BH Online - Terkini |
- Lakonan hebat Diana di kereta
- Avengers: Endgame pecah rekod tayangan awal RM4.96 bilion
- Kesilapan De Gea beri padah buat Man Utd
- Bukan mudah dakwa bekas PM - Anwar
- Dua rakyat Israel cedera dalam serangan di California
- Man City kembali ke persada liga
- Kulasegaran pengerusikan sesi khas Menteri Tenaga Kerja ASEAN
- Pelajar dakwa dipukul guru
- Shuk muncul juara Super BBB 2019
- Penularan campak, penduduk dewasa AS dinasihat dapatkan vaksin baru
- Kaki budak tersepit eskalator
- Ibu MB Perak meninggal dunia
- JDT sukar digugat, kekal di puncak liga
- Bottas menang GP Azerbaijan
- 272 kakitangan pilihan raya Indonesia maut kira undi
- Malaysia sia-siakan peluang
- Ramai militan ditangkap, Sri Lanka kembali normal
- Arab Saudi hantar imam ketuai solat tarawih di 35 negara
- Israel perkenal dasar baharu tindas rakyat keturunan Palestin
- Polis Britain siasat penyebaran gambar mayat Sala
- Mogok juruterbang SAS jejas 280,000 penumpang
- Hina agama Hindu: Pendakwah bebas direman 4 hari
- 2 gol Vardy benam Arsenal
- Karim terus terajui olahraga Perak
- Welson tambah 1 emas
- 4 maut, 20 cedera dalam serangan udara Libya
- Ibrahim duduki podium SuperSports 600cc di Australia
- 41 bekas kakitangan meriahkan 'Reunion Ex Berita Harian'
- 3 emas bukti pencapaian baik Ali Reza
- Pengerusi baharu BERSATU Johor diumum selepas Aidilfitri
| Posted: 28 Apr 2019 12:26 PM PDT KUALA LUMPUR: Aktres Datin Diana Danielle semalam menunjukkan kehandalannya di pentas lain — Litar Antarabangsa Sepang (SIC). |
| Avengers: Endgame pecah rekod tayangan awal RM4.96 bilion Posted: 28 Apr 2019 10:52 AM PDT LOS ANGELES: Filem adiwira "Avengers: Endgame" memecahkan rekod pecah panggung dengan jualan tiket global kira-kira AS$1.2 bilion (RM4.96 bilion), sehingga semalam, kata pengedarnya Walt Disney Co. |
| Kesilapan De Gea beri padah buat Man Utd Posted: 28 Apr 2019 10:49 AM PDT MANCHESTER, United Kingdom: Satu lagi kesilapan daripada David de Gea memberikan ancaman besar buat Manchester United dalam memburu tempat ke Liga Juara-Juara ketika Chelsea meletakkan pasukan mereka ke kedudukan empat terbaik Liga Perdana dengan keputusan seri 1-1 di Old Trafford, sebentar tadi. |
| Bukan mudah dakwa bekas PM - Anwar Posted: 28 Apr 2019 09:29 AM PDT BANTING: Proses pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kes salah laku membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu dilakukan dengan teliti dan mengikut kedaulatan undang-undang. |
| Dua rakyat Israel cedera dalam serangan di California Posted: 28 Apr 2019 09:10 AM PDT BAITULMAQDIS: Dua rakyat Israel antara yang cedera semasa serangan minggu ini di kuil Yahudi di California yang membunuh seorang dan tiga yang lain. |
| Man City kembali ke persada liga Posted: 28 Apr 2019 09:07 AM PDT BURNLEY, United Kingdom: Manchester City masih mengawal pemburuan gelaran Liga Perdana selepas skuad kendalian Pep Guardiola menang 1-0 mengatasi Burnley sebentar tadi. |
| Kulasegaran pengerusikan sesi khas Menteri Tenaga Kerja ASEAN Posted: 28 Apr 2019 09:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi Khas Menteri-menteri Tenaga Kerja ASEAN dan Persidangan Singapura mengenai Masa Depan Kerja yang akan diadakan di Singapura, esok. |
| Posted: 28 Apr 2019 09:01 AM PDT LAHAD DATU: Seorang pelajar tingkatan satu mendakwa dipukul di punggung menggunakan batang penyedok sampah di sebuah sekolah di daerah ini, Rabu lalu. |
| Shuk muncul juara Super BBB 2019 Posted: 28 Apr 2019 08:59 AM PDT SHAH ALAM: Pengacara dan penyampai radio Hot FM, Shuk menghampakan empat pesaingnya apabila diumumkan sebagai juara pada pentas akhir, Super Bintang Bersama Bintang 2019 (Super BBB 2019), sebentar tadi. |
| Penularan campak, penduduk dewasa AS dinasihat dapatkan vaksin baru Posted: 28 Apr 2019 08:30 AM PDT WASHINGTON: Penduduk dewasa Amerika Syarikat yang mendapat suntikan vaksin mencegah campak beberapa dekad lalu mungkin terpaksa mengambil dos baru bergantung kepada bila mereka menerima suntikan dan pendedahan kepada risiko, kata pakar kesihatan awam yang memerangi penularan terbesar negara itu sejak virus berkenaan dihapuskan pada 2000. |
| Posted: 28 Apr 2019 08:26 AM PDT SERDANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera selepas sebelah kakinya tersepit pada eskalator tingkat dua sebuah pusat beli belah di Seri Kembangan di sini, semalam. |
| Posted: 28 Apr 2019 08:23 AM PDT IPOH: Datin Zaliha Nordin, 79, ibu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, dilaporkan meninggal dunia hari ini. |
| JDT sukar digugat, kekal di puncak liga Posted: 28 Apr 2019 08:11 AM PDT KUANTAN: Johor Darul Ta'zim (JDT) kekal di puncak Liga Super apabila terikat 1-1 berdepan Pahang di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi. |
| Posted: 28 Apr 2019 07:43 AM PDT BAKU: Valtteri Bottas mengekang asakan pada pusingan terakhir oleh rakan sepasukan Mercedes, Lewis Hamilton untuk memenangi Grand Prix Azerbaijan sebentar tadi seterusnya mendahului kedudukan dalam pemburuan gelaran pemandu 2019. |
| 272 kakitangan pilihan raya Indonesia maut kira undi Posted: 28 Apr 2019 07:23 AM PDT JAKARTA: Lebih 270 orang kakitangan pilihan raya Indonesia maut, 10 hari selepas pilihan raya sehari terbesar di dunia kebanyakannya akibat penyakit dikaitkan dengan keletihan, selepas bekerja untuk masa yang amat panjang mengira jutaan undi secara manual, kata seorang pegawai, hari ini. |
| Posted: 28 Apr 2019 07:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Skuad hoki negara mensia-siakan peluang untuk mengungguli kedudukan teratas Kumpulan B selepas seri 4-4 ketika bertemu China pada perlawanan kedua Kumpulan B, Pusingan Akhir Siri FIH, sebentar tadi. |
| Ramai militan ditangkap, Sri Lanka kembali normal Posted: 28 Apr 2019 07:01 AM PDT COLOMBO: Tentera Sri Lanka membunuh atau menangkap kebanyakan militan yang dikaitkan dengan pengeboman nekad pada sambutan Easter dan negara itu sedia kembali normal, kata Perdana Menterinya, Ranil Wickremesinghe, hari ini. |
| Arab Saudi hantar imam ketuai solat tarawih di 35 negara Posted: 28 Apr 2019 07:04 AM PDT RIYADH: Menteri Hal Ehwal Islam, Panggilan dan Bimbingan Arab Saudi, Abdullatif Al-Asheikh meluluskan delegasi seramai 70 imam untuk mengetuai solat tarawih dan tahajud di 35 negara sepanjang Ramadan tahun ini. |
| Israel perkenal dasar baharu tindas rakyat keturunan Palestin Posted: 28 Apr 2019 07:00 AM PDT LONDON: Israel dijangka memperkenalkan beberapa dasar apartheid kejam terhadap penduduk negara itu yang berketurunan Palestin dalam sempadannya, menurut pakar. |
| Polis Britain siasat penyebaran gambar mayat Sala Posted: 28 Apr 2019 06:57 AM PDT LONDON: Polis Britain menjalankan siasatan bagaimana gambar yang dilaporkan sebagai mayat pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala, dirakamkan dan disiarkan atas talian. |
| Mogok juruterbang SAS jejas 280,000 penumpang Posted: 28 Apr 2019 06:48 AM PDT COPENHAGEN: Seramai 110,000 lagi penumpang pesawat berkemungkinan terjejas selepas syarikat penerbangan kebangsaan Scandinavia, SAS, hari ini membatalkan 1,213 penerbangan susulan mogok dilancarkan juruterbang. |
| Hina agama Hindu: Pendakwah bebas direman 4 hari Posted: 28 Apr 2019 06:44 AM PDT KUALALUMPUR: Penceramah bebas yang dikatakan ada kaitan dengan pendakwan terkenal Dr Zakir Naik, ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan kes menghina agama Hindu dalam media sosial. |
| Posted: 28 Apr 2019 06:41 AM PDT LEICESTER, United Kingdom: Jamie Vardy menjaringkan dua gol ketika harapan Arsenal untuk layak ke Liga Juara-Juara sekali lagi berdepan ancaman serius apabila menyaksikan Gunners yang bermain 10 orang tewas 3-0 di tangan Leicester sebentar tadi. |
| Karim terus terajui olahraga Perak Posted: 28 Apr 2019 05:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Karim Ibrahim mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Olahraga Perak buat penggal ketiga berturut-turut sekali gus memberi petanda positif untuk kekal mempertahankan jawatan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dalam pemilihan akan berlangsung sebelum Jun ini. |
| Posted: 28 Apr 2019 05:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Jaguh renang negara, Welson Sim menamatkan saingan hari terakhir Kejohanan Renang Terbuka Malaysia dengan menambah satu emas dan satu gangsa bagi menjadikan keseluruhan empat emas dan satu gangsa pada edisi ke-62 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil. |
| 4 maut, 20 cedera dalam serangan udara Libya Posted: 28 Apr 2019 05:52 AM PDT TRIPOLI: Serbuan udara oleh Tentera Nasional Libya (LNA) ke atas ibu kota ini malam semalam mengorbankan empat orang dan mencederakan 20 lain, kata kerajaan penyatuan diiktiraf antarabangsa (GNA). |
| Ibrahim duduki podium SuperSports 600cc di Australia Posted: 28 Apr 2019 05:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Mohd Ibrahim Mohd Norrodin melakar pencapaian membanggakan pada penampilan sulungnya di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) apabila meraih podium pada Perlumbaan Dua SuperSports 600cc di The Bend Motorsport Park, Australia. |
| 41 bekas kakitangan meriahkan 'Reunion Ex Berita Harian' Posted: 28 Apr 2019 05:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Seramai 41 bekas kakitangan Berita Harian (BH) termasuk yang pernah bertugas pada era 1970-an dan 1980-an hadir memeriahkan 'Reunion Ex Berita Harian' di Symphony by Chef Joe, Damansara City Mall, Kuala Lumpur, hari ini. |
| 3 emas bukti pencapaian baik Ali Reza Posted: 28 Apr 2019 05:18 AM PDT KOTA KINABALU: Pencapaian tiga pingat emas pada Kejuaraan Karate Remaja Asia berakhir di Kompleks Sukan Likas hari ini membuktikan sentuhan ketua jurulatih baharu negara, Ali Reza Souleymani masih berbisa. |
| Pengerusi baharu BERSATU Johor diumum selepas Aidilfitri Posted: 28 Apr 2019 05:02 AM PDT JOHOR BAHRU: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor akan diumum selepas Aidilfitri ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment