Wednesday, April 3, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Majlis Perbandaran Selayang serbu pasar borong

Posted: 03 Apr 2019 10:41 AM PDT

SELAYANG: Beberapa peniaga warga asing melarikan diri selepas menyedari anggota penguat kuasa melakukan serbuan di Pasar Borong Selayang, di sini, dalam Operasi Bersepadu Penjaja Warga Asing, malam tadi.

Kedah 'berpeluh' singkir Selangor Utd

Posted: 03 Apr 2019 10:27 AM PDT

ALOR SETAR: Kedah dipaksa bekerja beras sehingga ke masa tambahan sebelum menundukkan Selangor United 3-2 dalam aksi pusingan dua Piala FA di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Jho Low patut kembali ke Malaysia

Posted: 03 Apr 2019 10:11 AM PDT

PETALING JAYA: Perdana Menteri mencabar ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho pulang ke Malaysia untuk mengulangi dakwaannya mengenai penjualan kapal mewah Equanimity.

Tok Gajah mara, Sabah tersekat

Posted: 03 Apr 2019 09:48 AM PDT

KUANTAN: Skuad Pahang tidak menghadapi masalah untuk layak ke pusingan ketiga Piala FA apabila menewaskan PIB FC 4-0 di Stadium Darul Makmur, malam tadi. 

Mccabe sasar 3 kemenangan peringkat LTdL 2019

Posted: 03 Apr 2019 09:45 AM PDT

SEPANG: Pelumba pasukan Floyd Pro Cycling, Travis Mccabe melaungkan amaran awal kepada pakar pecut 21 pasukan lain betapa perebutan jersi hijau (Raja Pecut) di jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi  (LTdL) 2019 tidak akan menjadi mudah.

BN mahu jadi pembangkang berwibawa

Posted: 03 Apr 2019 09:41 AM PDT

SEREMBAN: Kemenangan untuk Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau penting untuk memastikan Barisan Nasional (BN) menjadi pembangkang yang kuat di Negeri Sembilan.

PKNS FC singkir MU

Posted: 03 Apr 2019 09:24 AM PDT

SHAH ALAM: PKNS FC menyingkirkan Melaka United (MU) daripada saingan Piala FA musim ini selepas meraih kemenangan 3-2 pada aksi pusingan kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Penduduk terjejas kesan pelupusan sampah haram

Posted: 03 Apr 2019 08:21 AM PDT

KUANTAN: Hampir 4,000 penduduk di sekitar kawasan perumahan di Balok dekat sini berhadapan dengan masalah bau busuk dan asap kesan daripada pelupusan sampah secara haram sejak hampir dua tahun lalu.

Kerajaan belum iktiraf UEC

Posted: 03 Apr 2019 09:10 AM PDT

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa keputusan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) hanya boleh dibuat oleh kerajaan.

Pele dikejarkan ke hospital

Posted: 03 Apr 2019 09:01 AM PDT

PARIS: Legenda bola sepak Brazil, Pele dikejarkan ke hospital, di sini sebagai langkah berjaga-jaga selepas mengalami 'jangkitan' tetapi berada dalam 'keadaan baik', menurut sumber yang rapat dengannya. 

KL kembali rasai nikmat kemenangan

Posted: 03 Apr 2019 08:57 AM PDT

CHERAS: Skuad Kuala Lumpur (KL) mengecap nikmat kemenangan apabila menewaskan Tun Razak FC 3-0 pada aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.

Guna platform digital pasarkan produk halal global

Posted: 03 Apr 2019 08:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu semua usahawan Muslim, terutama generasi muda memanfaatkan ruang digital untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan halal ke peringkat global.

BERSATU beri sokongan penuh kepada Warisan - Dr Mahathir

Posted: 03 Apr 2019 08:37 AM PDT

Petaling Jaya: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan memberi sepenuh sokongan kepada kerajaan negeri Sabah yang dipimpin Parti Warisan Sabah (Warisan).

Seluruh England tinggal kenangan - Aaron

Posted: 03 Apr 2019 08:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengambil pendekatan berwaspada apabila bertemu pasangan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi pada aksi pusingan kedua Terbuka Malaysia, esok.

Anak ugut tembak bapa sendiri

Posted: 03 Apr 2019 08:27 AM PDT

KOTA BELUD: Berang ditegur kerana membuat bising, seorang lelaki tergamak mengugut menembak bapanya sendiri dengan senapang di Kampung Tempasuk, di sini, Ahad lalu.

Penunggang motosikal maut rempuh jengkaut

Posted: 03 Apr 2019 08:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikalnya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar jengkaut berhampiran Cheras Sentral di Jalan Cheras menghala ke Kajang, di sini, hari ini.

Cuaca bukan halangan Adam di Estoril

Posted: 03 Apr 2019 07:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ramalan cuaca yang agak kurang baik di Estoril, Portugal pada minggu ini disifatkan sebagai satu cabaran buat pelumba negara, Adam Norrodin bagi mengharungi musim baharunya di saingan Moto2 Eropah dalam Kejuaraan FIM CEV Repsol (CEV).

Muzium pupuk rasa cinta kepada negara

Posted: 03 Apr 2019 07:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Muzium boleh membantu memupuk semangat cintakan negara dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, terutama menerusi program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM).

Ijezie pilihan utama 'Sumareh 2.0'

Posted: 03 Apr 2019 07:42 AM PDT

PETALING JAYA: Pemain import Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Michael Ijezie seakan jadi calon pilihan untuk mengikuti jejak Mohamadou Sumareh sebagai pemain naturalisasi Harimau Malaya.

Zii Jia tumbang, Jin Wei mara

Posted: 03 Apr 2019 07:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skrip berbeza dihidangkan dua bintang muda badminton negara, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei dalam aksi pusingan pertama Terbuka Malaysia, hari ini.

Polis Thailand tahan 24 warga Myanmar cuba seludup masuk Malaysia

Posted: 03 Apr 2019 07:31 AM PDT

SONGKHLA: Polis Thailand hari ini menahan 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang cuba menyeludup masuk ke Malaysia melalui sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok, Narathiwat.

LTdL 2019 medan ujian Ahmad, Human Voyage

Posted: 03 Apr 2019 07:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kekangan masa persiapan bukanlah alasan, sebaliknya menjadi pencetus semangat buat Human Voyage Sdn Bhd bagi memastikan kelancaran penganjuran edisi ke-24 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019.

Zaqhwan teruja cabaran di AJRRC

Posted: 03 Apr 2019 07:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas menaiki podium di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) dan Kejuaraan Cub Prix PETRONAS 2019, pelumba negara Zaqhwan Zaidi kini bakal mengharungi satu lagi cabaran besarnya bagi musim ini.

Dua maut, lori kontena bertembung Myvi

Posted: 03 Apr 2019 07:18 AM PDT

MUAR: Dua lelaki maut selepas sebuah lori kontena yang membawa muatan sos cili hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan PERODUA Myvi di Kilometer 146.1 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, petang tadi.

Ia tindak balas terbaik - Kean

Posted: 03 Apr 2019 07:14 AM PDT

ROME: Penyerang Juventus, Moise Kean menegaskan caranya meraikan gol sebagai jawapan terbaik terhadap masalah perkauman selepas timbul pandangan yang mengatakan tindakannya sebagai sengaja mengundang padah.

Suspek lolos lokap mahkamah ditahan semula

Posted: 03 Apr 2019 07:10 AM PDT

KOTA BHARU: Suspek yang melarikan diri dari lokap Mahkamah Bachok semalam, berjaya ditahan semula di Jalan Tok Guru, di sini petang tadi.

PKNP FC bangkit atasi Batu Dua

Posted: 03 Apr 2019 07:05 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC bangkit daripada ketinggalan sebelum merakam kemenangan 2-1 menumpaskan Batu Dua FC dalam saingan pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, hari ini.

Tiga pelajar maut kemalangan

Posted: 03 Apr 2019 07:03 AM PDT

KOTA TINGGI: Tiga pelajar lelaki maut, manakala seorang guru cedera dalam kemalangan ketika pulang dari menyertai pertandingan pentaque di simpang FELDA Lok Heng Jalan Kota Tinggi-Pengerang, petang tadi.

SUHAKAM merumuskan Cawangan Khas, Bukit Aman culik dua individu

Posted: 03 Apr 2019 12:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) membuat kesimpulan bahawa polis Cawangan Khas bertanggungjawab terhadap kehilangan secara paksa membabitkan aktivis sosial, Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh Keng Joo.

Rakyat sambut gembira peletakan jawatan Abdelaziz Bouteflika

Posted: 03 Apr 2019 06:21 AM PDT

ALGIERS : Rakyat Algeria meraikan peletakan jawatan presiden Abdelaziz Bouteflika selepas dua dekad berkuasa namun memberi jaminan untuk terus mengadakan tunjuk perasaan bagi mendesak perubahan ke atas keseluruhan sistem politik.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template