Thursday, March 7, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Konsert amal "Whitney Houston" biaya pertubuhan kebajikan

Posted: 07 Mar 2019 01:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Badan Amal Kasih Sayang (BAKASA) yakin dapat mengumpul dana berjumlah RM700,000 menerusi Konsert Amal Diraja 'Remembering Whitney – The Greatest Love of All', dijadual berlangsung di Istana Budaya, 22 Mac ini.

Pyongyang selar latihan ketenteraan baharu AS, Korea Selatan

Posted: 07 Mar 2019 08:47 AM PST

SEOUL: Korea Utara menyelar latihan ketenteraan bersama antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS), semalam, sambil menyifatkannya sebagai 'cabaran jelas' terhadap usaha perdamaian di semenanjung Korea.

Pakistan tingkat operasi buru militan

Posted: 07 Mar 2019 08:34 AM PST

ISLAMABAD: Pakistan menahan lebih 100 militan disyaki, menurut Kementerian Dalam Negeri negara itu, semalam, susulan ketegangan selama berminggu-minggu dengan negara jirannya, India.

Fungsi IPG tak akan ditukar

Posted: 07 Mar 2019 08:26 AM PST

TAWAU: Kementerian Pendidikan akan mengekalkan fungsi Institut Pendidikan Guru (IPG) yang terbabit dengan tukar fungsi yang dicadang dijadikan pusat latihan vokasional dan politeknik.

Liga Juara-Juara: Buffon kempunan lagi

Posted: 07 Mar 2019 08:13 AM PST

PARIS: Dari Parma ke Juventus dan kemudian Paris, karier Gianluigi Buffon boleh dianggap cemerlang dengan kilauan pelbagai trofi domestik, Eropah dan antarabangsa.

Lima remaja perempuan lari dari rumah kebajikan

Posted: 07 Mar 2019 08:03 AM PST

HULU LANGAT: Lima remaja perempuan dipercayai melarikan dari dari sebuah rumah kebajikan, di sini, Ahad lalu.

V Shem-Wee Kiong ke suku akhir Seluruh England

Posted: 07 Mar 2019 07:52 AM PST

KUALA LUMPUR: Goh V Shem-Tan Wee Kiong lolos ke suku akhir Seluruh England selepas menundukkan pilihan keempat dari Jepun, Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe 21-18, 21-19 pada pusingan kedua hari ini.

Kerajaan negeri tarik balik tawaran penempatan sementara - EXCO

Posted: 07 Mar 2019 07:48 AM PST

GEORGETOWN: Kerajaan negeri menawarkan enam keluarga yang berteduh di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) yang diusir dari rumah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis di sini, untuk mendiami hotel seliaan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP).

Cuma enam persatuan sukan dapat lima bintang

Posted: 07 Mar 2019 07:40 AM PST

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Sukan Datuk Zaiton Othman kecewa dengan sikap sebahagian persatuan sukan kebangsaan (NSA) yang tidak memberikan komitmen serta gagal mentadbir persatuan masing-masing dengan baik.

Kimberly-Dhabitah kelima di Beijing

Posted: 07 Mar 2019 07:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Gandingan Kimberly Bong-Nur Dhabitah Sabri terpaksa berpuas hati di kedudukan kelima dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita akhir pada aksi Siri Dunia Terjun FINA 2019 yang berlangsung di Beijing, China hari ini.

Kenderaan tersadai akan ditunda, pemilik didenda

Posted: 07 Mar 2019 07:09 AM PST

PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri memberi peringatan kepada pemilik yang membiarkan kenderaannya tersadai di kawasan kuarters kerajaan di Putrajaya, bukan saja akan ditunda malah akan dikenakan tindakan denda.

3 tentera Indonesia maut di Papua

Posted: 07 Mar 2019 07:02 AM PST

JAKARTA: Tiga tentera Indonesia terbunuh dalam pertempuran bersenjata dengan pemisah di pedalaman wilayah Papua, kata tentera, hari ini.

Pemimpin UMNO, BN diarah berhati-hati berceramah

Posted: 07 Mar 2019 06:32 AM PST

KUALA LUMPUR: UMNO mengarahkan semua pemimpin parti dan Barisan Nasional (BN) supaya lebih berhati-hati ketika berceramah sepanjang tempoh berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, bulan depan.

Hisap vape berisiko penyakit jantung - Kajian AS

Posted: 07 Mar 2019 05:56 AM PST

WASHINGTON: Individu yang menghisap rokok elektronik atau vape lebih cenderung mempunyai risiko penyakit jantung berbanding mereka yang tidak menghisapnya, menurut kajian yang diterbitkan di Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Pertemuan di KOMTAR bertukar riuh

Posted: 07 Mar 2019 06:05 AM PST

GEORGETOWN: Lawatan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya ke Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, bertukar kecoh apabila kenderaan dinaikinya dihalang meninggalkan bangunan pentadbiran kerajaan negeri.

Malaysia nyata komitmen bantu Bangsamoro

Posted: 07 Mar 2019 06:09 AM PST

MANILA: Malaysia menyatakan komitmennya untuk terus membantu Filipina membangunkan ekonomi kerajaan autonomi baharu di Mindanao, Rantau Berautonomi Bangsamoro di Mindanao Muslim (BARMM).

Penyelidikan, inovasi berterusan perkasa batik

Posted: 07 Mar 2019 06:06 AM PST

SERI KEMBANGAN: Penyelidikan dan inovasi batik perlu dijalankan secara berterusan bagi memperkasakan dan melonjakkan industri kreatif itu ke tahap lebih tinggi, termasuk mampu menembusi pasaran global.

Padah tular video pembunuhan

Posted: 07 Mar 2019 05:56 AM PST

COPENHAGEN: Polis Denmark mendakwa 14 orang atas tuduhan berkongsi sebuah video di media sosial yang menunjukkan pembunuhan seorang wanita Scandanavia di Maghribi, Disember lalu.

Pemandu mabuk sebabkan 4 kematian dipenjara 17 tahun, denda RM39,000

Posted: 06 Mar 2019 11:30 PM PST

TAWAU: Seorang eksekutif wanita dihukum penjara 17 tahun dan denda RM39,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian empat lelaki di Jalan Chong Thien Vun, Julai tahun lalu.

PM saran anggota ASEAN bersatu sebagai rakan dagangan berkesan

Posted: 07 Mar 2019 05:09 AM PST

MANILA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakan ASEAN untuk mengguna pakai model perniagaan yang membolehkan setiap negara anggota berkongsi industri terpilihnya dengan anggota lain dan meluaskan pasarannya.

Laungan Malaysia! Malaysia! sambut ketibaan Tun M

Posted: 07 Mar 2019 04:47 AM PST

MANILA: Ratusan pelajar sekolah memenuhi tepi jalan menuju ke bangunan pentadbiran utama dan kediaman rasmi Presiden Filipina, Rodrigo Duterte di Istana Malacanang di sini, hari ini.

Isu perobohan rumah di Butterworth dapat perhatian PM

Posted: 07 Mar 2019 04:34 AM PST

GEORGETOWN: Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan pegawainya meneliti isu kekecohan ketika kerja perobohan rumah di Tanah Wakaf Abdul Cauder, Jalan Mengkuang di Butterworth.

Anwar isytihar aset RM10.74j

Posted: 07 Mar 2019 04:32 AM PST

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan nilai keseluruhan aset miliknya adalah sebanyak RM10.74 juta.

Pulau percutian di Terengganu kembali dibuka

Posted: 07 Mar 2019 04:27 AM PST

KUALA TERENGGANU: Pulau peranginan di Terengganu kembali dibuka kepada pelancong bermula bulan ini, selepas ditutup selama empat bulan berikutan musim tengkujuh.

Imigresen patahkan sindiket palsu dokumen

Posted: 07 Mar 2019 04:18 AM PST

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen (JIM) mematahkan dua sindiket pemalsuan dokumen Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) didalangi warga Bangladesh di Ampang dan Subang Jaya, Selangor.

Singapura sekat kumpulan 'death metal'

Posted: 07 Mar 2019 04:15 AM PST

SINGAPURA: Singapura mengharamkan konsert sebuah kumpulan rock death metal dari Sweden, Watain Live, hari ini, ekoran sejarahnya yang pernah merendahkan agama serta menggalakkan keganasan.

Lembaga Pengarah FELCRA nasihat COO lebih berhati-hati

Posted: 07 Mar 2019 02:31 AM PST

KUALA LUMPUR: Ahli Lembaga Pengarah menasihatkan Ketua Pegawai Operasi (COO) FELCRA, Mohd Khairi Mahamor supaya lebih berhati-hati dalam menangani urusan operasi perladangan.

Ismail Sabri ketua pembangkang baharu

Posted: 07 Mar 2019 03:33 AM PST

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) melantik Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ketua pembangkang baharu menggantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

ADUN Ketari, Rara bercerai talak satu

Posted: 06 Mar 2019 08:43 PM PST

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Masyhur Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Kuasa kepada SKMM padam paparan perkauman di media sosial

Posted: 07 Mar 2019 03:21 AM PST

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang mengkaji untuk memberi kuasa kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk memadamkan paparan berbaur perkauman di media sosial.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template