum berteka-teki mengenai pengganti

Posted: 22 Mar 2019 05:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum, yang akan bersara wajib pada bulan depan, terus berteka-teki mengenai bakal penggantinya.

67 ditahan terbabit sindiket judi dalam talian

Posted: 22 Mar 2019 05:44 AM PDT

KUALALUMPUR: Polis menahan 63 warga asing dan empat warga tempatan dalam serbuan berasingan di enam premis di sekitar ibu negara yang dijadikan 'calling center' atau pusat panggilan oleh sindiket judi dalam talian, semalam dan Isnin lalu.

Kes lindungi rumah urut: 10 termasuk 7 penjawat awam dibebas

Posted: 22 Mar 2019 05:42 AM PDT

PUTRAJAYA: Sepuluh individu termasuk tujuh penjawat awam yang direman Selasa lalu dibebaskan hari ini berhubung siasatan pembabitan dalam melindungi dan menerima wang sogokan daripada pemilik pusat urut di Kuala Lumpur.

Lebih 13,000 PATI ditahan sehingga 21 Mac

Posted: 22 Mar 2019 05:38 AM PDT

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen menahan 13,677 pendatang asing tanpa izin (PATI) sejak 1 Januari sehingga semalam.

Kecederaan Adib bukan seperti dipukul - Pakar forensik

Posted: 22 Mar 2019 02:28 AM PDT

SHAH ALAM: Pakar forensik yang melakukan bedah siasat terhadap mayat Muhammad Adib Mohd Kassim berpandangan corak kecederaan yang dialami anggota bomba itu tidak padan dengan kecederaan dipukul.

Akid intai podium di Jasin

Posted: 22 Mar 2019 04:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penamat podium di pusingan pembuka tirai Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2019 di Jasin, Melaka, esok menjadi impian Md Akid Aziz dalam usahanya memburu gelaran juara keseluruhan kelas elit CP150 bagi musim ini.  

Ringgit kekal tidak berubah berbanding dolar AS

Posted: 22 Mar 2019 04:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas meningkat selama empat hari berikutan prestasi lemah mata wang Asia sedang pesat membangun.

'Tetap bersedia tanpa Chong Wei'

Posted: 22 Mar 2019 04:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad badminton negara tidak lagi akan bergantung harap kepada bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei untuk mengibarkan cabaran Malaysia di pentas antarabangsa.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template