Tuesday, April 16, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Suhandi calon paling miskin dalam PEMILU

Posted: 16 Apr 2019 09:57 AM PDT

JAKARTA: Suhandi, seorang pemandu teksi motosikal, mungkin menjadi calon paling miskin bertanding dalam Pemilihan Umum Indonesia 2019 (PEMILU) yang bermula, hari ini.

10,000 sukarelawan Indonesia pantau kes tipu undi

Posted: 16 Apr 2019 09:53 AM PDT

JAKARTA: Lebih 10,000 orang menawarkan diri sebagai sukarelawan untuk menjadi 'ejen pemberi maklumat' dari pusat pembuangan undi di seluruh Indonesia, semalam.

Scholes dipalit pertuduhan babit pertaruhan

Posted: 16 Apr 2019 09:47 AM PDT

LONDON: Bekas pemain Manchester United, Paul Scholes didakwa oleh Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) atas tuduhan melanggar peraturan membabitkan pertaruhan, kata badan induk itu, semalam.

MAS nafi senarai bayaran bagasi tular di media sosial

Posted: 16 Apr 2019 09:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan, senarai kadar tambahan bagi bayaran bagasi oleh syarikat penerbangan itu yang tular dalam media sosial adalah tidak betul.

Parlimen Mesir undi lanjutkan pemerintahan Sisi

Posted: 16 Apr 2019 09:14 AM PDT

KAHERAH: Parlimen Mesir yang dipenuhi pembuat dasar setia kepada Presiden Abdel Fattah al-Sisi memulakan sesi untuk mengundi pindaan perlembagaan yang mengekalkan kuasa bekas ketua tentera itu sehingga 2030.

Jurukamera RTM cedera ditembak alami PSTD

Posted: 16 Apr 2019 05:18 AM PDT

GEORGETOWN: Jurukamera RTM, Mohamad Amirul Amin Mohamed Amer yang cedera dalam insiden tembakan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini tiga tahun lalu, mengalami gangguan tekanan selepas trauma (PTSD), seorang pakar psikiatri memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Derma baik pulih Notre-Dame cecah RM3.26 bilion

Posted: 16 Apr 2019 08:50 AM PDT

PARIS: Sumbangan daripada ramai billionaire, banyak perniagaan dan sektor awam untuk pembinaan semula gereja besar Notre-Dame mencecah hampir 700 juta euro (RM3.26 bilion), semalam, ketika ramai memberi sokongan terhadap salah satu monumen paling ikonik di Eropah itu.

Kedah singkir PJ City

Posted: 16 Apr 2019 08:47 AM PDT

ALOR SETAR: Kedah mara ke suku akhir Piala FA apabila menewaskan Petaling Jaya City FC (PJ City) 2-0 di Stadium Darul Aman malam tadi.

TFC hentikan perjalanan Kelantan United

Posted: 16 Apr 2019 08:39 AM PDT

KOTA BHARU: Terengganu FC (TFC) menempah slot ke suku akhir Piala FA apabila menyingkirkan pendatang baharu Liga Malaysia, Kelantan United dengan kemenangan 3-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Selangor rebah di Shah Alam

Posted: 16 Apr 2019 08:15 AM PDT

SHAH ALAM: Naib juara musim lalu, Selangor tersingkir di pusingan ketiga Piala FA apabila tunduk 2-1 kepada FELDA United di Stadium Shah Alam, malam tadi.

MASCA sedia bida anjur Kejohanan Kanu Polo Asia 2020

Posted: 16 Apr 2019 07:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) sedia membida hak penganjuran untuk menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Kanu Polo Asia 2020.

PPM tahan 84 PATI nak balik berpuasa, raya

Posted: 16 Apr 2019 07:04 AM PDT

MERSING: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor menahan 84 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia selepas dipercayai cuba menyusup keluar dari negara ini dalam serbuan Ops Landai Khas di kawasan Tanjung Rhu hingga FELDA Tenggaroh, di sini, semalam.

KKMM, Kementerian Pendidikan kerjasama wujud sekolah pemprograman komputer

Posted: 16 Apr 2019 07:43 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan sekolah pemprograman komputer untuk pelajar lepasan sekolah menengah.

Eddyna berpotensi jadi pelumba berkaliber

Posted: 16 Apr 2019 07:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Eddyna Nasuhar Zainal Abidin membuktikan Malaysia tidak ketandusan bakat berkualiti apabila hampir mendaki podium kategori wanita junior dalam Kejohanan Lumba Basikal Asia BMX 2019 (ACC BMX 2019) di BMX Arena Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Razlan positif prestasi Morbidelli, Quartararo

Posted: 16 Apr 2019 07:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Prinsipal Pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing (PETRONAS Yamaha SRT), Datuk Razlan Razali menegaskan perlumbaan di Eropah yang bakal bermula di Grand Prix (GP) Sepanyol, 5 Mei ini bakal menyajikan saingan lebih kompetitif berbanding tiga perlumbaan sebelum ini di Qatar, Argentina dan Amerika Syarikat. 

Polis mohon bantuan kesan wanita hilang

Posted: 16 Apr 2019 07:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak akhir bulan lalu.

16 maut ditembak ketika hadiri jamuan di Nigeria

Posted: 16 Apr 2019 06:42 AM PDT

KANO: Enam belas penduduk maut, manakala 14 lagi cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di satu jamuan bagi meraikan bayi baharu lahir, di tengah Nigeria.

'Tolong sempurnakan jenazah bayi ini'

Posted: 16 Apr 2019 04:45 AM PDT

MELAKA: Jemaah Masjid As Syakirin, Pasir Puteh, Bachang, di sini, dikejutkan dengan penemuan mayat bayi lelaki berbalut kain putih di ruang solat wanita, pagi tadi.

Treler terbalik, ratusan tong LPG bertaburan

Posted: 16 Apr 2019 01:50 AM PDT

PORT DICKSON: Ratusan tong gas petroleum cecair (LPG) bertaburan di atas jalan apabila treler yang membawa bahan itu terbalik di Kilometer 2.5, Jalan Linggi-Pedas, berhampiran Ladang Pengkalan Durian, di sini, hari ini

SMK Putera gah julang Piala Sumbangsih Liga KPM 2019

Posted: 16 Apr 2019 06:29 AM PDT

KUALA PILAH: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putera dari Kelantan membuka kempen Liga Bola Sepak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 100PLUS 2019 dengan langkah kanan selepas menundukkan SMK Zaaba 3-0 dalam aksi Piala Sumbangsih, Ahad lalu.

Figueroa ramal aksi JDT, PKNS sengit

Posted: 16 Apr 2019 06:25 AM PDT

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) menolak tanggapan pasukan itu akan mendapat laluan mudah ketika melayan kunjungan PKNS FC pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok. 

SKMM siapkan laporan ujian 5G menjelang hujung tahun ini - Gobind

Posted: 16 Apr 2019 06:05 AM PDT

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiapkan laporan akhir berhubung ujian 5G menjelang hujung tahun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini.

Spurs tetap 'tajam' tanpa Kane - De Bruyne

Posted: 16 Apr 2019 06:15 AM PDT

LONDON: Tonggak tengah Manchester City, Kevin De Bruyne menegaskan 'tidak bijak' untuk menganggap Tottenham sebagai lawan yang mudah diatasi tanpa kelibat penyerang, Harry Kane.

Saingan sengit rebut ASN 2018

Posted: 16 Apr 2019 06:12 AM PDT

PUTRAJAYA: Barisan atlet yang cemerlang pada dua temasya sukan tahun lepas mendominasi pencalonan untuk Anugerah Sukan Negara 2018 (ASN 2018) yang dijadual berlangsung pada 23 April ini.

Pesawat tentera Jerman mendarat cemas

Posted: 16 Apr 2019 04:56 AM PDT

BERLIN: Sebuah pesawat milik Kerajaan Jerman dilaporkan terpaksa mendarat cemas hingga menjejaskan jadual penerbangan di lapangan terbang antarabangsa Schoenefeld di sini, hari ini.

Kerajaan pertimbang tukar sistem cukai galak penggunaan produk tempatan - PM

Posted: 15 Apr 2019 11:23 PM PDT

CYBERJAYA: Kerajaan akan mempertimbangkan kemungkinan menukar sistem percukaian di negara ini dalam usaha menggalakkan penggunaan produk tempatan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

138 individu cuba tubuh kumpulan militan dipenjara

Posted: 16 Apr 2019 06:01 AM PDT

DUBAI: Kerajaan Bahrain mengenakan hukuman penjara ke atas 138 individu, kerana disyaki terbabit dengan cubaan menubuhkan kumpulan pengganas, yang mempunyai kaitan dengan rangkaian Pengawal Revolusi Iran.

Handal rancang beli 51 peratus kepentingan dalam BSOE berharga RM25.5 juta

Posted: 16 Apr 2019 06:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Handal Resources Bhd merancang untuk membeli 51 peratus kepentingan ekuiti dalam Borneo Seaoffshore Engineering Sdn Bhd (BSOE) pada harga RM25.5 juta.

Kes pecah amanah dana SRC: 2 pasukan BNM buat serbuan di Ambank

Posted: 16 Apr 2019 12:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dua pasukan dari BNM telah membuat serbuan di Ambank Jalan Raja Chulan untuk mendapatkan dokumen berhubung obligasi pelaburan.

Transaksi perbankan SRC International, Gandingan Mentari dikemuka di mahkamah

Posted: 16 Apr 2019 01:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini dikemukakan dengan beberapa dokumen transaksi perbankan membabitkan SRC International Sdn Bhd dan syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd berjumlah RM94.7 juta.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template