Saturday, April 6, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Keputusan Bundesliga

Posted: 06 Apr 2019 10:48 AM PDT

BERLIN: Berikut rangkuman keputusan perlawanan Bundesliga Jerman yang berakhir sebentar tadi.

Presiden Tunisia 92 tahun tidak mahu bertanding

Posted: 06 Apr 2019 10:21 AM PDT

MONASTIR: Presiden Tunisia yang berusia 92 tahun memaklumkan beliau tidak merancang untuk bertanding dalam pilihan raya yang dijadualkan, November depan, bagi memberi ruang kepada golongan lebih muda.

Penunjuk perasaan mara ke kediaman Presiden Sudan

Posted: 06 Apr 2019 10:18 AM PDT

KHARTOUM: Pasukan keselamatan Sudan melepaskan gas pemedih mata untuk cuba meleraikan ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di kediaman Presiden Omar al-Bashir di Khartoum, semalam.

Keputusan aksi La Liga

Posted: 06 Apr 2019 09:47 AM PDT

MADRID: Berikut rangkuman keputusan perlawanan La Liga Sepanyol yang berakhir sebentar tadi.

Keputusan aksi EPL

Posted: 06 Apr 2019 09:36 AM PDT

LONDON: Berikut rangkuman keputusan aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berakhir sebentar tadi.

Jajaran ECRL akan diubah

Posted: 06 Apr 2019 09:35 AM PDT

SEREMBAN: Jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disahkan akan diubah dengan memberi manfaat kepada Negeri Sembilan sekiranya ia diteruskan selepas rundingan diadakan dengan kerajaan China, hujung bulan ini.

Keputusan aksi Liga Perdana

Posted: 06 Apr 2019 05:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Berikut keputusan perlawanan perlawanan Liga Perdana, hari ini.

Warga Indonesia maut jentera dipandu tergelincir

Posted: 06 Apr 2019 09:33 AM PDT

CHUKAI: Nasib malang menimpa seorang lelaki warga Indonesia apabila maut selepas jentera pengangkat bebanan atau forklift dipandunya tergelincir lalu menjunam ke dalam cerun sedalam dua meter di Bukit Cangkul, Jalan Pengkalan Ranggon, Kerteh di sini, petang tadi.

Anwar mahu rakyat waspada agenda UMNO-PAS

Posted: 06 Apr 2019 09:24 AM PDT

SEREMBAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rakyat berwaspada dengan agenda penyatuan Melayu dan Islam yang dibawa menerusi kerjasama UMNO dan PAS kerana dibimbangi ia boleh menimbulkan ketegangan hubungan di antara kaum di negara ini.

2 gol saat akhir Eugene bantu Selangor benam Melaka

Posted: 06 Apr 2019 08:59 AM PDT

MELAKA: Dua jaringan saat akhir Sean Eugene Selvaraj membantu Selangor mengejutkan Melaka United dalam aksi dramatik saingan Liga Super di Stadium Hang Jebat, di sini, malam ini.

Dragon Boy bolot petak ketiga Moto2 Eropah

Posted: 06 Apr 2019 08:41 AM PDT

SEPANG: Kasma Daniel Kasmayudin menepati sasaran apabila menempah petak ketiga pada sesi kelayakan Kejuaraan Moto2 Eropah di Litar Estoril, Portugal, hari ini.

KL akhiri kemarau kejutkan Kedah

Posted: 06 Apr 2019 08:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pasukan Kuala Lumpur (KL) akhirnya menamatkan kemarau tanpa kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini selepas menundukkan Kedah 2-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, di sini, sebentar tadi.

Keputusan aksi Liga Super

Posted: 06 Apr 2019 08:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Berikut rangkuman keputusan perlawanan Liga Super di beberapa venue yang berakhir sebentar tadi.

Durakovic optimis, Rajagobal waspada

Posted: 06 Apr 2019 08:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic tidak rela pasukannya terus tercicir mata dalam Liga Super apabila menerima kunjungan PKNS FC di Stadium Perak, Ipoh, malam esok.

Penyu menangis dilaman sendiri

Posted: 06 Apr 2019 08:13 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) menangis di laman sendiri selepas dikejutkan PKNP FC 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, sebentar tadi.

Saya takkan tampil sesuka hati - Fattah Amin

Posted: 06 Apr 2019 05:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Aktor, Fattah Amin, menegaskan kemunculannya sebagai penyampai trofi pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-30, minggu lalu, adalah atas permintaan penganjur.

Tidak seorang pun pendatang haram Yahudi perlu berpindah

Posted: 06 Apr 2019 08:01 AM PDT

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memaklumkan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa Israel tidak akan memindahkan walaupun seorang pendatang haram Yahudi sebagai penyelesaian kepada pelan damai masa depan.

'Kelahiran semula' Kian Meng-Pei Jing

Posted: 06 Apr 2019 07:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Walaupun gagal dalam misi untuk melangkah ke pentas final Terbuka Malaysia, pencapaian Tan Kian Meng-Lai Pei Jing sesuatu yang positif menjelang kempen kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Lapangan terbang baharu Istanbul mula operasi hari ini

Posted: 06 Apr 2019 07:54 AM PDT

ISTANBUL: Penerbangan komersial terakhir berlepas dari Lapangan Terbang Ataturk di sini hari ini dan konvoi trak menghantar beribu-ribu tan peralatan merentasi bandar ke lapangan terbang baharu gergasi dirancang Turki sebagai yang terbesar di dunia.

Britain keluar pasport biru tanpa 'Kesatuan Eropah'

Posted: 06 Apr 2019 07:34 AM PDT

LONDON: Britain mula mengeluarkan pasport dengan perkataan 'Kesatuan Eropah' (EU) dipadam dari bahagian kulit hadapan, walaupun Brexit ditangguhkan dan keadaan tidak pasti jika negara berkenaan akan meninggalkan blok terbabit.

Bukti kerajaan dengar suara raja-raja - Anwar

Posted: 06 Apr 2019 05:49 AM PDT

SEREMBAN: Keputusan Malaysia menarik diri dari meratifikasi Statut Rom wajar diambil positif dan bukti kerajaan terbuka dalam menerima pandangan dan suara semua pihak termasuk Majlis Raja-Raja.

Tak perlu persoal integriti pengadil hanya kerana tempat lahir - FAM

Posted: 06 Apr 2019 07:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan pengadil Fitri Maskon yang ditugaskan mengadili perlawanan kontroversi antara pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan FELDA United didaftarkan di bawah Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA).

Nachimuthu pertahan kejuaraan golf tertutup PD PGM

Posted: 06 Apr 2019 07:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain veteran, R Nachimuthu mempertahankan kejuaraan golf Kejohanan Tertutup Port Dickson (PD) PGM yang berlangsung di Port Dickson Golf and Country Club, Negeri Sembilan, hari ini.

Liga Perdana: Sarawak, Kelantan kongsi mata di Kuching

Posted: 06 Apr 2019 07:20 AM PDT

KUCHING: Pasukan Sarawak yang dibarisi sebahagian besar pemain muda berjaya mengimbangi skuad berpengalaman Kelantan untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata dalam aksi Liga Perdana yang berlangsung di Stadium Negeri di sini, hari ini.

Sarawak tidak akan kenakan tol di jambatan dibina

Posted: 06 Apr 2019 07:10 AM PDT

BINTANGOR: Sarawak tidak akan mengenakan tol di jambatan yang dibina menghubungkan rangkaian jalan pesisir di negeri ini demi kepentingan dan kemudahan rakyat luar bandar, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Murid buta terima Anugerah Nilam Kebangsaan

Posted: 05 Apr 2019 03:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Buta sebelah mata sejak kecil tidak menghalang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas, Sungai Petani, Kedah, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Nilam Kebangsaan 2019 bagi Kategori Kurang Upaya Penglihatan Lelaki.

Zaqhwan kesembilan Perlumbaan 1 AJRRC di Jepun

Posted: 06 Apr 2019 03:07 AM PDT

SEPANG: Zaqhwan Zaidi meraih penamat kesembilan pada Perlumbaan 1 JSB1000 di pusingan pembuka tirai musim 2019 Kejuaraan Seluruh Jepun (AJRRC) di Litar Twin Ring Motegi, Jepun, hari ini.

PM dari Sabah, Sarawak satu hari nanti - Tun M

Posted: 06 Apr 2019 04:08 AM PDT

PENAMPANG: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau yakin satu hari nanti Perdana Menteri Malaysia datang dari Sabah atau Sarawak.

LTdL: Culey cipta kejutan juarai peringkat pertama

Posted: 06 Apr 2019 03:12 AM PDT

TAMPIN: Pelumba pasukan profesional negara, Marcus Culey dari Team Sapura Cycling melakukan kejutan apabila menjuarai Peringkat Pertama saingan Le Tour de Langkawi 2019 (LTdL 2019) dari Kuala Lumpur ke Tampin, Negeri Sembilan, hari ini.

Rakyat Sudan berarak menuju ke ibu pejabat tentera bantah kerajaan

Posted: 06 Apr 2019 06:06 AM PDT

KHARTOUM: Ribuan rakyat Sudan berarak di Khartoum hari ini hingga ke ibu pejabat tentera buat kali pertama selepas rusuhan berdarah menentang presiden Omar Al Bashir tahun lalu.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template