Sunday, April 14, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Mane, Salah robek Chelsea

Posted: 14 Apr 2019 10:43 AM PDT

LIVERPOOL: Sadio Mane dan Mohamed Salah masing-masing menyumbat gol bagi membantu Liverpool menundukkan Chelsea 2-0 di Anfield, sebentar tadi.

Lebih 100 juta penduduk AS diancam ribut

Posted: 14 Apr 2019 10:26 AM PDT

POLLOK: Beberapa taufan maut melanda selatan Amerika Syarikat, semalam, sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya dua kanak-kanak, ketika ribut besar bergerak ke timur negara itu dengan membawa ancaman banjir terhadap penduduk dari New York hingga ke Atlanta.

'Tiada jalan lain buat City'

Posted: 14 Apr 2019 10:20 AM PDT

LONDON: Manchester City wajib menang kesemua lima baki perlawanan Liga Perdana Inggeris untuk menjulang gelaran musim ini, tegas pengendalinya Pep Guardiola.

Vettel gembira dalam duka

Posted: 14 Apr 2019 10:12 AM PDT

SHANGHAI: Sebastian Vettel menaiki podium pertamanya pada 2019, semalam tetapi berbanding tersenyum lebar, dia mengakui 'tidak begitu gembira' dengan jentera Ferrari selain terganggu dengan soalan mengenai arahan pasukan.

Gara-gara peras ugut RM5,000, empat polis kena siasat

Posted: 14 Apr 2019 10:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Empat anggota polis termasuk dua pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini, disiasat selepas didakwa memeras ugut seorang lelaki yang ditahan kerana dadah, Selasa lalu.

FAM kunjungi KFA terang F:30, ACE

Posted: 14 Apr 2019 10:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selaras dengan usaha memperkasakan bola sepak negara, satu delegasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat kunjungan ke Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bagi menerangkan peta hala tuju F:30 dan Projek Pemerkasaan Ahli Gabungan (ACE).

Bayern rampas takhta Bundesliga

Posted: 14 Apr 2019 09:39 AM PDT

BERLIN: Penyandang juara, Bayern Munich mengatasi Fortuna Duesseldorf 4-1, malam tadi dengan pemain sayap Kingsley Coman menyumbat dua gol sekali gus mendaki ke carta teratas Bundesliga.

2 warga asing maut dilanggar komuter

Posted: 14 Apr 2019 09:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dua lelaki dipercayai warga Myanmar maut selepas dilanggar tren komuter ketika cuba melintas laluan komuter di Kilometer 371.7 Sungai Buloh-Kepong dekat sini, petang tadi.

Dua gol Sterling julang Man City

Posted: 14 Apr 2019 08:33 AM PDT

LONDON: Penyerang Manchester City, Raheem Sterling meledak dua gol ketika penyandang juara Liga Perdana Inggeris itu menewaskan Crystal Palace 3-1 di Selhurst Park, malam tadi.

5,000 saksi Melaka Muzikal Extravaganza

Posted: 14 Apr 2019 08:44 AM PDT

MELAKA: Lebih 5,000 warga bandar raya ini menyaksikan persembahan Melaka Muzikal Extravaganza sempena sambutan Ulang Tahun Ke-16 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Dataran MBMB, di sini, malam ini.

Panorama Gulmarg Kashmir memukau mata

Posted: 13 Apr 2019 07:00 PM PDT

"Nak main salji sangat...rasakan!" Kata-kata itu kemudian disambut deraian ketawa sambil masing-masing menggigil dan menahan kesejukan melampau apabila salji semakin lebat. Malah, ada di antara kami berterusan menggetap bibir kerana tidak tahan berdepan dengan cuaca seperti itu.

'Istilah vokal 'tercekik sudu' sekadar usikan'

Posted: 14 Apr 2019 03:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Mana ada kami gaduh, jauh sekali hendak melancarkan perang dingin."

Pahang terus hambat JDT

Posted: 14 Apr 2019 08:18 AM PDT

SHAH ALAM: Pahang terus membuatkan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak senang duduk apabila bangkit menundukkan PKNS FC 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Kementerian Luar bantah AS senaraikan Malaysia negara 'K'

Posted: 14 Apr 2019 06:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar membantah sekeras-kerasnya tindakan Kerajaan Amerika Syarikat (AS) menyenaraikan Malaysia sebagai negara yang ditanda 'K', iaitu mempunyai risiko penculikan dan dijadikan tebusan.

Lelaki parah ditetak bekas abang ipar

Posted: 14 Apr 2019 08:10 AM PDT

PEKAN: Seorang lelaki parah pada bahagian perut dan tangan dipercayai ditetak dengan pisau panjang oleh bekas abang iparnya di Kampung Padang Buloh, semalam.

Suspek ketiga periksa MPV polis ditahan

Posted: 14 Apr 2019 07:35 AM PDT

SEREMBAN: Seorang peniaga ayam berusia 37 tahun menjadi individu ketiga ditahan, petang tadi, berhubung kes lima penyokong parti politik memeriksa kereta peronda polis (MPV) di hadapan pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau, di sini, semalam.

NSTP FC ketiga Piala Juara Twentyfive.7

Posted: 14 Apr 2019 07:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kejohanan Piala Juara Twentyfive.7 antara media anjuran Gamuda Land berlangsung meriah di Twentyfive.7 The Field, Kota Kemuning, semalam.

Hamilton tawan GP China, perlumbaan F1 ke-1,000

Posted: 14 Apr 2019 01:54 AM PDT

SHANGHAI: Lewis Hamilton memenangi perlumbaan ke-1,000 Formula Satu (F1) selepas mendominasi saingan Grand Prix (GP) China, di sini, sebentar tadi.

Trend pengundi tidak boleh dijangka, PH perlu bekerja kuat

Posted: 14 Apr 2019 06:03 AM PDT

KUANTAN: Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH), Dr S Streram pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau semalam menunjukkan trend pengundi, terutama dalam kalangan pengundi Melayu sukar dijangka.

Somanroy buru emas terakhir

Posted: 14 Apr 2019 06:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dua pingat dimenangi A Somanroy di Kejuaraan Persekutuan Karate Asia Tenggara (SEAKF) di Bangkok, semalam dianggap sebagai pemanas badan menjelang Kejuaraan Karate Asia (AKF) Kadet, Junior dan Bawah 21 (B21) di Kota Kinabalu, hujung bulan ini.

Menteri Palestin angkat sumpah semula

Posted: 14 Apr 2019 06:48 AM PDT

RAMALLAH: Menteri Palestin mengangkat sumpah kali kedua hari ini selepas peguam mengesan sumpah yang dibuat semalam tidak menyebut satu ayat.

Modi tak habis-habis salahkan Pakistan

Posted: 14 Apr 2019 06:46 AM PDT

NEW DELHI: Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Pakistan menipu dengan ancaman nuklear dalam serangan merentas sempadan kedua-dua negara itu, baru-baru ini, yang hampir mencetuskan perang di antara negara kuasa nuklear terbabit.

PM terima Ijazah Kehormat Pengurusan Perniagaan

Posted: 14 Apr 2019 02:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Asia School of Business (ASB) sebentar tadi menganugerahkan Ijazah Kehormat Pengurusan Perniagaan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

LTdL 2019 mendebarkan, lakar kejayaan

Posted: 14 Apr 2019 06:26 AM PDT

LANGKAWI: Edisi ke-24 Le Tour de Langkawi yang melabuhkan tirainya semalam membawa pelbagai pengalaman menarik dan saingan mendebarkan.

Dah tua sangat nak gaduh - Gattuso

Posted: 14 Apr 2019 06:23 AM PDT

MILAN: Bos AC Milan, Gennaro Gattuso berjenaka kombinasi usia dan tanggungjawab menghalangnya daripada terbabit dalam kekecohan susulan kemenangan 1-0 pasukannya terhadap Lazio, semalam.

Atlet mampu capai prestasi terbaik di Olimpik 2020 - KBS

Posted: 14 Apr 2019 06:19 AM PDT

BUKIT MERTAJAM: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) percaya kontinjen negara mampu mencapai prestasi terbaik pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas penstrukturan semula program latihan sukan berprestasi tinggi.

Agong, Permaisuri Agong ucap selamat sempena Vaisakhi, Tahun Baharu Tamil

Posted: 14 Apr 2019 06:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menyampaikan ucap selamat kepada mereka yang merayakan Vaisakhi dan Tahun Baharu Tamil.

Usahawan Bumiputera tak boleh bergantung bantuan kerajaan untuk berjaya - Daim

Posted: 14 Apr 2019 06:11 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin, berkata usahawan Bumiputera tidak lagi boleh bergantung kepada bantuan kerajaan untuk berjaya dalam perniagaan.

Pelajar terbaik STPM pilih bidang pendidikan khas

Posted: 14 Apr 2019 05:58 AM PDT

TEMERLOH: Penerima Anugerah Pelajar Terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018 bagi Kategori Orang Asli, Nor Faiza Rosidin, 20, bertekad untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan khas.

Sokong tindakan tegas terhadap ahli PKR periksa MPV polis - Anwar

Posted: 14 Apr 2019 05:44 AM PDT

KUANTAN: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong sebarang tindakan tegas diambil pihak berkuasa terhadap pihak yang bergaduh dan bertindak memeriksa kenderaan pelbagai guna (MPV) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Rantau, Negeri Sembilan, semalam.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template