BH Online - Terkini |
- Kedermawanan rentas kaum, agama
- 'Betul... Saya kahwin tak lama lagi'
- Everton ikat Liverpool
- Remaja 'Mat Rempit' kena 7 saman
- Semua pihak mesti hormati terma Perjanjian Air 1962
- Jordan tuduh Israel larang ulama ke Masjid Al-Aqsa
- Rodgers akur Leicester perlu masa
- Gol Jorginho julang Chelsea
- India sasar Muslim di Kashmir
- Dihalang keluarga, isteri pertama, alasan utama nikah di Thailand
- Melaka United terus kebal di Hang Jebat
- Owen tetap Reds
- Sarawak rehatkan ketua, penolong jurulatih
- Rodgers langkah kiri
- Mesir benarkan 800 penduduk Palestin tunai haji
- Inisiatif segera ringankan beban rakyat
- 5 kanak-kanak maut akibat serangan di Hudaidah
- BERSATU tidak panik walaupun kalah PRK Semenyih
- 'Sambung cari MH370 jika ada cadangan, bukti'
- Lelaki maut terkena bilah pemotong
- Kereta terbang untuk pantau ladang, pengangkutan awam - Redzuan
- Keusahawanan UMK berpotensi ke peringkat Asia - Maszlee
- Abu Bakar kecewa prestasi pasukan, import
- Sung-hyun julang trofi Kejuaraan Dunia Wanita HSBC
- Kekal IPG Kota Bharu jadi pusat latihan antarabangsa
- Op SAR bot karam di perairan Pulau Nunuyan bersambung esok
- Skuad terjun negara pulang hampa
- Beri ruang kepada kerajaan - Dr Wan Azizah
- Tahun Baharu Cina 2019 Kedutaan Malaysia di Tokyo meriah
- De Bruyne tambah pening Guardiola
| Kedermawanan rentas kaum, agama Posted: 03 Mar 2019 02:06 PM PST Istilah philanthropy atau kedermawanan mungkin agak baharu dan kurang diketahui masyarakat awam. Kedermawanan mempunyai banyak definisi, antaranya ditakrifkan berkasih sayang terhadap manusia yang biasanya ditunjukkan dengan sumbangan wang atau kerja dilakukan untuk orang lain. |
| 'Betul... Saya kahwin tak lama lagi' Posted: 03 Mar 2019 04:46 AM PST KUALA LUMPUR: 'Ya, saya bakal menamatkan zaman bujang, tidak lama lagi.' |
| Posted: 03 Mar 2019 10:16 AM PST MERSEYSIDE: Liverpool kekal menghuni tangga kedua Liga Perdana Inggeris selepas terikat 0-0 dengan seteru tetangga, Everton sebentar tadi. |
| Remaja 'Mat Rempit' kena 7 saman Posted: 03 Mar 2019 10:08 AM PST KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan lima dikesan melakukan pelbagai kesalahan ketika ditahan dalam operasi bersepadu oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, di sekitar Dataran Merdeka dan Jalan Raja Laut, di sini, malam tadi. |
| Semua pihak mesti hormati terma Perjanjian Air 1962 Posted: 03 Mar 2019 08:28 AM PST SINGAPURA: Singapura berpegang kepada pendirian bahawa semua pihak termasuk Johor mesti menghormati terma Perjanjian Air 1962. |
| Jordan tuduh Israel larang ulama ke Masjid Al-Aqsa Posted: 03 Mar 2019 09:51 AM PST AMMAN: Jordan menuduh pihak berkuasa Israel menghalang pegawai agama kanan Palestin dari Masjid Al-Aqsa di wilayah timur Baitulmaqdis yang dijajah negara Zionis itu. |
| Rodgers akur Leicester perlu masa Posted: 03 Mar 2019 08:53 AM PST LONDON: Brendan Rodgers mengakui Leicester City memerlukan masa untuk menyerap corak permainannya selepas tewas 2-1 kepada Watford di Vicarage Road, malam tadi. |
| Posted: 03 Mar 2019 08:51 AM PST LONDON: Jorginho meledak gol kemenangan 2-1 Chelsea ke atas kelab bergelut Fulham, malam tadi ketika penjaga gol Kepa Arrizabalaga memadam kontroversi di Wembley untuk tampil dengan aksi cemerlang. |
| Posted: 03 Mar 2019 08:14 AM PST DOHA: Beberapa pemimpin wilayah Kashmir mengutuk operasi kerajaan India terhadap kumpulan pemisah di wilayah dipertikaikan itu, lapor agensi berita Aljazeera. |
| Dihalang keluarga, isteri pertama, alasan utama nikah di Thailand Posted: 03 Mar 2019 07:30 AM PST ALOR SETAR: Halangan daripada keluarga atau isteri pertama menjadi penyebab utama sebilangan warga Malaysia bernikah di luar negeri terutama selatan Thailand. |
| Melaka United terus kebal di Hang Jebat Posted: 03 Mar 2019 07:46 AM PST MELAKA: Melaka United (MU) mendaki tangga keempat Liga Super selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) 2-0 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi. |
| Posted: 03 Mar 2019 07:36 AM PST KUALA LUMPUR: Walaupun pernah mengambil keputusan sertai musuh tradisi Liverpool, Manchester United, bekas penyerang England, Michael Owen mengakui hatinya tetap bersama The Reds. |
| Sarawak rehatkan ketua, penolong jurulatih Posted: 03 Mar 2019 07:25 AM PST KUALA LUMPUR: Sarawak menjadi pasukan kedua Liga Malaysia (Liga M) bertindak merehatkan jurulatih susulan prestasi buruk skuad Ngap Sayot selepas lima aksi Liga Perdana musim ini. |
| Posted: 03 Mar 2019 06:43 AM PST LONDON: Gol lewat pemain gantian Andre Gray menghadiahkan Watford tiga mata ketika Brendan Rodgers memulakan kariernya di Leicester City dengan kekalahan 2-1, malam tadi. |
| Mesir benarkan 800 penduduk Palestin tunai haji Posted: 03 Mar 2019 06:29 AM PST GAZA: Kira-kira 800 penduduk Palestin merentasi Semenanjung Gaza ke Mesir, hari ini, dalam peringkat pertama ibadat haji mereka ke Makkah, ia adalah kali pertama pihak berkuasa Mesir memberikan visa untuk tujuan itu, sejak 2014. |
| Inisiatif segera ringankan beban rakyat Posted: 03 Mar 2019 06:26 AM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan akan segera mengambil inisiatif untuk meringankan beban ekonomi rakyat, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. |
| 5 kanak-kanak maut akibat serangan di Hudaidah Posted: 03 Mar 2019 06:20 AM PST DUBAI: Lima kanan-kanak Yaman terbunuh dalam serangan terhadap rumah mereka di wilayah Hudaidah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pasukan perubatan, beberapa bulan selepas gencatan dipersetujui kerajaan dan pemberontak. |
| BERSATU tidak panik walaupun kalah PRK Semenyih Posted: 03 Mar 2019 04:54 AM PST SHAH ALAM: Tiada sebab untuk panik walaupun kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih semalam, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof. |
| 'Sambung cari MH370 jika ada cadangan, bukti' Posted: 03 Mar 2019 03:12 AM PST KUALA LUMPUR: Pencarian pesawat MH370 akan diaktifkan semula jika kerajaan menerima cadangan khusus dan bukti kukuh daripada mana-mana pihak berkaitan. |
| Lelaki maut terkena bilah pemotong Posted: 03 Mar 2019 06:02 AM PST JITRA: Seorang lelaki maut akibat terkena bilah pemotong jerami traktor di kawasan sawah berdekatan Kampung Manggol Bongor, Megat Dewa, Kodiang, dekat sini, hari ini. |
| Kereta terbang untuk pantau ladang, pengangkutan awam - Redzuan Posted: 03 Mar 2019 04:18 AM PST SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan Usahawan menyasarkan penggunaan kereta terbang untuk kegunaan industri seperti pertanian serta pengangkutan awam. |
| Keusahawanan UMK berpotensi ke peringkat Asia - Maszlee Posted: 03 Mar 2019 05:06 AM PST BACHOK: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dilihat berpotensi untuk dikembangkan ilmu keusahawanan sehingga ke peringkat Asia. |
| Abu Bakar kecewa prestasi pasukan, import Posted: 03 Mar 2019 04:47 AM PST MANJUNG: Sekalipun hanya mengutip satu mata daripada lima perlawanan, PKNP FC masih belum mahu menekan butang panik tetapi akur kelonggaran di setiap posisi harus diperkemas segera jika tidak mahu terus dihukum pihak lawan. |
| Sung-hyun julang trofi Kejuaraan Dunia Wanita HSBC Posted: 03 Mar 2019 04:32 AM PST SINGAPURA: Pemain golf nombor dua dunia, Park Sung-hyun melakukan catatan terbaik lapan bawah par 64 untuk merangkul gelaran LPGA Kejuaraan Dunia Wanita HSBC dengan kelebihan dua pukulan, hari ini. |
| Kekal IPG Kota Bharu jadi pusat latihan antarabangsa Posted: 03 Mar 2019 03:53 AM PST KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan yang membuat keputusan mengekalkan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Bharu, mahu institut itu menjadi pusat melatih guru sehingga peringkat antarabangsa. |
| Op SAR bot karam di perairan Pulau Nunuyan bersambung esok Posted: 03 Mar 2019 04:14 AM PST SANDAKAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot karam di perairan Pulau Nunuyan dekat sini akan bersambung 7 pagi esok untuk mengesan tiga lagi mangsa. |
| Skuad terjun negara pulang hampa Posted: 03 Mar 2019 03:43 AM PST KUALA LUMPUR: Skuad terjun negara menamatkan aksi di Siri Dunia Terjun FINA 2019 di Sagamihara, Jepun yang menutup tirainya, hari ini dengan tangan kosong selepas gagal meraih sebarang pingat. |
| Beri ruang kepada kerajaan - Dr Wan Azizah Posted: 03 Mar 2019 12:27 AM PST PERMATANG PAUH: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui terdapat kelemahan dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan tetapi menegaskan usaha sedang dijalankan bagi mencari idea untuk penambahbaikan. |
| Tahun Baharu Cina 2019 Kedutaan Malaysia di Tokyo meriah Posted: 03 Mar 2019 03:24 AM PST TOKYO: Sambutan Tahun Baharu Cina 2019 di sini, semalam amat bermakna dan berjaya menghimpun hampir 300 rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan latar belakang. |
| De Bruyne tambah pening Guardiola Posted: 03 Mar 2019 03:23 AM PST LONDON: Perancang Manchester City, Kevin De Bruyne terpaksa disisihkan selepas mengalami kecederaan hamstring ketika meraih kemenangan 1-0 ke atas Bournemouth, semalam, kata pengurus Pep Guardiola. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment