BH Online - Terkini |
- BERSATU terus beri sokongan padu pada Dr Mahathir
- Majalah Sports Illustrated tonjol model memakai burkini
- 55 pelajar UiTM santuni gelandangan Jalan TAR
- Pengetua, guru nyaris maut besi penghadang lebuh raya tembus kereta
- Pejabat Pusat Penyelidikan MARDI terbakar
- Wanita Islam Sri Lanka elak pakai niqab, jubah
- 'Spiderman' jual teh ais
- Konsep masa depan fokus Persidangan Belia Al Sharq
- Hakimi, Li Jane dinobat Olahragawan, Olahragawati Perak
- Piala FA: KL, FELDA terikat
- Piala FA: Kedah bawa bekal selesa
- Lebih 100 pendaki tawan Pine Tree di Bukit Fraser
- Kabul dikawal ketat ketika 'loya jirga' bincang isu Taliban
- Zionis kurangkan kawasan penangkapan ikan Palestin
- Sabah cari pengganti Milunovic
- Perancangan lemah punca tewas pada Itali
- Jangan terlampau keras MFL
- Syarikat Malaysia digesa teroka peluang di Madinah
- Hamidin akhiri perang Posa-MFL
- TMJ cetus bawa WFS Asia ke KL - Hamidin
- Iran isytihar tentera AS di Asia Barat pengganas
- Sumber semula jadi tingkat kesejahteraan kesihatan
- Ejen perlu kemuka bukti pemain darah campuran
- 'Girang Syawal Tiba' bersama Mydin
- Usahawan perlu lebih berdikari, tidak mengharap geran
- Polis UK siasat kematian hampir 500 pesakit
- Jadual padat tidak bebankan Zaqhwan
- 'Perlu ada kualiti, bukan setakat darah campuran'
- Erma Fatimah buka Rumah Budaya himpun pakaian tradisional
- KBS bina gelanggang pelbagai guna di Pulau Mabul
| BERSATU terus beri sokongan padu pada Dr Mahathir Posted: 30 Apr 2019 11:00 AM PDT ALOR GAJAH: Kepemimpinan dan ahli akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terus memberikan sokongan padu terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad biarpun beliau terus berdepan kritikan daripada segelintir pihak. |
| Majalah Sports Illustrated tonjol model memakai burkini Posted: 30 Apr 2019 10:54 AM PDT NEW YORK: Wanita berketurunan Somalia-Amerika, Halima Aden, akan tampil dalam isu pakaian renang Sport Illustrated sebagai model pertama dalam majalah itu yang memakai hijab dan burkini. |
| 55 pelajar UiTM santuni gelandangan Jalan TAR Posted: 30 Apr 2019 10:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Atas keprihatinan bahawa gelandangan berhak terhadap aspek kebersihan diri mendorong 55 pelajar Kursus Sosiologi Bandar, Sarjana Muda Sains Pentadbiran, Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seremban menyantuni golongan itu menerusi satu program, baru-baru ini. |
| Pengetua, guru nyaris maut besi penghadang lebuh raya tembus kereta Posted: 30 Apr 2019 10:45 AM PDT DUNGUN: Seorang pengetua bersama seorang guru sebuah sekolah menengah di Besut nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka ditembusi besi penghadang lebuh raya di Kilometer 375, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Bukit Besi, semalam. |
| Pejabat Pusat Penyelidikan MARDI terbakar Posted: 30 Apr 2019 10:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Pejabat Pusat Penyelidikan Padi dan Beras, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Seri Kembangan, Serdang terbakar lewat petang tadi. |
| Wanita Islam Sri Lanka elak pakai niqab, jubah Posted: 30 Apr 2019 08:29 AM PDT COLOMBO: Ketegangan agama dan larangan menutup muka oleh kerajaan sejak serangan nekad pada hari Easter memaksa wanita Islam di Sri Lanka tidak mengenakan tudung dan jubah di tempat awam. |
| 'Spiderman' jual teh ais Posted: 30 Apr 2019 08:17 AM PDT KUANTAN: Kreativiti dua rakan yang mengenakan kostum watak komik adiwira 'Spiderman' sambil menjual teh ais nyata 'menjadi' apabila gerai mereka yang terletak di Beserah, di sini, sering dikunjungi orang ramai sejak mereka mula berniaga bulan lalu. |
| Konsep masa depan fokus Persidangan Belia Al Sharq Posted: 30 Apr 2019 08:23 AM PDT KUALA LUMPUR: Tadbir urus berkonsepkan masa depan selain penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) antara fokus pada Persidangan Belia Al Sharq ke-5 2019 yang bermula esok. |
| Hakimi, Li Jane dinobat Olahragawan, Olahragawati Perak Posted: 30 Apr 2019 08:14 AM PDT IPOH: Atlet lompat kijang negara, Mohd Hakimi Ismail, 28, dan atlet tenpin boling negara, Sin Li Jane, 27, dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati pada Anugerah Sukan Negeri Perak 2017/18 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Casuarina, di sini sebentar tadi. |
| Posted: 30 Apr 2019 08:11 AM PDT CHERAS: Kuala Lumpur memilih jalan berliku dalam usaha merebut tiket ke separuh akhir Piala FA 2019 apabila terikat 3-3 menentang FELDA United pada aksi suku akhir pertama di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi. |
| Piala FA: Kedah bawa bekal selesa Posted: 30 Apr 2019 08:08 AM PDT SHAH ALAM: Kedah meraih bekalan selesa dari Stadium Shah Alam selepas menewaskan PKNS FC 3-1 pada aksi suku akhir pertama Piala FA, sebentar tadi. |
| Lebih 100 pendaki tawan Pine Tree di Bukit Fraser Posted: 28 Apr 2019 09:47 PM PDT RAUB, 29 April (Bernama) – Seramai 108 pendaki berjaya menawan puncak Pine Tree, di Bukit Fraser semalam dalam program yang diadakan sempena meraikan sambutan Ulang Tahun ke-100 Bukit Fraser. |
| Kabul dikawal ketat ketika 'loya jirga' bincang isu Taliban Posted: 30 Apr 2019 06:53 AM PDT KABUL: Ibu kota Afghanistan di sini yang biasanya sibuk agak perlahan hari ini di tengah kawalan keselamatan besar-besaran untuk sidang kemuncak damai berkepentingan tinggi yang sebelum ini menjadi sasaran serangan pemberontak. |
| Zionis kurangkan kawasan penangkapan ikan Palestin Posted: 30 Apr 2019 06:46 AM PDT BAITULMAQDIS: Israel mengurangkan had penangkapan ikan pesisir pantai yang dikenakan kepada kapal beroperasi di luar Gaza hari ini susulan bedilan roket dari wilayah berkenaan oleh pejuang Palestin, kata pegawai. |
| Sabah cari pengganti Milunovic Posted: 30 Apr 2019 06:44 AM PDT KOTA KINABALU: Sabah akan mencari pemain import baharu bagi menggantikan Luka Milunovic yang akan kembali ke pasukan asalnya Melaka United. |
| Perancangan lemah punca tewas pada Itali Posted: 30 Apr 2019 06:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Perancangan lemah Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) selama empat tahun di bawah kepimpinan Datuk Seri Subahan Kamal dilihat antara punca utama mengapa Malaysia tumbang kepada Itali. |
| Posted: 30 Apr 2019 06:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) memohon Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menarik balik hukuman sekatan perpindahan bagi jendela perpindahan kedua yang akan mula dibuka Khamis ini. |
| Syarikat Malaysia digesa teroka peluang di Madinah Posted: 30 Apr 2019 06:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menggesa syarikat Malaysia meneroka projek dan peluang perniagaan baharu di Madinah susulan kerajaan Arab Saudi semakin giat membangunkan bandar itu ke taraf global. |
| Hamidin akhiri perang Posa-MFL Posted: 30 Apr 2019 06:31 AM PDT KUALA LUMPUR: 'Perang' yang tercetus antara Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Datuk Posa Majais dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akhirnya menemui titik perdamaian. |
| TMJ cetus bawa WFS Asia ke KL - Hamidin Posted: 30 Apr 2019 06:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan, kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Bolasepak Dunia (WFS) Asia adalah hasil inisiatif Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim. |
| Iran isytihar tentera AS di Asia Barat pengganas Posted: 30 Apr 2019 06:30 AM PDT LONDON: Presiden Hassan Rouhani menandatangani rang menjadi undang-undang hari ini mengisytiharkan semua tentera Amerika Syarikat di Asia Barat sebagai pengganas dan menggelar kerajaan AS pembiaya keganasan. |
| Sumber semula jadi tingkat kesejahteraan kesihatan Posted: 30 Apr 2019 06:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Kekayaan sumber semula jadi berasaskan tumbuh-tumbuhan dan herba wajar dimanfaatkan sebagai bahan asas menghasilkan makanan kesihatan tambahan bertujuan melonjakkan industri farmaseutikal setempat. |
| Ejen perlu kemuka bukti pemain darah campuran Posted: 30 Apr 2019 06:23 AM PDT PETALING JAYA: Bagi bukti dulu baru kami percaya! Itu pendekatan diambil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan usaha beberapa ejen 'menjual' nama beberapa pemain berdarah campuran selepas badan induk itu dilihat serius mencari pemain memiliki pertalian darah dengan rakyat Malaysia. |
| 'Girang Syawal Tiba' bersama Mydin Posted: 30 Apr 2019 06:23 AM PDT KUALA LUMPUR: Mydin Holding Berhad (Mydin) menganjurkan pelbagai acara dan tawaran menarik menerusi Kempen Girang Syawal Tiba 2019 menjelang Ramadan dan Syawal yang akan datang. |
| Usahawan perlu lebih berdikari, tidak mengharap geran Posted: 30 Apr 2019 06:22 AM PDT PETALING JAYA: Usahawan disaran tidak terlalu bergantung kepada pemberian geran kerajaan untuk memulakan perniagaan, sebaliknya digalak berdikari mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan. |
| Polis UK siasat kematian hampir 500 pesakit Posted: 30 Apr 2019 06:18 AM PDT LONDON: Polis Britain membuka satu siasatan hari ini terhadap sebuah hospital di mana ratusan pesakitnya dipercayai meninggal dunia akibat diberi ubat penahan sakit kuat. |
| Jadual padat tidak bebankan Zaqhwan Posted: 30 Apr 2019 06:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Walaupun mengharungi jadual perlumbaan padat, Zaqhwan Zaidi tetap bersedia untuk tampil dengan aksi terbaik dalam saingan CP150, Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Litar Lumba Tangkak, Johor, 3 dan 4 Mei ini. |
| 'Perlu ada kualiti, bukan setakat darah campuran' Posted: 30 Apr 2019 06:13 AM PDT PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilihat enggan terburu-buru dan terlalu mengikut 'telunjuk penyokong' dalam pengambilan pemain berdarah campuran untuk mewakili skuad kebangsaan. |
| Erma Fatimah buka Rumah Budaya himpun pakaian tradisional Posted: 30 Apr 2019 06:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Rumah Budaya atau Culture House kini menjadi tarikan terbaharu bagi pengunjung Menara Kuala Lumpur (Menara KL) yang berminat mengenali dengan lebih dekat budaya serta warisan pelbagai kaum di Malaysia menerusi pakaian dan busana yang dipamerkan. |
| KBS bina gelanggang pelbagai guna di Pulau Mabul Posted: 30 Apr 2019 06:07 AM PDT SEMPORNA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membina gelanggang bola keranjang serta gelanggang pelbagai guna di Pulau Mabul untuk kegunaan anak muda di situ melakukan aktiviti sukan dan beriadah pada waktu malam. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment