BH Online - Terkini |
- McMillan Woods Global sumbang RM10,000 untuk Suara Komuniti BH
- Aksi 'hidup mati' penyandang juara
- Malaysia akan kuat jika dapat sokongan semua kaum
- Pekerja kedai emas mati ditembak perompak
- TFC tumpaskan FELDA United
- Tragedi Sungai Kim-kim boleh dielak jika korporat amal budaya hijau
- Malaysia destinasi utama industri berteknologi tinggi: PM
- Pelajar Bangladesh dibakar atas arahan pengetua - polis
- Penghakiman MTHQA 61 telus, tak berat sebelah
- Bekas pegawai khas Najib muat naik rakaman CCTV prosiding mahkamah dalam Facebook
- Ronaldo terus komited bersama Juve
- Mega Fam sasar pulangan RM7 juta bagi 2019
- Pengeluar madu manuka NZ mengaku tambah bahan kimia tiruan
- Turki tahan dua disyaki pengintip UAE
- Suri rumah didakwa perdagang bayi
- Tengku Mahkota Kelantan diijab kabul
- Sentimen pasaran lebih baik dorong peningkatan ringgit
- Maybank akhiri perjanjian kerjasama dengan Hyflux
- Projek Bandar Malaysia disambung semula - PM
- Bursa Malaysia ditutup tinggi
- PM persoal cadangan agensi penarafan kredit
- 11 maut Boko Haram bakar kampung
- Oltmans panggil semula 4 tonggak
- Thinaah tukar acara
- Lelaki direman kes tanam bayi
- Lebih 10,000 pawagam tayang Upin & Ipin di China
- Wisma Putra sudah panggil Duta AS
- Mat Zan tuntut pemain NS bangkit
- BAC: Soon Huat-Shevon tarik diri
- Kekasih terjun bimbang keluarga tahu hubungan cinta
| McMillan Woods Global sumbang RM10,000 untuk Suara Komuniti BH Posted: 19 Apr 2019 09:14 AM PDT KUALA LUMPUR: BH menerusi program Suara Komuniti menerima sumbangan RM10,000 daripada McMillan Woods Global sempena Anugerah Global McMillan Woods Kelapan di sini, malam ini. |
| Aksi 'hidup mati' penyandang juara Posted: 19 Apr 2019 09:00 AM PDT KOLUM APA KATA EPL |
| Malaysia akan kuat jika dapat sokongan semua kaum Posted: 19 Apr 2019 08:47 AM PDT NILAI: Melayu perlu kuat dan mendapat dokongan kaum lain untuk memastikan negara ini aman dan stabil, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. |
| Pekerja kedai emas mati ditembak perompak Posted: 19 Apr 2019 08:42 AM PDT SERDANG: Seorang pekerja kedai emas mati ditembak salah seorang dari tiga lelaki yang merompak sebuah kedai emas di tingkat bawah, Pasar Raya Besar Giant, di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, di sini, malam tadi. |
| Posted: 19 Apr 2019 08:27 AM PDT KUALA TERENGGANU: Selepas kecundang pada tiga perlawanan terakhir Liga Super, Terengganu FC (TFC) akhirnya bangkit dengan menumpaskan FELDA United 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi. |
| Tragedi Sungai Kim-kim boleh dielak jika korporat amal budaya hijau Posted: 19 Apr 2019 08:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Syarikat yang mengendalikan bahan kimia perlu menerapkan 'budaya korporat hijau' bagi mengelak tragedi Sungai Kim-Kim, Johor, berulang lagi pada masa depan. |
| Malaysia destinasi utama industri berteknologi tinggi: PM Posted: 19 Apr 2019 08:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia akan menjadi destinasi utama bagi industri berteknologi tinggi dan penyedia penyelesaian pintar menyeluruh bagi sektor pengilangan serta perkhidmatan di rantau ini. |
| Pelajar Bangladesh dibakar atas arahan pengetua - polis Posted: 19 Apr 2019 08:09 AM PDT DHAKA: Seorang pelajar perempuan dibakar sehingga mati di Bangladesh atas arahan pengetua selepas mangsa membuat laporan kerana diganggu secara seksual, kata polis hari ini. |
| Penghakiman MTHQA 61 telus, tak berat sebelah Posted: 19 Apr 2019 08:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketelusan dalam penghakiman Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-61 terjamin menerusi pengasingan juri yang ditempatkan dalam sebuah bilik khas. |
| Bekas pegawai khas Najib muat naik rakaman CCTV prosiding mahkamah dalam Facebook Posted: 19 Apr 2019 08:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) prosiding perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dimuat naik menerusi laman sosial Facebook. |
| Ronaldo terus komited bersama Juve Posted: 19 Apr 2019 07:58 AM PDT MILAN: Cristiano Ronaldo terus komited kepada Juventus musim depan walaupun kecewa selepas gergasi Itali itu gagal dalam saingan Liga Juara-Juara, kata jurulatihnya, Massimiliano Allegri hari ini. |
| Mega Fam sasar pulangan RM7 juta bagi 2019 Posted: 19 Apr 2019 07:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Tourism Malaysia menyasarkan pulangan sehingga RM7 juta melalui pelaksanaan Malaysia Mega Familiarisation (Mega Fam) iaitu program berkonsepkan gastronomi, budaya dan alam semulajadi membabitkan penyertaan media dan agensi pelancongan dari luar negara, sepanjang tahun ini. |
| Pengeluar madu manuka NZ mengaku tambah bahan kimia tiruan Posted: 19 Apr 2019 07:18 AM PDT MELBOURNE: Sebuah syarikat New Zealand mengaku salah semalam atas tuduhan menambah bahan kimia tiruan ke dalam madu premium manuka keluarannya, lapor media dalam pendakwaan utama terhadap produk eksport bernilai tinggi negara itu. |
| Turki tahan dua disyaki pengintip UAE Posted: 19 Apr 2019 06:52 AM PDT ISTANBUL: Turki menahan dua lelaki disyaki pengintip Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan menyiasat sama ada mereka ada kaitan dengan pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi, lapor agensi berita Anadolu hari ini. |
| Suri rumah didakwa perdagang bayi Posted: 18 Apr 2019 08:52 PM PDT KLANG: Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap dua pertuduhan memperdagangkan bayi pada Februari lalu. |
| Tengku Mahkota Kelantan diijab kabul Posted: 19 Apr 2019 06:47 AM PDT KOTA BHARU: Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra, melangsungkan perkahwinannya dengan warga Sweden, Cik Sofie Louise Johansson di Istana Balai Besar Kota Bharu, malam ini. |
| Sentimen pasaran lebih baik dorong peningkatan ringgit Posted: 19 Apr 2019 05:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri penyusutan tiga hari berturut-turut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditutup tinggi hari ini, susulan sentimen pasaran yang lebih positif apabila kebimbangan mengenai aliran keluar modal semakin reda, dalam keadaan harga minyak mentah naik, kata peniaga. |
| Maybank akhiri perjanjian kerjasama dengan Hyflux Posted: 19 Apr 2019 05:41 AM PDT SINGAPURA: Malayan Banking Bhd (Maybank) telah menamatkan perjanjian kerjasama yang berkaitan dengan nyahlabur loji tenaga dan air bersepadu Tuaspring (IWPP) berkuat kuasa serta merta, kata firma rawatan air Hyflux Ltd. |
| Projek Bandar Malaysia disambung semula - PM Posted: 19 Apr 2019 05:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kerajaan akan meneruskan semula projek Bandar Malaysia dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM140 bilion selepas ia ditangguhkan secara tiba-tiba pada Mei 2017. |
| Posted: 19 Apr 2019 05:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu kerancakan aktiviti belian, dan berlatarbelakangkan pasaran serantau yang bercampur-campur. |
| PM persoal cadangan agensi penarafan kredit Posted: 19 Apr 2019 05:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hairan dengan potensi penarafan kredit negara diturunkan oleh agensi penarafan berikutan keputusan kerajaan untuk menyelamatkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Tabung Haji (TH) yang berdepan masalah kewangan. |
| 11 maut Boko Haram bakar kampung Posted: 19 Apr 2019 05:31 AM PDT YAOUNDE: Sekurang-kurangnya 11 penduduk awam maut semasa tidur selepas militan Boko Haram membakar sebuah perkampungan di wilayah jauh utara Cameroon, kata sumber keselamatan memberitahu AFP hari ini. |
| Oltmans panggil semula 4 tonggak Posted: 19 Apr 2019 05:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengendali negara, Roelant Oltmans melaungkan keyakinan tinggi terhadap barisan 18 pemain yang disenaraikan dengan misi muncul dua pasukan terbaik pada kempen Pusingan Final Siri FIH, di sini, bermula 26 April ini. |
| Posted: 19 Apr 2019 05:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita, M Thinaah mengikut jejak langkah beberapa rakan sepasukan sebelum ini apabila membuat keputusan bertukar kepada acara beregu wanita. |
| Posted: 19 Apr 2019 05:13 AM PDT KULIM: Seorang lelaki yang menanam bayi perempuan cukup sifat yang baru dilahirkan di kawasan berdekatan Kampung Limau Manis, Lunas di sini, semalam direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes. |
| Lebih 10,000 pawagam tayang Upin & Ipin di China Posted: 19 Apr 2019 04:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal mencipta rekod tersendiri apabila bakal ditayangkan di lebih 10,000 pawagam di seluruh China, menjelang pertengahan tahun ini. |
| Wisma Putra sudah panggil Duta AS Posted: 19 Apr 2019 04:42 AM PDT KUANTAN: Kementerian Luar berharap Amerika Syarikat (AS) akan segera mengubah label Indikator 'K' terhadap Malaysia selepas mendengar protes dan pandangan negara terhadap isu itu. |
| Mat Zan tuntut pemain NS bangkit Posted: 19 Apr 2019 04:38 AM PDT SEREMBAN: Selepas gagal meraih sebarang mata akibat tewas kepada Johor Darul Ta`zim II (JDT II) pada perlawanan terdahulu, pemain Negeri Sembilan dituntut mempamerkan kebangkitan apabila turun menentang Kelantan, dalam aksi Liga Perdana, di Stadium Sultan Muhammed IV Kota Bharu, malam esok. |
| BAC: Soon Huat-Shevon tarik diri Posted: 19 Apr 2019 04:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie sekali lagi diuji apabila terpaksa menarik diri daripada saingan Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Wuhan, China yang akan bermula Selasa ini. |
| Kekasih terjun bimbang keluarga tahu hubungan cinta Posted: 19 Apr 2019 04:29 AM PDT GEORGETOWN: Bimbang hubungan cinta diketahui ibu dan bapa, dua remaja membahayakan diri dengan lari dan terjun dari tingkat tiga tempat parkir sebuah pangsapuri di Taman Sri Saujana Gat Lebuh Macallum, di sini, awal pagi tadi. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment