Tuesday, April 23, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Presiden Sri Lanka bakal singkir ketua pertahanan

Posted: 23 Apr 2019 10:21 AM PDT

COLOMBO: Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena berkata semalam, beliau mungkin akan menyingkirkan ketua pasukan pertahanan negara dalam masa sehari berikutan kegagalan mereka mencegah pengeboman bunuh diri yang mengorbankan 300 orang, walau menerima maklumat awal mengenai serangan itu.

Pembabitan Agong dalam sukan diharap jadi pemangkin atlet kebangsaan

Posted: 23 Apr 2019 10:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pembabitan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah dalam bidang sukan diharap akan menjadi pemangkin kepada atlet kebangsaan untuk terus mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Hubungan bertukar 'dingin' selepas ada permintaan khusus - Syed Saddiq

Posted: 23 Apr 2019 10:14 AM PDT

PUTRAJAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui hubungan baiknya dengan Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berubah 'dingin' selepas beberapa permintaan khusus oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu yang membuatkan dirinya 'tidak selesa'.

Nauraj, Hup Wei mara final lompat tinggi di Doha

Posted: 23 Apr 2019 10:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Impian jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa dan Lee Hup Wei untuk menamatkan kemarau pingat emas di Kejohanan Asia semakin cerah apabila kedua-dua mereka layak ke final acara lompat tinggi pada Kejohanan Olahraga Trek dan Padang Asia (ATF) 2019 di Doha, Qatar, semalam.

Hariss mahu rakan lebih agresif

Posted: 23 Apr 2019 10:06 AM PDT

JOHOR BHARU: "Lawan memiliki corak permainan fizikal dan kami perlu hadapi dengan agresif,".

ACL: Pelle tak bimbang cuaca di Johor

Posted: 23 Apr 2019 10:00 AM PDT

JOHOR BAHRU: Penyerang Shandong Luneng FC, Graziano Pelle tidak bimbang dengan cuaca panas apabila turun beraksi menentang Johor Darul Ta'zim IJDT) pada aksi Kumpulan E Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, malam esok.

Penyokong Kelantan kecewa hukuman MFL

Posted: 23 Apr 2019 09:54 AM PDT

KOTA BHARU: Tindakan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memotong sebanyak 50 peratus daripada jumlah geran bagi musim 2019 selain menyekat perpindahan pada jendela perpindahan kedua bagi pasukan Kelantan mengecewakan penyokong pasukan itu.

Eksklusif: Lan Pet Pet, Pak Ya bermaafan

Posted: 23 Apr 2019 09:41 AM PDT

NILAI: Pergeseran antara pelawak, Mazlan Ahmad atau Lan Pet Pet dengan pengawal keselamatan, Yahya Manap, berakhir apabila mereka bersemuka di sebuah premis di sini, malam tadi.

Mangsa serangan masjid yang terselamat, ditawar pemastautin tetap New Zealand

Posted: 23 Apr 2019 09:29 AM PDT

WELLINGTON: New Zealand akan memberikan taraf pemastautin tetap kepada semua mangsa yang terselamat dalam serangan pelampau di dua masjid Christchurch hingga mengorbankan 50 jemaah, katanya semalam.

Kilang besi musnah dalam kebakaran

Posted: 23 Apr 2019 09:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebuah kilang besi di Jalan Gombak, Batu 41/2 di sini, hampir musnah dalam kebakaran malam tadi.

Sekali terlepas, kali kedua kena tangkap

Posted: 23 Apr 2019 09:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan ketika cuba menukar sekeping wang RM100 palsu buat kali kedua di sebuah kedai serbaneka di Kuchai Lama di sini, kelmarin.

Rafiq, Amy Kwan masing-masing dinobat Olahragawan, Olahragawati 2018

Posted: 23 Apr 2019 07:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Atlet tenpin boling, Muhammad Rafiq Ismail dinobatkan Olahragawan Kebangsaan pada majlis Anugerah Sukan Kebangsaan (ASN) 2018 di sini, sebentar tadi sekali gus menceriakan kem sukan berkenaan yang turut meraih dua lagi anugerah iaitu Pasukan Lelaki Kebangsaan dan Jurulatih Lelaki Kebangsaan.

Zulfahmi harap Adam, Kasma menyerlah di Valencia

Posted: 23 Apr 2019 08:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Zulfahmi Khairuddin mengharapkan anak buahnya yang dijadual beraksi di Kejuaraan CEV dapat meraih keputusan yang lebih baik pada Pusingan 2 di Litar Ricardo Tormo, Valencia hujung minggu ini.

ACL: Shandong waspada jumpa JDT esok

Posted: 23 Apr 2019 08:22 AM PDT

JOHOR BAHRU: Pengendali kelab dari China, Shandong Luneng FC, Lee Xiaopeng menyifatkan Johor Darul Ta'zim (JDT) memiliki kekuatan tersendiri yang mampu meranapkan impian pasukan itu memburu kemenangan apabila beraksi pada saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, malam esok.

ACL: Misi hidup mati JDT jumpa Shandong

Posted: 23 Apr 2019 08:20 AM PDT

JOHOR BAHRU: Perjuangan hidup dan mati buat Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk memburu kemenangan pertama dalam misi memburu slot ke pusingan 16 apabila melayani kunjungan Shandong Luneng FC pada aksi Kumpulan E Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, malam esok.

KL, Perak kongsi mata di Cheras

Posted: 23 Apr 2019 08:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur (KL) dan Perak naik satu anak tangga dalam carta Liga Super selepas terikat 3-3 pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini, sebentar tadi.

Legenda Perak beraksi di Ipoh Sabtu ini

Posted: 23 Apr 2019 07:57 AM PDT

IPOH: Lebih 50 bekas pemain Perak yang pernah mengharumkan nama pasukan negeri itu satu masa dahulu bakal berkumpul di padang Jalan Abdul Jalil Sabtu, di sini, bagi menjayakan aksi persahabatan menentang Veteran BH Massa FC dari Kuala Lumpur.

PROTON lancar Iriz, Persona pada harga RM36,700, RM42,600

Posted: 23 Apr 2019 07:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: PROTON Holdings Bhd melancarkan dua model baharu iaitu Proton Iriz dan Persona 2019, yang mana sebelum ini menarik perhatian ramai ketika dipamerkan di Pameran Auto Malaysia.

264 maut dalam perang di Libya - WHO

Posted: 23 Apr 2019 07:31 AM PDT

TRIPOLI: Sekurang-kurangnya 264 orang terbunuh manakala 1,266 lagi cedera, termasuk penduduk awam, dalam serangan yang dipimpin ketua tentera Khalifa Haftar ketika menawan ibu kota Libya, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.

Malaysia atasi Wales aksi pemanas badan

Posted: 23 Apr 2019 07:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad hoki negara dipaksa berhempas pulas sebelum berjaya menjinakkan pasukan nombor ke-24 dunia Wales 2-0 dalam aksi pemanas badan terakhir di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi.

Orang ramai resah tempoh lama gangguan bekalan air

Posted: 23 Apr 2019 07:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Orang ramai resah dengan gangguan bekalan air yang dijangka hingga 86 jam susulan kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2), esok.

Di Matamu terima pengiktirafan Malaysia Book Of Records

Posted: 23 Apr 2019 05:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi Sufian Suhaimi menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records apabila muzik video Di Matamu mencatat jumlah tontonan tertinggi bagi kategori lagu Melayu dan artis tempatan di saluran YouTube.

Azizulhasni prospek emas Olimpik Tokyo - Syed Saddiq

Posted: 23 Apr 2019 06:36 AM PDT

PUTRAJAYA: Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang antara prospek utama penyumbang emas pertama negara di Sukan Olimpik Tokyo 2020, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

188 juta mengundi pada fasa ketiga pilihan raya India

Posted: 23 Apr 2019 06:40 AM PDT

NEW DELHI: Jutaan rakyat India mengundi dalam fasa ketiga dan terbesar pilihan raya umum negara itu, hari ini, termasuk Perdana Menteri, Narendra Modi.

KLSC Bukit Jalil bakal jadi 'Wembley Malaysia'

Posted: 23 Apr 2019 06:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan mengumumkan kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mewujudkan suasana baharu kepada orang ramai sama seperti berada di Stadium Wembley di Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC), Bukit Jalil, di sini, tidak lama lagi.

Kumpulan K-Pop, BTS datang Malaysia 2020

Posted: 23 Apr 2019 06:24 AM PDT

PUTRAJAYA: Peminat kumpulan K-Pop terkenal Korea Selatan, BTS mungkin berpeluang menyaksikan sendiri persembahan kumpulan itu di negara ini, tahun depan.

MRL nafi dakwaan CCCC ada hak terhadap mineral, galian

Posted: 23 Apr 2019 06:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menafikan dakwaan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) mempunyai sebarang hak dan kepentingan terhadap hasil mineral serta galian di negeri terbabit dalam pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

3 pencapaian KBS

Posted: 23 Apr 2019 06:17 AM PDT

PUTRAJAYA: Tiga pencapaian besar dicapai oleh Kementerian Belia dan Sukan sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan pada 9 Mei lalu.

Malaysia meterai perjanjian perdagangan ASEAN

Posted: 23 Apr 2019 05:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia menandatangani Perjanjian Perdagangan ASEAN bagi Perkhidmatan (ATISA) dan Protokol Keempat untuk meminda Perjanjian Pelaburan Komprehensif ASEAN (ACIA).

Bahaya berkawan pemimpin keras, kejam

Posted: 22 Apr 2019 11:38 PM PDT

KEKERASAN dan kekejaman gabenor pada zaman Umaiyah, al-Hajjaj ibnu Yusuf al-Thaqafi sudah terkenal dalam sejarah Islam khususnya kisah kepungan dan serangan terhadap Makkah hingga merosakkan Kaabah.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template