BH Online - Terkini |
- Parti pro demokrasi Thailand mungkin bentuk kerajaan
- Penutupan laluan secara berkala di Lebuh Raya Utara-Selatan
- Beri penekanan terhadap keseimbangan kerjaya dengan keluarga - TPM
- NUTP digesa berubah selaras aspirasi kerajaan baharu
- 6 pendaki terkandas di puncak bukit
- Keganasan di Gaza boleh menjadi bencana - PBB
- Malaysia gagal robohkan Tembok Besar China
- Mohd Na'im Ketua Pengarah baharu JKSM
- Mayat remaja perempuan tersangkut mata kail pemancing
- India atasi Malaysia Piala Sultan Azlan Shah
- Kempen `satu penyokong satu bendera' untuk Kedah
- TPM New Zealand mulakan lawatan ke Malaysia
- Malaysia tidak isytihar perang perdagangan terhadap EU - PM
- Kaedah jangka pendek atasi masalah nelayan
- Jepun, Poland terus gigit jari di Ipoh
- Biografi Michelle Obama paling laris
- Keputusan hoki Piala Sultan Azlan Shah
- Tidak bercadang beli pesawat baharu ganti aset TUDM - PM
- Laos bikin anak buah Kim Swee tambah tertekan
- Kevin Costner jadi pemburu penjenayah kejam
- Lebih separuh rakyat India berpuas hati dengan kerajaan Modi
- McGregor umum persaraan
- Mat Sabu puas hati perasmian LIMA'19
- HUAWEI Siri P30 dilancarkan di 11 lokasi
- Untung bersih Astro susut
- Wujudkan SOP pencemaran kimia babitkan sekolah
- Ringgit ditutup rendah
- Bursa Malaysia catat sedikit kenaikan
- 'Syukurlah dia jumpa lelaki baik'
- Tragedi 3 beranak maut nahas: Keluarga tidak tahu mangsa mahu pulang ke kampung
| Parti pro demokrasi Thailand mungkin bentuk kerajaan Posted: 26 Mar 2019 10:42 AM PDT BANGKOK: Kelompok pro demokrasi di Thailand cuba membentuk pakatan untuk menghalang parti disokong junta daripada membentuk kerajaan, selepas pilihan raya pertama negara itu, sejak rampasan kuasa pada 2014. |
| Penutupan laluan secara berkala di Lebuh Raya Utara-Selatan Posted: 26 Mar 2019 10:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Penutupan laluan secara berkala akan dilaksanakan di Kilometer 298.8 Lebuh Raya Utara-Selatan untuk kerja merentang kabel voltan tinggi, hari ini. |
| Beri penekanan terhadap keseimbangan kerjaya dengan keluarga - TPM Posted: 26 Mar 2019 09:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan dan swasta perlu terus memainkan peranan dalam memastikan pekerja mereka dapat mengimbangi tugas dengan keluarga, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. |
| NUTP digesa berubah selaras aspirasi kerajaan baharu Posted: 26 Mar 2019 09:21 AM PDT JOHOR BAHRU: Anggota Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) digesa memainkan peranan untuk menerima dan melaksanakan perubahan selaras dengan aspirasi kerajaan baharu. |
| 6 pendaki terkandas di puncak bukit Posted: 26 Mar 2019 08:36 AM PDT ARAU: Enam pendaki terkandas hampir tiga jam di puncak Bukit Tok Dun, Ulu Pauh di sini, hari ini, apabila seorang daripada mereka mengalami sesak nafas ketika mahu menuruni bukit berkenaan. |
| Keganasan di Gaza boleh menjadi bencana - PBB Posted: 26 Mar 2019 08:31 AM PDT NEW YORK: Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Asia Barat, hari ini, memberi amaran bahawa lonjakan keganasan di Gaza boleh membawa kepada bencana kerana Israel dan Hamas masih meneruskan serangan walaupun ada perjanjian gencatan senjata. |
| Malaysia gagal robohkan Tembok Besar China Posted: 26 Mar 2019 07:57 AM PDT SHAH ALAM: Skuad Datuk Ong Kim Swee tiada tuah. |
| Mohd Na'im Ketua Pengarah baharu JKSM Posted: 26 Mar 2019 08:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang baharu. |
| Mayat remaja perempuan tersangkut mata kail pemancing Posted: 26 Mar 2019 07:48 AM PDT KUBANG PASU: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ditemui maut apabila mayatnya tersangkut pada mata kail seorang pemancing di Sungai Sentap, Kampung Kodiang Lama, di sini, Sabtu lalu. |
| India atasi Malaysia Piala Sultan Azlan Shah Posted: 26 Mar 2019 07:46 AM PDT IPOH: Rentak cemerlang skuad negara dalam dua perlawanan awal saingan hoki Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah tersekat apabila tumpas 2-4 di tangan pasukan India di sini, sebentar tadi. |
| Kempen `satu penyokong satu bendera' untuk Kedah Posted: 26 Mar 2019 06:57 AM PDT ALOR SETAR: Kelab-Kelab Penyokong Bolasepak Kedah (G32) mengajak rakyat negeri ini untuk membanjiri Stadium Darul Aman bagi memberi sokongan kepada skuad Helang Merah yang akan bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Jumaat ini, menerusi kempen `satu penyokong satu bendera'. |
| TPM New Zealand mulakan lawatan ke Malaysia Posted: 26 Mar 2019 06:12 AM PDT SEPANG: Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Winston Peters tiba hari ini untuk memulakan lawatan kerja dua hari ke Malaysia. |
| Malaysia tidak isytihar perang perdagangan terhadap EU - PM Posted: 26 Mar 2019 06:45 AM PDT LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, Malaysia tidak melancarkan perang perdagangan terhadap Kesatuan Eropah (EU), namun hanya memaklumkan kepada dunia mengenai masalah dihadapi negara berikutan keputusan blok itu untuk melarang penggunaan minyak sawit dalam biofuel. |
| Kaedah jangka pendek atasi masalah nelayan Posted: 26 Mar 2019 06:50 AM PDT KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri mempunyai kaedah jangka pendek untuk atasi masalah nelayan mendaratkan hasil tangkapan di jeti dan pelabuhan perikanan negeri ini. |
| Jepun, Poland terus gigit jari di Ipoh Posted: 26 Mar 2019 06:29 AM PDT IPOH: Juara Sukan Asia 2018, Jepun masih gagal melakar sebarang kemenangan dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-28, apabila tewas 1-2 kepada Kanada dalam perlawanan ketiga hari ini. |
| Biografi Michelle Obama paling laris Posted: 26 Mar 2019 05:51 AM PDT BERLIN: Biografi bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama, 'Becoming', bakal menjadi yang paling laris, kata syarikat penerbitan dari Jerman hari ini, menunjukkan optimistik bahawa kisah suaminya, bekas Presiden Barack Obama, juga bakal laku di pasaran. |
| Keputusan hoki Piala Sultan Azlan Shah Posted: 26 Mar 2019 05:32 AM PDT IPOH: Berikut dua keputusan aksi Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Azlan Shah, di sini, yang berakhir sebentar tadi: |
| Tidak bercadang beli pesawat baharu ganti aset TUDM - PM Posted: 26 Mar 2019 05:26 AM PDT LANGKAWI: Kerajaan tidak bercadang membeli pesawat baharu bagi menggantikan aset udara milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sudah lama digunakan di negara ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. |
| Laos bikin anak buah Kim Swee tambah tertekan Posted: 26 Mar 2019 05:20 AM PDT SHAH ALAM: Laos bangkit pada babak kedua untuk meraih kemenangan moral 3-2 ke atas Filipina pada aksi terakhir kumpulan saingan kelayakan Kejuaraan Bawah 23 Tahun (B-23) AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) 2020 di Stadium Shah Alam, di sini, sebentar tadi. |
| Kevin Costner jadi pemburu penjenayah kejam Posted: 26 Mar 2019 03:50 AM PDT MADRID: Filem baru yang dibintangi pelakon terkenal Hollywood, Kevin Costner dan Woody Harrelson, menonjolkan sudut berbeza mengenai kisah penjenayah, Bonnie and Clyde, memberi tumpuan kepada dua detektif yang menamatkan kekejaman jenayah sepasang kekasih itu di seluruh Amerika Syarikat. |
| Lebih separuh rakyat India berpuas hati dengan kerajaan Modi Posted: 26 Mar 2019 03:53 AM PDT NEW DELHI: Kebanyakan warga India berpuas hati dengan hala tuju negara itu dan prospek ekonomi untuk generasi yang akan datang, menurut tinjauan Pew yang diterbitkan beberapa minggu sebelum pilihan raya. |
| Posted: 26 Mar 2019 03:56 AM PDT LOS ANGELES: Bintang seni bela diri campuran (MMA) terkenal dunia, Conor McGregor mengumumkan persaraannya daripada sukan itu hari ini iaitu buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun. |
| Mat Sabu puas hati perasmian LIMA'19 Posted: 26 Mar 2019 04:08 AM PDT LANGKAWI: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berpuas hati dengan majlis perasmian Pameran Maritim dan Antarabangsa Langkawi (LIMA'19) yang berjalan lancar hari ini. |
| HUAWEI Siri P30 dilancarkan di 11 lokasi Posted: 26 Mar 2019 04:51 AM PDT Di saat ramai yang ternanti-nantikan pelancaran telefon pintar HUAWEI Siri P30 di negara ini, HUAWEI mengambil inisiatif, mengumumkan untuk mengadakan jualan dalam skala lebih banyak berbanding tahun lalu. |
| Posted: 26 Mar 2019 04:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Astro Malaysia Holdings Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2019 susut kepada RM462.92 juta daripada RM770.64 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2018. |
| Wujudkan SOP pencemaran kimia babitkan sekolah Posted: 26 Mar 2019 04:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan beberapa kementerian dan agensi lain untuk mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung kesan pencemaran sisa kimia yang menjejaskan sekolah. |
| Posted: 26 Mar 2019 04:34 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan peningkatan semula permintaan terhadap unit negara maju itu ketika harga komoditi seperti minyak sawit pula mengalami penurunan, kata peniaga. |
| Bursa Malaysia catat sedikit kenaikan Posted: 26 Mar 2019 04:33 AM PDT KUALA LUMPUR: FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup tinggi hari ini berikutan prospek ekonomi luaran yang positif selepas turun naik antara positif dan negatif pada hari ini. |
| 'Syukurlah dia jumpa lelaki baik' Posted: 26 Mar 2019 02:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon dan pemuzik, Qi Razali mendoakan yang terbaik buat bekas kekasihnya, Nelydia Senrose yang bakal mendirikan rumah tangga, tidak lama lagi. |
| Tragedi 3 beranak maut nahas: Keluarga tidak tahu mangsa mahu pulang ke kampung Posted: 26 Mar 2019 04:11 AM PDT PEKAN: Suri rumah yang maut bersama dua anaknya dalam kemalangan di Kampung Badong, Jalan Nenasi-Rompin, dekat sini, pagi tadi, tidak memaklumkan kepada ahli keluarga di Hulu Berang, Terengganu, mengenai rancangan untuk pulang bercuti. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment