Monday, April 22, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Lapan terbunuh, berpuluh lagi dikhuatiri terperangkap susulan gempa di Filipina

Posted: 22 Apr 2019 10:38 AM PDT

MANILA: Sekurang-kurang lapan terbunuh dalam gempa bumi 6.1 magnitud yang menggegarkan pulau Luzon di Filipina semalam manakala berpuluh lagi dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan sebuah bangunan komersil, kata pihak berkuasa.

Polis sahkan terima laporan 2 doktor pakar saksi inkues Muhammad Adib

Posted: 22 Apr 2019 10:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: :Polis mengesahkan menerima laporan polis daripada dua doktor pakar yang juga saksi inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, Sabtu lalu.

Penunggang motosikal warga emas maut dirempuh lori

Posted: 22 Apr 2019 09:29 AM PDT

AMPANG JAYA: Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang di sini, petang tadi.

Muhammad Shahril tak sabar kembali

Posted: 22 Apr 2019 08:49 AM PDT

SERDANG: Selepas berehat hampir enam bulan, pemain hoki kebangsaan Muhammad Shahril Saabah tidak sabar untuk kembali menyarung jersi kebangsaan pada kejohanan Hoki Siri Final FIH 2019 di Stadium Nasional Hoki, Bukit Jalil yang bermula Jumaat ini.

Lebih 2,000 usahawan, nelayan terima manfaat

Posted: 22 Apr 2019 05:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 2,767 individu membabitkan nelayan, penternak dan usahawan muda serta wanita menerima manfaat daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam tempoh kurang setahun Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan.

'Jangan pandang sebelah mata pasukan Brazil'

Posted: 22 Apr 2019 08:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Walaupun Brazil boleh dianggap sebagai 'makanan' skuad hoki negara menjelang aksi pembukaan Pusingan Final Siri FIH, Jumaat ini, tetapi pengendali Roelant Oltmans memberi amaran keras supaya tidak memandang lekeh cabaran lawan.

PDRM kemuka rayuan pemotongan geran

Posted: 22 Apr 2019 08:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pasukan PDRM akan mengemukakan rayuan secepat mungkin kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) terhadap hukuman pemotongan geran tahunan sebanyak 50 peratus seperti diumumkan hari ini.

14 lelaki ditahan dipercayai terbabit judi sabung ayam

Posted: 22 Apr 2019 08:45 AM PDT

MIRI: Polis menahan 14 lelaki termasuk dua warga Indonesia kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan judi sabung ayam dalam serbuan di kawasan gelanggang tanah lapang Rumah Robert Suai, Niah, pada 3 petang tadi.

BN tidak akan letak calon di PRK Sandakan - Mohamad

Posted: 22 Apr 2019 08:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calonnya untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan pada bulan depan, kata Pemangku Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Penjenamaan semula perkukuh jenama Eraman

Posted: 22 Apr 2019 08:27 AM PDT

SEPANG: Penjenamaan semula produk Malaysia Airports (Niaga) Sdn Bhd yang juga dikenali sebagai Eraman mampu membuka ruang kepada peluang baharu untuk memperkukuh serta meletakkan jenama berkenaan sebagai peruncit utama lapangan terbang dalam rantau ini.

Interpol hantar pakar siasat serangan di Sri Lanka

Posted: 22 Apr 2019 07:46 AM PDT

LYON: Interpol akan menghantar satu pasukan penyiasat termasuk pakar pengecaman mangsa bencana, ke Sri Lanka bagi membantu pihak berkuasa tempatan susulan siri pengeboman bunuh diri yang membunuh hampir 300 orang, kata organisasi polis antarabangsa itu, hari ini.

Oltmans optimis anak buah menyerlah Siri Final FIH

Posted: 22 Apr 2019 07:41 AM PDT

SERDANG: Ketua jurulatih skuad lelaki negara, Roelant Oltmans melahirkan keyakinan skuad bimbingannya mampu menyerlah pada Kejohanan Hoki Siri Final FIH 2019 selepas mempamerkan peningkatan prestasi sejak kebelakangan ini.

Eman curi tumpuan Jr NBA Malaysia

Posted: 22 Apr 2019 07:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kemuning, Eman Ajmal Jamil mencuri tumpuan apabila muncul sebagai satu-satunya pemain Melayu yang dipilih dalam pasukan Bintang Jr NBA Malaysia bagi tahun ini.

KPDNHEP sedia laksana subsidi petrol bersasar

Posted: 22 Apr 2019 07:37 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah bersedia sepenuhnya melaksanakan subsidi petrol bersasar dan hanya menunggu senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

Misi besar KL, Perak di Cheras esok

Posted: 22 Apr 2019 07:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super menjadi misi pasukan Kuala Lumpur (KL) dan Perak menjelang pertemuan kedua-dua pasukan itu di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini, malam esok.

Perlu dana RM10 bilion beli tanah Kampung Baru - Khalid

Posted: 22 Apr 2019 12:04 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Wilayah Persekutuan memerlukan dana sehingga RM10 bilion jika berhasrat membeli tanah Kampung Baru untuk dibangunkan menjadi penempatan moden dan bersepadu masyarakat Melayu di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Lebih 4,000 protes projek empangan China di Myanmar

Posted: 22 Apr 2019 07:16 AM PDT

YANGON: Lebih 4,000 penduduk di utara Myanmar membanjiri jalan raya hari ini bagi memprotes cadangan pembinaan semula projek empangan diterajui China yang didakwa akan menjejaskan alam sekitar dan tidak begitu menguntungkan negara.

Wartakan Permatang Kuartza Genting Klang untuk lindungi alam sekitar

Posted: 22 Apr 2019 07:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Beberapa badan kerajaan (NGO) Taman Melawati hari ini menggesa kerajaan mewartakan kawasan sekitar Permatang Kuartza Genting Klang (KGQR) termasuk daerah hutannya sebagai hub bagi perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar.

IWCity, Ekovest nafi terbabit projek Bandar Malaysia

Posted: 22 Apr 2019 06:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Iskandar Waterfront City Bhd (IWCity) dan Ekovest Bhd, dua syarikat senaraian awam yang dikawal oleh Tan Sri Lim Kang Hoo menegaskan tidak terbabit dalam projek Bandar Malaysia yang diteruskan semula.

Corak tunggangan Super KIP semakin baik

Posted: 22 Apr 2019 06:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas lima bulan di bawah 'pengawasan' penganalisis pelumba, Torlief Hartelman sejak November lalu, corak tunggangan Khairul Idham Pawi kini dilihat lebih baik berbanding sebelum ini.

Rafiq calon pilihan Olahragawan Kebangsaan ASN 2018

Posted: 22 Apr 2019 06:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Atlet tenpin boling lelaki negara, Muhammad Rafiq Ismail dijangka menjadi pilihan untuk dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan pada malam Anugerah Sukan Negara (ASN) 2018 di sebuah hotel terkenal di sini, malam esok.

IKRAM sasar kutip RM1 juta bantu golongan memerlukan

Posted: 22 Apr 2019 06:18 AM PDT

SHAH ALAM: Sejumlah RM1 juta sumbangan orang ramai disasarkan menerusi Program Rayuan Ramadan bagi membantu golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) di negara ini.

Tiada keperluan jumpa PM mengenai pemutihan perkhidmatan awam - CUEPACS

Posted: 22 Apr 2019 06:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak bercadang menemui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung cadangan proses pemutihan dalam perkhidmatan awam.

Velesto Energy dapat kontrak Petronas Carigali RM432.33 juta

Posted: 22 Apr 2019 06:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Velesto Drilling Sdn Bhd, anak syarikat Velesto Energy Bhd memperoleh empat kontrak yang keseluruhannya bernilai RM432.33 juta (AS$104.68 juta ) daripada Petronas Carigali Sdn Bhd bagi penyediaan perkhidmatan pelantar penggerudian boleh naik dan turun atau "jack-up''.

Serangan dilakukan 7 pengebom nekad - Penyiasat

Posted: 22 Apr 2019 02:14 AM PDT

COLOMBO: Tujuh pengebom nekad dipercayai terbabit dalam serangan ke atas beberapa gereja dan hotel mewah di Sri Lanka yang mengorbankan 290 mangsa, selain mengakibatkan lebih 500 lagi cedera.

20 pelabur minat bangunkan tanah terbiar di Melaka

Posted: 22 Apr 2019 06:02 AM PDT

AYER KEROH: Sekurang-kurangnya 20 pelabur tempatan yang mempunyai hartanah di Melaka menyatakan minat untuk membangunkan semula tanah mereka yang terbiar.

Khianat bakar restoran makanan segera

Posted: 22 Apr 2019 05:50 AM PDT

JITRA: Sebuah restoran makanan segera yang terbakar di Jalan Seri Cempaka, Bandar Darulaman, di sini pagi tadi disyaki angkara khianat.

Seacera tubuh JV bangun projek GDV RM10 bilion

Posted: 22 Apr 2019 05:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengeluar jubin, Seacera Group Bhd menubuhkan sebuah syarikat usaha sama (JV) dengan pemaju hartanah, OCR Group Bhd untuk melaksanakan projek pembangunan bercampur ke atas tanah pegangan bebas berkeluasan 203 hektar di Semenyih dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sehingga RM10 bilion.

'Kalau lebih daripada kawan, saya terima'

Posted: 22 Apr 2019 05:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Foto bersama seorang jejaka dengan 'emoticon' bunga mawar pada keterangan entri yang dikongsi Ara Johari di Instagram, pantas menarik perhatian netizen.

Tiada pengurusan kanan JPJ negeri dipanggil - Mohamat Johari

Posted: 22 Apr 2019 05:55 AM PDT

GEORGETOWN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengesahkan menerima senarai 21 lagi penguat kuasa agensi itu yang diarah menjalani proses rakaman percakapan esok.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template