Wednesday, March 27, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Majlis Keselamatan PBB bincang isu Bukit Golan

Posted: 27 Mar 2019 10:52 AM PDT

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat kecemasan terbuka atas permohonan Syria, semalam, selepas Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Bukit Golan sebagai wilayah Israel, menurut diplomat.

'Tidak akan maafkan pembunuh Kelik'

Posted: 27 Mar 2019 10:45 AM PDT

KANGAR: Keluarga Ainaa Dhabitah Sham, 18, yang mayatnya ditemui di Sungai Sentap, Kampung Kodiang Lama, Kedah, Sabtu lalu, mahu si pelaku dikenakan hukuman setimpal sekiranya remaja perempuan itu adalah mangsa bunuh.

Korban banjir di Iran sudah 43 orang

Posted: 27 Mar 2019 10:19 AM PDT

TEHRAN: Presiden Hassan Rouhani mengunjungi zon terjejas banjir di Iran untuk kali pertama, semalam, selepas hujan lebat selama sembilan hari menenggelamkan kebanyakan kawasan negara itu sehingga mengorbankan 43 orang.

Kami sudah sedia cabar JDT - Baddrol Bakhtiar

Posted: 27 Mar 2019 09:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar berharap skuad Helang Merah dapat mempertahankan rekod tanpa bolos bermain di tempat sendiri menjelang aksi sengit bertemu juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Darul Aman, Alor Setar Jumaat ini.

Kilang musnah dalam kebakaran

Posted: 27 Mar 2019 09:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebuah kilang memproses span dan barangan untuk pembuatan perabot, musnah dalam kebakaran di Jalan Cheras, Batu 11 dekat sini, malam tadi.

Nelayan lemas bot dipercayai terbalik dipukul ombak

Posted: 27 Mar 2019 09:18 AM PDT

TUMPAT: Seorang nelayan lemas apabila bot dinaiki dipercayai terbalik akibat dipukul ombak di Kuala Pantai Suri, di sini, semalam.

Malaysia gagal ke final Piala Sultan Azlan Shah

Posted: 27 Mar 2019 09:12 AM PDT

IPOH: Skuad hoki negara gagal gagal menempah tempat ke perlawanan akhir hoki Piala Sultan Azlan Shah selepas tewas kepada pasukan Korea Selatan 1-2 dalam saingan pusingan awal di sini, malam tadi.

Bundesliga Jerman buka pejabat di China

Posted: 27 Mar 2019 09:07 AM PDT

BERLIN: Liga bola sepak Jerman atau Bundesliga sudah membuka pejabat perwakilannya yang pertama di China, umum Liga Bolasepak Jerman (DFL) menerusi satu kenyataan pada hari ini.

Malaysia gesa Israel hormati undang-undang antarabangsa - Wisma Putra

Posted: 27 Mar 2019 09:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa Israel supaya menghormati undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan bagi mengekalkan keamanan, keselamatan serta kestabilan di rantau itu.

Bekas Presiden PFA diberi tempoh 14 hari

Posted: 27 Mar 2019 08:49 AM PDT

KANGAR: Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie diberi masa 14 hari, iaitu sehingga 9 April bagi menyelesaikan hutang PFA atau tindakan saman akan diambil ke atasnya.

Polis Marin pamer aset baharu, Humdiga pada LIMA'19

Posted: 27 Mar 2019 08:36 AM PDT

LANGKAWI: Pasukan Polis Marin akan diperkuatkan dengan enam unit aset terbaharu dikenali sebagai Humdiga yang boleh digunakan dalam operasi di laut dan darat, kata Komandernya, Senior Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat.

Giliran Korea Selatan pula jinak skuad negara

Posted: 27 Mar 2019 08:05 AM PDT

IPOH: Pasukan Malaysia tewas 2-1 kepada Korea Selatan pada saingan hoki Piala Sultan Azlan Shah yang berakhir di sini, sebentar tadi.

Lokman Adam didakwa esok

Posted: 27 Mar 2019 08:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, akan didakwa di mahkamah, esok, susulan insiden beberapa penuntut Universiti Malaya (UM) dikatakan dikasari di sebuah perhentian bas di Pantai Baharu, di sini, baru-baru ini.

Keputusan hoki Piala Sultan Azlan Shah

Posted: 27 Mar 2019 04:09 AM PDT

IPOH: Berikut adalah keputusan perlawanan hari keempat hoki Piala Sultan Azlan Shah, di Stadium Azlan Shah, di sini, hari ini:

2 subkontraktor TNB cedera kabel voltan tinggi terbakar

Posted: 27 Mar 2019 06:08 AM PDT

KUALA KANGSAR: Dua subkontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) cedera apabila kabel voltan tinggi di Pencawang TNB Sauk di sini, terbakar, hari ini.

India selangkah ke final Piala Sultan Azlan Shah

Posted: 27 Mar 2019 07:20 AM PDT

IPOH: India hanya selangkah ke final saingan hoki Piala Sultan Azlan Shah selepas membelasah Kanada 7-3 di Stadium Azlan Shah, di sini hari ini.

Seks sejenis, berzina boleh direjam di Brunei

Posted: 27 Mar 2019 07:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kesalahan berzina dan seks sejenis boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati di Brunei, mulai minggu depan, menurut pihak berkuasa.

146 kes kematian akibat tibi di Johor tahun lalu

Posted: 27 Mar 2019 07:16 AM PDT

JOHOR BAHRU: Sebanyak 146 kes kematian akibat penyakit tibi dilaporkan di negeri ini, tahun lalu.

Malaysia kutuk serangan berterusan Israel ke atas Gaza - PM

Posted: 27 Mar 2019 06:52 AM PDT

LANGKAWI: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan Israel ke atas Gaza, semalam, beberapa jam selepas roket Palestin mengenai sebuah rumah di Tel Aviv.

Man United beraksi di Singapura 20 Julai

Posted: 27 Mar 2019 06:51 AM PDT

LONDON: Manchester United akan mengharungi aksi pramusim di Singapura, China dan Wales, termasuk pertembungan dengan pesaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspur, umum kelab itu hari ini.

Keputusan 3 aksi kelayakan B-23 jadi persoalan

Posted: 27 Mar 2019 06:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tiga daripada empat slot pasukan tempat kedua terbaik yang layak ke pusingan akhir Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 tahun (B-23) di Bangkok tahun depan sudah pun terjawab apabila ianya diisi oleh tiga negara Arab.

Produk kesihatan, kosmetik tak berdaftar bernilai RM6.2j dirampas

Posted: 27 Mar 2019 06:20 AM PDT

SHAH ALAM: Sebuah gudang yang menyediakan perkhidmatan logistik dikesan menjadi 'pelindung' bagi menyimpan produk kesihatan dan kosmetik tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.

Operasi SAR Ashraf dilanjutkan hingga Sabtu

Posted: 27 Mar 2019 05:58 AM PDT

IPOH: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohammad Ashraf Hassan yang hilang ketika menyertai acara larian lasak, Gopeng Ultra Trail (GUT) di kawasan Gua Tempurung pada Sabtu lalu dilanjutkan hingga Sabtu ini.

Hamidin puji prestasi skuad Kim Swee

Posted: 27 Mar 2019 05:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Meskipun gagal layak ke pusingan akhir Kejohanan Bawah 23 AFC 2020 di Thailand, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin tetap memuji persembahan skuad Datuk Ong Kim Swee yang mencatat keputusan 2-2 dengan China, semalam.

APMM tahan kapal tangki tanpa muatan

Posted: 27 Mar 2019 05:42 AM PDT

KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan sebuah kapal tangki di Tanjung Penyusop, perairan Pengerang, hari ini.

Nicol belum sedia jadi jurulatih selepas bersara

Posted: 27 Mar 2019 05:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David masih belum bersedia memberikan komitmen penuh sebagai jurulatih kebangsaan selepas membuat pengumuman untuk tidak lagi bersaing di dalam kancah tempatan dan antarabangsa, mulai Jun ini.

Inti pati Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2018

Posted: 27 Mar 2019 05:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Berikut adalah inti pati Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2018 serta Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2018 yang dikeluarkan hari ini.

MH17 antara isu dibincangkan Menteri Luar Malaysia, Belanda esok

Posted: 27 Mar 2019 05:31 AM PDT

PUTRAJAYA: Pertemuan Menteri Luar Malaysia dengan rakan sejawat dari Belanda, di sini, esok, antara lain akan membincangkan insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh pada 2014.

Malaysia, New Zealand perkukuh hubungan perangi keganasan

Posted: 27 Mar 2019 05:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia dan New Zealand sepakat untuk mengukuhkan hubungan dua hala dalam memerangi keganasan.

5 penjawat awam termasuk Ketua Balai Polis Setapak kena dakwa

Posted: 27 Mar 2019 05:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lima penjawat awam termasuk Ketua Balai Polis Setapak didakwa di tiga Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung operasi rumah urut 'Ops Kotaraya' tahun lalu dan awal tahun ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template