Sunday, March 31, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Liverpool rampas carta pendahulu

Posted: 31 Mar 2019 11:09 AM PDT

LIVERPOOL: Liverpool kembali menerajui carta teratas Liga Perdana Inggeris selepas meraih kemenangan dramatik 2-1 menewaskan Tottenham Hotspur di Anfield, sebentar tadi.

KATS muat naik draft SOP perlombongan bauksit

Posted: 31 Mar 2019 10:38 AM PDT

KUANTAN: Kementerian Air, Tanah, dan Sumber Asli (KATS) memuat naik draf Prosedur Operasi Standard (SOP) Aktiviti Perlombongan dan Pengeksportan Bauksit Negeri Pahang di laman sesawang kementerian itu.

Kajian menyeluruh isu gaji siswazah - TPM

Posted: 31 Mar 2019 05:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuat kajian menyeluruh berhubung isu penerimaan gaji siswazah yang baru melangkah ke alam pekerjaan dalam usaha membela nasib golongan itu.

Hamilton takluk GP Bahrain

Posted: 31 Mar 2019 10:41 AM PDT

SAKHIR, Bahrain: Penyandang juara dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton memanfaat sepenuhnya nasib malang yang menimpa pelumba baharu Ferrari, Charles Leclerc untuk menjuarai Grand Prix (GP) Bahrain, sebentar tadi.

'Liga terbaik, pegawai paling teruk'

Posted: 31 Mar 2019 10:24 AM PDT

CARDIFF: Pengurus Cardiff, Neil Warnock mengakui amat marah susulan kekalahan kontroversi skuad kendaliannya kepada Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris, malam tadi.

Mak gembira luar biasa

Posted: 31 Mar 2019 09:15 AM PDT

MARAN: Tingkah laku Hashimah Ismail, 66, yang maut bersama empat ahli keluarganya di Kilometer 101, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, hari ini, kelihatan agak berlainan ketika menghadiri majlis perkahwinan cucu tirinya, kelmarin.

Parti AKP Erdogan mendahului kiraan undi

Posted: 31 Mar 2019 09:56 AM PDT

ANKARA: Semua calon daripada parti Presiden Recep Tayyip Erdogan (AKP) mendahului pilihan raya Datuk Bandar di dua bandar utama Turki, selepas suku undi dikira, laporan stesen televisyen NTV, semalam.

Kementerian sedia 'laluan' khas untuk pelajar miskin - Maszlee

Posted: 31 Mar 2019 09:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sudah mengarahkan pegawai kementeriannya untuk menghubungi Abdul Manaf Abdul Aziz, 18, yang dilaporkan mengalami kesempitan hidup untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti.

Rayzam mengeluh lambat dapat rawatan

Posted: 31 Mar 2019 09:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Atlet 110 meter lari berpagar negara, Rayzam Shah Wan Sofian mempertikaikan tindakan kurang pantas daripada pihak hospital berikutan kecederaan serius yang dialaminya di kejohanan Olahraga Grand Prix (GP) Terbuka Malaysia, hari ini.

Tok Mat dakwa SPR sengaja nak sekat momentum BN

Posted: 31 Mar 2019 09:37 AM PDT

SEREMBAN: Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa tarikh dipilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau adalah keputusan dipengaruhi Pakatan Harapan (PH) bagi menghentikan momentum kebangkitan dan kemenangan Barisan Nasional (BN).

Sasaki kelima GP Argentina, McPhee kecewa

Posted: 31 Mar 2019 09:34 AM PDT

BUENOS AIRES: Penunggang Moto3 PETRONAS Yamaha Sepang Racing, Ayumu Sasaki bangkit daripada kekecewaan di Qatar apabila menamatkan saingan Grand Prix (GP) Argentina di kedudukan kelima, sebentar tadi.

Polis Ukraine rampas heroin 600 kilogram

Posted: 31 Mar 2019 09:26 AM PDT

KIEV: Polis Ukraine berjaya merampas dadah jenis heroin bernilai kira-kira AS$60 juta (RM244.9 juta) dalam dua serbuan di tengah dan barat negara itu.

Loftus-Cheek selamatkan maruah Chelsea

Posted: 31 Mar 2019 08:45 AM PDT

LONDON: Gol pada masa kecederaan Ruben Loftus-Cheek membantu Chelsea bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan Cardiff City 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris, malam tadi.

Budak lelaki lemas dalam kolam renang

Posted: 31 Mar 2019 08:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemui lemas di kolam renang sebuah kelab golf di Bukit Beruntung, di sini, pagi tadi.

Tak adil kepada lepasan SPM, STPM jika iktiraf UEC

Posted: 31 Mar 2019 08:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak wajar mengiktiraf dan memberi layanan sama rata kepada lepasan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) seperti lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Warga emas terjerat 'Love Scam' rugi RM38,500

Posted: 31 Mar 2019 08:13 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas yang menjadi mangsa sindiket penipuan dipercayai 'Love Scam' kerugian RM38,500 selepas diperdaya seorang lelaki yang dikenali menerusi Facebook.

Russel raih perak 200m

Posted: 31 Mar 2019 08:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Atlet berdarah campuran Malaysia - Australia, Russel Alexander Nasir Taib gagal meraih pingat emas dalam acara 200 meter (m) dalam Olahraga Grand Prix (GP) Terbuka Malaysia, hari ini.

23 kertas undi pos PRK Rantau

Posted: 31 Mar 2019 08:04 AM PDT

SEREMBAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengeluarkan sebanyak 23 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Rebah ketika berkayuh

Posted: 31 Mar 2019 08:00 AM PDT

SHAH ALAM: Tidak sempat menyelesaikan kayuhan, seorang lelaki meninggal dunia ketika menyertai aktiviti berbasikal pada program '60+ Earth Hour' anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di bandar raya ini, malam tadi.

Strategi pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat

Posted: 29 Mar 2019 08:00 PM PDT

KERAJAAN mengutamakan agenda pembelajaran sepanjang hayat (PSH) bagi memastikan masyarakat mendapat peluang pendidikan merentasi peringkat umur, latar belakang pendidikan dan lokasi pembelajaran.

Rayzam ditimpa nasib malang

Posted: 31 Mar 2019 06:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jaguh 110 meter (m) lari berpagar negara, Rayzam Shah Wan Sofian berdepan nasib malang apabila terjatuh pada pagar terakhir ketika beraksi di kejohanan Olahraga Grand Prix (GP) Terbuka Malaysia, hari ini.

Tunjuk perasaan bantah penipuan pilihan raya Thailand

Posted: 31 Mar 2019 06:13 AM PDT

BANGKOK: Warga Thailand mengadakan tunjuk perasaan, hari ini, membantah penipuan dalam pilihan raya pertama negara diperintah junta itu, sejak rampasan kuasa pada 2014.

Tengok City beraksi lagi tertekan - Mane

Posted: 31 Mar 2019 06:10 AM PDT

LONDON: Sadio Mane mendakwa dia lebih tertekan menonton perlawanan membabitkan Manchester City berbanding bermain untuk Liverpool ketika persaingan memburu takhta Liga Perdana Inggeris hampir menuju penamatnya.

'Pocket Rocketman' kongsi petua

Posted: 31 Mar 2019 06:43 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang berkongsi petua kejayaannya sehingga bergelar juara dunia dalam acara keirin walaupun bertubuh kecil dan memiliki ketinggian hanya 1.68 meter.

14 'petani' Filipina maut ditembak polis

Posted: 31 Mar 2019 06:37 AM PDT

MANILA: Banyak kumpulan hak asasi mengutuk apa yang mereka sifatkan sebagai 'pembunuhan beramai-ramai' petani oleh polis di tengah Filipina, namun pihak berkuasa mempertahankan tindakan itu sebagai operasi sah ke atas pemberontak komunis yang disyaki.

Naik beberapa sen sahaja - Dr Xavier

Posted: 31 Mar 2019 05:03 AM PDT

SEREMBAN: Kerajaan menjangkakan kenaikan tarif air di seluruh negara secara berperingkat tahun ini, susulan penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air negara pada kadar yang tidak membebankan pengguna.

FAM lulus proses pengambilan pemain naturalisasi

Posted: 30 Mar 2019 04:39 AM PDT

GEORGETOWN: Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini meluluskan mekanisme proses pengambilan pemain naturalisasi untuk mewakili skuad kebangsaan menerusi tiga peringkat. 

Tragedi selepas menghadiri majlis perkahwinan saudara

Posted: 31 Mar 2019 02:54 AM PDT

MARAN: Lima sekeluarga, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 101, Jalan Lama Kuantan-Kuala Lumpur, dekat Kampung Semat, Batu 14, di sini, petang tadi.

Pasar riuh pertembungan kempen calon PH, BN

Posted: 30 Mar 2019 08:52 PM PDT

SEREMBAN: Pasar pekan Rantau, di sini, riuh seperti suasana jualan langsung berikutan pertembungan kempen calon Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN), pagi tadi.

Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama

Posted: 31 Mar 2019 05:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat jam 7.30 malam ini, susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas tamat musim cuti sekolah.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template