BH Online - Terkini |
- Jenazah Muhamad Faezuan selamat dikebumikan
- Mangsa ribut terima bantuan segera
- Perbezaan pendapat dalam PKR isu kecil, tak jejas kempen PRK Rantau
- Schmeichel, Rooney gembira pelantikan Solskjaer
- United ikat Solskjaer tiga tahun
- Kane sedia 'keluar padang' bantah perkauman
- Sheikh Salman kekal terajui AFC
- Taiwan perkenal hukuman mati untuk pemandu mabuk
- Renan Alves, Sherman digantung dua perlawanan
- Rhaasrikanesh, Winnie Ng juara Golf TSM 2019
- 4 entiti wakili peneroka, pekebun kecil hantar petisyen bantah sekatan minyak sawit
- Jumlah korban kebakaran di Dhaka sudah 19 orang
- 8 cedera pokok hempap penempatan asnaf
- Hakimi menang emas di Singapura
- Tiada cadangan ganti kelapa sawit dengan buluh
- Aplikasi MySPR Semak dan portal SPR sudah boleh diakses
- SPR edar kad pengundi untuk PRK Rantau
- MIC dan PAS sah jalin kerjasama
- SPR keluarkan peringatan bagi penamaan calon PRK Rantau
- PPPNP catat prestasi kewangan memberangsangkan sepanjang 2018
- Kerajaan Terengganu bantu penuntut universiti awam ikat perut
- 5 maut, kereta bertembung bas ekspres
- Universiti tempatan wajar contohi UKM
- Baru habis pantang, diuji hilang suami
- Pos Malaysia lantik Yasmin sebagai Pengerusi
- Malaysia-Belanda ulangi komitmen capai keadilan untuk mangsa MH17
- ECMLFG jual Libra Invest pada RM50.07 juta
- Gamuda, Dong-Pi Taiwan dapat kontrak RM521.71 juta
- Boustead DCNS Naval Corporation dapat kontrak RM150 juta
- Bursa Malaysia saksikan lebih banyak IPO tahun ini
| Jenazah Muhamad Faezuan selamat dikebumikan Posted: 28 Mar 2019 11:51 AM PDT BACHOK: Jenazah Muhamad Faezuan Nor Izzudin, 27, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubang Chenok, Kampung Jelawat, di sini, jam 1.34 pagi tadi. |
| Mangsa ribut terima bantuan segera Posted: 28 Mar 2019 10:30 AM PDT GOMBAK: Seramai 47 mangsa daripada 13 keluarga mangsa ribut yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Asli Kampung Gombak Utara, Batu 11, dekat sini, menerima bantuan segera daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). |
| Perbezaan pendapat dalam PKR isu kecil, tak jejas kempen PRK Rantau Posted: 28 Mar 2019 10:46 AM PDT REMBAU: Perbezaan pendapat dalam PKR ketika ini hanya isu kecil dan tidak akan menggugat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. |
| Schmeichel, Rooney gembira pelantikan Solskjaer Posted: 28 Mar 2019 10:40 AM PDT LONDON: Bekas rakan sepasukan Ole Gunnar Solskjaer menyambut baik pelantikannya sebagai pengurus kekal Manchester United semalam sambil memberikan ucapan penghargaan masing-masing ke atas pelantikan jawatan baharu itu. |
| United ikat Solskjaer tiga tahun Posted: 28 Mar 2019 03:34 AM PDT LONDON: Selepas cemerlang mengendalikan pasukan dalam tempoh tugasannya selaku pengurus sementara, Manchester United hari ini melantik Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengendali tetap dengan ikatan kontrak tiga tahun. |
| Kane sedia 'keluar padang' bantah perkauman Posted: 28 Mar 2019 10:37 AM PDT LONDON: Kapten England, Harry Kane berkata dia akan menyokong tindakan rakan-rakan meninggalkan padang jika cemuhan berunsur perkauman masih berulang seperti kejadian yang berlaku ketika mereka menang di Montenegro. |
| Sheikh Salman kekal terajui AFC Posted: 28 Mar 2019 10:32 AM PDT HONG KONG: Sheikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa kekal menerajui badan bola sepak Asia selama empat tahun lagi selepas pencabarnya untuk kerusi presiden Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menarik diri daripada pencalonan hari ini. |
| Taiwan perkenal hukuman mati untuk pemandu mabuk Posted: 28 Mar 2019 10:21 AM PDT TAIPEI: Taiwan merancang untuk melaksanakan hukuman mati terhadap pesalah yang menyebabkan kemalangan maut, ketika memandu dalam keadaan mabuk bagi kes serius. |
| Renan Alves, Sherman digantung dua perlawanan Posted: 28 Mar 2019 09:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua pemain import dan seorang pemain tempatan dikenakan hukuman gantung dua perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia atas kesalahan bertindak liar pada perlawanan Liga Super musim ini. |
| Rhaasrikanesh, Winnie Ng juara Golf TSM 2019 Posted: 28 Mar 2019 08:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain remaja negara K Rhaasrikanesh dan Winnie Ng muncul juara edisi ke-11 Cabaran Golf Tan Sri Muhyiddin (TSM) 2019 di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara, sini hari ini. |
| 4 entiti wakili peneroka, pekebun kecil hantar petisyen bantah sekatan minyak sawit Posted: 28 Mar 2019 08:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Empat entiti mewakili peneroka dan pekebun kecil kelapa sawit menuntut Kesatuan Eropah (EU) menghentikan sikap tidak adil dan diskriminasi terhadap minyak sawit Malaysia. |
| Jumlah korban kebakaran di Dhaka sudah 19 orang Posted: 28 Mar 2019 08:25 AM PDT DHAKA: Jumlah korban insiden bangunan pejabat terbakar di Bangladesh, hari ini, meningkat kepada 19 orang dengan sekurang-kurangnya 73 mangsa lain cedera. |
| 8 cedera pokok hempap penempatan asnaf Posted: 28 Mar 2019 08:42 AM PDT GOMBAK: Lapan termasuk tiga kanak-kanak yang menghuni Pondok Penyayang Raudhah, Batu 11, Jalan Gombak, dekat sini, cedera selepas penempatan asnaf itu dihempap pokok tumbang susulan hujan dan ribut, petang tadi. |
| Hakimi menang emas di Singapura Posted: 28 Mar 2019 08:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Atlet lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail merangkul pingat emas manakala atlet lari berpagar, Rayzam Shah Wan Sofian meraih sebutir gangsa di Kejohanan Balapan dan Padang Singapura 2019 yang berlangsung di Singapore Sportshub, hari ini. |
| Tiada cadangan ganti kelapa sawit dengan buluh Posted: 28 Mar 2019 08:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak ada rancangan untuk menggantikan tanaman kelapa sawit dengan buluh seperti didakwa sesetengah pihak. |
| Aplikasi MySPR Semak dan portal SPR sudah boleh diakses Posted: 24 Mar 2019 06:19 PM PDT PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan aplikasi MySPR Semak dan portal SPR yang mengalami masalah teknikal, sudah boleh diakses semula jam 8 malam tadi. |
| SPR edar kad pengundi untuk PRK Rantau Posted: 26 Mar 2019 08:47 PM PDT PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneruskan inisiatif penghantaran kad pengundi (voter's card) kepada 20,922 pengundi termasuk 118 pengundi awal dan 20,804 pengundi biasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. |
| MIC dan PAS sah jalin kerjasama Posted: 28 Mar 2019 07:54 AM PDT KUALA LUMPUR: MIC menjadi parti komponen kedua dalam Barisan Nasional (BN) selepas UMNO menjalinkan kerjasama politik dengan PAS. |
| SPR keluarkan peringatan bagi penamaan calon PRK Rantau Posted: 28 Mar 2019 08:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan bahawa tempoh masa untuk mengemukakan kertas penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau ialah dari jam 9 pagi hingga 10 pagi, Sabtu ini. |
| PPPNP catat prestasi kewangan memberangsangkan sepanjang 2018 Posted: 28 Mar 2019 07:56 AM PDT IPOH: Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) mencatatkan prestasi kewangan memberangsangkan sepanjang tahun lalu dengan memperoleh untung bersih sebanyak 146 peratus atau bersamaan RM23.46 juta. |
| Kerajaan Terengganu bantu penuntut universiti awam ikat perut Posted: 28 Mar 2019 07:47 AM PDT KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri giat menggerakkan usaha membantu penuntut universiti awam (UA) yang terpaksa mengikat perut kerana menghadapi kekangan kewangan. |
| 5 maut, kereta bertembung bas ekspres Posted: 27 Mar 2019 06:32 PM PDT RAUB: Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak berusia enam tahun, maut selepas kereta Proton Pesona yang dinaiki mereka bertembung dengan bas ekspres di Kilometer 325 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu, berhampiran Kampung Jeram Besu, awal pagi tadi. |
| Universiti tempatan wajar contohi UKM Posted: 28 Mar 2019 07:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Universiti tempatan wajar mencontohi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menawarkan kursus kredit berkaitan integriti dan rasuah kepada pelajar ijazah pertama sebagai inisiatif membendung gejala tidak bermoral itu. |
| Baru habis pantang, diuji hilang suami Posted: 28 Mar 2019 03:12 AM PDT BACHOK: "Allah lebih sayangkannya," itu luahan Nor Asilah Arahim, isteri kepada Muhamad Faezuan Nor Izzudin, 27, mangsa kemalangan maut di Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berhampiran Kampung Jeram Besu, Raub awal pagi tadi. |
| Pos Malaysia lantik Yasmin sebagai Pengerusi Posted: 28 Mar 2019 07:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Yasmin Mahmood, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dilantik sebagai Pengerusi Pos Malaysia Bhd berkuat kuasa 1 April ini. |
| Malaysia-Belanda ulangi komitmen capai keadilan untuk mangsa MH17 Posted: 28 Mar 2019 07:13 AM PDT PUTRAJAYA: Malaysia dan Belanda mengulangi komitmen dan kesungguhan untuk mencapai keadilan bagi mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh pada 2014. |
| ECMLFG jual Libra Invest pada RM50.07 juta Posted: 28 Mar 2019 07:11 AM PDT KUALA LUMPUR: ECM Libra Financial Group Bhd (ECMLFG) memeterai perjanjian pembelian saham bersyarat dengan Kenanga Investors Bhd untuk menjual 100 peratus kepentingannya dalam Libra Invest Bhd pada RM50.07 juta. |
| Gamuda, Dong-Pi Taiwan dapat kontrak RM521.71 juta Posted: 28 Mar 2019 07:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd, bersama-sama Dong-Pi Construction Co Ltd dari Taiwan memperoleh kontrak pembinaan bagi projek Jambatan Marin di Guan Tang, Taiwan daripada syarikat minyak dan gas milik negara itu, CPC Corporation Taiwan, bernilai RM521.71 juta. |
| Boustead DCNS Naval Corporation dapat kontrak RM150 juta Posted: 28 Mar 2019 07:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd (BDNC) memperoleh kontrak bernilai RM150 juta daripada Kementerian Pertahanan Malaysia. |
| Bursa Malaysia saksikan lebih banyak IPO tahun ini Posted: 28 Mar 2019 06:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd menyaksikan tawaran awam permulaan (IPO) yang lebih banyak dan bernilai tinggi tahun ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment