Friday, March 8, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Pengarah komunikasi Trump letak jawatan

Posted: 08 Mar 2019 09:43 AM PST

WASHINGTON: Bekas eksekutif Fox News, Bill Shine meletak jawatan sebagai pengarah komunikasi Presiden Donald Trump, menurut Rumah Putih, semalam.

42 cedera, seorang maut ditembak Zionis

Posted: 08 Mar 2019 09:41 AM PST

GAZA: Seorang penduduk Palestin maut sementara 42 mangsa lain cedera akibat ditembak penembak hendap Israel di sempadan Gaza, semalam, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza.

Kerajaan negeri lemah tangani isu PPR, tanah wakaf

Posted: 08 Mar 2019 09:24 AM PST

GEORGETOWN: Pembangkang mendakwa kelewatan kerajaan Pulau Pinang menyelesaikan isu berkaitan pengusiran 22 penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis di sini, berpunca daripada kelemahan sistem pentadbiran.

Kerajaan benarkan pengajaran Matematik, Sains dalam bahasa Inggeris

Posted: 08 Mar 2019 08:41 AM PST

MANILA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan mengambil pendekatan membenarkan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah.

Wad bersalin Hospital Sungai Buloh gempar bau hangit

Posted: 08 Mar 2019 08:34 AM PST

SUNGAI BULOH: Wad bersalin di Hospital Sungai Buloh di sini gempar apabila pesakit mendakwa terhidu bau hangit selain melihat kepulan asap, petang semalam.

23 maut, 110,000 terjejas banjir di Malawi

Posted: 08 Mar 2019 08:30 AM PST

BLANTYRE: Hujan lebat dan banjir di selatan Malawi mengorbankan sekurang-kurangnya 23 orang sementara 11 mangsa lain hilang, menurut Kementerian Dalam Negeri negara itu, semalam.

ECRL tetap diteruskan jika harga bersesuaian - Dr Mahathir

Posted: 07 Mar 2019 11:07 PM PST

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian bahawa projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan sekiranya harga yang ditawarkan bersesuaian.

Taktikal, tuah tentukan nasib Arsenal, United

Posted: 08 Mar 2019 08:18 AM PST

KOLUM APA KATA EPL

Abang maut dilanggar kereta adik

Posted: 08 Mar 2019 08:16 AM PST

PENDANG: Seorang lelaki maut selepas dipercayai dilanggar adiknya dengan sebuah kereta di hadapan rumah mereka di Kampung Haji Bunga, Mukim Air Puteh, di sini, kelmarin.

Karipap, tepung bungkus pun habis terbakar

Posted: 08 Mar 2019 07:58 AM PST

PASIR MAS: Malang nasib peniaga kuih, Faridah Mat Zain, 54, kerana bukan saja rumahnya terbakar, karipap dan kuih tepung bungkus yang ditempah pelanggannya juga habis musnah

Pahang rampas teraju Liga Super

Posted: 08 Mar 2019 07:19 AM PST

KUANTAN: Skuad Pahang mengutip tiga mata selepas menewaskan Kedah 1-0 pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur sebentar tadi hasil jaringan lewat permainan Zuhair Aizat Mohd Nazri.

Pakai kostum Kamen Rider di hari perkahwinan

Posted: 08 Mar 2019 07:54 AM PST

TUMPAT: Minat mendalam terhadap adiwira Kamen Rider Faiz mendorong seorang kerani memakai kostum adiwira itu untuk mengabadikan kenangan pada hari perkahwinannya sehingga menjadi tular di media sosial.

Galak sektor swasta, kerajaan libat urus pendidikan bersama

Posted: 08 Mar 2019 07:31 AM PST

SEMPORNA: Kementerian Pendidikan menggalakkan sesi libat urus pendidikan antara sektor swasta bersama kerajaan dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara, kata Menterinya, Dr Maszlee Malik.

PM Finland letak jawatan gagal tunai janji

Posted: 08 Mar 2019 07:28 AM PST

HELSINKI: Perdana Menteri Finland, Juha Sipila meletak jawatan, hari ini, selepas gagal melaksanakan reformasi sosial dan penjagaan kesihatan, selepas lima minggu pilihan raya parlimen.

RON97 naik 3 sen, RON95 dan diesel kekal

Posted: 08 Mar 2019 01:14 AM PST

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 naik tiga sen kepada RM2.46 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter, mulai tengah malam ini.

Pakistan dedah nama juruterbang tembak pesawat India

Posted: 06 Mar 2019 07:10 AM PST

ISLAMABAD: Pakistan menamakan juruterbang yang dikatakan menembak jatuh dua jet pejuang India minggu lalu, dalam pertempuran udara luar biasa yang mencetuskan kebimbangan konflik besar-besaran antara dua negara.

Korea Utara akui persidangan Hanoi gagal

Posted: 08 Mar 2019 06:45 AM PST

WASHINGTON: Media kerajaan Korea Utara akhirnya mengesahkan bahawa persidangan antara pemimpinnya, Kim Jong-un dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump

Tukang masak kantin ditemui lemas

Posted: 08 Mar 2019 05:27 AM PST

KUALA TERENGGANU: Kegembiraan seorang tukang masak kantin meluangkan masa bersama tunangnya bertukar tragedi apabila ditemui lemas di Air Terjun Belukar Bukit, Kuala Berang, petang tadi.

Anggota bomba berisiko digigit haiwan berbisa

Posted: 08 Mar 2019 05:32 AM PST

BANDAR PERMAISURI: Anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu yang memadam kebakaran di tanah gambut sekitar Kampung Bahagia, di sini bukan sahaja berdepan cabaran memadamkan api tetapi juga berisiko digigit haiwan berbisa.

Bumiputra Rockers sedia ambulans

Posted: 08 Mar 2019 01:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Bumiputra Rockers (BPR) mengambil iktibar insiden kecemasan membabitkan rakan artis dengan menyediakan perkhidmatan paramedik dan ambulans setiap kali mengadakan persembahan berskala besar.

Morientes yakin Liverpool juara musim ini

Posted: 08 Mar 2019 05:23 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas bintang Liverpool Fernando Morientes yakin peluang masih terbuka luas buat skuad The Reds untuk menamatkan penantian 29 tahun menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Panas melampau daerah Pekan alami gangguan bekalan air

Posted: 08 Mar 2019 05:20 AM PST

KUANTAN: Panas melampau dan berpanjangan yang mengundang cuaca kering menyebabkan 6,561 pemilik akaun di daerah Pekan mengalami gangguan bekalan air.

Polis rampas penyangkut baju

Posted: 08 Mar 2019 05:17 AM PST

LANGKAWI: Polis merampas dua penyangkut baju dan pakaian suspek lelaki ketika membuat pemeriksaan semula di rumah pasangan suami isteri yang ditahan berhubung kematian Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3.

Imigresen tahan 47 PATI

Posted: 08 Mar 2019 01:37 AM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 47 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen di Pasar Borong Selayang dan Pasar Meru Klang, Selangor, hari ini.

Liu Ying tekad bangkit di Terbuka Malaysia

Posted: 08 Mar 2019 05:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran negara, Goh Liu Ying mengakui dia dan rakan gandingannya Chan Peng Soon mahu segera melupakan kekalahan di pusingan kedua Seluruh England, semalam.

Piala Sultan Selangor: Selangor kekal tuan rumah

Posted: 08 Mar 2019 05:11 AM PST

SINGAPURA: Piala Sultan Selangor edisi ke-18 tahun ini menyaksikan Stadium Shah Alam sekali lagi menjadi tuan rumah pada 24 Ogos ini.

Jiwa gesa beri Oltmans peluang

Posted: 08 Mar 2019 05:08 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemilihan 28 pemain untuk kem latihan skuad hoki kebangsaan oleh pengendali baharu Roelant Oltmans dipersoalkan sebahagian pemerhati, namun bekas pemain negara, Jiwa Mohan menggesa semua pihak supaya memberikan peluang secukupnya kepada pakar dari Belanda itu untuk melaksanakan tugasnya.

Soon Huat-Shevon ke separuh akhir Seluruh England

Posted: 08 Mar 2019 05:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai membuat kejutan dengan mara ke pentas separuh akhir Seluruh England, sebentar tadi.

Fazli Sham terpantas Underbone 150cc

Posted: 08 Mar 2019 05:06 AM PST

SEPANG: Pelumba veteran Ahmad Fazli Sham Walat positif untuk menghadapi Perlumbaan 1 kelas Underbone 150cc di pusingan pembuka tirai Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) 2019, esok. 

FAM tangguh kerana status

Posted: 08 Mar 2019 05:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Aksi persahabatan menentang Nepal yang dijadualkan berlangsung 26 Mac ini ditunda ke satu tarikh lain selepas perlawanan berkenaan gagal mendapat status A daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template